Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomDalam dunia pelaburan, bond atau bon sering disebut sebagai antara instrumen paling stabil untuk menjana pendapatan tetap. Namun, tak semua pelabur faham apa maksud bond, bagaimana ia berfungsi, dan jenis-jenis bond yang wujud di pasaran Malaysia.
Secara ringkas, bond ialah pelaburan berasaskan hutang, di mana pelabur memberi pinjaman kepada kerajaan atau syarikat, dan sebagai balasan mereka menerima pulangan dalam bentuk faedah tetap (kupon).
Definisi:
Maksud Bond ialah pinjaman yang diberikan oleh pelabur kepada kerajaan atau syarikat, dengan bayaran faedah tetap serta jaminan bayaran balik pokok pada tarikh matang.
Secara asasnya, bond ialah dokumen kewangan yang menandakan janji hutang antara penerbit dan pelabur. Apabila anda membeli bond, anda sebenarnya meminjamkan duit kepada penerbit (kerajaan, bank atau syarikat), dan penerbit akan membayar faedah tetap setiap tahun (kupon) serta memulangkan jumlah pokok (prinsipal) apabila tempoh matang tiba.
Berbeza dengan saham yang menjadikan anda pemilik sebahagian syarikat, bond menjadikan anda pemberi pinjaman yang menerima pulangan tetap. Sebab itu, bond sering digunakan oleh pelabur konservatif yang mahu pendapatan stabil dan risiko rendah berbanding pelaburan saham.

Untuk faham maksud bond dalam situasi sebenar, bayangkan kerajaan Malaysia terbitkan bond bernilai nominal RM1,000 dengan kadar faedah (kupon) 4% setahun untuk tempoh 5 tahun. Kalau anda beli 1 unit bond tersebut:
Jadi, bond berfungsi macam pinjaman terbalik — anda jadi pemberi pinjaman, bukan peminjam.
Di Malaysia ini, terdapat pelbagai jenis bon untuk bantu anda faham maksud bon dengan lebih jelas.
Diterbitkan oleh kerajaan Malaysia. Risiko paling rendah, sesuai untuk pelabur konservatif.
Nota: Pelabur boleh membeli MGS dan GII melalui pasaran sekunder yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Pasaran sekunder ialah tempat pelabur jual beli semula instrumen kewangan (macam saham, bond, atau sukuk) yang sudah diterbitkan sebelum ini. Maknanya, dalam pasaran sekunder — urusan berlaku antara pelabur dengan pelabur, bukan antara pelabur dengan penerbit asal.

Diterbitkan oleh syarikat besar seperti Petronas atau Tenaga Nasional untuk mengumpul modal tambahan. Biasanya beri pulangan (kupon) lebih tinggi daripada bond kerajaan, tapi dengan risiko gagal bayar (risiko kredit) yang lebih besar.
Bond patuh Syariah yang tidak melibatkan faedah (riba), tetapi berasaskan perkongsian keuntungan atau aset sebenar (ijarah, mudarabah, dan sebagainya*).
Bond tanpa bayaran faedah tahunan (kupon). Pelabur beli pada harga diskaun besar, dan akan dapat bayaran penuh nilai nominal semasa matang.
Contoh: Beli bond RM1,000 pada harga RM800 → tiada faedah tahunan, tapi bila matang, anda terima RM1,000 → untung RM200 (25%).
Sesuai untuk pelabur jangka panjang yang tak perlukan pendapatan tahunan.
Bond yang boleh ditukar menjadi saham syarikat penerbit selepas tempoh tertentu. Pelabur boleh pilih nak terus terima faedah tetap, atau tukar kepada saham bila harga saham naik.
Contoh: Anda pegang bond syarikat A bernilai RM1,000, boleh ditukar kepada 100 unit saham bila harga saham meningkat. Kalau harga saham melonjak, potensi untung jadi lebih tinggi daripada bond biasa.
Gabungan antara pulangan tetap dan peluang ekuiti.
Bond yang boleh ditebus semula lebih awal oleh penerbit sebelum tempoh matang. Biasanya dilakukan bila kadar faedah pasaran jatuh dan penerbit nak ganti dengan bond baru yang bayar faedah lebih rendah.
