Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom
Roll Arrow
Ultima Markets Silver & Gold Trading Icon
Buy: 0.00
Sell: 0.00%

S&P 500: Betul Ke “Poor” Maksudnya Untuk Orang Miskin?

Summary:

  • Ramai salah faham S&P 500 kerana perkataan “Poor”. Ketahui maksud sebenar, sejarah dan kenapa indeks ini jadi rujukan global.

S&P 500: Betul Ke “Poor” Maksudnya Untuk Orang Miskin?

Bila pertama kali dengar nama S&P 500, ramai yang tersangkut pada satu perkataan, “Poor”.
Terus timbul soalan: betul ke indeks ni untuk orang miskin? Atau sekadar nama yang mengelirukan?

Hakikatnya, S&P 500 langsung tiada kaitan dengan status kewangan individu. Ia bukan indeks “untuk orang miskin” atau “orang kaya”, tetapi penanda aras paling berpengaruh dalam pasaran saham global. Perkataan “Poor” dalam S&P 500 hanyalah nama syarikat Standard & Poor’s dan langsung tidak merujuk kepada tahap kekayaan syarikat atau pelabur.

Secara ringkas, apa itu S&P 500 boleh difahami sebagai indeks yang menjejaki prestasi 500 syarikat terbesar dan paling kukuh di Amerika Syarikat. Pergerakan indeks ini sering digunakan untuk mengukur kesihatan ekonomi AS dan sentimen pasaran global.

Apa Itu S&P 500?

S&P 500 ialah indeks saham yang merangkumi 500 syarikat besar Amerika Syarikat merentasi pelbagai sektor seperti teknologi, kewangan, kesihatan dan tenaga. Ia dianggap penanda aras (benchmark) utama pasaran saham global.

Apa Itu S&P 500

Sejarah & Asal-Usul S&P 500

Untuk benar-benar faham apa itu S&P 500, kita perlu lihat bagaimana indeks ini lahir dan kenapa ia dicipta. S&P 500 bukan muncul secara rawak, tetapi dibangunkan untuk menyelesaikan masalah besar dalam dunia pelaburan pada zaman dahulu.

Era Sebelum S&P 500: Masalah Indeks Lama

S&P berasal daripada nama firma kewangan Standard & Poor’s, hasil gabungan dua syarikat analisis pasaran pada tahun 1941, dan tiada kaitan dengan maksud “poor” dalam konteks ekonomi.

Sebelum tahun 1957, kebanyakan indeks saham Amerika Syarikat:

  • Hanya menjejak 10 hingga 30 saham
  • Fokus kepada syarikat tertentu sahaja
  • Tidak mewakili keseluruhan ekonomi AS

Sebagai contoh, indeks popular pada waktu itu terlalu tertumpu kepada syarikat industri besar, menyebabkan pelabur sukar menilai keadaan sebenar pasaran. Inilah sebab kenapa ramai masih keliru apa itu S&P 500 dan kenapa ia berbeza daripada indeks lama.

Kelahiran S&P 500 Pada Tahun 1957

S&P 500 diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1957 oleh S&P Dow Jones Indices. Ia menjadi indeks pertama yang:

  • Menjejak 500 syarikat besar Amerika Syarikat
  • Merangkumi pelbagai sektor ekonomi
  • Menggunakan kaedah market capitalization weighting

Kaedah ini memastikan syarikat bernilai besar memberi kesan lebih realistik kepada pergerakan indeks. Inilah faktor utama yang menjadikan S&P 500 lebih tepat dalam mencerminkan kekuatan ekonomi AS.

Evolusi S&P 500 Dari Masa Ke Masa

Untuk lebih memahami apa itu S&P 500, kita juga perlu lihat bagaimana indeks ini berkembang:

  • 1950–1970an: Didominasi sektor industri & pembuatan
  • 1980–1990an: Sektor kewangan dan perkhidmatan mula meningkat
  • 2000–2010an: Teknologi mula menguasai indeks
  • 2020an: AI, cloud computing dan teknologi canggih menjadi pemacu utama

Perubahan ini menunjukkan bahawa S&P 500 sentiasa berevolusi mengikut struktur ekonomi semasa.

Kenapa S&P 500 Dianggap Gambaran Ekonomi AS?

Berbeza dengan indeks lain, S&P 500 meliputi:

  • Lebih 80% market capitalization pasaran saham AS
  • Pelbagai sektor seperti teknologi, kesihatan, kewangan, tenaga dan pengguna
  • Syarikat yang aktif di peringkat global

Sebab itu, apabila pelabur bertanya apa itu S&P 500, jawapan paling tepat ialah: Ia adalah cerminan paling hampir kepada prestasi ekonomi Amerika Syarikat secara keseluruhan.

Standard And Poor's Indeks

Bagaimana S&P 500 Dikira?

Ramai pelabur tahu apa itu S&P 500, tapi tidak jelas tentangnya dari sudut pengiraan.

S&P 500 menggunakan kaedah market-capitalization weighted. Ini bermaksud setiap syarikat dalam indeks diberi berat berdasarkan nilai pasaran (market cap) masing-masing, bukannya jumlah syarikat semata-mata.

