Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

11 Mata Wang Asia Tenggara 2025 - Negara Mana Paling Kuat?

Summary:

Ketahui ranking 11 mata wang Asia Tenggara 2025 dari Singapura hingga Vietnam. Lihat nilai terkini dalam USD & RM serta faktor ekonomi di sebaliknya.

11 Mata Wang Asia Tenggara 2025 – Negara Mana Paling Kuat?

Ramai tahu bahawa negara seperti Singapura dan Brunei terkenal dengan ekonomi yang kukuh dan taraf hidup tinggi. Namun, di sebalik kekayaan itu, mata wang mereka juga mencerminkan kekuatan sebenar ekonomi sesebuah negara. Dalam dunia kewangan, nilai mata wang bukan sekadar angka di papan tukaran, ia menunjukkan daya saing ekonomi, kestabilan politik, dan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap sesebuah negara.

Asia Tenggara ialah antara rantau paling pesat berkembang di dunia, merangkumi pelbagai tahap ekonomi daripada negara maju seperti Singapura hingga negara membangun seperti Laos dan Myanmar. Jadi, perbezaan nilai mata wang di rantau ini memberikan gambaran menarik tentang kedudukan ekonomi setiap negara.

Dalam artikel ini, kita akan lihat ranking mata wang Asia Tenggara 2025 berdasarkan nilai tukaran terhadap USD, serta berapa nilainya jika ditukar ke Ringgit Malaysia (RM) untuk memudahkan perbandingan.

Mata Wang Asia Tenggara

Senarai Ranking Mata Wang Asia Tenggara 2025

Berikut ialah senarai penuh ranking mata wang Asia Tenggara 2025, disusun mengikut nilai tukaran terhadap USD, semakin tinggi nilainya, semakin kukuh mata wang tersebut dalam konteks serantau.

NoNegaraMata Wang1 Unit = USDDalam RM*
1SingapuraDollar Singapura (SGD)≈ 0.775 USD≈ RM 3.28
2Brunei DarussalamDollar Brunei (BND)≈ 0.77 USD≈ RM 3.26
3MalaysiaRinggit Malaysia (MYR)≈ 0.236 USD≈ RM 1.00
4ThailandBaht Thailand (THB)≈ 0.0308 USD≈ RM 0.13
5FilipinaPeso Filipina (PHP)≈ 0.0178 USD≈ RM 0.075
6MyanmarKyat Myanmar (MMK)≈ 0.00048 USD≈ RM 0.002
7IndonesiaRupiah Indonesia (IDR)≈ 0.0000616 USD≈ RM 0.00026
8LaosKip Laos (LAK)≈ 0.000044 USD≈ RM 0.00019
9VietnamDong Vietnam (VND)≈ 0.000038 USD≈ RM 0.00016
10KembojaRiel Kemboja (KHR)≈ 0.00024 USD≈ RM 0.001
11Timor-LesteDollar AS (USD)1.00 USD≈ RM 4.23

*Anggaran pada kadar 1 USD ≈ RM 4.23 (2025).

Faktor Kekuatan dan Kelemahan Mata Wang Asia Tenggara

Sekarang kita dah tahu susunan ranking mata wang Asia Tenggara 2025, jom kita lihat dengan lebih dekat setiap negara dalam senarai ini. Apakah faktor utama di sebalik kekuatan atau kelemahan mata wang mereka dan bagaimana keadaan ekonomi semasa mempengaruhi nilainya berbanding USD dan Ringgit Malaysia.

1. Singapura (SGD)

Dollar Singapura kekal antara mata wang paling kukuh di Asia Tenggara dan sering dilihat sebagai “mini safe haven” rantau ini. Bank pusatnya, Monetary Authority of Singapore (MAS), guna dasar monetari berasaskan kadar tukaran (exchange rate–based policy) dan mengawal SGD dalam satu band yang terurus, bukan melalui kadar faedah seperti kebanyakan negara lain.

Gabungan faktor seperti lebihan akaun semasa, rizab asing yang kukuh dan reputasi Singapura sebagai pusat kewangan global menyebabkan SGD mempunyai tarikan sebagai mata wang stabil dan berstatus hampir seperti reserve currency di rantau ini. Bagi pelabur yang melihat ranking mata wang Asia Tenggara, SGD biasanya jadi “benchmark” untuk mengukur kekuatan mata wang lain.

