This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Maksud FOMO ialah rasa takut ketinggalan peluang. Fahami kesannya dalam trading forex & saham serta cara elak rugi kerana emosi.
Maksud FOMO Dan Cara Menanganinya
Rasa cemas bila lihat orang lain buat untung di pasaran? Perasaan inilah yang disebut FOMO dalam dunia trading.
Istilah FOMO mula diperkenalkan sekitar awal tahun 2000-an, dan menjadi semakin popular selepas era media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter yang membuat orang mudah membandingkan diri dengan “kejayaan” orang lain. Hari ini, istilah ini bukan sahaja digunakan dalam gaya hidup harian, tetapi juga meluas dalam dunia kewangan.
Maksud FOMO ialah singkatan daripada Fear of Missing Out — iaitu rasa takut ketinggalan peluang. Fenomena ini sering mendorong pelabur atau trader masuk pasaran tanpa analisis yang jelas kerana terpengaruh dengan pergerakan harga mendadak atau berita pasaran yang hangat.
Apa Maksud FOMO Dalam Trading?
Apa Itu FOMO (Fear of Missing Out): Keadaan psikologi di mana trader atau pelabur membuat keputusan terburu-buru kerana takut terlepas peluang keuntungan.
Dalam konteks trading, maksud FOMO ini sama: emosi takut ketinggalan peluang profit. Bezanya, ia berlaku di pasaran kewangan yang bergerak pantas. Contohnya, bila harga emas naik mendadak, ramai trader terus “buy” tanpa analisis kukuh, hanya kerana tidak mahu terlepas peluang. Akhirnya, harga boleh sahaja retrace dan menyebabkan kerugian.
Mengapa Mengetahui Maksud FOMO Itu Penting?
Memahami maksud FOMO sangat penting kerana ia adalah salah satu emosi paling berbahaya dalam trading. Jika tidak dikawal dengan baik, FOMO boleh mengaburkan pemikiran rasional, membuatkan trader atau pelabur mengambil risiko berlebihan, dan akhirnya menjejaskan prestasi portfolio.
Ramai trader yang terjebak dengan:
Entry lewat: Masuk pasaran ketika harga sudah tinggi, kerana takut ketinggalan trend.
Beli pada harga terlalu mahal: Membeli aset dalam keadaan “hype” tanpa menyemak asas fundamental.
Jual terlalu awal: Panik bila harga retrace sedikit, sedangkan trend masih sihat.
Kesan daripada FOMO bukan sekadar kerugian kewangan, tetapi juga tekanan emosi seperti rasa menyesal, stress, dan hilang keyakinan terhadap strategi sendiri. Lebih parah lagi, ia boleh mendorong kepada overtrading, iaitu membuka banyak posisi tanpa kawalan hanya kerana terikut-ikut pergerakan pasaran.
Contoh Nyata FOMO Dalam Pasaran
Harga emas naik mendadak → trader terus “buy” tanpa analisis → harga tiba-tiba retrace → rugi dalam masa singkat.
Saham popular diumumkan naik → pelabur masuk tanpa plan → harga sudah “overbought”, akhirnya modal terperangkap.
Semua contoh ini menunjukkan bagaimana FOMO boleh menguasai tindakan trader. Tanpa kawalan emosi, trading berubah daripada strategi kepada perjudian.
Tanda-Tanda Anda Sedang Alami FOMO
Bagaimana nak tahu anda sedang dikuasai FOMO semasa trading? Dengan memahami maksud FOMO dalam trading, anda boleh kenal pasti tanda-tanda awal sebelum ia merugikan anda. Berikut antara tanda paling jelas:
1. Masuk pasaran tanpa analisis teknikal/fundamental
Ramai trader yang terus menekan butang “buy” atau “sell” hanya kerana nampak harga bergerak laju. Mereka abaikan carta, indikator, malah berita fundamental. Contohnya, melihat EUR/USD melonjak selepas pengumuman data NFP, lalu masuk posisi secara terburu-buru tanpa semak trend sebenar.
2. Takut terlepas peluang bila nampak orang lain profit
Media sosial atau group trading sering jadi punca — bila nampak rakan trader kongsi keuntungan besar, anda mula rasa “kena masuk juga”. Perasaan banding diri inilah yang buat anda terikut-ikut, walaupun peluang itu mungkin sudah terlambat.
3. Overtrade – buka banyak posisi kerana panik
Trader yang terjebak dengan FOMO biasanya tidak puas dengan satu entry. Mereka akan tambah posisi baru (stacking) atau buka banyak pair serentak tanpa kawalan, hanya kerana bimbang terlepas profit. Hasilnya, risiko meningkat berganda.
4. Tiada disiplin risk management – entry terlalu besar
Satu lagi tanda jelas ialah bila anda letak lot size lebih besar daripada kebiasaan. Disebabkan terlalu yakin harga akan terus naik, anda abaikan prinsip asas pengurusan risiko. Jika harga berbalik arah, kerugian jadi lebih besar daripada yang anda mampu tanggung.
5. Tidak sabar menunggu setup yang jelas
Trader yang FOMO sering gagal menunggu signal sebenar. Mereka masuk lebih awal daripada sepatutnya kerana takut “trend dah jalan”. Akhirnya entry dibuat di zon yang tidak strategik.
6. Rasa menyesal selepas entry dibuat
Perasaan “eh, aku masuk betul ke tadi?” adalah simptom klasik FOMO. Bila keputusan dibuat berdasarkan emosi, penyesalan biasanya datang segera selepas itu, sama ada harga bergerak ikut jangkaan atau tidak.