Ini bermaksud:

  • Syarikat bernilai besar mempunyai pengaruh lebih besar
  • Pergerakan saham gergasi memberi kesan besar kepada indeks
  • Bukan semua 500 saham memberi impak sama

Contoh mudah: Jika saham teknologi besar seperti Apple atau Microsoft naik mendadak, S&P 500 selalunya akan turut naik walaupun banyak saham kecil dalam indeks bergerak mendatar. Sebaliknya, kejatuhan saham gergasi ini boleh menekan indeks walaupun sebahagian besar saham lain tidak berubah.

Top 10 Syarikat Terbesar Dalam S&P 500

Untuk benar-benar faham apa itu S&P 500, penting untuk tahu siapa yang “menggerakkan” indeks ini. Disebabkan S&P 500 menggunakan kaedah market-cap weighted, syarikat paling besar mempunyai pengaruh paling kuat terhadap pergerakan indeks.

Senarai Top 10 Syarikat Terbesar Dalam S&P 500

KedudukanSyarikatSektor Utama
1AppleTeknologi
2MicrosoftTeknologi
3NvidiaTeknologi / AI
4AmazonE-dagang & Cloud
5AlphabetTeknologi / Iklan
6Meta PlatformsMedia Sosial
7Berkshire HathawayPelaburan
8TeslaAutomotif & EV
9BroadcomCip & Infrastruktur
10JPMorgan ChaseKewangan

Kenapa Top 10 Ini Sangat Penting Dalam S&P 500?

Bila bercakap tentang apa itu S&P 500, ramai tak sedar bahawa 10 syarikat teratas sahaja boleh menyumbang lebih 30% berat indeks.

Maksudnya:

  • Jika saham Apple atau Microsoft naik → S&P 500 mudah naik
  • Jika saham Nvidia jatuh mendadak → indeks boleh tertekan walaupun saham lain stabil
  • Pergerakan sektor teknologi sangat mempengaruhi S&P 500

Contoh: Semasa rally AI, kenaikan saham Nvidia dan Microsoft banyak “menarik naik” keseluruhan indeks S&P 500.

S&P Global Contoh

Perbezaan S&P 500 Dengan Indeks Lain

Ramai pelabur keliru antara indeks utama Amerika Syarikat seperti S&P 500, Dow Jones dan Nasdaq. Bila anda benar-benar faham apa itu S&P 500, barulah jelas kenapa setiap indeks ini berfungsi dengan cara berbeza dan digunakan untuk tujuan yang berbeza.

Walaupun ketiga-tiga indeks ini sering bergerak seiring, struktur, fokus dan cara pengiraannya tidak sama.

Persamaan Antara S&P 500, Dow Jones & Nasdaq

Sebelum lihat perbezaan, ini persamaan utama antara ketiga-tiga indeks:

  • Semua ialah indeks saham AS
    Ketiga-tiga indeks menjejak prestasi syarikat yang tersenarai di pasaran saham Amerika Syarikat.
  • Digunakan sebagai penanda aras global
    Pelabur seluruh dunia menggunakan indeks ini untuk menilai sentimen pasaran dan arah ekonomi global.
  • Sensitif kepada data ekonomi & berita besar
    Data seperti inflasi, kadar faedah Fed, laporan pekerjaan dan krisis geopolitik memberi kesan kepada semua indeks ini.
  • Digunakan dalam trading & pelaburan
    Sama ada melalui ETF, CFD atau indeks futures, ketiga-tiga indeks ini boleh didagangkan.

Perbezaan Utama Antara S&P 500, Dow Jones & Nasdaq

Walaupun ada persamaan, perbezaan struktur inilah yang paling penting untuk difahami.

Jadual Perbandingan Indeks

IndeksFokus UtamaBilangan SyarikatKaedah PengiraanCiri Utama
S&P 500Ekonomi AS secara menyeluruh500Market-cap weightedPaling seimbang & meluas
Dow JonesSyarikat blue-chip30Price-weightedTerhad & tradisional
NasdaqTeknologi & growth stocks3,000+Market-cap weightedLebih volatile

Perbezaan S&P 500 vs DJIA (Dow Jones Industrial Average)

Hari ini, indeks seperti S&P 500 dan Dow Jones diuruskan oleh S&P Dow Jones Indices, namun setiap indeks dibina menggunakan kaedah pengiraan dan struktur yang berbeza.

Dow Jones Industrial Average atau DJIA ialah indeks yang jauh lebih lama, tetapi lebih terhad.

Perbezaan Utama

AspekS&P 500DJIA
Bilangan syarikat50030
Liputan pasaranMenyeluruh ekonomi ASTerhad (blue-chip sahaja)
Kaedah kiraanMarket-cap weightedPrice-weighted
Ketepatan cerminan ekonomiTinggiSederhana
Kesan saham mahalBerdasarkan saiz syarikatSangat besar

Apa Maksud Price-Weighted (DJIA)?

