Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

7 Jenis Emas di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu Nilainya!

Summary:

Kenali 7 Jenis Emas di Malaysia termasuk 999, 916, 750, white gold & suasa. Ketahui perbezaan karat, warna dan nilai untuk pelaburan emas anda.

7 Jenis Emas di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu Nilainya!

Bila sebut tentang emas, ramai terus terbayang rantai, cincin, dan jongkong. Tapi tahu tak, bukan semua emas itu sama? Di Malaysia saja, ada pelbagai jenis emas dengan ketulenan dan kegunaan berbeza. Kalau anda tengah nak beli atau mula melabur emas, penting untuk tahu perbezaannya supaya tak tersalah pilih atau terbeli emas “campuran”.

Sebelum pilih, fahami dulu jenis emas di Malaysia mengikut ketulenan dan campuran logam supaya pembelian anda lebih tepat.

Apa Maksud Karat Emas?

Karat (K) menunjukkan tahap ketulenan emas iaitu berapa banyak kandungan emas sebenar dalam logam tersebut.

Emas tulen iaitu emas 24K terlalu lembut, jadi ia perlu dicampur logam lain seperti tembaga atau perak supaya lebih keras dan tahan lasak.

Berikut ialah jenis-jenis emas di Malaysia berdasarkan nilai karat atau ketulenan emas:

KaratNamaKandungan EmasCiri UmumKegunaan
999 (24K)Emas tulen99.90%Lembut, warna kuning terangJongkong, syiling
916 (22K)Emas tinggi91.60%Sedikit keras, warna kuning pekatBarang kemas
750 (18K)Emas campur75%Keras, warna lembutBarang moden
585 (14K)Emas ringan58.50%Keras, warna pucatFesyen harian
<375 (Suasa)Campuran logam<37.5%Jingga kemerahanBarang hiasan

Selain kategori utama di atas, Malaysia juga pernah menggunakan emas 835 (20K), terutamanya untuk barang kemas lama atau warisan keluarga. Walaupun kurang popular sekarang, ia masih dikira antara jenis emas di Malaysia yang bernilai.

Jenis Emas di Malaysia

Jenis Emas di Malaysia Berdasarkan Warna (Campuran Logam)

Selain tahap ketulenan, warna emas juga berbeza mengikut campuran logam. Contohnya, white gold dan rose gold masih emas sebenar, cuma warnanya berubah sebab campuran logam seperti nikel, palladium, atau tembaga.

Jenis WarnaCampuranCiri UtamaPopular Untuk
Emas Kuning (Yellow Gold)Tembaga + perakWarna emas klasikSemua jenis barang kemas
Emas Putih (White Gold)Nikel / palladium + rhodiumPutih berkilat, modenCincin kahwin & uniseks
Emas Rose (Rose Gold)Tembaga + sedikit perakWarna merah jambu lembutAksesori wanita
SuasaEmas + tembaga + perakJingga kemerahan, kerasCincin & barang tradisional

7 Jenis Emas di Malaysia

Berikut antara jenis emas paling dikenali dan digunakan di Malaysia, lengkap dengan kelebihan & kekurangannya. Ini ialah senarai paling common bagi jenis emas di Malaysia yang anda akan jumpa di kedai emas.

1. Emas 999 (24 Karat) – Emas Paling Tulen

Jenis emas di Malaysia yang paling tulen ialah emas 999, juga dikenali sebagai emas 24K. Kandungannya hampir 100% emas asli tanpa campuran logam lain. Disebabkan terlalu lembut, emas ini jarang digunakan untuk barang kemas, tapi sangat popular untuk jongkong dan syiling pelaburan seperti Public Gold, Kijang Emas atau PAMP Suisse.

Kelebihan:

  • Nilai tinggi & diiktiraf global
  • Tiada campuran logam lain
  • Paling sesuai untuk pelaburan jangka panjang (jongkong/syiling)

Kekurangan:

  • Lembut dan mudah calar
  • Tak sesuai dijadikan barang kemas
  • Susah dibentuk untuk rekaan halus

Kalau anda serius nak melabur emas fizikal, emas 999 adalah pilihan utama. Anda juga boleh rujuk artikel Apa Itu Pelaburan Emas untuk faham cara pelaburan emas berfungsi dari segi risiko dan potensi keuntungan.

