Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomWeb3? Decentralised? Blockchain? Token? Apa semua ni sebenarnya? Pening kan bila dengar istilah pelik-pelik ni? Jangan risau, dalam artikel ni, kami akan terangkan apa itu Web3 dengan cara paling mudah untuk anda faham, termasuk bagaimana ia berfungsi dan kenapa semua orang cakap inilah masa depan internet.
Secara ringkasnya, Web3 bukan sekadar “versi baru internet”, tapi satu revolusi besar yang mengubah cara manusia berinteraksi, berkongsi data, dan mengurus nilai dalam dunia digital.
Kalau dulu internet cuma tempat baca maklumat (Web1 – read only), dan sekarang tempat kita berinteraksi di media sosial (Web2 – read-write), Web3 pula ialah era “pemilikan digital” (read-write-own), di mana pengguna bukan sekadar guna internet, tapi juga memiliki aset dan data mereka sendiri.
Maksud Web3 ialah generasi ketiga internet yang dibina atas teknologi blockchain. Sistem yang decentralised (tanpa orang tengah) dan telus, di mana pengguna ada kawalan penuh ke atas data serta aset digital mereka.
Senang cerita, Web3 ni ibarat versi internet yang tak dimiliki mana-mana syarikat besar. Tak ada Google, Meta, atau Amazon yang “pegang” semua data kita. Semua maklumat disimpan dalam rangkaian blockchain, dan anda sendiri tentukan apa nak kongsi dan dengan siapa.
Bayangkan kalau akaun media sosial, hasil karya, atau aset digital anda, semuanya anda punya sepenuhnya, bukan di bawah kuasa platform tertentu. Itulah konsep Web3.
Jadi bila sebut apa itu Web3, kita bukan bercakap tentang satu app, kita cakap tentang satu ekosistem baharu.
Kalau nak faham apa itu Web3, kita kena faham dulu evolusi internet. Ibarat dunia ni melalui tiga zaman:
Jom tengok satu-satu:
Ini zaman awal internet, masa kita baru kenal Yahoo, MSN, dan Netscape. Website masa tu sangat statik, maksudnya anda hanya boleh baca maklumat yang diletakkan oleh pemilik laman. Tiada komen, tiada “like”, tiada interaksi.
Contoh:
Analogi mudah: Macam baca papan kenyataan. Anda boleh tengok tapi tak boleh tulis balik.
Kemudian datang era Web2, zaman di mana pengguna mula boleh berkongsi, menulis, dan berinteraksi. Platform seperti Facebook, YouTube, Twitter (X), dan TikTok jadi simbol utama era ni.
Sekarang, semua orang boleh cipta kandungan. Tapi walaupun kita yang hasilkan content, data dan kuasa sebenar masih dipegang oleh platform.
Contoh:
Analogi mudah: Macam rumah sewa. Anda duduk dan hias rumah, tapi pemilik sebenar tetap tuan rumah (syarikat).
Sekarang kita masuk era Web3, generasi ketiga internet. Di sini, pengguna bukan sekadar cipta dan kongsi tapi memiliki apa yang mereka hasilkan, simpan dan miliki dalam bentuk digital.
Teknologi utama di sebalik Web3 ialah blockchain, smart contract, dan token ekonomi. Semuanya direka supaya internet jadi desentralisasi (tanpa orang tengah) dan lebih adil kepada pengguna.
Contoh:
Analogi mudah: Web3 macam rumah sendiri. Anda bina, anda miliki, dan anda bebas tentukan siapa nak datang.
