Trade Anytime, Anywhere
Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomBitcoin dibina sebagai sistem kewangan digital yang bergerak tanpa bank pusat atau kerajaan, dan asasnya dijaga melalui proses yang dipanggil mining Bitcoin. Untuk memahami apa itu mining Bitcoin, anda perlu tahu bagaimana maksud Bitcoin itu sendiri bergantung pada cara ia “dilombong”. Mining bukan hanya menghasilkan Bitcoin baharu, tetapi memastikan rangkaian kekal selamat dan telus.
Jika anda baru dalam dunia kripto, anda boleh rujuk artikel Apa itu Mata Wang Kripto.

Untuk faham apa itu mining Bitcoin, anda mesti faham dulu apa itu Bitcoin, bagaimana ia dicipta, bagaimana bekalannya dihadkan, dan apa peranan pelombong dalam ekosistem.
Bitcoin diperkenalkan oleh individu/ kumpulan misteri bernama Satoshi Nakamoto melalui whitepaper bertajuk “Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System”. Tujuannya sederhana tetapi radikal: mencipta sistem wang digital yang tidak dikawal bank atau kerajaan.
Pada Januari 2009, Satoshi menjalankan block pertama Bitcoin, dipanggil Genesis Block, detik bermulanya seluruh sistem blockchain moden.
Tidak seperti duit fiat yang boleh dicetak tanpa had, Bitcoin mempunyai had maksimum 21,000,000 unit. Ini menjadikan Bitcoin bersifat deflationary iaitu semakin lama semakin sukar diperolehi.
Anggaran:
Lebih 19.9 juta BTC sudah dimining setakat ini, iaitu kira-kira 95% daripada bekalan maksimum 21 juta. Ini bermakna sekitar 1.0–1.1 juta BTC sahaja yang masih belum dimining.
Berdasarkan jadual semasa, Bitcoin dijangka akan mencapai 21 juta sepenuhnya sekitar tahun 2140.
Halving ialah proses mengurangkan ganjaran mining sebanyak 50% setiap 4 tahun. Ia memastikan Bitcoin semakin sukar diperolehi, sekali gus mengekalkan nilai jangka panjangnya.
Contoh ringkas:

Semua ini berkait rapat dengan apa itu mining Bitcoin, kerana mining ialah cara bagaimana Bitcoin baharu “dilahirkan” dan bagaimana rangkaian blockchain dikekalkan.
Maksud Bitcoin Aset digital terdesentralisasi yang berfungsi sebagai medium pertukaran dan penyimpan nilai, dibina menggunakan teknologi blockchain.
Apa Itu Mining Bitcoin Proses mengesahkan transaksi Bitcoin dan mencipta blok baharu dalam blockchain menggunakan kuasa pengiraan tinggi. Pelombong yang berjaya menyelesaikan persamaan kriptografi akan menerima ganjaran Bitcoin.
Mari kita mulakan dengan asas Bitcoin sebelum masuk ke bahagian mining.
Mining dan halving saling bergantung kerana:
Setiap kali pelombong berjaya menyelesaikan blok, mereka menerima block reward. Inilah cara Bitcoin baru “dilahirkan” ke dalam sistem.
Tetapi halving akan mengurangkan reward itu sebanyak 50% setiap 4 tahun.
Contohnya:
Ini bermaksud pelombong mendapat Bitcoin yang lebih kurang untuk kerja yang sama.
Mining masih berfungsi seperti biasa, tetapi setiap halving membuatkan:
Sistem ini memastikan bekalan Bitcoin tidak habis terlalu cepat.
Sebab mining menghasilkan Bitcoin baharu mengikut block reward, dan reward ini semakin mengecil setiap halving, maka:
Jadi halving ialah mekanisme yang mengawal kadar “kelahiran” Bitcoin melalui mining.
Halving mengurangkan bekalan baharu Bitcoin, sekali gus mewujudkan scarcity atau bekalan yang semakin terhad.
Jika mining dibiarkan tanpa halving:
Halving memastikan:

Tanpa mining, Bitcoin tidak boleh wujud secara selamat. Berikut sebab mining penting:
1. Menjaga keselamatan rangkaian
Mining menghalang transaksi palsu dan serangan double-spending.
2. Menghasilkan Bitcoin baharu
Ia memperkenalkan Bitcoin baharu ke pasaran melalui block reward. Inilah cara Bitcoin “dilahirkan” sehingga mencapai bekalan maksima 21 juta.
3. Menjalankan sistem tanpa bank
Ia memastikan Bitcoin terus terdesentralisasi. Tidak perlu middleman, pelombong adalah tulang belakang rangkaian.
Tanpa mining, Bitcoin tidak akan berfungsi.
Untuk memahami apa itu mining Bitcoin, kita lihat prosesnya secara ringkas:
Setiap kali seseorang menghantar Bitcoin, transaksi itu disiarkan kepada ribuan komputer (nod) di seluruh dunia. Nod ini akan memeriksa sama ada transaksi itu sah sebelum ia layak dimasukkan ke dalam block.
Transaksi yang sah dikumpulkan dalam satu block. Setiap block mempunyai had saiz tertentu, jadi hanya sejumlah transaksi boleh dimuatkan dalam satu masa.
Inilah bahagian mining. Pelombong menggunakan mesin ASIC atau GPU untuk mencuba berjuta-juta kombinasi sehingga jumpa hash, iaitu kod digital unik yang berfungsi sebagai “jawapan” kepada puzzle rangkaian Bitcoin. Hash ini mesti memenuhi syarat tertentu sebelum block diterima, dan proses mencarinya sangat sukar serta memerlukan kuasa komputer yang tinggi.
Pelombong yang menemui hash sah terlebih dahulu akan “memenangi” block tersebut dan menerima block reward serta transaction fee daripada transaksi dalam block itu.
Block yang selesai dilombong akan ditambah ke dalam blockchain iaitu buku rekod kekal Bitcoin. Setelah dimasukkan, block tidak boleh diubah, menjadikan sistem ini sangat selamat dan telus.
Untuk mula mining Bitcoin, anda perlukan perkakasan yang sesuai serta memahami kos operasi yang terlibat. Dua jenis mesin yang biasa digunakan ialah:

Mesin paling berkuasa dan direka khusus untuk melombong Bitcoin. Kelebihan: sangat laju, efisien dan hasil mining tinggi. Kekurangan: harga mahal dan penggunaan elektrik sangat tinggi.
Harga ASIC biasanya bermula sekitar beberapa ribu ringgit dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit, bergantung pada model, kuasa hash dan keadaan pasaran.
Kurang popular untuk Bitcoin kerana kurang efisien dan biasanya digunakan untuk altcoin seperti Ethereum Classic, Kaspa atau Monero. Kelebihan: fleksibel untuk mining pelbagai coin. Kekurangan: kuasa hash rendah untuk Bitcoin.
Selain perkakasan, mining memerlukan kos operasi yang signifikan:
Solo mining bermaksud anda melombong menggunakan mesin sendiri tanpa menyertai mana-mana kumpulan. Anda menyiapkan rig atau ASIC di rumah dan cuba mencari block reward secara individu.
Kelebihan:
Kekurangan:
Mining pool ialah kumpulan pelombong yang menggabungkan kuasa hash masing-masing untuk melombong blok secara bersama. Setiap pelombong menyumbang kuasa komputer, dan apabila pool berjaya melombong sebuah blok, ganjaran akan dibahagikan mengikut sumbangan kuasa hash setiap ahli.
Bagaimana ia berfungsi:
Kenapa ia penting untuk pelombong kecil:
Peluang untuk mendapat block reward seorang diri hampir mustahil. Dengan mining pool, pelombong kecil masih boleh menerima pendapatan konsisten walaupun sedikit, berbanding langsung tidak mendapat apa-apa jika melombong secara solo.
| Mining Pool | Anggaran Market Share | Keterangan Ringkas |
| Foundry USA | ~30% | Pool paling dominan, terkenal dengan kuasa hash sangat tinggi. |
| AntPool | ~20% | Dimiliki Bitmain, kuat dari Asia. |
| F2Pool | ~14% | Antara pool tertua dan konsisten. |
| ViaBTC | ~9% | Popular dengan pelombong kecil & sederhana. |
| Binance Pool | ~7% | Berkaitan exchange terbesar dunia. |
| Lain-lain | ~20% | Pool kecil yang jumlahnya banyak tetapi tidak dominan. |
Nota: Ini ialah anggaran purata. Angka berubah mengikut bulan, tetapi struktur dominasi keseluruhan hampir sama setiap tahun.
Cloud mining bermaksud anda tidak memiliki mesin. Sebaliknya, anda menyewa kuasa mining daripada syarikat yang memiliki mining farm. Mereka menjalankan operasi, manakala anda hanya menerima bahagian keuntungan berdasarkan kontrak yang dipilih.
Kelebihan:
Kekurangan:

Berbaloi jika elektrik murah dan gunakan ASIC efisien. Jika tidak, ROI lambat.
Bergantung kepada kuasa mesin, difficulty, dan mining pool. Secara solo, hampir mustahil bagi pelombong kecil.
Setakat 2025, banyak altcoin masih guna model Proof-of-Work seperti:
Setiap coin perlukan mesin berbeza mengikut algoritma.
Mining memerlukan modal hardware & elektrik. Membeli Bitcoin jauh lebih mudah untuk pelabur biasa.
Sekarang anda sudah faham apa itu mining Bitcoin, bagaimana prosesnya berlaku, dan mengapa ia penting untuk keselamatan blockchain. Mining mungkin bukan pilihan terbaik untuk semua orang disebabkan kos tinggi dan difficulty yang semakin meningkat, tetapi memahami asasnya membantu anda lebih yakin dalam dunia aset digital.
Jika anda berminat untuk mengambil peluang dalam pasaran kripto tanpa perlu membeli mesin mining atau menanggung kos elektrik, anda boleh berdagang Bitcoin CFD di Ultima Markets dengan spread kompetitif, leverage fleksibel dan execution yang pantas.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.