Jenis Emas 999 Emas 24 Karat Gold

2. Emas 916 (22 Karat) – Paling Popular Di Malaysia

Kalau anda selalu ke kedai emas seperti Habib, Poh Kong, atau Wah Chan, hampir semua barang kemas mereka diperbuat daripada emas 916. Kenapa? Sebab emas jenis ini cukup seimbang antara nilai dan kekuatan. Ia masih tinggi ketulenan tapi cukup keras untuk dibentuk jadi cincin, gelang, rantai dan sebagainya.

Kelebihan:

  • Warna kuning pekat, nampak “mewah”
  • Sesuai untuk cincin, rantai, gelang
  • Masih tinggi nilai jual semula

Kekurangan:

  • Sedikit lembut (boleh bengkok kalau dipakai kasar)
  • Upah rekaan lebih tinggi berbanding emas campur

Tak hairanlah emas 916 jadi pilihan utama untuk pengantin dan penyimpan aset jangka panjang.

3. Emas 835 (20 Karat) – Emas Tradisional Lama

Jenis emas di Malaysia yang dulu agak popular (terutama di kampung atau koleksi lama) ialah emas 835. Kandungannya 83.5% emas dan selebihnya campuran logam lain seperti tembaga atau perak. Warna emas 835 lebih gelap sedikit berbanding 916, tapi masih ada nilai yang baik.

Kelebihan:

  • Masih bernilai & boleh dijual semula
  • Warna kuning tua (nampak antik & eksklusif)
  • Lebih keras daripada 916

Kekurangan:

  • Tak banyak dijual di kedai emas moden
  • Sukar cari rekaan baru atau ganti barang lama

Kalau jumpa barang kemas lama arwah nenek dengan cap “835”, jangan buang kerana nilainya tetap laku di pasaran emas!

4. Emas 750 (18 Karat) – Campuran Gaya & Nilai

Emas 750 biasanya digunakan dalam barang kemas moden atau rekaan Itali, sebab campuran logam lain menjadikannya lebih keras dan tahan lasak. Selain itu, warnanya lebih “soft gold” atau kadang-kadang ada tona rosé. Disebabkan campurannya lebih banyak, harga emas 750 lebih murah sedikit berbanding 916, tapi masih cantik untuk pemakaian harian.

Kelebihan:

  • Lebih keras & tahan lasak
  • Warna lebih lembut (soft gold / rosy)
  • Banyak pilihan rekaan moden

Kekurangan:

  • Nilai emas lebih rendah berbanding 916
  • Tak sesuai untuk pelaburan jangka panjang
  • Kena tahu beza antara 18K emas sebenar vs plating

5. Emas Putih (White Gold) – Pilihan Trendy

Ramai keliru antara emas putih dan perak, tapi sebenarnya emas putih masih emas, cuma dicampur logam putih seperti nikel atau palladium. Warna putih berkilatnya datang daripada lapisan rhodium. Emas putih popular untuk cincin kahwin moden dan rekaan minimalis. Di Malaysia, kebanyakan emas putih dibuat daripada emas 18K (750), kerana campurannya cukup keras untuk mengekalkan bentuk cincin dan gelang tanpa mudah calar.

Kelebihan:

  • Warna neutral & moden, sesuai untuk lelaki & wanita
  • Lebih keras dan tahan calar
  • Nampak eksklusif dan elegan

Kekurangan:

  • Lapisan rhodium boleh pudar (kena plating semula)
  • Susah dijual balik sebab kos rekaan tinggi
  • Nilai emas lebih rendah dari 916

Cuma ingat, selepas beberapa tahun, lapisan rhodium boleh haus, jadi kena plating semula untuk kekal berkilau.

6. Emas Rose (Rose Gold) – Sentuhan Elegan Moden

Selain emas putih, rose gold juga makin digemari sebab tona warnanya lembut dan eksklusif. Campuran tembaga dalam emas menjadikannya warna merah jambu keemasan yang menawan. Biasanya terdiri daripada emas 750 (18K).

Kelebihan:

  • Warna lembut dan romantik
  • Popular untuk cincin tunang & jam tangan mewah
  • Keras dan tahan lasak

Kekurangan:

  • Warna boleh sedikit berubah bila lama (akibat oksidasi tembaga)
  • Tak semua kedai emas beli balik rose gold
  • Kandungan emas lebih rendah (biasanya 18K)

Sesuai untuk cincin tunang, aksesori wanita, atau jam tangan mewah.

