Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Mata Wang Vietnam vs Ringgit: Siapa Lebih Bernilai?

Summary:

Ketahui nilai dan kadar tukaran mata wang Vietnam (dong) ke ringgit Malaysia serta fakta menarik untuk pelancong dan trader.

Mata Wang Vietnam vs Ringgit: Siapa Lebih Bernilai?

Ramai rakyat Malaysia ke Vietnam setiap tahun, sama ada untuk bercuti di Da Nang, menikmati kopi ais di Hanoi, atau shopping di Ho Chi Minh. Tapi sebelum tukar duit, soalan yang selalu timbul ialah:

“Antara mata wang Vietnam dan ringgit Malaysia, mana satu sebenarnya lebih besar nilainya?”

Jawapan ringkas:

Ringgit Malaysia (MYR) jauh lebih bernilai berbanding dong Vietnam (VND). Sebagai gambaran mudah,1 ringgit bersamaan lebih kurang ₫6,200 dong Vietnam (anggaran Oktober 2025). Jadi bila anda tukar RM100, anda akan pegang hampir ₫620,000 dong — nampak besar, tapi nilainya lebih kurang sama dengan RM100 di Malaysia.

Nak tahu kenapa beza ni begitu besar dan bagaimana kadar tukaran dikira? Jom kita faham dulu apa sebenarnya mata wang Vietnam, sejarahnya, dan bagaimana nilainya terbentuk.

Mata Wang Vietnam Dong

Apa Itu Mata Wang Vietnam?

Mata wang Vietnam dikenali sebagai dong Vietnam (VND) – simbolnya ialah . Ia mula digunakan secara rasmi pada tahun 1978 selepas penggabungan Vietnam Utara dan Selatan. Nilainya kecil, jadi anda akan sering lihat angka besar pada not, contohnya 100,000₫, 500,000₫, dan sebagainya.

Maksud Mata Wang Vietnam:
Dong Vietnam (VND) ialah mata wang rasmi Republik Sosialis Vietnam, dikawal oleh Bank Negara Vietnam (State Bank of Vietnam). Secara teori, 1 dong terbahagi kepada 10 hào atau 100 xu, tetapi denominasi kecil ini tidak lagi digunakan dalam transaksi moden.

Kadar Tukaran Ringgit ke Dong Vietnam (2025)

Bila dah tahu Mata Wang Vietnam jauh lebih kecil nilainya berbanding ringgit, langkah seterusnya ialah tahu berapa kadar tukaran sebenar untuk rancang bajet perjalanan dengan lebih tepat.

Nilai pertukaran antara ringgit Malaysia (MYR) dan dong Vietnam (VND) sentiasa berubah mengikut pasaran, tetapi berikut ialah anggaran kadar semasa bagi Oktober 2025 (1 MYR ≈ ₫6,200–₫6,300):

Mata WangKadar TukaranNilai Anggaran
1 MYR≈ 6,200 VND± ₫6,200
100 MYR≈ 620,000 VND± ₫620,000
1 USD≈ 25,000 VND± ₫25,000
1 EUR≈ 27,000 VND± ₫27,000

Walaupun angka dong nampak besar, nilai sebenarnya kecil, sebab itu harga makanan, teksi, dan barangan di Vietnam sering mencecah ratus ribu dong. Tapi jangan risau, kos sara hidup di sana masih jauh lebih murah daripada Malaysia.

Jadual Tukaran Ringgit Malaysia ke Dong Vietnam

Sebagai panduan mudah untuk pelancong, berikut anggaran nilai dong yang anda akan dapat apabila menukar wang ringgit:

Ringgit Malaysia (MYR)Nilai Dalam Dong Vietnam (₫)
RM1₫6,200
RM10₫62,000
RM50₫310,000
RM100₫620,000
RM200₫1.24 juta
RM500₫3.1 juta
RM1,000₫6.2 juta

Tip Pelancong:
Tukar duit anda di Malaysia sebelum ke Vietnam jika boleh, kadar di lapangan terbang biasanya lebih mahal. Kalau perlu tukar di sana, cari money changer di kawasan pelancong utama seperti Ho Chi Minh City, Hanoi Old Quarter, atau Da Nang Central Market.