Generasi | Ciri Utama | Siapa Kawal Data? | Contoh Platform / Aplikasi |
Web1 (1990–2005) | “Read-only” – pengguna cuma baca maklumat. | Pemilik laman (syarikat kecil atau kerajaan). | Yahoo, Britannica Online, laman berita awal. |
Web2 (2005–kini) | “Read + Write” – interaktif, media sosial, tapi dikawal syarikat besar. | Syarikat gergasi (Google, Meta, TikTok). | Facebook, YouTube, Instagram, TikTok. |
Web3 (Kini & Akan Datang) | “Read + Write + Own” – pengguna miliki data & aset digital sendiri. | Pengguna individu (melalui blockchain & wallet). | Metaverse, OpenSea, Uniswap, Axie Infinity. |
Untuk lebih jelas tentang apa itu Web3, kita akan pecahkan konsep ni kepada beberapa bahagian yang mudah. Walaupun nampak kompleks, asas maksud Web3 boleh diringkaskan kepada tiga elemen utama:
Bayangkan blockchain ni macam buku akaun besar yang disimpan oleh beribu-ribu komputer di seluruh dunia. Setiap kali ada transaksi — sama ada anda hantar duit, pindahkan aset, atau buat urusan digital — maklumat tu direkod sebagai “blok” dan disambung ke blok sebelumnya.
Bezanya dengan sistem biasa (macam bank), blockchain tak ada satu server pusat. Jadi, tak ada satu pihak yang boleh padam, ubah, atau tipu data sesuka hati. Semua orang boleh semak transaksi tu, tapi tiada siapa boleh ubahnya.
Contoh: Kalau anda transfer kripto (contohnya Bitcoin atau Ethereum) kepada kawan, transaksi tu akan direkod dalam blockchain secara kekal — semua orang boleh nampak, tapi tiada siapa boleh manipulasi.
Maknanya, blockchain = transaksi jujur tanpa orang tengah.
Smart contract “kontrak pintar” ni ialah kod automatik yang menjalankan sesuatu bila syaratnya dipenuhi. Ia hidup dalam blockchain dan tak perlukan sesiapa untuk kawal atau luluskan.
Contoh: Bayangkan anda join pertandingan trading online. Smart contract boleh automatik bagi hadiah kepada pemenang bila syarat dipenuhi. Contohnya, bila akaun capai profit tertentu. Tak perlu orang tengah, tak perlu tunggu e-mel pengesahan. Sistem terus jalankan arahan tu.
Contoh lagi satu ialah apabila anda bayar deposit, sistem terus lepaskan kunci rumah digital (tanpa perlu ejen). Itulah kelebihan smart contract. Pantas, telus, dan tak boleh disabotaj.
Selain itu, ia juga digunakan dalam pelbagai platform:
Dalam dunia Web3, token ialah “mata wang” atau “aset” yang wujud di blockchain. Tapi token bukan sekadar duit, ia boleh mewakili pelbagai bentuk nilai seperti:
Contoh: Kalau anda beli NFT muzik, anda bukan sekadar “stream lagu tu”, anda memiliki versi digital yang sah milik anda, dan boleh jual semula kalau nilai naik. Atau, kalau anda pegang token projek DeFi, anda boleh guna token tu untuk undi keputusan komuniti, macam “pemegang saham digital”.
Pendek kata, token dalam Web3 bukan sekadar alat penukaran, tapi simbol pemilikan dan kuasa dalam ekosistem digital.
Secara mudah, Web3 ialah konsep internet generasi baharu (read–write–own), manakala mata wang kripto ialah “duit & bahan api” yang bergerak dalam ekosistem tu. Banyak aplikasi Web3 (DeFi, NFT, DAO) guna kripto untuk bayaran transaksi (gas), pertukaran nilai, dan undi tadbir urus. Dompet digital (wallet) jadi kunci akses, tempat anda sambung ke dApps dan simpan token/NFT. Ringkasnya, anda boleh faham apa itu Web3 tanpa pegang kripto, tetapi kebanyakan urusan atas rantaian masih memerlukan sedikit kripto untuk berjalan.
Untuk mendalami apa itu maksud web3, berikut antara kelebihan utama Web3 yang buat ramai orang yakin inilah masa depan internet:
Dalam Web2 (macam Facebook, Instagram, TikTok), semua data anda — gambar, video, minat, dan aktiviti — sebenarnya disimpan dan dimiliki oleh syarikat. Mereka boleh guna untuk iklan, analisis, atau jual maklumat tu kepada pihak ketiga.