Jenis Emas Rose Gold

7. Emas Suasa – Campuran Emas & Tembaga

Emas suasa sering jadi pilihan murah untuk nampak “macam emas tulen”, tapi sebenarnya ia campuran emas dan tembaga. Suasa biasanya mengandungi kurang daripada 9K (375) emas, menjadikannya keras, tahan lama dan murah, tetapi tidak diterima sebagai emas pelaburan.

Kelebihan:

  • Warna keemasan menarik
  • Lebih keras dan tahan lama
  • Harga jauh lebih murah daripada emas tulen

Kekurangan:

  • Bukan emas pelaburan
  • Susah dijual semula
  • Warna boleh pudar bila lama

Sesuai untuk hiasan atau fesyen, tapi bukan untuk simpan nilai jangka panjang.

Kenapa Ada Emas Campur Lebih Mahal Daripada Emas Tulen?

Ramai tertanya-tanya kenapa kadang-kadang emas campur lebih mahal, sedangkan kandungan emasnya lebih rendah. Sebenarnya, harga bagi setiap jenis emas di Malaysia bukan hanya ditentukan oleh tahap karat semata-mata, tapi juga oleh reka bentuk, bahan campuran, dan nilai jenama yang digunakan.

Jom tengok beberapa sebab logiknya di bawah:

1. Kos Reka Bentuk & Upah Tinggi

Emas campur lebih keras dan mudah dibentuk, jadi sesuai untuk rekaan halus dan kompleks. Kalau cincin 18K Itali design modern, upahnya boleh cecah ratusan ringgit, harga keseluruhan jadi lebih tinggi walaupun nilai emas per gram rendah.

2. Campuran Logam Bernilai Tinggi

Jenis seperti white gold dan rose gold dicampur dengan palladium, platinum, atau rhodium — logam yang kadang lebih mahal daripada emas itu sendiri. Jadi, harga akhir emas campur boleh jadi tinggi sebab logam tambahan premium.

3. Nilai Jenama & Eksklusif

Kedai atau jenama antarabangsa (contohnya Cartier, Pandora, Tiffany) letak harga lebih sebab kualiti dan nama jenama, bukan semata-mata nilai logam.

Jenis Emas Putih

4. Ketahanan Lebih Baik

Emas 916 lembut dan senang bengkok, tapi emas campur seperti 750 lebih keras, sesuai untuk dipakai setiap hari tanpa cepat rosak. Jadi ramai sanggup bayar lebih untuk ketahanan dan gaya.

Cara Bezakan Emas Tulen dan Campuran

Dalam pasaran Malaysia, bukan semua barang “warna emas” itu betul-betul emas. Ada yang campuran, plating, malah tiruan sepenuhnya. Jadi sebelum beli, penting untuk tahu cara bezakan emas tulen dengan emas campuran atau palsu, supaya anda tak rugi ribuan ringgit.

Tip ini memudahkan anda membezakan jenis emas di Malaysia yang tulen, campuran atau plating sebelum membeli. Berikut beberapa cara mudah & praktikal untuk kenal pasti ketulenan emas:

1. Semak Cap Karat atau Cop “Hallmark”

Setiap barang emas tulen mesti ada cop ketulenan kecil yang menunjukkan karatnya:

  • 999 / 24K → Emas tulen
  • 916 / 22K → Emas tinggi
  • 750 / 18K → Emas campur
  • 585 / 14K → Emas fesyen

Biasanya cop ini terletak di bahagian dalam cincin, penyambung gelang, atau pengikat rantai. Kalau barang tak ada cap langsung, minta penjual tunjuk sijil atau resit rasmi.

Tip: Cap “GP” bermaksud Gold Plated (salutan emas), bukan emas sebenar.