Untuk bajet harian, RM100–RM200 sehari biasanya cukup untuk makan, pengangkutan dan aktiviti santai bagi seorang pelancong biasa. Kalau anda suka shopping atau aktiviti premium, bawa sedikit lebih untuk keselesaan.

Mata Wang Vietnam Dong vs Mata Wang Malaysia Ringgit

Jenis Wang Kertas & Syiling di Vietnam (2025)

Wang Kertas (Banknotes) yang Masih Digunakan

Vietnam menggunakan wang kertas sepenuhnya dalam urusan harian. Semua denominasi dicetak oleh State Bank of Vietnam, dengan reka bentuk berwarna-warni dan potret Presiden Ho Chi Minh di setiap helaian.

Nilai (₫)Anggaran Nilai Dalam RMBahan & WarnaNota Penting untuk Pelancong
₫500RM0.08Kertas – merah jambuJarang digunakan, terlalu kecil nilainya
₫1,000RM0.16Kertas – coklat mudaMasih wujud, tapi sukar jumpa
₫2,000RM0.32Kertas – biru mudaNilai kecil, kadang diberi sebagai baki
₫5,000RM0.80Kertas – biru tuaNilai kecil, biasa di kawasan luar bandar
₫10,000RM1.60Polimer – kuning kehijauanSangat biasa, setara “duit kecil” di Malaysia
₫20,000RM3.20Polimer – biru mudaBiasa digunakan di kedai & restoran kecil
₫50,000RM8.00Polimer – ungu mudaAntara nilai sederhana paling popular
₫100,000RM16.00Polimer – hijauBiasa digunakan untuk belanja harian
₫200,000RM32.00Polimer – orenBiasa di hotel atau restoran besar
₫500,000RM80.00Polimer – merah jambu/unguNilai terbesar, setara lebih kurang RM80

Nota untuk pelancong:

  • Wang kertas ₫10,000 hingga ₫200,000 paling banyak digunakan untuk urusan harian.
  • Wang ₫500,000 sangat biasa bila anda tukar duit di money changer, jadi berhati-hati jangan tersilap dengan ₫20,000 (warna agak sama tapi nilai beza besar!).
  • Denominasi bawah ₫5,000 jarang diterima di bandar besar kerana nilainya terlalu kecil.

Syiling (Coins) di Vietnam

Vietnam pernah keluarkan syiling pada awal tahun 2000-an dengan nilai ₫200, ₫500, ₫1,000, ₫2,000 dan ₫5,000. Namun sekarang:

  • Tidak lagi digunakan secara aktif.
  • Bank masih mengiktirafnya sebagai sah, tapi jarang ada dalam edaran.
  • Pelancong tidak perlu risau tentang syiling, semua transaksi, termasuk di kedai kecil atau pasar, dibuat dengan wang kertas.

Apa Pelancong Perlu Tahu

  • Pastikan bawa wang kecil (₫10,000–₫50,000) bila beli makanan jalanan atau naik Grab Bike.
  • Nilai angka besar bukan bermaksud mahal, ₫100,000 ≈ RM16 sahaja.
  • Duit kertas polimer agak licin; simpan dalam wallet yang ketat supaya tak mudah terjatuh.
  • Di Vietnam, tunai masih utama, walaupun e-wallet seperti MoMo, VietQR atau ZaloPay makin popular di bandar besar (Tapi QR ini memerlukan pendaftaran bank dan nombor telefon tempatan).

Kenapa Nilai Mata Wang Vietnam Rendah?

Ramai pelancong terkejut bila nampak angka juta-juta pada resit Vietnam. Jangan risau, ₫1,000,000 bukanlah RM200,000! Walaupun nilainya nampak kecil di atas kertas, mata wang Vietnam sebenarnya mencerminkan struktur ekonomi negara tersebut yang unik dan masih dalam fasa pembangunan pesat.

