Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website

Apa Itu Pelaburan Emas? Panduan & Tips Bermula

Summary:

Ketahui maksud pelaburan emas, cara, jenis & tips pelaburan emas selamat untuk mula melabur dan jana keuntungan.

Apa Itu Pelaburan Emas? Panduan & Tips Bermula

Dalam dunia kewangan yang tidak menentu, pelaburan emas sering dilihat sebagai pelabuhan selamat (safe haven) untuk melindungi nilai kekayaan. Sejak beratus tahun, emas bukan sahaja menjadi simbol kekayaan tetapi juga aset yang terbukti mengekalkan nilainya dalam jangka masa panjang. Artikel ini akan kupas kenapa, bagaimana dan bila masa sesuai untuk anda melabur dalam emas.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Pelaburan Emas?

Definisi:

Maksud pelaburan emas ialah pembelian emas dalam pelbagai bentuk — fizikal atau digital — dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan modal atau melindungi nilai aset daripada inflasi.

Jenis Pelaburan Emas

Jenis Pelaburan Emas dan Cara-caranya

Pelaburan emas boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada anda ingin memegang emas fizikal atau berdagang secara digital. Setiap jenis mempunyai cara berfungsi, kelebihan, dan risiko tersendiri. Jadual di bawah merangkumi penerangan lengkap bagi setiap pilihan supaya anda boleh menilai mana yang paling sesuai dengan matlamat dan tahap pengalaman anda.

JenisBagaimana Ia BerfungsiKelebihanNota Tambahan
Emas Fizikal

Pembelian emas dalam bentuk jongkong, syiling, atau barang kemas.
Anda beli dari kedai emas, dealer sah, atau bank → simpan sendiri atau di peti besi/khidmat simpanan selamat.Aset nyata yang boleh dipegang, nilainya kekal walaupun sistem kewangan terganggu.Perlu kos simpanan dan insurans, barang kemas biasanya ada kos tukang yang tak termasuk dalam nilai emas sebenar.
Akaun Simpanan Emas

Akaun digital yang ditawarkan oleh bank atau platform pelaburan tempatan, di mana anda membeli emas berdasarkan berat (contoh: gram).
Anda deposit duit → bank/platform tukar kepada jumlah gram emas mengikut harga semasa → rekod dimasukkan dalam akaun anda.Tidak perlu simpan emas fizikal, transaksi mudah secara online, modal permulaan rendah (serendah 1 gram).Akaun emas biasanya tidak dilindungi PIDM dan spread harga beli/jual lebih tinggi berbanding harga spot global.
ETF Emas (Exchange Traded Fund)

Dana yang menjejak harga emas di pasaran global dan didagangkan seperti saham di bursa.
Anda beli unit ETF melalui broker saham → nilai ETF bergerak mengikut harga emas dunia.Tak perlu simpan emas fizikal, mudah dijual bila pasaran dibuka, modal fleksibel.Di Malaysia, contoh ETF emas ialah TradePlus Shariah Gold Tracker. ETF luar negara seperti GLD memerlukan akaun broker antarabangsa.
CFD Emas (Contract for Difference)

Instrumen derivatif yang membolehkan anda berdagang pergerakan harga emas tanpa memiliki emas fizikal.
Anda pilih pasangan XAU/USD di platform dagangan (contoh: Ultima Markets) → buka posisi buy jika jangka harga naik atau sell jika jangka harga turun.Boleh untung sama ada harga naik atau turun, modal rendah kerana leverage, sesuai untuk trader aktif.CFD berisiko tinggi jika tiada pengurusan risiko, kerana leverage boleh gandakan keuntungan dan kerugian.
Saham Perlombongan Emas (Gold Mining Stocks)

Saham syarikat yang terlibat dalam perlombongan atau pengeluaran emas.
Anda beli saham syarikat perlombongan emas melalui broker saham → harga saham dipengaruhi oleh harga emas & prestasi syarikat.Potensi dividen + kenaikan harga saham, pendedahan kepada industri emas tanpa beli emas secara langsung.Harga tidak sentiasa bergerak seiring harga emas kerana faktor seperti kos operasi, pengurusan syarikat & lokasi lombong.
Gold Futures (Kontrak Niaga Hadapan)

Kontrak untuk membeli atau menjual emas pada harga yang ditetapkan sekarang, tetapi penyelesaian dibuat pada tarikh masa depan.
Dibeli/dijual di bursa derivatif (contoh: COMEX, Bursa Malaysia Derivatives). Di Malaysia, kontrak FGLD bersaiz 100 gram emas.Digunakan untuk lindung nilai (hedging) atau spekulasi harga, sesuai untuk pelabur berpengalaman.Memerlukan margin dan kawalan risiko yang baik, ada tarikh matang, dan harga boleh berubah dengan cepat.

