Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Hawkish vs Dovish: Helang & Merpati Kawal Market?

Summary:

Ketahui maksud hawkish vs dovish dan bagaimana ‘helang & merpati’ bank pusat mempengaruhi pergerakan forex, emas dan saham dalam pasaran global.

Hawkish vs Dovish: Helang & Merpati Kawal Market?

Dalam dunia ekonomi dan pasaran kewangan, istilah hawkish vs dovish adalah antara signal paling penting yang pelabur dan trader perlu faham. Dalam artikel ini, kita akan jelaskan apa itu hawkish dan dovish, maksud asasnya, serta bagaimana ia mempengaruhi mata wang, saham, emas dan pasaran global.

Jika anda pernah dengar hawkish vs dovish Fed, itu merujuk kepada nada ucapan Federal Reserve (bank pusat AS) yang sangat mempengaruhi USD. Nada ini juga digunakan oleh bank pusat lain seperti ECB, BOE, BOJ dan termasuk Bank Negara Malaysia.

Untuk faham kenapa nada Fed sangat penting dalam pasaran global, anda boleh baca panduan penuh di sini: Apa Itu Federal Reserve?

Apa Itu Hawkish dan Dovish?

Maksud Hawkish
Maksud Hawkish ialah gambaran sikap bank pusat yang cenderung menaikkan kadar faedah untuk lawan inflasi.

Maksud Dovish
Dovish bermaksud bank pusat lebih suka menurunkan kadar faedah untuk sokong pertumbuhan ekonomi.

Hawkish vs Dovish adalah dua pendekatan dasar monetari utama yang memberi petunjuk arah pasaran.

Apa Maksud Hawkish Dan Dovish

Apa Itu Hawkish? Makna & Konsep

“Maksud hawkish” merujuk kepada situasi di mana bank pusat mengambil pendirian lebih ketat terhadap dasar monetari kerana mereka percaya inflasi sedang bergerak terlalu cepat dan boleh mengancam kestabilan ekonomi.

Dalam keadaan hawkish, bank pusat biasanya memberi signal bahawa mereka:

  • menaikkan kadar faedah,
  • mengurangkan pembelian aset atau mengecilkan balance sheet,
  • memberi amaran bahawa kos pinjaman akan kekal tinggi untuk tempoh lebih panjang,
  • mengutamakan kawalan inflasi berbanding pertumbuhan ekonomi.

Pendekatan hawkish ini selalunya muncul apabila ekonomi terlalu panas. Contohnya kadar pekerjaan terlalu tinggi, pengguna berbelanja berlebihan, atau harga barang naik pada kadar yang tak sihat.

Analogi Helang: Kenapa Dipanggil “Hawkish”?

Perkataan hawkish ini sebenarnya berasal daripada analogi burung helang (hawk). Haiwan ini terkenal dengan:

  • penglihatan yang tajam,
  • tindakan pantas,
  • sifat agresif apabila mengesan ancaman.

Bank pusat pula akan menjadi “hawk” apabila mereka merasakan inflasi ialah ancaman yang perlu ditangani segera. Sama seperti helang yang terus menyerang apabila nampak bahaya, bank pusat mengambil tindakan agresif seperti menaikkan kadar faedah dengan cepat.

Contoh Situasi Hawkish

1. Inflasi naik terlalu cepat

Contoh paling jelas ialah pada tahun 2022, ketika Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah secara agresif untuk mengawal lonjakan harga minyak, makanan, sewa rumah dan barangan harian. Fed ketika itu menganggap inflasi terlalu tinggi dan memerlukan tindakan segera.

Hawkish biasanya muncul apabila inflasi naik terlalu cepat. Jika anda masih baru dengan konsep inflasi, rujuk artikel Apa Itu Inflasi untuk memahami kenapa bank pusat begitu risau apabila harga meningkat.

2. Pasaran pekerjaan terlalu panas

Apabila gaji naik terlalu laju dan permintaan pekerja terlalu tinggi, inflasi biasanya meningkat. Bank pusat akan lihat keadaan ini sebagai risiko dan bertindak hawkish untuk sejukkan ekonomi.

3. Nada Ucapan Fed / Bank Pusat

Apabila Jerome Powell berkata:

“Kami bersedia menaikkan kadar lebih tinggi jika perlu,” ini ialah statement hawkish yang memberi signal kepada pasaran bahawa Fed belum selesai mengawal inflasi.