Contoh: Syarikat terbit bond 5 tahun kadar 6%. Kalau kadar pasaran jatuh ke 3%, syarikat mungkin call back bond lama dan keluarkan bond baru dengan kadar lebih rendah.
Kelemahan untuk pelabur — sebab bayaran kupon mungkin tamat lebih awal.
Di Malaysia, callable bond lebih lazim diterbitkan oleh syarikat korporat berbanding kerajaan, kerana ia memberi fleksibiliti kepada penerbit mengurus kos faedah.
Di peringkat global, municipal bond ialah bon yang diterbitkan oleh kerajaan tempatan atau agensi negeri untuk membiayai projek awam seperti jalan raya, sekolah, hospital, atau sistem pengangkutan.
Walaupun jenis ini belum popular di Malaysia, konsepnya sama — kerajaan meminjam daripada pelabur untuk membiayai pembangunan awam.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, municipal bond sering diberi kelebihan cukai (tax-exempt) untuk menarik pelabur jangka panjang.
Untuk memahami maksud bond dengan lebih mendalam, berikut beberapa istilah dan ciri utama yang sering digunakan:
Ini ialah jumlah asal yang dipersetujui penerbit untuk dibayar semula kepada pelabur apabila tempoh matang tiba. Ia juga dikenali sebagai nilai muka, nilai tebus atau nilai matang.
Contoh: Jika anda beli bond bernilai nominal RM1,000, anda akan terima semula RM1,000 apabila tempoh matang tiba — tidak termasuk faedah tahunan.
Kadar kupon ialah peratus faedah tahunan yang anda akan terima daripada penerbit bond. Ia dibayar secara berkala (contohnya setahun sekali atau setiap enam bulan).
Contoh: Jika anda miliki bond RM100,000 dengan kadar kupon 5%, anda akan terima RM5,000 setahun sebagai bayaran faedah (RM100,000 × 5%).
Ini ialah jangka masa sebelum penerbit bond membayar semula jumlah pokok (prinsipal) kepada pelabur. Contohnya, bond 5 tahun bermaksud anda akan dapat semula prinsipal selepas 5 tahun.
Pemegang amanah ialah pihak ketiga bebas yang dilantik untuk melindungi kepentingan pelabur. Mereka memastikan semua syarat dalam surat ikatan amanah dipatuhi oleh penerbit bond.
Jenis pihak yang mengeluarkan bond — faktor utama dalam menilai risiko pelaburan.
Di Malaysia, penerbit bond biasanya terdiri daripada:

Kadar hasil menunjukkan pulangan sebenar yang pelabur peroleh daripada bond berdasarkan harga pasaran semasa. Ia tidak sama dengan kadar kupon, sebab yield boleh berubah ikut harga pasaran.
Harga bond bergerak songsang dengan kadar hasil:
Selain bond kerajaan dan korporat biasa, ada juga kategori high-yield debt — iaitu bond yang ditawarkan oleh syarikat dengan penarafan kredit rendah. Disebabkan risikonya lebih tinggi, penerbit perlu menawarkan kadar hasil (yield) yang lebih besar untuk menarik pelabur.
Contoh: Jika bond kerajaan hanya beri pulangan 4%, syarikat kecil berisiko tinggi mungkin tawarkan 8–10% untuk bond mereka.
Walaupun potensi keuntungan lebih besar, high-yield bond juga dikenali sebagai “junk bond” kerana risiko gagal bayar yang jauh lebih tinggi.
Dana terikat ialah akaun khas yang disediakan penerbit bond untuk simpan dana bagi membayar semula hutang apabila matang. Ia membantu mengurangkan risiko gagal bayar dan memberi lebih keyakinan kepada pelabur.
Bond valuation bermaksud proses menentukan nilai sebenar (fair value) sesuatu bond berdasarkan kadar faedah semasa pasaran, jumlah bayaran kupon, dan tempoh hingga matang. Apabila kadar faedah pasaran berubah, harga bond juga akan naik atau turun bagi menyesuaikan diri dengan pulangan pasaran semasa.
Contoh: Jika bond RM1,000 beri faedah 5% setahun, tapi kadar faedah pasaran turun ke 3%, nilai bond anda akan meningkat kerana pelabur lain sanggup bayar lebih untuk faedah yang lebih tinggi.
Konsep ini penting untuk bantu pelabur menilai sama ada bond sedang diniagakan pada harga diskaun, premium, atau nilai asal (par value).