Tapi dalam Web3, keadaan terbalik. Anda yang memiliki data anda sendiri. Maklumat peribadi, identiti digital, atau hasil kerja kreatif anda boleh disimpan dalam wallet digital, bukan di server syarikat.
Contoh: Katakan anda seorang pereka grafik yang jual karya digital sebagai NFT. Dalam Web3, anda tak bergantung pada platform tengah seperti marketplace biasa — anda terus jual dan terima bayaran secara peer-to-peer (antara pengguna). Anda boleh pilih dengan siapa nak kongsi karya, dan hasil jualan terus masuk ke wallet anda.
Anda bukan lagi “produk” dalam sistem, anda pemilik sebenar data dan aset.
Satu lagi kekuatan Web3 ialah ketelusan (transparency). Semua transaksi di blockchain boleh dilihat oleh sesiapa sahaja, bukan bermaksud identiti anda terdedah, tapi setiap pergerakan aset dan kod sistem boleh diaudit secara terbuka.
Ini berbeza dengan sistem Web2 di mana semua data “berlaku di belakang tabir”. Dalam Web3, semua urus niaga direkod secara kekal dan tak boleh diubah, jadi mustahil untuk tipu atau manipulasi sistem.
Contoh: Kalau anda hantar kripto ke kawan, transaksi tu direkod dan boleh dikesan di blockchain explorer (macam resit digital awam). Atau kalau ada projek Web3 janji ganjaran, anda boleh semak sendiri sama ada token betul-betul diagih, bukan sekadar percaya cakap orang.
Jadi, Web3 lebih telus, lebih selamat, dan kurang risiko penipuan.
Dalam dunia Web2 atau sistem kewangan tradisional, banyak sekatan:
Tapi Web3 hapuskan sempadan tu semua. Dengan hanya satu crypto wallet, sesiapa saja di mana-mana negara boleh menyertai ekonomi digital global, tanpa perlu akaun bank atau pihak ketiga.
Contoh: Seorang freelancer di Malaysia boleh terima bayaran dalam kripto daripada klien di Eropah dalam masa beberapa minit, tanpa perlu lalui bank antarabangsa. Atau seorang pelabur boleh guna platform DeFi untuk buat pinjaman atau melabur terus, tanpa perlu permohonan bertulis yang panjang.
Dengan Web3, dunia kewangan jadi lebih terbuka, pantas dan inklusif. Ia bagi peluang kepada sesiapa sahaja, tak kira status atau lokasi, untuk bina pendapatan sendiri.
Walaupun Web3 kedengaran hebat, ia masih teknologi baru yang sedang berkembang.
Sama macam zaman awal internet dulu masih banyak kelemahan dan kekangan yang perlu diperbaiki.
Untuk tahu apa itu web3 dan risikonya, berikut antara cabaran utama yang pengguna perlu tahu:
Terus terang, Web3 bukan senang nak faham. Istilah seperti blockchain, gas fee, private key, dan DeFi boleh jadi mengelirukan bagi pengguna biasa.
Bagi ramai orang, nak buat akaun dompet digital pun dah pening sebab kena simpan “seed phrase” sendiri, kalau hilang, akaun tu memang tak boleh diakses semula.
Contoh: Kalau anda lupa kata laluan Facebook, anda boleh reset guna e-mel. Tapi kalau anda hilang seed phrase dompet Web3, tiada siapa boleh bantu. Sebab tiada pusat kawalan atau “customer service” untuk pulihkan akaun.
Senang cerita, Web3 bagi kuasa penuh, tapi tanggungjawab pun penuh pada pengguna.
Disebabkan dunia Web3 masih bebas dan belum dikawal sepenuhnya, ramai ambil kesempatan buat projek tipu. Ada yang buat token palsu, ada yang tiru nama projek besar untuk perdaya pelabur.
Blockchain hanya tunjuk apa yang berlaku, bukan halang orang daripada menipu. Masih ada projek palsu atau individu yang salah guna teknologi untuk kepentingan sendiri. Inilah sebab kenapa prinsip “DYOR” (Do Your Own Research) sangat penting.
