Trade Anytime, Anywhere
Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomPernah terfikir tak kenapa bila harga minyak naik, hampir semua barang lain pun jadi mahal, dari tiket kapal terbang sampai harga sayur di pasar? Itulah kuasa komoditi, satu kumpulan aset yang bukan saja jadi nadi ekonomi dunia, tapi juga mencorakkan arah inflasi, pelaburan, dan nilai mata wang global.
Fun Fact: Lebih daripada 1/3 perdagangan dunia melibatkan komoditi, termasuk minyak, emas, gas asli, kopi dan gandum. Tanpa komoditi, ekonomi moden literally akan “berhenti berfungsi”: tak ada bahan bakar untuk kilang, tak ada logam untuk telefon, dan tak ada kopi untuk kita mulakan hari kita!
Dalam dunia kewangan, memahami maksud komoditi ialah langkah penting untuk faham bagaimana pasaran bergerak. Dari syarikat minyak gergasi hingga trader Forex individu, semuanya bergantung pada turun naik harga komoditi sebagai petunjuk kesihatan ekonomi global.
Maksud Komoditi:
Komoditi maksudnya ialah bahan mentah atau produk asas yang digunakan untuk menghasilkan barangan lain dan boleh didagangkan di pasaran global. Antara contoh paling popular ialah minyak mentah, emas, gas asli, kopi, gandum, getah, dan logam seperti tembaga atau perak.
Dalam erti mudah, komoditi ialah aset yang mempunyai nilai ekonomi sejagat. Tak kisah di mana pun anda berada, emas tetap emas. Ia boleh digunakan sebagai pelindung nilai (hedge) masa inflasi tinggi, atau sebagai aset dagangan aktif di platform seperti Ultima Markets.
Berbanding saham atau mata wang, komoditi mempunyai ciri fizikal dan fungsi praktikal. Setiap negara memerlukan komoditi untuk bergerak, dari pengeluaran tenaga (minyak & gas) hingga pengeluaran makanan (gandum & koko). Itulah sebabnya komoditi menjadi tulang belakang ekonomi global sejak berabad lamanya.

Sebelum kita mengupas maksud komoditi ini dengan lebih detail, mari kita mengimbau sejarah aset ini.
Sebelum wujudnya pasaran saham atau mata wang digital, manusia sudah pun berdagang komoditi. Sejak zaman purba Mesopotamia dan Mesir, masyarakat menukar barangan seperti bijirin, garam, dan logam sebagai bentuk pertukaran nilai. Sebenarnya, perkataan “salary” berasal daripada salarium (Latin untuk garam) sebab pada zaman dulu, garam digunakan sebagai mata wang!
Komoditi juga memainkan peranan penting dalam membentuk sejarah moden:
Menurut laporan International Energy Agency (IEA), permintaan tenaga global terus meningkat setiap tahun, mendorong komoditi seperti minyak dan gas kekal sebagai antara aset paling didagangkan di dunia. Sementara itu, emas pula terus dianggap sebagai “safe haven asset”, tempat pelabur lari bila pasaran saham jatuh.
Kesan harga komoditi terhadap inflasi juga boleh dilihat dalam laporan Kadar Inflasi Malaysia 2025.
Dalam dunia pelaburan, komoditi maksudnya bukan sekadar minyak atau emas sahaja. Sebenarnya, pasaran komoditi meliputi ratusan aset berbeza, dari tenaga, logam, hasil pertanian hingga bahan asas yang digunakan dalam pembuatan.

Secara umum, komoditi boleh dibahagikan kepada empat kategori utama:
Antara yang paling aktif didagangkan di dunia kerana ia memacu ekonomi global.
Termasuk:
Harga komoditi tenaga biasanya sangat sensitif terhadap geopolitik, dasar OPEC, dan data permintaan industri.
Nak tahu cara praktikal berdagang dua komoditi paling popular ni? Baca Cara Berdagang Emas dan Minyak Mentah untuk panduan lengkap.