4. Data ekonomi yang terlalu kuat

Apabila laporan NFP jauh lebih tinggi daripada jangkaan, pelabur sering menjangka reaksi hawkish daripada Fed.

Fed Keluarkan Nada Hawkish

Kesan Hawkish Kepada Pasaran Kewangan

Pendirian hawkish bukan hanya teori ekonomi, ia memberi kesan langsung kepada pergerakan harga aset global.

1. USD Menguat

Apabila kadar faedah naik, pelabur global masuk ke pasaran AS untuk menikmati pulangan lebih tinggi. Ini menyebabkan USD menguat. Contoh: EUR/USD jatuh, USD/JPY naik.

2. Saham Teknologi Jatuh

Stock seperti Nvidia, Tesla, Meta atau Amazon biasanya terkesan kerana kos pinjaman mereka naik. Sektor teknologi sangat sensitif kepada perubahan interest rate.

3. Emas Turun

Emas tidak menghasilkan faedah, jadi apabila yield meningkat akibat dasar hawkish, pelabur lebih suka pegang aset yang beri pulangan seperti bon. Hasilnya: harga emas cenderung jatuh dalam suasana hawkish.

4. Forex Menjadi Lebih Volatile

Major pairs seperti GBP/USD, USD/JPY atau XAU/USD kerap buat movement besar selepas ucapan hawkish daripada Fed atau keputusan FOMC.

Kenapa Trader Forex Selalu Alert Dengan Hawkish?

Trader forex memang sensitif bila keluar headline seperti “Fed Turns Hawkish” atau “ECB Signals More Hikes” kerana:

  • pergerakan biasanya cepat (spike dalam beberapa minit),
  • spread menjadi lebih lebar,
  • pair USD, emas dan indeks AS berubah arah dengan kuat,
  • ia menetapkan arah jangka sederhana pasaran.

Bagi trader news, nada hawkish adalah signal awal untuk mencari peluang entry sebelum trend baru bermula.

Apa Itu Dovish? Makna & Konsep

“Maksud dovish” ialah pendekatan dasar monetari di mana bank pusat memilih untuk melonggarkan dasar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, mengurangkan pengangguran, dan merangsang aktiviti kredit. Dalam situasi dovish, bank pusat cenderung untuk:

  • menurunkan kadar faedah supaya pinjaman lebih murah,
  • meningkatkan pembelian aset seperti bon (quantitative easing),
  • menghantar signal bahawa kadar faedah akan kekal rendah,
  • mengutamakan pertumbuhan ekonomi berbanding mengekang inflasi.

Pendekatan dovish ini digunakan ketika ekonomi sedang lemah dan memerlukan “oksigen” tambahan.

Analogi Merpati: Kenapa Dipanggil “Dovish”?

Istilah dovish berasal daripada karakter burung merpati (dove), simbol keamanan, kelembutan dan pendekatan yang tidak agresif.

Jika hawk (helang) bertindak agresif bila nampak bahaya, merpati pula:

  • lebih tenang,
  • lebih berhati-hati,
  • lebih fokus kepada kestabilan & sokongan.

Bank pusat menjadi “dove” apabila mereka melihat ekonomi perlahan atau rakyat terbeban, jadi mereka memilih untuk menurunkan kadar faedah agar aktiviti ekonomi dapat kembali bergerak.

Nada Dovish oleh Fed

Contoh Situasi Dovish:

1. Ekonomi perlahan / risiko kemelesetan

Pada tahun 2020, hampir semua negara mengambil pendekatan dovish. Kadar faedah diturunkan, pembelian aset ditingkatkan, dan program bantuan ekonomi dilaksanakan.

2. Pengangguran tinggi

Bila ramai hilang pekerjaan, bank pusat mahu memudahkan pinjaman & pelaburan supaya lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan.

3. Nada ucapan yang lembut dari bank pusat

Contoh ucapan dovish:

“Kami komited memastikan kadar faedah kekal rendah untuk tempoh yang panjang demi menyokong pemulihan ekonomi.”

4. Data ekonomi yang lemah

CPI rendah, GDP perlahan, dan jualan runcit mengecewakan biasanya mendorong bank pusat bertindak dovish.

Kesan Dovish Kepada Pasaran Kewangan

Nada dovish memberi kesan berbeza berbanding hawkish.

1. USD Melemah

Apabila kadar faedah turun, yield bon AS mengecil dan pelabur global mula mencari pulangan lebih tinggi di tempat lain, menjadikan USD cenderung untuk melemah.

