Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website

Apa Itu Intraday Trading? Panduan Lengkap Trader

Summary:

Nak tahu apa itu intraday? Panduan ini terangkan strategi, kelebihan dan risiko intraday trading yang penting untuk setiap trader.

Apa Itu Intraday Trading? Panduan Lengkap Trader

Intraday trading ialah salah satu gaya dagangan yang paling popular di kalangan trader aktif. Ramai pernah dengar istilah ini, tapi tak semua jelas bagaimana ia berfungsi. Secara asasnya, intraday merujuk kepada dagangan jangka pendek yang berlaku dalam tempoh satu hari — di mana posisi dibuka dan ditutup sebelum pasaran tutup.

Apa yang Dimaksudkan oleh Intraday Trading?

Maksud intraday trading ialah semua transaksi beli dan jual diselesaikan dalam hari yang sama, tanpa ada posisi yang dipegang semalaman. Intraday trading juga dikenali sebagai day trading, dan tujuannya adalah untuk mengambil keuntungan daripada perubahan harga kecil yang berlaku sepanjang hari.

Ciri-Ciri Utama Intraday

  • Dagangan Dalam Satu Hari
    Semua posisi intraday dibuka dan ditutup dalam tempoh satu hari dagangan. Trader tidak akan simpan posisi semalaman. Contohnya, jika buka buy order pada pukul 10 pagi, ia mesti ditutup sebelum pasaran tutup (5 petang untuk saham, atau sebelum hujung sesi forex hari itu).
  • Pemantauan Real-time
    Intraday memerlukan pemantauan carta secara aktif. Trader biasanya menggunakan timeframe kecil seperti M5, M15 atau H1 untuk mencari peluang entry & exit. Ramai juga bergantung pada alert harga, indikator teknikal, dan news feed untuk bertindak pantas.
  • Fokus Pada Fluktuasi Kecil
    Objektif utama ialah memanfaatkan perubahan harga kecil tetapi kerap. Walaupun pergerakan 10–20 pips dalam forex atau beberapa sen dalam saham nampak kecil, jika digandakan dengan lot/saiz besar, ia boleh memberi keuntungan yang ketara.
  • Tiada Overnight Risk
    Semua posisi mesti ditutup sebelum pasaran tutup. Ini mengelakkan risiko “gap” harga yang sering berlaku akibat pengumuman ekonomi, berita global, atau keputusan korporat selepas pasaran ditutup. Dengan intraday, trader boleh tidur tanpa risaukan posisi terbuka.
Ciri-ciri Intraday Trading Atau Day Trading

Contoh Aktiviti Intraday: IDSS

Di Malaysia, Bursa Malaysia memperkenalkan mekanisme khas dipanggil Intraday Short-Selling (IDSS). Melalui IDSS, pelabur boleh menjual saham yang mereka tidak miliki pada waktu pagi (dipinjam daripada broker) dan membeli semula saham yang sama sebelum pasaran ditutup.

Contohnya, jika saham dijual pada RM1.00 dan dibeli balik pada RM0.95 sebelum market close, pelabur akan dapat untung 5 sen seunit. Namun, IDSS hanya dibenarkan untuk senarai saham tertentu yang diluluskan Bursa Malaysia, dan semua posisi wajib ditutup dalam hari yang sama.

Strategi Intraday Yang Popular

  • Scalping Intraday

Strategi ini fokus pada entry pantas dalam beberapa saat hingga minit dengan target keuntungan yang kecil tetapi dibuat secara berulang kali. Trader scalper biasanya buka banyak posisi sehari, contohnya tangkap pergerakan 5–10 pips sahaja dalam forex, tetapi gandakan dengan volume yang lebih besar.

  • Breakout Trading

Breakout berlaku apabila harga menembusi paras support atau resistance penting. Dalam intraday, trader menunggu momen harga “pecah” level tertentu dengan volume tinggi, lalu masuk posisi untuk ikut momentum. Contoh: jika EUR/USD berjaya tembus resistance pada 1.1000, trader entry buy dengan target jangka pendek.

  • Trend Following

Dalam strategi ini, trader cuba ikut arah trend semasa pada timeframe kecil seperti H1 atau M15. Jika trend harian sedang naik, trader hanya fokus cari peluang buy intraday. Konsepnya mudah: “the trend is your friend”, walaupun hanya untuk beberapa jam.

