This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ultima Markets does not have an establishment in Singapore and does not operate from Singapore.
Ultima Markets does not provide products or services to citizens or residents of Singapore, and account applications from Singapore citizens or residents will not be accepted.
If you are a citizen or resident of Singapore, please do not open an account or use Ultima Markets’ products or services.
By selecting “Acknowledge and Continue Browsing”, you confirm that you are accessing this website on your own initiative and that your access is not the result of any direct marketing, targeted advertising, solicitation, or promotional activity by Ultima Markets.
Nothing on this website constitutes an offer, solicitation, or promotion of products or services in any jurisdiction where such activity is prohibited. You are responsible for ensuring that your access to and use of this website complies with applicable local laws and regulations.
Ketahui apa itu Indeks Purata Nikkei, cara ia dikira, faktor pengaruh & bagaimana trader boleh manfaatkan peluang dagangan global.
Indeks Purata Nikkei: Asas Yang Perlu Anda Tahu
Ramai yang pernah dengar nama Indeks Purata Nikkei, tetapi masih tertanya-tanya apa sebenarnya maksud indeks ini dan kenapa ia penting. Artikel ini akan menerangkan secara ringkas maksud Indeks Purata Nikkei, bagaimana ia berfungsi, serta peranan indeks ini dalam dunia kewangan dan trading.
Apa Itu Indeks Purata Nikkei?
Indeks Purata Nikkei atau lebih dikenali sebagai Nikkei 225 ialah indeks saham utama di Jepun yang merangkumi 225 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Saham Tokyo (Tokyo Stock Exchange, TSE).
Berbeza dengan indeks lain seperti S&P 500 yang berdasarkan market capitalization, Indeks Purata Nikkei adalah price-weighted index. Maksudnya, saham dengan harga lebih tinggi akan memberi kesan lebih besar kepada pergerakan indeks ini, sama seperti Dow Jones Industrial Average (DJIA) di Amerika Syarikat.
Contoh mudah: Jika saham Fast Retailing (pemilik UNIQLO) naik 10%, ia boleh memberi kesan lebih besar kepada Nikkei berbanding syarikat kecil lain, walaupun market cap syarikat tersebut lebih rendah.
Nota Tambahan: Beza Market Cap Weighted vs Price Weighted Index
Market Cap Weighted Index → berat ditentukan oleh nilai pasaran syarikat (harga saham × jumlah saham). Lagi besar market cap, lagi besar pengaruh dalam indeks. Contoh: S&P 500, FBM KLCI.
Price Weighted Index → berat ditentukan oleh harga per saham sahaja. Saham yang lebih mahal per unit beri kesan lebih besar, walaupun market cap lebih kecil. Contoh: Nikkei 225, Dow Jones.
Ringkasnya, market cap weighted lebih menggambarkan saiz sebenar syarikat dalam ekonomi, manakala price weighted cenderung beri lebih banyak “kuasa” kepada saham yang harganya mahal walaupun syarikatnya mungkin lebih kecil.
Sejarah Ringkas Indeks Purata Nikkei
1950 – Permulaan Indeks Purata Nikkei mula diperkenalkan oleh akhbar kewangan Jepun, Nihon Keizai Shimbun (Nikkei), pada tahun 1950. Ia dicipta untuk menjadi penanda aras utama prestasi pasaran saham Jepun, sama seperti peranan Dow Jones di Amerika Syarikat.
1980-an – Era Gelembung Ekonomi (Asset Price Bubble) Pada dekad 1980-an, Jepun mengalami pertumbuhan ekonomi pesat hasil ledakan sektor hartanah dan pasaran saham. Indeks Purata Nikkei melonjak sehingga hampir 39,000 mata pada Disember 1989, menjadikannya antara pasaran paling berprestasi di dunia ketika itu.
1990-an – Kejatuhan & “The Lost Decade” Namun, gelembung itu pecah pada awal 1990-an. Pasaran saham Jepun runtuh, nilai hartanah merosot, dan ekonomi negara memasuki tempoh dikenali sebagai “The Lost Decade”. Nikkei jatuh teruk sehingga ke bawah 15,000 mata, dan kesannya dirasai sepanjang dekad tersebut.
2000-an – Pemulihan Perlahan Memasuki tahun 2000-an, Jepun cuba bangkit semula walaupun pertumbuhan ekonomi masih perlahan. Nikkei kekal berayun antara 8,000 – 18,000 mata, mencerminkan cabaran struktur ekonomi Jepun serta kesan daripada krisis kewangan global 2008.