Beberapa faktor utama yang menyebabkan nilai dong Vietnam (VND) rendah berbanding ringgit dan mata wang lain ialah:

  1. Inflasi sejarah yang tinggi
    Pada era 1980–1990-an, Vietnam mengalami kadar inflasi yang sangat tinggi akibat perubahan sistem ekonomi dan kesan pasca-perang. Ini menyebabkan nilai dong merosot dengan ketara, dan kerajaan terpaksa mencetak lebih banyak wang bagi menampung aktiviti ekonomi. Walaupun kini keadaan sudah stabil, kesan sejarah itu masih meninggalkan impak pada nilai nominal mata wangnya.
  2. Dasar eksport berasaskan kos rendah
    Vietnam terkenal sebagai salah satu pengeksport utama dunia, dari kopi, tekstil, sehingga komponen elektronik. Dengan mengekalkan mata wang yang lebih lemah, produk eksport Vietnam jadi lebih murah di pasaran antarabangsa, sekali gus menarik pelabur asing dan meningkatkan daya saing industri tempatan. Strategi ini mirip apa yang pernah dilakukan oleh China dan Jepun semasa fasa awal pembangunan ekonomi mereka.
  3. Kestabilan ekonomi semasa & pertumbuhan pesat
    Walaupun nilai nominal VND kecil, ekonomi Vietnam kini antara paling pantas berkembang di Asia Tenggara, dengan pertumbuhan KDNK sekitar 6%–7% setahun. Kerajaan juga aktif aktif menarik FDI (Foreign Direct Investment), menjadikan Vietnam pusat pembuatan baharu bagi syarikat besar seperti Samsung, Intel, dan Foxconn. Ini menjadikan Vietnam salah satu kisah kejayaan ekonomi Asia moden, walaupun mata wangnya masih bernilai kecil, kestabilannya meningkat dari tahun ke tahun.
Melancong ke Vietnam mahal ke

Secara mudahnya, nilai mata wang rendah tidak bermaksud ekonomi lemah. Ia cuma strategi dan hasil sejarah yang membentuk struktur ekonomi semasa negara.

Kalau anda nak faham kedudukan dong Vietnam berbanding mata wang lain di dunia, anda boleh baca juga:

Artikel-artikel tu beri gambaran lebih jelas tentang bagaimana nilai mata wang ditentukan oleh ekonomi, kadar faedah dan dasar kewangan setiap negara.

Perbandingan: Mata Wang Vietnam vs Ringgit Malaysia

Kalau dibandingkan dari segi kuasa beli, perbezaan antara mata wang Vietnam dan ringgit Malaysia jelas terasa bila anda berada di sana. Secara purata, 100,000₫ (lebih kurang RM19) boleh beli:

  • Set hidangan mi Vietnam (phở) + air di restoran tempatan
  • Kopi ais Vietnam (cà phê sữa đá) yang pekat dan manis
  • Tiket masuk muzium atau tempat pelancongan kecil
  • Perjalanan Grab Bike 5–7 km dalam bandar besar seperti Hanoi atau Ho Chi Minh

Sebaliknya, di Malaysia, RM19 mungkin cukup untuk satu set makanan segera atau perjalanan Grab jarak pendek saja.

Untuk gambaran lebih luas, berikut contoh perbandingan harga biasa (Oktober 2025):

Barangan/PerkhidmatanHarga di Vietnam (VND)Anggaran Dalam RM
Kopi ais Vietnam (Cà phê sữa đá)₫30,000–₫45,000RM5–RM8
Semangkuk phở di kedai tempatan₫50,000–₫70,000RM9–RM13
Tiket wayang₫80,000–₫100,000RM15–RM18
Perjalanan GrabCar (5km)₫60,000–₫90,000RM11–RM17
Hotel bajet (1 malam)₫400,000–₫600,000RM75–RM110
Air mineral botol 1.5L₫10,000RM2

Harga di kawasan bandar besar seperti Hanoi atau Ho Chi Minh City memang hampir sama dengan Malaysia kerana ia zon pelancong dan komersial. Namun di kawasan luar bandar, harga boleh jatuh separuh, contohnya semangkuk phở sekitar ₫25,000 (≈ RM4.50).