Contoh FOMO Dalam Dunia Sebenar
FOMO bukan sekadar teori psikologi, ia memang pernah jadi punca kerugian besar dalam sejarah kewangan moden.
Bitcoin 2017 & 2021
Pada tahun 2017, Bitcoin melonjak dari sekitar USD 1,000 ke hampir USD 20,000 dalam masa kurang setahun. Ramai pelabur runcit mula masuk hanya bila harga sudah berada di puncak kerana takut terlepas peluang. Tetapi selepas itu, harga jatuh menjunam lebih 80%, menyebabkan ramai yang “hold” di harga tinggi menanggung kerugian besar.
Situasi sama berulang pada tahun 2021 apabila Bitcoin mencapai paras hampir USD 69,000. Keterujaan di media sosial dan berita arus perdana membuat ramai pelabur baru melabur tanpa plan. Selepas itu, harga merosot separuh, sekali lagi meninggalkan ramai mangsa FOMO.
Saham GameStop 2021
Fenomena “meme stock” di WallStreetBets (Reddit) mendorong saham GameStop melonjak dari USD 20 kepada lebih USD 400 dalam masa singkat. Ribuan pelabur kecil masuk kerana terpengaruh dengan “hype” komuniti dan takut ketinggalan keuntungan pantas.
Tetapi bila momentum reda, harga menjunam kembali dan ramai yang masuk lewat terperangkap di paras tinggi. Inilah contoh klasik bagaimana FOMO boleh mencipta gelembung harga (price bubble) dan kemudian menghancurkan modal pelabur yang tidak bersedia.
Contoh Harian di Pasaran Tempatan
FOMO tidak terhad kepada aset global sahaja. Di Malaysia, saham popular seperti glove companies ketika era pandemik juga pernah melonjak mendadak kerana ramai pelabur takut terlepas trend. Selepas harga jatuh, ramai pelabur runcit yang masuk lewat berakhir dengan kerugian.
Kesimpulannya, contoh-contoh ini tunjukkan satu corak yang sama: FOMO buat orang masuk pasaran pada waktu salah – beli terlalu tinggi atau pegang terlalu lama – dan akhirnya rugi kerana keputusan dibuat berasaskan emosi, bukan analisis.
Cara Elak FOMO Dalam Trading
Perasaan FOMO memang tak boleh dihapuskan 100%, sebab ia adalah emosi semula jadi manusia. Tetapi, anda boleh kurangkan kesannya dengan beberapa langkah praktikal:
1. Sediakan Trading Plan
Sebelum masuk pasaran, pastikan anda ada plan yang jelas: bila nak entry, di level mana nak keluar, dan berapa risiko maksimum yang sanggup ditanggung. Bila ada pelan, anda kurang terpengaruh dengan “hype” pasaran. Contoh: kalau plan anda hanya masuk bila RSI oversold, anda takkan tergoda nak kejar harga bila nampak candle panjang naik.
2. Gunakan Stop Loss & Take Profit
Ramai trader rugi besar sebab tak letak stop loss. Dengan adanya stop loss, anda dah tetapkan had risiko. Take profit pula lindungi keuntungan daripada “terbang” semula bila harga berbalik arah. Disiplin dua tools ini bantu anda lawan perasaan nak ubah-ubah entry sebab takut terlepas peluang.
3. Fokus Pada Signal Sahaja
Belajar percaya pada sistem atau strategi anda sendiri. Jangan mudah goyah bila nampak orang lain post keuntungan di media sosial atau group trading. Ingat — mereka hanya tunjuk winning trade, jarang tunjuk losing trade. Signal yang datang daripada analisis teknikal atau fundamental jauh lebih boleh dipercayai daripada “noise” luar.
4. Belajar Terima ‘Missed Opportunity’
Pasaran akan sentiasa buka peluang baru. Jangan risau kalau terlepas satu setup — lebih baik tunggu peluang seterusnya yang lebih jelas. Trader berpengalaman tahu bahawa “no trade is also a trade”, maksudnya memilih untuk tidak masuk pasaran pun satu strategi yang bijak.
5. Kawal Emosi & Rehat Bila Perlu
Bila emosi mula ambil alih (stress, cemas, panik), cuba berhenti sekejap daripada skrin. Rehat seketika boleh beri perspektif baru. Ingat, trading bukan maraton sehari, tetapi perjalanan jangka panjang.
6. Gunakan Saiz Lot Yang Konsisten
Elakkan godaan untuk gandakan lot hanya sebab nampak peluang “confirm”. Kekalkan saiz lot mengikut money management anda, supaya tak menyesal bila harga tak ikut jangkaan.
Adakah FOMO Selalu Negatif?
Tidak semestinya. Sedikit FOMO boleh jadi motivasi untuk anda lebih peka dengan peluang pasaran dan rajin pantau berita ekonomi. Tetapi jika dibiarkan berlebihan, ia mudah berubah jadi perangkap emosi yang menyebabkan entry terburu-buru, overtrade, dan akhirnya kerugian besar.
Kesimpulan – Fahami Maksud FOMO Untuk Elak Kerugian
Secara ringkas, maksud FOMO ialah rasa takut terlepas peluang yang sering mendorong trader membuat keputusan terburu-buru. Dengan kawalan emosi dan strategi pengurusan risiko yang betul, anda boleh elak daripada kesilapan ini.
Di Ultima Markets, kami menyediakan platform trading pantas, spread rendah, dan ratusan instrumen global supaya anda boleh berdagang dengan lebih yakin — tanpa terperangkap dalam perangkap FOMO.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.