Maksud Intraday Trading Dan Strateginya
  • News-based Trading

Strategi ini ambil peluang daripada volatiliti besar semasa pengumuman ekonomi penting, seperti NFP (Non-Farm Payrolls), kadar faedah Fed, atau data inflasi. Trader intraday masuk posisi sejurus selepas news keluar untuk manfaatkan pergerakan harga yang tajam, tetapi ia berisiko tinggi kerana spread boleh melebar.

  • Range Trading

Sesuai bila pasaran bergerak mendatar (sideways). Trader akan beli berhampiran paras support dan jual berhampiran resistance, semua dalam hari yang sama. Strategi ini lebih berkesan apabila tiada news besar yang mampu ubah trend.

  • High-Frequency Trading (HFT)

Ini strategi intraday yang menggunakan algoritma automatik dan kelajuan komputer untuk tangkap pergerakan mikro dalam pasaran. Walaupun jarang digunakan oleh retail trader kerana perlukan infrastruktur canggih, HFT sangat popular di kalangan institusi kewangan besar yang mahu ambil peluang dalam beberapa milisaat.

Kelebihan Intraday Trading

  • Tidak Terjejas Berita Malam

Semua posisi intraday ditutup sebelum pasaran tutup. Ini bermaksud trader tidak terdedah kepada risiko “overnight gap” — pergerakan harga mendadak yang berlaku akibat pengumuman ekonomi atau berita penting di luar waktu dagangan. Contohnya, keputusan kadar faedah atau berita geopolitik yang keluar tengah malam tidak akan menjejaskan posisi intraday kerana ia sudah pun ditutup lebih awal.

  • Stop-loss Ketat

Dalam intraday, trader boleh letakkan stop-loss (SL) lebih rapat kerana target keuntungan pun biasanya kecil. Ini membantu kawal risiko dengan lebih baik. Sebagai contoh, scalper mungkin letak SL hanya 5–10 pips sahaja, jadi kerugian mudah dikawal berbanding trader swing yang mungkin letak SL ratusan pips.

  • Margin & Leverage Besar

Intraday sesuai untuk mereka yang bermodal kecil kerana broker biasanya menawarkan leverage tinggi (contoh: 1:500 atau 1:2000). Dengan leverage, trader boleh kawal posisi lebih besar daripada modal sebenar, sekali gus gandakan potensi keuntungan daripada pergerakan harga kecil. Contohnya, pergerakan 20 pips dalam EUR/USD mungkin nampak kecil, tetapi dengan leverage, hasilnya boleh jadi signifikan.

Risiko & Kekurangan Intraday Trading

  • Kos Transaksi Tinggi

Disebabkan intraday melibatkan banyak transaksi dalam sehari, kos seperti spread, komisen, dan swap harian (jika ada) akan cepat terkumpul. Contohnya, jika seorang scalper masuk 20 trade sehari, walaupun setiap trade beri profit kecil, sebahagian keuntungan mungkin terhakis kerana caj broker. Inilah sebabnya pemilihan broker dengan spread rendah sangat penting untuk intraday trader.

  • Risiko Rugi Cepat

Intraday biasanya digabungkan dengan leverage tinggi. Walaupun leverage boleh gandakan keuntungan, ia juga boleh menggandakan kerugian dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, pergerakan harga yang tak sampai 10 pips melawan posisi anda boleh menyebabkan akaun kecil terkena margin call jika tidak kawal saiz lot dengan betul.

  • Perlu Kemahiran & Fokus Tinggi

Intraday memerlukan trader untuk sentiasa pantau carta secara aktif, kadangkala berjam-jam dalam sehari. Ini boleh menimbulkan tekanan mental (stress) dan cepat meletihkan. Ia juga bukan sesuai untuk semua orang — tanpa pengalaman analisis teknikal, strategi jelas, dan disiplin mengawal emosi, risiko untuk membuat keputusan terburu-buru adalah tinggi.

Intraday Forex vs Intraday Saham

Intraday boleh dibuat sama ada dalam pasaran forex atau saham, tapi kedua-duanya ada perbezaan ketara. Forex beroperasi 24 jam sehari (Isnin–Jumaat), manakala saham terikat dengan waktu bursa.

Perbezaan ini memberi kesan besar kepada strategi, peluang profit, serta kos dagangan. Dengan memahami beza intraday forex dan intraday saham, anda boleh tentukan pasaran mana lebih sesuai dengan gaya trading, masa lapang, dan modal anda.