Kalau anda nak faham dengan lebih mendalam perbandingan nilai SGD dan Ringgit Malaysia, boleh rujuk artikel Mata Wang Singapore ke Malaysia.

2. Brunei Darussalam (BND)

Dollar Brunei (BND) pula sangat unik kerana ia terikat dengan SGD melalui Currency Interchangeability Agreement. Di bawah perjanjian ini, BND dan SGD boleh ditukar pada kadar 1-ke-1 tanpa caj dan diterima sebagai tender sah di kedua-dua negara.

Walaupun ekonomi Brunei jauh lebih kecil, kekayaan sumber asli seperti minyak dan gas, lebihan fiskal dan rizab yang kukuh membantu mengekalkan kestabilan BND. Sebab itu bila kita lihat ranking mata wang Asia Tenggara 2025, BND hampir sama “power” dengan SGD dari segi nilai tukaran walaupun struktur ekonominya berbeza.

Mata Wang Asean - Brunei Dollar

3. Malaysia (MYR)

Ringgit Malaysia (MYR) kekal sebagai antara mata wang lebih kukuh di rantau ini dari segi nilai nominal dan juga saiz ekonomi di belakangnya. Struktur eksport Malaysia didominasi oleh produk elektrik & elektronik (E&E), petroleum dan LNG, serta minyak sawit, sektor yang menyumbang sebahagian besar pendapatan eksport negara.

Prestasi sektor-sektor inilah yang banyak mempengaruhi pergerakan MYR berbanding USD. Bila harga komoditi utama dan permintaan global untuk E&E meningkat, ringgit cenderung lebih stabil atau mengukuh. Sebab itu, bila anda menilai ranking mata wang Asia Tenggara, MYR sering dilihat sebagai wakil utama ekonomi sedang membangun yang masih mempunyai asas fundamental yang agak kukuh.

4. Thailand (THB)

Baht Thailand (THB) sering dianggap antara mata wang paling penting di ASEAN kerana ekonominya sangat bergantung kepada eksport dan pelancongan. Data menunjukkan eksport menyumbang sekitar 60% daripada KDNK, manakala pelancongan lebih 10%, jadi lebih 70% ekonomi Thailand berkait rapat dengan dunia luar.

Kekuatan atau kelemahan baht banyak memberi kesan kepada eksport dan kemasukan pelancong. Beberapa tahun kebelakangan ini, pengukuhan baht terlalu cepat pernah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengeksport dan sektor pelancongan kerana ia boleh menjejaskan daya saing. Dalam konteks ranking mata wang Asia Tenggara, THB berada di kelompok tengah. Nilainya lebih kecil daripada MYR, tetapi dari sudut kepentingan ekonomi serantau, ia sangat signifikan.

Kalau nak lihat perbandingan terus antara Baht dan Ringgit Malaysia, rujuk artikel Duit Malaysia vs Thailand.

5. Filipina (PHP)

Peso Filipina (PHP) mungkin kelihatan lemah bila dilihat pada angka, tetapi ekonomi Filipina mendapat sokongan kuat daripada kiriman wang (remittances) rakyatnya di luar negara. Menurut bank pusat Filipina dan data rasmi, jumlah remittance 2024 mencecah sekitar US$38 bilion, dan menyumbang lebih kurang 8% daripada KDNK.

Aliran wang masuk yang konsisten ini membantu menstabilkan imbangan pembayaran dan menyokong PHP walaupun negara berdepan cabaran defisit akaun semasa dan ketidaktentuan global. Jadi bila kita lihat ranking mata wang Asia Tenggara, PHP mungkin berada di bahagian pertengahan-bawah dari segi nilai nominal, tetapi sokongan remittance menjadikannya kurang terdedah kepada kejatuhan mendadak berbanding beberapa mata wang lain.

Mata Wang Asean - Filipina Peso

6. Myanmar (MMK)

Kyat Myanmar (MMK) antara mata wang yang paling tertekan dalam senarai ini. Selepas krisis politik dan rampasan kuasa 2021, nilai kyat jatuh hampir separuh berbanding USD dalam masa beberapa bulan, sekali gus mencetuskan inflasi tinggi dan krisis ekonomi yang berpanjangan.