Tambahan pula, purata gaji bulanan rakyat Vietnam sekitar VND 8 juta (~US$320 = ~RM1,500) — jauh lebih rendah berbanding Malaysia (> RM3,500 sebulan).
Sebab tu walaupun harga nampak “sama”, kuasa beli rakyat Vietnam lebih rendah, dan pelancong Malaysia akan rasa barang “murah” bila datang dengan nilai ringgit yang lebih tinggi.

Harga Kopi Vietnam Dong Vs Malaysia Ringgit

Kesimpulan:
Kos sara hidup di Vietnam memang lebih rendah secara keseluruhan, tapi bila anda melancong ke bandar utama, harganya hampir sama sebab itu kawasan paling komersial dan “dolar pelancong” lebih kuat di situ.

Kalau anda suka topik perbandingan mata wang serantau, artikel Duit Malaysia vs Thailand: Siapa Lagi Besar? juga menarik untuk dibaca, anda akan nampak pola sama dari segi nilai tukaran dan kos hidup antara negara jiran.

Cara Nak Semak & Tukar Mata Wang Vietnam

Untuk semak kadar semasa:

  • Gunakan Google Currency Converter
  • Atau rujuk laman seperti xe.com atau wise untuk kadar tukaran harian

Jika anda nak tukar mata wang Vietnam, perhatikan spread — beza antara harga beli dan jual. Spread ni juga konsep yang sama digunakan dalam trading forex; beza kecil boleh beri impak besar bila nilai ditukar dalam jumlah besar.

Adakah Mata Wang Vietnam Sesuai Untuk Trading?

Walaupun VND jarang didagangkan secara langsung dalam pasaran forex global, ia tetap jadi petunjuk penting bagi pelabur Asia Tenggara. Trader profesional lebih cenderung pantau pasangan mata wang serantau seperti USD/THB, USD/SGD atau USD/MYR, tapi trend ekonomi Vietnam kadang-kadang dijadikan rujukan untuk menilai kekuatan pasaran ASEAN secara keseluruhan.

Duit Vietnam dengan Malaysia Mana Lagi Besar

Kesimpulan: Nilai Dong Vietnam & Peluang Di Sebaliknya

Mata wang Vietnam mungkin nampak besar dari segi angka, tapi nilainya kecil berbanding ringgit Malaysia. Walaupun begitu, untuk pelancong, ia tetap membawa nilai besar, sebab dengan bajet sederhana, anda dah boleh menikmati makanan enak, pengangkutan murah dan pengalaman budaya yang kaya.

Ekonomi Vietnam juga terus berkembang pesat, dengan kestabilan VND menjadi bukti kebangkitan Asia Tenggara sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan baharu.

Kalau anda nak faham lebih mendalam bagaimana kadar tukaran dan pergerakan mata wang memberi kesan pada ekonomi global, Ultima Markets menyediakan panduan mudah tentang forex dan pasaran mata wang dunia. Ini boleh membantu anda lihat nilai mata wang bukan sekadar dari angka, tapi dari peluang yang ada di sebaliknya.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Mata Wang Vietnam vs Ringgit: Siapa Lebih Bernilai?
Apa Itu Mata Wang Vietnam?
Kadar Tukaran Ringgit ke Dong Vietnam (2025)
Jenis Wang Kertas & Syiling di Vietnam (2025)
Kenapa Nilai Mata Wang Vietnam Rendah?
Perbandingan: Mata Wang Vietnam vs Ringgit Malaysia
Cara Nak Semak & Tukar Mata Wang Vietnam
Adakah Mata Wang Vietnam Sesuai Untuk Trading?
Kesimpulan: Nilai Dong Vietnam & Peluang Di Sebaliknya