2020-an – Kebangkitan Semula Dalam dekad terkini, Indeks Purata Nikkei kembali pulih kukuh dan berjaya menembusi semula paras rekod era 1989 pada tahun 2024, melepasi 38,900 mata buat kali pertama selepas lebih tiga dekad. Peningkatan ini didorong oleh prestasi sektor teknologi, eksport automotif, yen yang lemah, serta sokongan dasar monetari longgar Bank of Japan. Walaupun Jepun berdepan cabaran seperti pandemik COVID-19, inflasi global, dan isu rantaian bekalan, Nikkei terus mencatat paras tertinggi baharu pada 2024–2025 dan kekal sebagai barometer utama ekonomi Jepun serta sentimen pasaran Asia.
Komponen Utama Nikkei 225
Indeks Purata Nikkei terdiri daripada 225 syarikat blue-chip Jepun yang dipilih daripada pelbagai sektor utama ekonomi negara itu.
Apa itu saham blue-chip?
Saham blue-chip merujuk kepada syarikat besar yang mempunyai reputasi kukuh, kedudukan kewangan stabil, dan sejarah prestasi yang konsisten. Ia biasanya dianggap sebagai syarikat “premium” yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi sesebuah negara.
Antara sektor utama dalam Nikkei 225:
Sektor
Contoh Syarikat
Penerangan
Automotif
Toyota, Honda, Nissan
Jepun ialah pengeluar kereta bertaraf dunia. Toyota misalnya, menjadi syarikat automotif nombor satu global dari segi jualan. Sektor ini memberi impak besar kepada eksport Jepun dan menyumbang ketara kepada pergerakan Nikkei.
Teknologi & Elektronik
Sony, Panasonic, SoftBank, Advantest
Jepun terkenal dalam inovasi teknologi, daripada elektronik pengguna (Sony, Panasonic) hingga telekomunikasi & AI (SoftBank). Advantest pula penting dalam pembuatan semikonduktor. Sektor ini sering memacu pertumbuhan Nikkei dalam era moden.
Peruncitan & Fesyen
Fast Retailing (UNIQLO)
UNIQLO berkembang pesat menjadi peruncit global dengan ribuan cawangan di Asia, Eropah dan Amerika. Kejayaan global syarikat ini menjadikannya penyumbang penting dalam indeks, walaupun berasal daripada sektor fesyen.
Kewangan
Mitsubishi UFJ Financial, Nomura Holdings
Sistem kewangan Jepun diwakili bank-bank dan institusi pelaburan gergasi. Pergerakan saham kewangan biasanya memberi kesan langsung terhadap kestabilan indeks kerana sektor ini berkait rapat dengan dasar Bank of Japan.
Industri Berat & Elektrikal
Hitachi, Mitsubishi Electric
Terlibat dalam mesin industri, tenaga, automasi, infrastruktur, dan teknologi global. Sektor ini mewakili kekuatan tradisional Jepun dalam pembuatan dan eksport peralatan berat.
Dengan kepelbagaian sektor ini, Indeks Purata Nikkei bukan sahaja menilai prestasi pasaran saham Jepun, malah mencerminkan kekuatan sebenar korporat Jepun yang berpengaruh di peringkat global.
Saham Paling Beri Impak Kepada Indeks Ini
Walaupun Indeks Purata Nikkei merangkumi 225 syarikat, tidak semua menyumbang sama rata. Disebabkan ia price-weighted index, saham dengan harga per unit lebih mahal memberi kesan lebih besar walaupun market cap syarikat lebih kecil.
Contoh:
Fast Retailing (UNIQLO) – Saham ini antara yang paling mahal di Bursa Tokyo dan kini menyumbang sekitar 9–11% daripada keseluruhan berat Nikkei 225. Oleh itu, pergerakan saham Fast Retailing sering memberi impak paling besar kepada arah indeks.
Toyota Motor Corp – Walaupun Toyota mempunyai market cap jauh lebih besar sebagai pengeluar automotif nombor satu dunia, sumbangannya kepada Nikkei hanya sekitar 1–1.5%. Ini kerana harga sahamnya lebih rendah berbanding Fast Retailing.
Situasi ini menunjukkan dengan jelas bagaimana Indeks Purata Nikkei boleh “bias” kepada saham berharga mahal, berbeza dengan indeks seperti FBM KLCI atau S&P 500 yang lebih berpandukan nilai sebenar syarikat (market capitalization).
Bagaimana Indeks Ini Dikira?
Indeks Purata Nikkei menggunakan formula price-weighted average. Ini bermaksud setiap komponen syarikat dalam indeks memberi kesan berdasarkan harga seunit sahamnya, bukan berdasarkan nilai keseluruhan syarikat.
Prinsip Asas
Harga saham tinggi = impak lebih besar.
Harga saham rendah = impak lebih kecil.
Nilai indeks dikira dengan mengambil jumlah harga semua saham komponen, kemudian dibahagikan dengan “divisor” khas (satu nombor pelaras).