Risiko kredit bermaksud risiko penerbit bond (issuer) gagal membayar balik faedah atau jumlah pokok (prinsipal) kepada pelabur tepat pada masanya.
Dengan kata lain — bila anda beli bond, anda sebenarnya meminjamkan duit kepada penerbit (macam kerajaan atau syarikat). Kalau penerbit tu tak mampu bayar balik, itulah yang dipanggil risiko kredit.
Semakin tinggi risiko kredit, semakin tinggi kadar faedah (kupon) yang ditawarkan.
Contohnya:
Pelabur terima faedah lebih tinggi sebagai “ganjaran” untuk risiko tambahan.
Ringkasan: Istilah & Ciri-Ciri Bond
| Istilah | Maksud Ringkas |
| Nilai Nominal | Jumlah pokok asal yang akan dibayar balik semasa matang. |
| Kadar Kupon | Kadar faedah tetap dibayar kepada pelabur setiap tahun. |
| Tempoh Matang | Jangka masa sebelum bond dibayar penuh. |
| Pemegang Amanah | Pihak ketiga yang pantau kepatuhan penerbit. |
| Jenis Penerbit | Sumber bond seperti kerajaan, bank atau syarikat. |
| Kadar Hasil (Yield) | Pulangan sebenar berdasarkan harga pasaran semasa. |
| Dana Terikat | Akaun khas untuk bayar hutang bond bila matang. |
| Penilaian Bond | Menilai harga sebenar bond berbanding nilai pasaran. |
| Risiko Kredit | Penerbit bond gagal membayar faedah atau jumlah pokok (prinsipal) tepat pada masanya. |
Harga bond juga boleh dipengaruhi oleh emosi dan jangkaan pelabur terhadap kadar faedah. Baca Sentimen Pasaran: Cara Faham Emosi Pasaran Dalam Trading untuk tahu bagaimana faktor psikologi mempengaruhi harga.

Ramai pelabur baru keliru antara bond dan saham, sebab dua-duanya dianggap “pelaburan” — tapi hakikatnya konsep kedua-dua ni sangat berbeza.
Secara mudahnya:
Bond = anda bagi pinjam duit kepada penerbit.
Saham = anda beli sebahagian pemilikan syarikat.
Jadual Perbandingan Bond vs Saham
| Aspek | Bond | Saham |
| Status Pelabur | Pemberi pinjaman (lender). | Pemilik syarikat (shareholder). |
| Pulangan | Faedah tetap (kupon) setiap tahun. | Dividen (ikut untung syarikat) + kenaikan harga saham. |
| Risiko | Rendah – bergantung pada keupayaan penerbit bayar balik. | Tinggi – harga saham boleh naik turun setiap hari. |
| Jaminan Modal | Nilai pokok (prinsipal) dibayar semula bila matang. | Tiada jaminan – modal boleh susut jika harga saham jatuh. |
| Hak Mengundi / Pemilikan | Tiada hak mengundi dalam syarikat. | Ada hak mengundi & pemilikan dalam syarikat. |
| Kecairan (Liquidity) | Kurang cair – bergantung pada pasaran sekunder. | Sangat cair – boleh jual beli bila-bila di pasaran saham. |
| Sesuai Untuk | Pelabur konservatif yang mahu pendapatan tetap. | Pelabur agresif yang cari potensi keuntungan tinggi. |
Ringkasan Mudah
Kedua-duanya saling melengkapi — sebab itu ramai pelabur profesional gabungkan bond + saham untuk seimbangkan risiko dan pulangan dalam portfolio mereka.
Salah satu risiko utama bond ialah tahap kecairan. Baca artikel Maksud Tahap Kecairan Dalam Pelaburan & Trading untuk faham kenapa faktor ini penting sebelum melabur.
Secara mudahnya, maksud bond ialah pelaburan berasaskan hutang jangka panjang yang memberi pulangan tetap dalam bentuk faedah. Ia sesuai untuk pelabur yang ingin diversifikasi portfolio dan mengurangkan risiko berbanding saham.
Kalau anda nak pelajari lebih banyak topik kewangan, konsep pelaburan dan asas trading, layari Ultima Markets Academy untuk artikel pendidikan yang mudah difahami dan relevan untuk pelabur Malaysia.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.