2. Saham Meningkat

Kos pinjaman murah memudahkan syarikat:

  • berkembang,
  • ambil pekerja,
  • beli aset,
  • melabur dalam teknologi.

Sebab itu pasaran saham sering melonjak apabila Fed atau bank pusat lain mengambil pendirian dovish.

3. Emas Naik

Apabila yield rendah, emas menjadi lebih menarik sebagai “store of value”. Keadaan dovish sering mendorong kenaikan XAU/USD.

4. Pasaran Forex Jadi Lebih Risk-On

Trader lebih berani ambil risiko.

Biasanya:

  • AUD, NZD, GBP, CAD cenderung menguat,
  • JPY dan USD (safe-haven) cenderung lemah.

Kenapa Trader Suka Nada Dovish?

Trader biasanya menganggap suasana dovish sebagai:

  • waktu ideal untuk cari peluang buy saham,
  • peluang buy emas,
  • strategi carry trade lebih selamat,
  • volatiliti lebih “smooth” berbanding situasi hawkish.

Headline seperti “Fed Turns Dovish” juga sering mencetuskan rally dalam pasaran saham dan emas dalam masa beberapa minit.

Hawkish vs Dovish – 7 Perbezaan Utama Yang Trader Perlu Tahu

Untuk melihat perbezaan hawkish vs dovish dengan lebih jelas, jadual di bawah merangkumkan bagaimana kedua-dua nada dasar ini mempengaruhi kadar faedah, pasaran kewangan dan sentimen trader.

AspekHawkishDovish
Nada DasarTegas, anti-inflasiLonggar, sokong pertumbuhan
Kadar FaedahNaikTurun
InflasiDianggap tinggiDianggap terkawal
Kesan USDMenguatMelemah
Kesan EmasJatuhNaik
Kesan SahamTurunNaik
Sentimen TraderRisk-offRisk-on

Hawkish vs Dovish Fed – Kenapa Nada Fed Paling Penting?

Federal Reserve (Fed) bukan sekadar bank pusat Amerika Syarikat, ia adalah bank pusat paling berpengaruh di dunia kerana USD digunakan sebagai:

  • mata wang rizab global,
  • mata wang utama perdagangan antarabangsa,
  • rujukan untuk harga minyak, emas & komoditi,
  • “safe haven” ketika krisis.

Sebab itu, setiap perubahan nada hawkish vs dovish Fed memberi kesan besar kepada seluruh pasaran global, lebih kuat daripada ECB, BOE atau BOJ.

Apabila media menyebut perubahan nada Fed, ia merujuk kepada:

  • FOMC minutes (dokumen rasmi nada sebenar Fed)
  • Ucapan Jerome Powell (yang boleh gerakkan pasaran dalam 5 saat)
  • Projeksi ekonomi Fed (dot plot & jangkaan kadar faedah)
  • Keputusan interest rate (naik, kekal, atau potong)

Kesemua ini menentukan sama ada Fed berada dalam mode hawkish atau dovish.

federal reserve Hawkish atau Dovish

Cara Trader Guna Signal Hawkish vs Dovish Dalam Trading

Memahami perbezaan hawkish vs dovish bukan sekadar tahu definisi sahaja, ia memberi kelebihan besar kepada trader untuk merancang entry, exit dan risk management. Nada bank pusat selalunya menjadi “petunjuk awal” kepada arah pasaran sebelum trend besar bermula.

Berikut ialah beberapa strategi praktikal yang digunakan trader profesional.

1. Fokus Pada Reaction Mata Wang (Forex Reaction)

Nada hawkish atau dovish memberi kesan langsung kepada pergerakan mata wang, terutamanya USD.

Hawkish: Cari peluang buy USD & sell emas

Apabila Fed menjadi hawkish:

  • USD/JPY biasanya naik
  • EUR/USD dan GBP/USD cenderung jatuh
  • Emas (XAU/USD) selalunya jatuh sebab yield meningkat
  • Indeks DXY (Dollar Index) menguat

Contoh real-life:

Jika Powell umumkan “we are ready to raise rates further,” pair EUR/USD boleh jatuh ratusan pips dalam masa sejam.

Dovish: Cari peluang sell USD, buy emas & indeks saham

Nada dovish pula membuka peluang:

  • buy emas (XAU/USD)
  • buy indeks seperti NAS100 atau SPX500
  • sell USD/JPY
  • buy pair risk-on seperti AUD/USD & NZD/USD

Trader akan melihat perubahan nada Fed sebagai pemangkin trend baru, bukan sekadar reaksi jangka pendek.