2. Minta Sijil Ketulenan atau Resit Rasmi

Kedai emas yang sah mesti boleh keluarkan:

  • Sijil ketulenan (purity certificate)
  • Resit lengkap dengan nombor siri, berat, dan peratus ketulenan emas

Ini penting sebab:

  • Jadi bukti sah bila nak jual balik
  • Elak risiko beli emas palsu atau campuran berat sebelah
  • Boleh digunakan untuk tuntutan insurans / audit pelaburan jika perlu

Fun fact: Banyak kedai emas besar (Habib, Wah Chan, Poh Kong) dah guna sistem digital — setiap barang ada kod QR yang boleh imbas terus untuk semak maklumat ketulenan.

3. Uji Dengan Magnet

Emas bukan logam magnetik, jadi kalau letak dekat magnet:

  • Emas tulen tidak akan melekat
  • Emas tiruan atau campuran murah (besi/nikel) akan tertarik

Tapi ingat, ujian ni cuma petunjuk awal, bukan bukti sah. Sesetengah emas campur mungkin juga tak melekat sebab logam lain digunakan (contohnya tembaga atau zink). Kalau nak sahkan betul-betul, guna ujian makmal atau alat penilaian emas (gold tester pen).

Jenis Emas 916

4. Ujian Ketumpatan (Density Test)

Emas tulen mempunyai ketumpatan tinggi (sekitar 19.3 g/cm³). Kalau anda ada penimbang digital & bekas air kecil, boleh buat ujian mudah:

  1. Timbang berat emas dalam gram.
  2. Celupkan dalam air & kira jumlah air yang tertolak.
  3. Bahagi berat dengan isipadu air → dapat ketumpatan.

Kalau nilai jauh bawah 19.3, besar kemungkinan ada campuran logam lain. (Kaedah ni biasa digunakan oleh penilai emas profesional.)

5. Gunakan Kit Ujian Asid (Gold Testing Kit)

Kalau nak lebih teknikal, boleh beli Gold Testing Kit, alat ni datang dengan asid pelbagai tahap (10K, 14K, 18K, 22K, 24K). Cara:

  1. Gosok sedikit permukaan emas pada batu ujian.
  2. Titiskan asid ikut karat.
  3. Jika warna hilang → bukan tulen, kalau kekal → emas sebenar.

Nota: Buat dengan berhati-hati, sebab asid boleh rosakkan permukaan emas jika tak betul penggunaannya.

6. Elakkan Beli Daripada Sumber Tidak Sah

Harga murah tidak semestinya berbaloi. Elakkan beli emas dari:

  • Platform media sosial tanpa lesen
  • Penjual individu tanpa dokumen rasmi
  • Kedai online tanpa reputasi

Sebaiknya beli dari kedai emas berdaftar atau syarikat pelaburan emas yang ada lesen & reputasi kukuh, contohnya Public Gold, Habib, atau institusi pelaburan emas berdaftar.

7. Bandingkan Harga Pasaran Semasa

Emas tulen biasanya mengikut harga pasaran dunia (spot gold price). Kalau ada penjual tawar harga terlalu rendah (contohnya “emas 999 murah separuh harga”), itu tanda bahaya.

Untuk tahu harga pasaran emas sebenar setiap hari, boleh semak artikel Jangkaan Harga Emas Esok di Ultima Markets.

Kesimpulan: Pilih Jenis Emas di Malaysia Ikut Tujuan Anda

Tak semua jenis emas di malaysia dicipta sama. Kalau untuk pelaburan jangka panjang, pilih emas 999. Kalau nak barang kemas tahan lasak dan bergaya, emas 916 atau 750 sesuai.

Yang penting, tahu apa yang anda beli, sebab setiap jenis emas di Malaysia ada fungsi dan nilainya tersendiri. Kalau anda betul-betul nak beli atau melabur, periksa karat, minta sijil, dan semak harga pasaran dulu.

Dan untuk tahu bila masa paling sesuai masuk pasaran emas, baca panduan Cara Tahu Harga Emas Naik atau Turun. Di Ultima Markets, anda boleh pantau analisis pasaran emas setiap hari dari faktor global sampai teknikal chart sebenar.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

7 Jenis Emas di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu Nilainya!
Apa Maksud Karat Emas?
Jenis Emas di Malaysia Berdasarkan Warna (Campuran Logam)
7 Jenis Emas di Malaysia
Kenapa Ada Emas Campur Lebih Mahal Daripada Emas Tulen?
Cara Bezakan Emas Tulen dan Campuran
Kesimpulan: Pilih Jenis Emas di Malaysia Ikut Tujuan Anda