Dalam dunia trading saham dan forex, terdapat pelbagai jenis chart pattern yang membantu trader meramal pergerakan harga pasaran. Salah satu corak yang paling terkenal dan mudah dikenali adalah Head and Shoulders Pattern. Walaupun namanya sama seperti jenama syampu terkenal, dalam konteks trading, corak ini adalah isyarat penting untuk mengenal pasti reversal dalam sesuatu trend harga.
Head and Shoulders Pattern merupakan corak reversal yang berlaku apabila pergerakan harga berkemungkinan besar berubah daripada trend menaik (uptrend) kepada trend menurun (downtrend). Corak ini sangat dipercayai oleh trader kerana ia sering kali muncul dengan jelas di carta, memberi peluang untuk menjangkakan perubahan harga lebih awal. Ia terbukti efektif dalam pelbagai jenis pasaran, sama ada saham, forex, mahupun kripto.
Untuk mengenal pasti Head and Shoulders Pattern, trader perlu memahami dengan jelas tiga struktur utama serta garisan neckline yang menghubungkan titik-titik penting corak ini:
Corak ini bermula apabila terdapat momentum belian yang kukuh, menyebabkan harga meningkat dan membentuk satu puncak. Pada titik ini, biasanya volume dagangan agak tinggi, mencerminkan minat pembeli yang kuat. Walau bagaimanapun, selepas mencapai paras tertinggi, harga mula turun semula ke paras yang lebih rendah, iaitu titik permulaan kenaikan tadi. Biasanya, penurunan ini disertai dengan volume dagangan yang semakin berkurangan, menandakan momentum belian mula lemah.
Selepas bahu kiri terbentuk, harga mula naik semula, kali ini dengan momentum yang lebih kuat berbanding sebelumnya. Kenaikan ini menghasilkan puncak harga baru yang lebih tinggi berbanding bahu kiri tadi. Namun, kenaikan ini tidak kekal lama. Selepas mencapai paras tertinggi (head), berlaku penurunan harga yang signifikan, kembali ke paras neckline atau hampir sama dengan titik permulaan shoulder kiri. Penurunan ini adalah petunjuk awal bahawa minat belian mulai melemah secara jelas dan tekanan jualan mula meningkat.
Pada peringkat ini, harga cuba naik sekali lagi namun dengan momentum yang jauh lebih rendah berbanding dua puncak sebelumnya. Kenaikan kali ini tidak berjaya mencapai paras head, dan selalunya hanya mampu mendekati paras bahu kiri. Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa beli semakin lemah, manakala tekanan jualan semakin kuat. Penurunan semula harga selepas terbentuknya bahu kanan biasanya berlaku dengan volume dagangan yang meningkat, sekali gus menguatkan lagi potensi reversal.
Setelah ketiga-tiga struktur ini terbentuk, corak ini akan disahkan apabila harga berjaya menembusi garisan neckline secara jelas (breakout). Neckline ialah garisan sokongan yang menghubungkan titik rendah antara bahu kiri dan head serta titik rendah antara head dan bahu kanan. Breakout pada neckline ini adalah isyarat kuat untuk trader mula memasuki posisi jual (sell), menjangkakan penurunan harga yang berterusan daripada bullish kepada bearish.
Selain versi asal, terdapat juga Inverse Head and Shoulders Pattern yang merupakan versi bullish daripada corak ini. Corak ini kebiasaannya muncul selepas harga saham atau instrumen kewangan mengalami downtrend yang panjang. Ia memberi isyarat bahawa harga mungkin sudah berada di penghujung fasa penurunan dan bersedia untuk beralih kepada trend menaik (uptrend).
Struktur corak ini hampir sama dengan corak asal tetapi berlaku dalam bentuk terbalik dengan tiga lembah:
Entry buy disyorkan apabila harga berjaya menembusi neckline ke atas, menandakan potensi kuat reversal daripada bearish ke bullish.
Berikut strategi lebih mantap dengan tambahan elemen confirmation dan pengurusan risiko:
Berikut adalah jadual ringkas dan jelas yang menunjukkan perbezaan antara kedua-dua corak untuk membantu trader beginners memahami konsep ini:
Kriteria | Head and Shoulders (Biasa) | Inverse Head and Shoulders |
Trend Sebelum Corak | Uptrend (menaik) | Downtrend (menurun) |
Signal Corak | Reversal bearish | Reversal bullish |
Bentuk Corak | Tiga puncak (shoulder-head-shoulder) | Tiga lembah (shoulder-head-shoulder) |
Entry Position | Sell selepas harga pecah neckline ke bawah | Buy selepas harga pecah neckline ke atas |
Stop Loss (SL) | Di atas paras puncak Right Shoulder | Di bawah paras lembah Right Shoulder |
Take Profit (TP) | Jarak head ke neckline (ke bawah) | Jarak head ke neckline (ke atas) |
Volume Ideal | Volume meningkat ketika breakout ke bawah | Volume meningkat ketika breakout ke atas |
Psikologi Pasaran | Tekanan jualan meningkat, belian melemah | Tekanan belian meningkat, jualan melemah |
Seperti corak teknikal yang lain, Head and Shoulders Pattern juga mempunyai kekurangan, antaranya:
Oleh itu, penting untuk trader sentiasa bersabar, menunggu pengesahan breakout dengan jelas sebelum membuat keputusan trade.
Head and Shoulders Pattern adalah alat yang efektif dalam analisis teknikal untuk mengesan perubahan trend pasaran. Trader yang memahami dan tahu menggunakannya dengan betul akan mampu mengambil peluang dagangan dengan risiko yang terkawal. Di Ultima Markets, anda boleh mengaplikasikan strategi ini dengan yakin, memanfaatkan pelbagai instrumen trading global yang tersedia. Daftar akaun anda hari ini dan mulakan langkah pertama dalam dunia trading dengan lebih kukuh.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.