Dalam DJIA, saham yang harga seunit lebih mahal akan beri kesan lebih besar, walaupun syarikat itu lebih kecil dari segi market cap.

Contoh:

  • Saham A: harga $400 (syarikat sederhana)
  • Saham B: harga $150 (syarikat sangat besar)

Dalam DJIA, saham A lebih “berkuasa”, walaupun syarikat B sebenarnya jauh lebih besar.

Sebab itu DJIA kadang-kadang kurang tepat untuk menggambarkan ekonomi sebenar.

Kenapa S&P 500 Lebih Popular Hari Ini?

Walaupun DJIA lebih tua, kebanyakan pelabur profesional hari ini lebih percayakan S&P 500 kerana:

  • Merangkumi ~80% market cap pasaran saham AS
  • Lebih seimbang antara sektor
  • Lebih sesuai sebagai benchmark global
  • Digunakan secara meluas oleh ETF & dana institusi

Sebab itu bila orang tanya keadaan sebenar pasaran saham AS, rujukan utama ialah S&P 500, bukan DJIA.

Apa Maksud S&P500

Apa Bezanya S&P 500 Dengan Nasdaq?

Perbandingan ini penting terutamanya untuk trader yang fokus growth stocks.

S&P 500

  • Seimbang antara growth & value stocks
  • Menggabungkan saham teknologi, kewangan, kesihatan, tenaga dan pengguna
  • Volatiliti lebih terkawal
  • Sesuai untuk analisis ekonomi jangka panjang

Nasdaq

  • Didominasi sektor teknologi dan growth stocks
  • Indeks ini bergerak lebih laju kerana ianya lebih agresif & volatile
  • Sensitif kepada perubahan kadar faedah

Contoh situasi sebenar: Apabila kadar faedah meningkat, kos pembiayaan syarikat teknologi turut naik, menyebabkan Nasdaq biasanya tertekan lebih kuat berbanding S&P 500, yang masih disokong oleh sektor defensif.

Indeks Mana Paling Sesuai Untuk Dijadikan Rujukan?

Jika tujuan anda ialah:

  • Pantau kesihatan ekonomi AS = S&P 500
  • Lihat prestasi syarikat blue-chip = Dow Jones
  • Cari peluang growth & momentum = Nasdaq

Sebab itu ramai pelabur profesional menjadikan S&P 500 sebagai rujukan utama, kerana ia paling seimbang dan mewakili pasaran secara keseluruhan.

Risiko Yang Perlu Difahami

Walaupun popular, memahami apa itu S&P 500 juga bermaksud sedar risikonya:

  • Terpengaruh oleh krisis ekonomi global
  • Sensitif kepada data inflasi & kadar faedah
  • Volatil ketika musim laporan kewangan

Sebab itu pengurusan risiko tetap penting walaupun berdagang indeks besar.

Kesimpulan – Fahami Apa Itu S&P 500

Sebagai kesimpulan, S&P 500 bukan sekadar indeks saham biasa, tetapi penunjuk utama kekuatan ekonomi dan pasaran global. Sama ada anda pelabur jangka panjang atau trader aktif, memahami pergerakan S&P 500 membantu membuat keputusan lebih bijak.

Di Ultima Markets, anda boleh memanfaatkan pergerakan CFD indeks global seperti S&P 500 melalui platform dagangan yang fleksibel, data pasaran terkini dan sokongan analisis untuk bantu anda berdagang dengan lebih yakin.

Apa Itu S&P 500 Indeks

Soalan Lazim (FAQ) Tentang S&P 500

1. Apa itu S&P 500 dan kenapa ia penting?

S&P 500 ialah indeks saham yang menjejak 500 syarikat terbesar Amerika Syarikat dan penting kerana ia digunakan sebagai penanda aras utama untuk menilai prestasi pasaran saham dan ekonomi AS.

2. Apa beza S&P 500 dengan Dow Jones?

S&P 500 meliputi 500 syarikat dan dikira berdasarkan market capitalization, manakala Dow Jones hanya melibatkan 30 syarikat dan dikira berdasarkan harga saham, menjadikan S&P 500 lebih menyeluruh.

3. Bolehkah pelabur Malaysia berdagang S&P 500?

Ya, pelabur Malaysia boleh berdagang S&P 500 melalui instrumen seperti CFD, ETF atau indeks derivatif menggunakan platform dagangan global.

Kongsi Sekarang

  • Article Details
  • Article Details
  • Article Details

Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Isi Kandungan

  • S&P 500: Betul Ke “Poor” Maksudnya Untuk Orang Miskin?
  • Sejarah & Asal-Usul S&P 500
  • Bagaimana S&P 500 Dikira?
  • Top 10 Syarikat Terbesar Dalam S&P 500
  • Perbezaan S&P 500 Dengan Indeks Lain
  • Perbezaan S&P 500 vs DJIA (Dow Jones Industrial Average)
  • Apa Bezanya S&P 500 Dengan Nasdaq?
  • Risiko Yang Perlu Difahami
  • Kesimpulan - Fahami Apa Itu S&P 500
  • Soalan Lazim (FAQ) Tentang S&P 500

Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.

By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.