Tip: Sebelum labur atau beli token:
Kalau bunyi terlalu indah untuk jadi kenyataan, biasanya memang bukan kenyataan.
Blockchain popular seperti Ethereum masih hadapi isu kelajuan dan kos tinggi. Setiap kali ramai pengguna aktif, caj transaksi (gas fee) boleh melonjak, kadang lebih mahal daripada nilai transaksi tu sendiri.
Tapi berita baiknya, komuniti Web3 sedang bangunkan Layer 2 solutions dan blockchain generasi baru (macam Polygon, Solana, dan Avalanche) untuk atasi masalah ni. Lama-kelamaan, transaksi akan jadi lebih murah dan cepat, sama macam evolusi internet dulu dari “dial-up” ke “fiber optic.”
Walaupun ramai anggap Web3 masih “teknologi masa depan”, hakikatnya ia dah pun wujud dan berkembang sekarang.
Berikut antara aplikasi dunia sebenar Web3 yang sedang popular:
DeFi bermaksud “kewangan tanpa orang tengah.” Ia membolehkan pengguna pinjam, simpan, trade atau melabur secara terus antara satu sama lain tanpa bank, broker atau institusi kewangan.
Contoh:
Tiada permohonan bertulis, tiada pegawai bank. Semuanya automatik, 24 jam, dan global.
NFT ialah aset digital unik di blockchain — boleh jadi gambar, muzik, tiket, atau item dalam game. Berbeza dengan fail biasa, NFT buktikan siapa pemilik asal aset tu dan sejarah transaksinya.
Contoh:
Ia ubah cara kita lihat nilai dalam hiburan digital — dari sekadar bermain, kini boleh “berniaga” dalam game.
Metaverse ialah dunia maya 3D yang dikuasakan oleh blockchain. Di sinilah orang boleh bekerja, bersosial, menghadiri konsert, malah miliki hartanah digital.
Contoh :
Ia cipta ekonomi baru di mana aset digital dan kreativiti manusia jadi tunjang utama — bukan sempadan geografi.
DAO ialah komuniti digital yang beroperasi tanpa bos, tanpa CEO. Setiap keputusan dibuat melalui undi token oleh ahli komuniti sendiri — semua peraturan disimpan dalam smart contract di blockchain.
Contoh:
Konsep ni ubah cara organisasi berfungsi — dari struktur hierarki kepada sistem komuniti yang lebih demokratik.
Bayangkan platform media sosial, tapi anda pemilik sebenar akaun dan kandungan anda. Tiada algoritma pelik atau syarikat yang boleh padam akaun anda sesuka hati. Itulah idea Web3 Social Media.
Contoh:
Tiada lagi “shadow ban” atau hilang data bila tukar platform. Anda bawa identiti anda ke mana sahaja.
Dalam Web2, identiti anda dikawal oleh pihak ketiga. Contohnya Google, Apple, atau Facebook. Tapi Web3 memperkenalkan SSI (Self-Sovereign Identity), identiti digital yang anda sendiri kawal.
Contoh:
Ini bantu kurangkan kebocoran data & pencurian identiti, masalah besar dalam dunia online sekarang.
Tuntasnya, bila orang tanya apa itu Web3, jawapan ringkasnya ialah internet yang anda miliki: data, aset, dan identiti digital.
Web3 bukan sekadar “trend crypto”, tapi peralihan besar cara kita guna dan miliki internet. Ia bawa konsep decentralization, transparency, dan ownership yang bagi kuasa balik kepada pengguna.
Memang betul, masih banyak perkara perlu diperbaiki, dari isu scam sampai kos tinggi, tapi Web3 dah tunjuk potensi untuk ubah ekonomi digital global.
Bagi pelabur dan trader moden, memahami apa itu Web3 penting sebab ia asas kepada dunia aset digital masa depan, termasuk kripto, NFT, dan DeFi. Jika anda nak belajar lebih lanjut tentang aset digital dan dunia blockchain, Ultima Markets sedia membantu anda memahami trend pasaran baru ini dengan panduan dan pendidikan yang menyeluruh.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.