Terdiri daripada dua subkategori besar:
Sebagai contoh, harga tembaga sering jadi petunjuk kesihatan ekonomi global. Ini kerana bila industri berkembang, permintaan tembaga meningkat.
Untuk logam lain seperti perak, anda boleh rujuk Harga Perak Semasa untuk trend harian dan ramalan harga esok.
Meliputi hasil tanaman yang digunakan dalam makanan & industri:
Termasuk haiwan ternakan & produk hasilnya:

Selain kategori di atas, pelabur profesional juga membahagikan komoditi kepada tiga kumpulan besar:
Merujuk kepada bahan mentah yang dilombong atau diekstrak dari bumi. Komoditi keras biasanya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Contohnya: minyak mentah, gas asli, emas, tembaga, dan logam industri lain.
Meliputi hasil pertanian dan ternakan yang boleh rosak atau berubah dengan musim. Harga komoditi lembut lebih mudah berubah kerana faktor cuaca dan kitaran tanaman. Contohnya: gandum, kopi, koko, gula, getah, dan kapas.
Dalam dunia dagangan, komoditi lembut dan keras memainkan peranan berbeza dalam portfolio pelabur. Komoditi keras sering digunakan sebagai lindung nilai (hedge) terhadap inflasi, manakala komoditi lembut lebih sesuai untuk strategi jangka pendek kerana turun naik musimannya.
Menariknya, kini wujud kategori baru yang dipanggil “komoditi bakal muncul”, iaitu aset moden yang semakin mendapat perhatian global. Antaranya termasuk:
Trend ini menunjukkan bahawa pasaran komoditi sentiasa berevolusi, bukan sekadar bergantung kepada bahan mentah tradisional, tetapi juga teknologi dan tenaga masa depan.
| Kategori | Contoh | Faktor Utama |
| Tenaga | Minyak, Gas Asli, Arang Batu | Geopolitik, permintaan industri |
| Logam | Emas, Tembaga, Aluminium | Ekonomi global, pelaburan, bekalan |
| Pertanian | Gandum, Kopi, Koko | Cuaca, musim, permintaan pengguna |
| Ternakan | Lembu, Susu, Babi | Kos makanan, pengeluaran |
| Bakal Muncul | Litium, Tenaga Hijau | Teknologi, peralihan tenaga global |
Zaman sekarang, anda tak perlu beli tong minyak atau jongkong emas untuk berdagang. Untuk faham sepenuhnya maksud komoditi dalam konteks pelaburan moden, penting tahu bagaimana aset-aset ini sebenarnya didagangkan di pasaran global.
Komoditi boleh didagangkan melalui:
Ini adalah bentuk dagangan komoditi yang paling klasik. Melalui kontrak hadapan, dua pihak bersetuju untuk beli atau jual komoditi pada harga tertentu di masa depan.
Contohnya — syarikat penerbangan boleh guna kontrak hadapan minyak untuk “kunci” harga bahan api lebih awal, supaya tak terjejas kalau harga minyak naik mendadak nanti. Pelabur besar dan institusi biasanya guna futures untuk lindung risiko (hedging), tapi ia juga digunakan untuk spekulasi harga oleh trader profesional.
Namun, dagangan futures memerlukan modal besar, margin tinggi, dan pengetahuan teknikal, sebab tu ia lebih sesuai untuk pelabur berpengalaman.
Bagi kebanyakan trader moden, inilah cara paling mudah dan fleksibel untuk berdagang komoditi. Melalui CFD, anda tak perlu miliki aset sebenar, tapi hanya berdagang berdasarkan pergerakan harga.
Contohnya, bila anda buka posisi BUY pada emas (XAU/USD) di platform Ultima Markets, anda buat keuntungan jika harga emas naik, dan sebaliknya kalau turun. Ia juga membolehkan trader ambil peluang dua hala (dua arah):
Kelebihan CFD termasuk:
Itulah sebab kenapa CFD komoditi sangat popular di kalangan trader Forex runcit hari ini.

