Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomDalam dunia analisis teknikal, dua corak carta yang paling kerap muncul bila pasaran nak bertukar arah ialah corak Double Top Trading dan Double Bottom Trading. Kedua-dua pola ini jadi petunjuk awal kepada perubahan arah harga (trend reversal), sama ada dari menaik ke menurun, atau dari menurun ke menaik.
Secara ringkasnya:
Kedua-duanya nampak mudah, tapi jika digunakan dengan betul, boleh jadi petunjuk berharga untuk merancang entry point dan pengurusan risiko semasa trading.
Pernah tengok carta harga yang naik tinggi dua kali tapi gagal tembus paras sama, kemudian mula jatuh? Itulah yang dipanggil Double Top Trading pattern, salah satu corak chart pattern paling popular untuk mengesan kemungkinan pembalikan trend (trend reversal) daripada bullish ke bearish.
Double Top Trading ialah corak teknikal yang berlaku apabila harga membentuk dua puncak (high) hampir sama paras, dipisahkan oleh satu penurunan kecil (low).
Corak ini membentuk bentuk seperti huruf “M” pada carta, menunjukkan momentum belian mula lemah dan penjual mula menguasai pasaran, tanda awal bahawa trend menaik mungkin akan berakhir.
Untuk mengenal pasti corak Double Top Trading dengan jelas, anda boleh perhatikan tiga elemen utama berikut:
Corak Double Top Trading ni bukan sekadar bentuk menarik di carta, ia boleh jadi peluang entry terbaik bila digabungkan dengan price action dan confirmation signal.
1. Tunggu Breakout di Neckline
Jangan entry semasa puncak kedua terbentuk. Tunggu harga tutup di bawah neckline untuk elak isyarat palsu.
2. Entry Sell di Retest
Lepas harga tembus neckline, kadang ia akan retest semula kawasan tu. Inilah peluang masuk posisi sell dengan risiko lebih rendah.
3. Letak Stop Loss Di Atas Puncak Kedua
Untuk elak kerugian besar jika harga naik semula, letakkan stop loss sedikit di atas paras puncak kedua.
4. Take Profit Berdasarkan Ketinggian Pattern
Sasaran keuntungan biasanya sama dengan jarak antara puncak dan neckline. Contohnya kalau jarak tu 100 pip, target profit juga 100 pip ke bawah.
Pro Tip: Gunakan pengesahan tambahan seperti RSI overbought atau bearish divergence untuk pastikan momentum jualan kukuh.
Kalau Double Top Trading ialah tanda trend nak beralih turun, Double Bottom Trading pula ialah tanda sebaliknya, trend nak beralih naik.
Double Bottom ialah corak pembalikan bullish yang berlaku apabila harga jatuh ke paras rendah dua kali tetapi gagal tembus ke bawah.
Corak ini membentuk huruf “W” pada carta, menandakan tekanan jualan semakin lemah dan pembeli mula mengambil alih kawalan pasaran.
Untuk mengenal pasti corak Double Bottom, perhatikan tiga perkara penting berikut:
Berikut strategi asas yang boleh digunakan untuk corak Double Bottom Trading:
1. Tunggu Penembusan Neckline ke Atas
Pastikan harga benar-benar menutup di atas neckline — ini tanda pembeli mula ambil alih pasaran.
2. Entry Buy Semasa Retest
Selepas breakout, tunggu harga retest semula neckline untuk entry buy dengan risiko lebih terkawal.
3. Stop Loss Di Bawah Lembah Kedua
Jika harga turun semula melepasi paras rendah terakhir, itu petanda pattern gagal. Letakkan stop loss di bawah kawasan tu.
4. Take Profit Berdasarkan Ketinggian Pattern
Sasaran keuntungan diukur dari neckline ke paras rendah pattern, kemudian unjur jarak sama ke atas.
Pro Tip: Gabungkan dengan RSI oversold atau bullish divergence untuk pengesahan tambahan sebelum entry.
Walaupun Double Top Trading dan Double Bottom nampak seperti corak cermin antara satu sama lain, kedua-duanya membawa makna yang berbeza dalam pasaran. Jadual di bawah tunjukkan perbandingan ringkas supaya anda lebih mudah faham arah trend dan strategi entry bagi setiap corak:
Aspek | Double Top Trading Pattern | Double Bottom Trading Pattern |
Arah Trend | Pembalikan dari bullish ke bearish | Pembalikan dari bearish ke bullish |
Bentuk Carta | Dua puncak tinggi sama paras | Dua dasar rendah sama paras |
Sinyal Trading | Peluang sell | Peluang buy |
Psikologi Pasaran | Pembeli mula lemah | Penjual mula lemah |
Strategi Entry | Breakout & retest ke bawah neckline | Breakout & retest ke atas neckline |
Secara ringkas, corak Double Top Trading dan corak Double Bottom Trading ialah dua corak pembalikan trend klasik yang membantu trader faham bila pasaran mungkin mula berpusing arah. Tapi ingat, tiada corak yang 100% tepat. Sentiasa sahkan dengan volume, RSI, dan price structure sebelum entry.
Kalau anda nak kenal corak lain yang juga bantu kesan arah pasaran, boleh baca artikel tentang Head and Shoulders Pattern, Flag Pattern dan Evening Star Pattern.
Kalau anda nak belajar lebih banyak tentang corak carta, strategi entry, dan analisis pasaran sebenar, layari Akademi Ultima Markets, tempat terbaik untuk trader baru dan berpengalaman bina keyakinan dalam trading sebenar.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.