2. Lihat Data Ekonomi Yang Mengarah Ke Hawkish Atau Dovish

Sebelum ucapan bank pusat, trader boleh agak nada hawkish vs dovish melalui data ekonomi.

Data yang menyokong Hawkish:

  • CPI naik (inflasi tinggi)
  • Core PCE meningkat
  • Kadar gaji meningkat
  • Unemployment rate terlalu rendah
  • Retail sales kukuh

Data ini menunjukkan ekonomi terlalu panas → bank pusat mungkin mengetatkan dasar.

Data yang menyokong Dovish:

  • Jobless claims meningkat
  • GDP perlahan
  • Inflasi turun
  • Perbelanjaan pengguna merosot
  • PMI di bawah jangkaan

Data ini menunjukkan ekonomi perlahan. Bank pusat mungkin turunkan kadar.

Tip: Trader fundamental akan gabungkan 3–4 data untuk menjangka nada FOMC berikutnya.

3. Trading News (FOMC, NFP, CPI) Dengan Signal Nada Ucapan

Acara besar seperti FOMC, NFP atau CPI ialah masa paling penting untuk menilai hawkish vs dovish.

Hawkish – perkataan yang selalu muncul:

  • “higher for longer”
  • “inflation remains elevated”
  • “we are prepared to tighten further”
  • “financial conditions remain loose”

Jika perkataan ini muncul, trader akan bersedia untuk posisi yang menyebelahi USD.

Dovish – perkataan biasa:

  • “we see signs of easing inflation”
  • “rate cuts are appropriate soon”
  • “economic risks remain balanced”
  • “supporting recovery”

Trader news biasanya akan lihat tone ucapan dahulu, bukan nombor.

Contoh: Walaupun Fed mengekalkan kadar faedah, tapi jika nada Powell lebih lembut, pasaran akan bertindak dovish dan emas serta saham boleh melonjak.

4. Gabungkan Nada Hawkish/Dovish Dengan Candlestick & Price Action

Signal fundamental memberi arah, tetapi price action memberi timing masuk.

Candlestick yang sesuai untuk entry selepas news:

  • Bullish/Bearish Engulfing: pengesahan reversal selepas news
  • Pin Bar: rejection kuat semasa volatility news
  • Breakout & Retest: sangat kuat jika disokong oleh nada hawkish/dovish
  • Inside Bar: sesuai untuk breakout selepas FOMC

Contoh:

  • Jika Fed hawkish dan EUR/USD buat bearish engulfing di resistance → entry sell sangat kuat.
  • Jika Fed dovish dan emas break resistance + retest → peluang buy high-probability.
Hawkish atau Dovish

Tip: Trader institusi biasanya tunggu 5–15 minit selepas news sebelum entry untuk elakkan whipsaw.

5. Multi-Timeframe Confirmation (Bonus Strategy)

Trader berpengalaman akan:

  • guna H4/Daily untuk lihat arah trend berdasarkan hawkish vs dovish
  • guna H1/M15 untuk entry
  • guna M5 untuk timing paling tepat

Nada hawkish vs dovish menetapkan trend besar, manakala candlestick menetapkan entry zone.

Kesimpulan – Fahami Maksud Hawkish Vs Dovish

Memahami hawkish vs dovish adalah asas penting dalam fundamental analysis. Nada bank pusat mampu menggerakkan USD, emas, saham dan seluruh pasaran global hanya dengan satu ayat.

Sebagai trader, anda perlu peka setiap kali FOMC, BNM, atau bank pusat lain memberi kenyataan. Untuk analisis lebih mendalam, berita pasaran terkini dan peluang trading harian, anda boleh dapatkan akses terus melalui platform Ultima Markets, lengkap dengan analisis, signal, dan educational resources.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Hawkish vs Dovish: Helang & Merpati Kawal Market?
Apa Itu Hawkish dan Dovish?
Apa Itu Hawkish? Makna & Konsep
Apa Itu Dovish? Makna & Konsep
Hawkish vs Dovish – 7 Perbezaan Utama Yang Trader Perlu Tahu
Hawkish vs Dovish Fed – Kenapa Nada Fed Paling Penting?
Cara Trader Guna Signal Hawkish vs Dovish Dalam Trading
Kesimpulan - Fahami Maksud Hawkish Vs Dovish