ETF (Exchange-Traded Fund) ialah gabungan pelbagai komoditi dalam satu aset dagangan. Contohnya, satu ETF boleh mengandungi campuran emas, perak, dan minyak.
ETF sesuai untuk pelabur jangka panjang yang nak pendedahan luas pada pasaran komoditi tanpa perlu urus kontrak satu-satu. Walaupun keuntungannya lebih perlahan berbanding CFD, ETF menawarkan kestabilan dan risiko yang lebih rendah.
Menariknya, banyak komoditi utama seperti emas (XAU/USD) dan minyak mentah (WTI/USD, Brent/USD) juga boleh didagangkan dalam bentuk pasangan mata wang (commodity pairs).
Contoh:
Sebab tu ramai trader Forex memantau komoditi sebagai petunjuk arah pasaran mata wang.
Sebelum mula berdagang, pastikan anda faham tiga perkara penting:
Harga komoditi boleh berubah dengan sangat cepat, kadang naik mendadak dalam sehari, kadang jatuh teruk hanya kerana satu berita global. Semua ni berlaku kerana pasaran komoditi sangat sensitif terhadap keseimbangan bekalan, permintaan, dan persekitaran ekonomi dunia. Untuk faham arah pasaran, anda perlu tahu maksud komoditi dan faktor yang menggerakkan harganya.
Berikut empat faktor utama yang menentukan naik turun harga komoditi:
Ini ialah faktor paling asas dalam menentukan harga. Bila permintaan meningkat tetapi bekalan terhad, harga akan melonjak. Sebaliknya, bila bekalan berlebihan dan permintaan menurun, harga pula jatuh.
Contohnya, bila aktiviti ekonomi global meningkat — kilang beroperasi lebih lama, syarikat pengangkutan guna lebih banyak minyak — maka permintaan minyak mentah naik dan harga turut meningkat.
Menurut laporan OPEC, permintaan minyak global melonjak 5.5% pada tahun 2021, seiring pemulihan ekonomi selepas pandemik. Lonjakan ni turut mendorong kenaikan harga minyak dan komoditi tenaga lain seperti gas asli.
Harga komoditi juga sangat bergantung pada situasi geopolitik dan data ekonomi dunia.
Contohnya, ketegangan di Timur Tengah boleh menggugat bekalan minyak global, sementara perang atau sekatan eksport boleh menjejaskan harga logam dan hasil pertanian. Selain itu, laporan ekonomi seperti KDNK (GDP), data pekerjaan, dan indeks pengeluaran industri mempengaruhi keyakinan pelabur terhadap pasaran.
Menurut International Monetary Fund (IMF), pertumbuhan ekonomi global diunjurkan mencecah 6% pada tahun 2021, dan ini telah meningkatkan permintaan terhadap logam industri seperti tembaga dan aluminium, kerana kedua-duanya penting dalam sektor pembinaan dan teknologi.
Cuaca ekstrem dan bencana alam boleh menyebabkan gangguan besar dalam rantaian bekalan komoditi, terutamanya dalam sektor tenaga dan pertanian.
Sebagai contoh, Hurricane Katrina (2005) menyebabkan banyak pelantar minyak di Teluk Mexico terpaksa ditutup, sekali gus menolak harga minyak mentah global naik mendadak, menurut laporan US Energy Information Administration (EIA).
Fenomena seperti El Niño dan La Niña juga sering menjejaskan pengeluaran tanaman seperti kopi, gandum, dan koko, menjadikan harga komoditi pertanian lebih tidak menentu berbanding komoditi lain.

Kebanyakan komoditi utama dunia (termasuk minyak dan emas) didagangkan dalam mata wang dolar AS (USD). Jadi bila nilai USD menguat, harga komoditi biasanya menurun kerana ia menjadi lebih mahal bagi pembeli dari negara lain. Sebaliknya, bila USD melemah, harga komoditi cenderung naik kerana lebih ramai pelabur global masuk ke pasaran.