    Strategi Untuk Melabur Emas & Kesesuaiannya

    Setiap strategi mempunyai pendekatan, tahap risiko, dan tempoh pelaburan yang berbeza. Jadual di bawah menunjukkan cara-cara pelaburan emas yang berkesan serta jenis produk emas yang paling sesuai digunakan untuk setiap strategi.

    StrategiPenerangan
    Jenis Pelaburan Emas Sesuai
    Kelebihan
    Dollar-Cost Averaging (DCA)Beli emas secara konsisten setiap bulan tanpa kira harga semasa. Mengurangkan risiko beli pada harga puncak dan membina pegangan emas secara berperingkat.Akaun Simpanan Emas, ETF Emas, Beli Emas FizikalDisiplin, sesuai untuk beginner, tak perlu masa pasaran dengan tepat.
    Beli Masa Harga Rendah, Jual Masa TinggiMasuk pasaran ketika harga rendah & jual ketika harga tinggi menggunakan analisis teknikal & fundamental untuk memaksimumkan keuntungan.CFD Emas, Gold Futures, Beli Emas FizikalPotensi untung lebih tinggi, sesuai untuk trader aktif & pelabur berpengalaman.
    Gabung Dengan Aset Lain (Diversifikasi)Letakkan sebahagian portfolio dalam emas untuk mengimbangi risiko daripada aset lain seperti saham, bon, atau mata wang asing.Semua jenis pelaburan emasKurangkan risiko keseluruhan portfolio, sesuai untuk semua tahap pelabur.
    Swing Trading / Day TradingMembuka dan menutup posisi emas dalam tempoh singkat (sehari hingga beberapa minggu) berdasarkan pergerakan harga jangka pendek. Memerlukan analisis teknikal yang aktif.CFD Emas, Gold FuturesBoleh untung dari pergerakan harga jangka pendek, leverage membantu gandakan potensi keuntungan.

    Faktor-Faktor Utama Yang Mempengaruhi Harga Emas

    Kadar Faedah (Interest Rates)

    • Naik: Pelabur lebih suka simpan duit di deposit tetap atau beli bon sebab dapat faedah, jadi permintaan emas berkurang → harga turun.
    • Turun: Simpanan tunai kurang untung, jadi pelabur cari aset alternatif seperti emas → harga naik.

    Inflasi

    • Inflasi tinggi: Nilai mata wang menurun, emas jadi pelindung nilai (hedge) → permintaan naik → harga naik.
    • Inflasi rendah: Nilai mata wang stabil, pelabur kurang ke arah emas → harga stabil atau turun.

    Nilai Dolar AS (USD)

    • USD lemah: Harga emas dalam USD jadi murah untuk pembeli luar negara → permintaan naik → harga naik.
    • USD kuat: Harga emas dalam USD jadi mahal untuk pembeli luar negara → permintaan turun → harga turun.

    Permintaan & Penawaran Global

    • Permintaan tinggi / supply terhad: Contoh musim perkahwinan di India atau China, atau lombong emas keluaran rendah → harga naik.
    • Supply berlebihan / permintaan rendah: Contoh penjualan emas besar-besaran oleh pelabur → harga turun.

    Krisis Ekonomi & Geopolitik

    • Semasa ketidaktentuan politik, peperangan, atau krisis kewangan, pelabur cenderung pindah ke aset selamat seperti emas → harga naik.

    Polisi Bank Pusat

    • Bank pusat beli emas sebagai rizab negara → permintaan naik → harga naik.
    • Bank pusat jual emas dalam jumlah besar → supply naik → harga turun.

    Spekulasi & Aktiviti Trader

    • Dagangan besar di pasaran futures atau CFD boleh menggerakkan harga emas dalam jangka pendek walaupun tanpa perubahan faktor ekonomi besar.
    Faktor-faktor mempengaruhi harga emas

    Bila Masa Sesuai Untuk Melabur Dalam Emas?

    Berdasarkan faktor-faktor di atas, berikut adalah situasi yang biasanya memberi peluang baik untuk mula membeli emas:

    1. Ketika Inflasi Tinggi

    • Inflasi mengurangkan kuasa beli mata wang.
    • Dalam keadaan ini, emas menjadi aset pelindung nilai (hedge) kerana nilainya cenderung meningkat.
    • Contoh: Sepanjang 2022, ketika inflasi global melonjak, harga emas kekal stabil dan menarik minat pelabur institusi serta runcit.
    • Tip: Mula beli secara berperingkat (DCA) ketika data inflasi rasmi menunjukkan kenaikan berterusan.

    2. Apabila Mata Wang Tempatan Melemah

    • Jika Ringgit Malaysia (MYR) lemah berbanding USD, harga emas dalam RM biasanya meningkat.
    • Pelabur tempatan melihat emas sebagai cara melindungi nilai aset daripada susut nilai mata wang.
    • Tip: Perhatikan trend USD/MYR — jika USD semakin kuat, emas cenderung naik dalam harga RM.