Kekurangan keyakinan pelabur, sekatan antarabangsa, dan ketidaktentuan dasar menjadikan MMK sangat volatile. Dalam konteks harian, mata wang ini masih digunakan untuk urusan domestik, tetapi bagi pelabur luar, MMK biasanya dikategorikan sebagai mata wang berisiko sangat tinggi dalam ranking mata wang Asia Tenggara.

7. Indonesia (IDR)

Rupiah Indonesia (IDR) secara unit memang nampak “kecil” nilainya, tetapi di sebaliknya wujud salah satu ekonomi terbesar di Asia Tenggara. Bank Indonesia (BI) secara rasmi diberi mandat untuk mengekalkan kestabilan rupiah dan kerap melakukan campur tangan di pasaran FX bagi mengurangkan turun naik yang keterlaluan.

Pada 2025, BI beberapa kali masuk campur apabila rupiah mencecah paras terendah sejak Krisis Kewangan Asia, termasuk ketika kadar menghampiri 16,600 IDR per USD, dengan langkah seperti intervensi pasaran dan operasi derivatif. Ini menunjukkan bahawa walaupun IDR berada di bahagian bawah ranking mata wang Asia Tenggara dari segi nilai nominal, bank pusatnya sangat aktif mempertahankan kestabilan jangka panjang.

8. Laos (LAK)

Kip Laos (LAK) antara mata wang yang paling lemah dan tertekan di rantau ini. Laporan serantau menunjukkan kip kehilangan kira-kira separuh daripada nilainya sejak 2022, manakala inflasi pernah melonjak ke paras lebih 25–30%, memberi tekanan besar kepada kuasa beli rakyat.

Kelemahan kip berkait rapat dengan beban hutang luaran, rizab asing yang rendah dan kebergantungan kepada import. Kerajaan dan bank pusat Laos mengambil beberapa langkah pembaharuan pertukaran asing untuk menstabilkan keadaan, tetapi prosesnya mengambil masa. Dalam ranking mata wang Asia Tenggara, LAK jelas berada di zon paling lemah, dengan risiko inflasi dan kadar tukaran yang tinggi.

Mata Wang Asean - Kip Laos

9. Vietnam (VND)

Dong Vietnam (VND) secara nominal kelihatan sangat kecil nilainya, tetapi ekonomi Vietnam antara yang paling dinamik di ASEAN, dipacu oleh eksport perkilangan dan pelaburan asing langsung (FDI). Bank Negara Vietnam (SBV) menguruskan dong melalui sistem kadar rujukan harian USD/VND dan membenarkan bank komersial berdagang dalam julat tertentu (±5% daripada kadar pusat).

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, SBV beberapa kali membenarkan dong menyusut secara terkawal untuk menampung kejutan luar dan mengekalkan daya saing eksport. Kejatuhan rekod dong turut dikaitkan dengan ledakan eksport ke Amerika Syarikat sehingga defisit perdagangan AS–Vietnam melebihi US$110 bilion pada 2024. Jadi walaupun VND berada di bahagian bawah ranking mata wang Asia Tenggara dari sudut nilai tukaran, ia sebenarnya alat penting dalam strategi eksport Vietnam.

Untuk bandingan lebih jelas antara VND dan Ringgit Malaysia, anda boleh baca Mata Wang Vietnam vs Ringgit.

10. Kemboja (KHR)

Riel Kemboja (KHR) ialah mata wang rasmi negara, tetapi realitinya ekonomi Kemboja sangat “dollarised”. USD digunakan secara meluas sebagai mata wang kedua, terutama di kawasan bandar seperti Phnom Penh. Kajian dan laporan bank pusat menunjukkan Kemboja merupakan ekonomi yang sangat bergantung kepada dolar AS, di mana kekurangan keyakinan terhadap riel mendorong orang ramai menyimpan dan bertransaksi dalam USD.

Akibatnya, kadar tukaran KHR kelihatan agak stabil, tetapi dasar monetari negara menjadi terhad kerana banyak urus niaga utama berlaku dalam USD, bukan riel. Dalam ranking mata wang Asia Tenggara, KHR berada di bahagian bawah dari segi nilai unit, tetapi USD yang digunakan secara meluas memberi “back-up” kestabilan dalam banyak urus niaga besar.

Fenomena ini juga menjelaskan kenapa beberapa negara dalam senarai mata wang terendah di dunia termasuk mata wang dari Asia Tenggara, anda boleh baca lebih lanjut dalam artikel Mata Wang Terendah di Dunia.