Contohnya, bila indeks USD jatuh selepas dasar pelonggaran monetari, pelabur sering berpindah ke emas sebagai pelindungan nilai, menyebabkan harga emas naik secara konsisten.
Komoditi ialah nadi kepada ekonomi dunia. Ia mempengaruhi kos pengeluaran, inflasi, dan nilai mata wang. Sebagai contoh:
Selain itu, banyak negara seperti Malaysia, Arab Saudi, dan Australia bergantung kepada eksport komoditi sebagai sumber utama pendapatan negara.
Komoditi bukan sekadar untuk pelabur besar. Melalui broker global seperti Ultima Markets, anda boleh berdagang pelbagai komoditi (emas, perak, minyak dan banyak lagi) menggunakan akaun CFD. Kelebihannya:
Dengan strategi yang betul, pasaran komoditi boleh jadi cara bijak untuk diversifikasi portfolio dan lindungi nilai pelaburan daripada inflasi.
Bila bercakap pasal dagangan komoditi, platform memainkan peranan besar. Berbanding broker biasa, Ultima Markets menawarkan kelebihan berikut:
| Ciri-Ciri | Ultima Markets | Platform Lain |
| Produk Dagangan | Emas, minyak, perak, logam & tenaga | Terhad |
| Kos Dagangan | Spread rendah & leverage fleksibel | Lebih tinggi |
| Sokongan Teknikal | Analisis pasaran & carta masa nyata | Terhad |
| Keselamatan Akaun | Lesen global & ketelusan tinggi | Bergantung pada broker |
Dengan leverage yang fleksibel dan alat analisis canggih, trader boleh ambil peluang dari turun naik harga dan diversifikasi portfolio tanpa perlu modal besar.
Setiap trader ada gaya tersendiri bila berdagang komoditi, ada yang suka kejar peluang cepat, ada juga yang lebih sabar tunggu trend besar terbentuk. Dua strategi paling biasa ialah dagangan jangka pendek dan pelaburan jangka panjang.
Trader jangka pendek biasanya ambil peluang daripada turun naik harga harian. Contohnya, bila laporan inventori minyak mentah dikeluarkan setiap minggu oleh EIA, harga boleh berubah mendadak dalam beberapa minit, inilah masa yang dicari oleh trader aktif.
Strategi ni sesuai untuk mereka yang pantas membuat keputusan dan biasa guna analisis teknikal seperti support & resistance, candlestick pattern dan moving average. Namun, ia juga memerlukan disiplin tinggi sebab pasaran komoditi boleh berubah arah bila-bila masa.
Jika anda lebih suka gaya dagangan pantas, pelajari Maksud Scalper & 7 Teknik Scalping.
Pelabur jangka panjang pula fokus pada trend besar ekonomi global. Contohnya, bila ekonomi dunia mula pulih, permintaan terhadap logam industri seperti tembaga dan aluminium biasanya meningkat, menjadikan pelaburan dalam komoditi ini lebih bernilai dalam tempoh beberapa bulan atau tahun.
Mereka lebih banyak menggunakan analisis fundamental seperti laporan OPEC, data pengeluaran, atau unjuran pertumbuhan GDP untuk meramal arah pasaran jangka panjang.
Apa pun gaya anda, kunci kejayaan dalam dagangan komoditi ialah gabungan analisis asas dan teknikal.

Ringkasnya, komoditi maksudnya bukan sekadar tentang emas atau minyak semata-mata, tetapi bagaimana faktor ekonomi, politik dan mata wang saling mempengaruhi nilai serta pergerakan harganya.. Kini anda dah faham maksud komoditi, langkah seterusnya ialah pelajari cara berdagang dengan bijak.
Untuk anda yang nak mula berdagang komoditi, Ultima Markets menawarkan platform mesra pengguna, spread rendah, dan akses kepada pelbagai instrumen global supaya anda boleh manfaatkan peluang dalam pasaran sebenar.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.