    3. Semasa Ketidaktentuan Politik atau Ekonomi Global

    • Perang, krisis politik, konflik geopolitik, atau kemelesetan ekonomi sering mendorong pelabur beralih kepada aset “safe haven” seperti emas.
    • Contoh: Pada 2020, harga emas melonjak lebih 25% akibat ketidaktentuan pasaran global semasa pandemik COVID-19.
    • Tip: Pantau berita global; kenaikan mendadak harga emas sering bermula ketika sentimen pasaran sangat negatif.

    4. Ketika Kadar Faedah Rendah

    • Apabila bank pusat menurunkan kadar faedah, simpanan tunai dan bon menjadi kurang menarik.
    • Pelabur lebih cenderung memilih emas yang tidak bergantung kepada kadar faedah untuk mengekalkan nilainya.
    • Tip: Ikuti pengumuman bank pusat seperti Federal Reserve & Bank Negara Malaysia untuk tanda-tanda pelonggaran dasar.

    Kelebihan Dan Risiko Dalam Pelaburan Emas

    Pelaburan emas bukan sahaja menawarkan peluang untuk menambah nilai kekayaan, tetapi juga datang dengan risiko yang perlu difahami. Berikut adalah ringkasan kelebihan dan risiko yang boleh membantu anda menilai sama ada emas sesuai dalam portfolio anda.

    KelebihanPenerangan
    Lindungi Nilai daripada InflasiHarga emas cenderung naik apabila kuasa beli mata wang menurun. Sesuai sebagai pelindung nilai (hedge) semasa inflasi tinggi.
    Aset Mudah CairEmas boleh dijual di mana-mana negara pada bila-bila masa, menjadikannya aset yang sangat mudah ditukar kepada wang tunai.
    Diversifikasi PortfolioMembantu mengurangkan risiko keseluruhan pelaburan dengan mengimbangi turun naik aset lain seperti saham dan mata wang.
    Permintaan Global Kekal TinggiSentiasa diperlukan oleh industri barang kemas, teknologi, dan sebagai rizab oleh bank pusat.
    Nilai Kekal Jangka PanjangSejarah menunjukkan emas mengekalkan nilainya walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

    Walaupun emas dianggap selamat, pelabur perlu sedar:

    RisikoPenerangan
    Harga Tidak Selalu NaikHarga emas boleh turun disebabkan sentimen pasaran, pengukuhan USD, atau kenaikan kadar faedah.
    Kos Simpanan Emas FizikalPerlu kos untuk peti besi atau insurans bagi memastikan emas fizikal selamat.
    Tiada Dividen/FaedahBerbeza dengan saham atau bon, emas tidak memberikan pendapatan tetap. Keuntungan hanya melalui kenaikan harga.
    Spread Harga LebarBank dan kedai emas mengenakan perbezaan harga beli dan jual yang boleh mengurangkan keuntungan.
    Risiko Leverage (untuk CFD/Futures)Produk derivatif seperti CFD atau futures boleh menyebabkan kerugian lebih besar daripada modal jika tidak diurus dengan betul.

      Kesimpulan

      Pelaburan emas kekal sebagai strategi popular untuk melindungi nilai aset dan mempelbagaikan portfolio. Sama ada melalui emas fizikal atau instrumen digital seperti ETF dan CFD, pelabur berpeluang memanfaatkan pergerakan harga emas mengikut strategi masing-masing.

      Di Ultima Markets, kami menawarkan peluang pelaburan emas melalui CFD (Contract for Difference) bagi pasangan XAU/USD. Dengan CFD, anda tidak perlu memiliki emas fizikal tetapi masih boleh meraih peluang keuntungan daripada pergerakan harga — sama ada harga naik atau turun. Selain itu, anda akan menikmati leverage fleksibel, kos dagangan yang kompetitif, dan akses ke platform dagangan canggih yang direka untuk trader moden.

      Dengan gabungan strategi yang tepat dan platform yang kukuh, pelaburan emas boleh menjadi aset penting dalam mencapai matlamat kewangan anda.

      Bagaimana Cara Melabur Emas

      Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

      Apa Itu Pelaburan Emas? Panduan & Tips Bermula
      Apa Yang Dimaksudkan Dengan Pelaburan Emas?
      Jenis Pelaburan Emas dan Cara-caranya
      Strategi Untuk Melabur Emas & Kesesuaiannya
      Faktor-Faktor Utama Yang Mempengaruhi Harga Emas
      Bila Masa Sesuai Untuk Melabur Dalam Emas?
      Kelebihan Dan Risiko Dalam Pelaburan Emas
      Kesimpulan