Kenapa Perlukan Divisor?
Divisor digunakan untuk memastikan indeks tetap konsisten walaupun berlaku perubahan teknikal seperti:
Stock split – bila satu saham dipecahkan kepada lebih banyak unit pada harga lebih rendah.
Penggabungan saham (reverse split) – bila saham digabungkan semula pada harga lebih tinggi.
Penggantian komponen – bila syarikat baru masuk menggantikan syarikat lama dalam indeks.
Jika divisor tidak diselaraskan, setiap kali ada split atau perubahan komponen, nilai indeks akan kelihatan “terjejas” walaupun tiada perubahan sebenar pada pasaran.
Contoh Mudah
Katakan Saham A berharga ¥50,000
Saham B berharga ¥5,000
Saham A akan memberi kesan 10 kali ganda lebih besar kepada pergerakan Indeks Purata Nikkei berbanding Saham B.
Dalam praktiknya, jika Saham A naik 1%, indeks akan bergerak jauh lebih ketara berbanding jika Saham B naik 1%.
Beza Dengan Market Cap Weighted Index
Berbeza dengan indeks seperti FBM KLCI atau S&P 500, di mana pengaruh syarikat bergantung pada saiz keseluruhan syarikat (market capitalization). Dalam Nikkei, syarikat dengan harga saham mahal boleh mendominasi indeks walaupun syarikat lain sebenarnya jauh lebih besar dari segi nilai pasaran.
Faktor Yang Mempengaruhi Indeks Purata Nikkei
Seperti indeks saham lain, Indeks Purata Nikkei dipengaruhi oleh gabungan faktor domestik (dalam Jepun) dan global. Antara faktor utama ialah:
1. Kadar Pertukaran Yen (JPY)
Yen merupakan mata wang eksport Jepun. Bila Yen melemah berbanding USD, produk Jepun menjadi lebih murah di pasaran luar negara → permintaan eksport meningkat → keuntungan syarikat automotif & teknologi Jepun melonjak → Nikkei biasanya naik.
Sebaliknya, Yen mengukuh terlalu banyak → eksport menjadi mahal → syarikat eksport seperti Toyota atau Sony tertekan → indeks berpotensi jatuh.
Contoh: Pada 2023–2025, kejatuhan nilai Yen ke paras terendah dalam 30 tahun membantu mengangkat Nikkei ke paras tertinggi baharu kerana eksport Jepun menjadi lebih kompetitif.
2. Dasar Bank of Japan (BoJ)
Bank of Japan lama terkenal dengan kadar faedah ultra-rendah dan program pelonggaran kuantitatif (QE) yang menyokong pasaran saham.
Pada Mac 2024, BoJ menamatkan dasar kadar faedah negatif buat pertama kali dalam hampir 20 tahun, dan menetapkan kadar dasar sekitar 0.0–0.1%.
Walaupun begitu, kadar faedah Jepun masih antara yang paling rendah di dunia. Jika BoJ naikkan lagi kadar pada masa depan, kos pinjaman syarikat boleh meningkat → berpotensi menekan pasaran saham.
Contoh: Selepas pengumuman Mac 2024 itu, pelabur bereaksi bercampur – ada yang bimbang kos pinjaman naik, tetapi ada juga yang melihat ia sebagai bukti ekonomi Jepun mula pulih.
3. Ekonomi Global
Jepun ialah pengeksport utama ke Amerika Syarikat dan China, dua ekonomi terbesar dunia.
Bila ekonomi global berkembang → permintaan kereta, elektronik, dan mesin Jepun meningkat → menyokong Nikkei.
Bila berlaku kelembapan global, seperti semasa krisis kewangan 2008 atau pandemik COVID-19, eksport Jepun merosot → Nikkei turut jatuh.
Contoh: Ketika perdagangan AS–China tegang (2018–2019), syarikat Jepun yang terlibat dalam rantaian bekalan turut terjejas, menyebabkan indeks Nikkei lemah.
4. Berita Korporat & Sektor
Keuntungan atau kerugian syarikat gergasi memberi kesan langsung kepada Nikkei.
Disebabkan ia price-weighted, pergerakan syarikat tertentu seperti Fast Retailing, Sony, atau Toyota boleh menggerakkan keseluruhan indeks walaupun sektor lain stabil.
Contoh: Apabila Fast Retailing melaporkan keuntungan melebihi jangkaan pada 2025, sahamnya melonjak dan menjadi penyumbang utama kenaikan Nikkei hari itu.
5. Sentimen Pasaran Antarabangsa
Nikkei sering bergerak seiring dengan indeks global lain seperti Dow Jones (AS), S&P 500 (AS), dan Hang Seng (Hong Kong).