11. Timor-Leste (USD)

Timor-Leste unik kerana menggunakan Dollar Amerika Syarikat (USD) sebagai mata wang rasmi. Keputusan ini dibuat selepas konflik dan peralihan politik, dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bagi membantu menstabilkan ekonomi dan mengurangkan risiko inflasi tinggi.

Di ibu negaranya, Dili, semua transaksi harian, daripada urusan kerajaan hinggalah perniagaan kecil dijalankan dalam USD. Namun, bagi urus niaga kecil seperti di pasar tempatan, rakyat juga menggunakan syiling “centavo” Timor-Leste, iaitu denominasi tempatan yang dikeluarkan oleh Banco Central de Timor-Leste (BCTL) dan disandarkan sepenuhnya kepada nilai USD.

Secara ringkasnya, sistem ini membolehkan Timor-Leste menikmati kestabilan dolar tanpa perlu mengurus dasar monetari sendiri. Dari sudut ranking mata wang Asia Tenggara, Timor-Leste boleh dianggap “menumpang” kekuatan USD sebagai mata wang rizab global walaupun ekonominya masih kecil dan banyak bergantung kepada eksport minyak serta bantuan pembangunan luar negara.

Mata Wang Asean - USD Timor-Leste Dili

Dalam konteks ranking mata wang Asia Tenggara, USD boleh dianggap “pemenang automatik” kerana statusnya sebagai mata wang rizab global, seiring dengan kedudukan dalam artikel 5 Mata Wang Tertinggi di Dunia 2025.

Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Ranking Ini?

1. Kestabilan ekonomi dan dasar kewangan jadi penentu utama.

Negara yang mengamalkan dasar monetari berhati-hati seperti Singapura dan Brunei mampu mengekalkan mata wang yang kuat walaupun saiz ekonomi mereka kecil. Sebaliknya, negara yang menghadapi inflasi tinggi atau ketidaktentuan politik seperti Myanmar atau Laos, akan menyaksikan kejatuhan nilai mata wang dengan cepat. Ini menunjukkan betapa pentingnya keyakinan pasaran dan tadbir urus kewangan yang baik.

2. Nilai kecil tak semestinya lemah.

Jangan tertipu dengan angka. Mata wang seperti Rupiah Indonesia (IDR) dan Dong Vietnam (VND) memang nampak rendah nilainya, tapi kedua-dua negara ni mempunyai ekonomi besar dengan asas industri yang kukuh. Pertumbuhan eksport dan kemasukan pelaburan asing (FDI) membantu mengekalkan kestabilan walaupun unit mata wang mereka kecil. Untuk lebih faham bagaimana pelaburan asing beri kesan pada nilai mata wang, anda boleh rujuk artikel Apa Itu FDI.

3. Mata wang kukuh mencerminkan kepercayaan global.

Mata wang seperti SGD, BND dan MYR bukan sahaja kuat kerana angka tukaran, tapi kerana dunia luar percaya kepada sistem kewangan dan kestabilan negara-negara ini. Bila pelabur antarabangsa yakin, lebih banyak modal masuk dan ini mengukuhkan lagi nilai mata wang tersebut.

Kesimpulan – Fahami Ranking Mata Wang Asia Tenggara

Daripada keseluruhan ranking mata wang Asia Tenggara 2025, jelas bahawa SGD dan BND masih mendominasi, diikuti oleh MYR sebagai wakil terkuat di kalangan negara sedang membangun rantau ini. Memahami ranking ini penting bagi pelabur dan trader, kerana setiap mata wang mencerminkan kekuatan ekonomi dan risiko pasaran.

Bagi yang ingin meneroka dunia forex dengan lebih mendalam, anda boleh memantau dan berdagang pasangan popular seperti USD/SGD di platform seperti Ultima Markets, broker berlesen yang menyediakan analisis pasaran, panduan pembelajaran, dan akses kepada pelbagai instrumen global.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

11 Mata Wang Asia Tenggara 2025 - Negara Mana Paling Kuat?
Senarai Ranking Mata Wang Asia Tenggara 2025
Faktor Kekuatan dan Kelemahan Mata Wang Asia Tenggara
Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Ranking Ini?
Kesimpulan - Fahami Ranking Mata Wang Asia Tenggara