AspekIntraday ForexIntraday Saham
Waktu Trading24 jam sehari (Isnin–Jumaat)Terhad ikut jam bursa tempatan
Spread & KomisenSpread rendah, leverage tinggiKomisen broker & caj clearing
Kecairan (Liquidity)Sangat tinggi (EUR/USD, XAUUSD)Bergantung pada saham individu
Risiko OvernightTiada (posisi ditutup harian)Sama – semua ditutup sebelum market close

Perbandingan Jenis Trading Styles

Setiap trader ada gaya tersendiri. Ada yang suka cepat ambil peluang, ada yang lebih sabar tunggu trend jangka panjang. Untuk faham di mana kedudukan intraday berbanding gaya lain, mari kita lihat perbandingan empat jenis trading styles utama:

Jenis Trading (Tempoh Posisi)Kekerapan TradeSasaran UtamaKelebihanKekurangan
Scalping (Saat – minit)Sangat tinggi (puluhan trade sehari)Profit kecil berulang kaliCepat hasil, banyak peluangKos tinggi, tekanan tinggi
Intraday (Minit – jam /1 hari)Tinggi (beberapa trade sehari)Pergerakan harga harianTiada overnight risk, fleksibelPerlu pantau chart aktif, risiko rugi cepat
Swing (Hari – minggu)SederhanaTangkap trend sederhanaKurang stress, sesuai part-timeRisiko overnight news, modal lebih besar
Position (Minggu – bulan)Rendah (beberapa trade setahun)Trend jangka panjangTenang, tak perlu monitor kerapModal besar, floating loss lama

Kalau anda suka trading aktif dan pantas, intraday atau scalping mungkin lebih sesuai. Tapi kalau lebih suka gaya santai dan tak mahu tengok chart selalu, swing atau position trading adalah pilihan yang lebih baik.

4 Jenis Trading - Scalping_Intraday_SwingTrading_PositionTrading

Tips Intraday Untuk yang Nak Bermula

1. Gunakan timeframe kecil (M5, M15, H1) untuk entry

Intraday trader biasanya beroperasi pada carta jangka pendek. Timeframe M5 atau M15 sesuai untuk cari entry pantas, manakala H1 membantu sahkan arah trend harian. Gabungan timeframe ni boleh elak entry secara “membabi buta”.

2. Tetapkan stop loss & take profit sejak awal

Jangan biarkan emosi kawal keputusan. Sentiasa tentukan paras stop loss (SL) untuk lindungi modal dan take profit (TP) untuk kunci keuntungan. Contohnya, jika target keuntungan 20 pips, pastikan SL sekitar 10–15 pips untuk ratio risiko/ganjaran yang sihat.

3. Elakkan overtrade – pilih setup berkualiti sahaja

Intraday bukan bermaksud kena masuk 20 trade sehari. Fokus pada 1–3 setup yang jelas, ikut plan, dan disiplin. Overtrade bukan saja naikkan kos spread/komisen, tapi juga boleh buat keputusan jadi kurang rasional.

4. Gunakan indikator (RSI, MACD, Moving Average) untuk pengesahan

Jangan bergantung pada satu signal sahaja. Contohnya, jika muncul candlestick pattern bearish, sahkan dengan RSI (overbought) atau MACD (cross signal). Ini bantu tingkatkan kebarangkalian trade lebih tepat.

5. Simpan jurnal intraday untuk semak prestasi

Catat setiap trade — entry, exit, sebab masuk, dan hasilnya. Dengan cara ni, anda boleh analisa semula selepas beberapa minggu untuk nampak pola kesilapan dan strategi mana yang lebih berkesan. Trader yang berjaya biasanya rajin review jurnal mereka.

Kesimpulan

Intraday ialah strategi trading pantas yang memberi peluang untuk memanfaatkan pergerakan harga harian tanpa perlu risau tentang risiko semalaman. Walaupun ia boleh menjanjikan keuntungan cepat, intraday juga memerlukan disiplin, pengurusan risiko yang baik, serta kerajinan untuk belajar.

Jika anda berminat mendalami dunia intraday atau aspek trading lain, Ultima Markets sentiasa sedia membantu dengan panduan, platform pantas, dan sumber pembelajaran untuk menyokong perjalanan trading anda.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Apa Itu Intraday Trading? Panduan Lengkap Trader
Ciri-Ciri Utama Intraday
Strategi Intraday Yang Popular
Kelebihan Intraday Trading
Risiko & Kekurangan Intraday Trading
Intraday Forex vs Intraday Saham
Perbandingan Jenis Trading Styles
Tips Intraday Untuk Pemula
Kesimpulan