Berita global seperti dasar Fed, ketegangan geopolitik, atau harga minyak juga boleh mempengaruhi mood pelabur terhadap saham Jepun.
Contoh: Selepas Wall Street ditutup tinggi pada malam sebelumnya, pasaran Tokyo biasanya dibuka dengan sentimen positif, menyebabkan Nikkei naik.
Ringkasnya, pergerakan Indeks Purata Nikkei tidak hanya mencerminkan keadaan ekonomi Jepun, tetapi juga sentimen global. Itulah sebabnya trader antarabangsa sering menjadikan Nikkei sebagai “barometer Asia” dalam menilai keadaan pasaran dunia.
Cara Pelabur & Trader Boleh Manfaatkan Indeks Purata Nikkei
Bagi pelabur runcit dan trader di Malaysia, ada beberapa cara utama untuk mendapatkan pendedahan kepada Indeks Purata Nikkei. Setiap cara mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada objektif pelaburan dan tahap risiko yang sanggup diambil.
Instrumen
Siapa Sesuai
Kelebihan
Kekurangan / Risiko
ETF (Exchange Traded Fund)
Dana pelaburan yang menjejak prestasi Nikkei 225.
Pelabur jangka sederhana/panjang yang mahukan diversifikasi dengan risiko sederhana.
– Diversifikasi automatik ke 225 syarikat. – Lebih stabil, sesuai untuk simpanan/investment portfolio. – Mudah diuruskan seperti saham biasa.
– Tidak fleksibel untuk jangka pendek. – Pulangan lebih perlahan.
Futures & Options
Kontrak derivatif untuk beli/jual indeks pada harga tertentu di masa depan.
Trader berpengalaman, institusi kewangan & hedge funds untuk hedging atau spekulasi.
– Boleh lindung nilai risiko. – Leverage tinggi = potensi untung besar. – Diguna meluas oleh institusi global.
– Leverage tinggi = risiko rugi besar. – Modal & margin tinggi. – Kompleks untuk trader baru.
CFD (Contract for Difference)
Instrumen derivatif untuk untung dari naik/turun indeks tanpa milik saham sebenar.
Trader runcit yang mahu akses mudah, modal rendah & peluang dua hala (long/short).
– Modal rendah. – Fleksibel untuk trading jangka pendek. – Boleh long (buy) atau short (sell). – Mudah diakses melalui broker antarabangsa.
– Risiko tinggi jika tiada pengurusan risiko. – Sesuai untuk aktif, bukan simpanan panjang.
Contoh:
ETF: Seorang pelabur Malaysia beli ETF Nikkei 225 untuk simpanan jangka panjang. Bila sektor teknologi Jepun naik (contoh: Sony & Advantest), nilai ETF itu juga meningkat tanpa perlu beli saham individu.
Futures & Options: Sebuah syarikat eksport Jepun risau Yen menguat. Mereka guna kontrak futures Nikkei 225 sebagai lindung nilai (hedging) untuk kurangkan risiko kerugian dalam pasaran saham.
CFD: Seorang trader runcit nampak laporan ekonomi Jepun positif. Dia ambil posisi long CFD Nikkei 225 untuk dapat untung dari kenaikan indeks. Minggu berikutnya, bila Yen tiba-tiba menguat dan eksport dijangka tertekan, dia pula ambil posisi short CFD untuk manfaatkan penurunan indeks.
Dengan adanya ETF, futures, options dan CFD, pelabur Malaysia mempunyai banyak pilihan untuk mengambil peluang daripada pergerakan Indeks Purata Nikkei, sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang.
Kenapa Indeks Purata Nikkei Penting?
Penunjuk Ekonomi Jepun → Pergerakan indeks menggambarkan keyakinan pelabur global terhadap Jepun.
Kesan Rantau Asia → Sebagai ekonomi ketiga terbesar dunia, Nikkei memberi impak besar pada pasaran serantau.
Peluang Trading Global → Trader boleh memanfaatkan turun naik indeks untuk meraih keuntungan jangka pendek atau jangka panjang.
Kesimpulan
Indeks Purata Nikkei bukan sekadar indeks saham Jepun, tetapi juga cerminan kesihatan ekonomi Asia dan salah satu instrumen paling popular untuk trader global. Dengan memahami cara ia dikira, faktor yang mempengaruhinya, serta cara untuk berdagang, trader Malaysia boleh menambah satu lagi peluang pelaburan dalam portfolio mereka.
Bersama Ultima Markets, anda boleh berdagang CFD Indeks Purata Nikkei dengan spread kompetitif, leverage fleksibel, dan akses terus ke pasaran global — membolehkan anda mengambil peluang daripada pergerakan pasaran Jepun tanpa perlu memiliki saham sebenar.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.