Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this websitePernah terfikir syarikat mana yang berada di takhta sebagai syarikat terkaya di dunia pada tahun 2025? Ada yang dinilai tinggi kerana keyakinan pelabur, ada pula yang digelar paling kaya kerana jualan tahunan yang luar biasa. Kedua-duanya menceritakan kisah berbeza tentang bagaimana syarikat global membina empayar mereka.
Siapa sebenarnya syarikat terkaya di dunia tahun 2025? Jawapannya bergantung pada cara kita mengukur. Ada dua kaedah utama:
Perbezaan ini penting kerana ada syarikat yang menjadi syarikat paling bernilai di dunia di mata pelabur, tetapi bukan yang menjana jualan tertinggi. Artikel ini akan senaraikan Top 10 syarikat terkaya di dunia 2025 berdasarkan kedua-dua ukuran ini.
Berikut ialah senarai syarikat permodalan terbesar di dunia (setakat Ogos–September 2025):
Rank | Syarikat | Market Cap (USD) | Industri |
1 | NVIDIA | 4.16 trilion | Teknologi AI & Semikonduktor |
2 | Microsoft | 3.70 trilion | Perisian & Cloud |
3 | Apple | 3.48 trilion | Elektronik & Peranti |
4 | Alphabet | 2.90 trilion | Internet & AI |
5 | Amazon | 2.54 trilion | E-Dagang & Cloud |
6 | Meta Platforms | 1.92 trilion | Media Sosial |
7 | Broadcom | 1.58 trilion | Semikonduktor |
8 | Saudi Aramco | 1.50 trilion | Minyak & Gas |
9 | TSMC | 1.30 trilion | Semikonduktor |
10 | Tesla | 1.12 trilion | Automotif EV |
1. NVIDIA
NVIDIA kini menduduki tangga teratas sebagai syarikat terkaya di dunia dengan nilai pasaran melebihi USD 4 trilion. Kenaikan mendadak ini didorong oleh permintaan tinggi terhadap GPU dan cip AI yang menjadi tulang belakang teknologi kecerdasan buatan generatif, pusat data, dan automasi. Kejayaan NVIDIA menunjukkan bagaimana inovasi teknologi boleh melonjakkan nilai syarikat dalam masa singkat.
2. Microsoft
Microsoft kekal sebagai gergasi perisian dunia dengan produk ikonik seperti Windows dan Microsoft Office. Namun, pertumbuhan besar mereka kini datang daripada Azure (cloud computing) serta pelaburan strategik dalam AI. Dengan diversifikasi kukuh, Microsoft sering dianggap sebagai syarikat paling stabil dalam kalangan syarikat teknologi besar.
3. Apple
Apple bukan sahaja sebuah syarikat teknologi, tetapi juga sebuah jenama gaya hidup global. Produk seperti iPhone, MacBook, iPad dan Apple Watch membentuk ekosistem Apple yang saling berhubung, menjadikan pengguna lebih cenderung kekal dalam jenama ini. Segmen servis seperti App Store, iCloud dan Apple Music menambah lagi pendapatan berulang, menjadikan Apple antara syarikat paling bernilai di dunia dari segi jenama dan inovasi.
4. Alphabet (Google)
Alphabet ialah syarikat induk kepada Google dan YouTube, antara dua platform digital paling dominan di dunia. Bisnes utama mereka datang daripada iklan digital, namun kini Alphabet agresif melabur dalam AI (Google DeepMind, Gemini) dan perkhidmatan cloud. Dengan berbilion pengguna di seluruh dunia, Alphabet berada di barisan hadapan dalam dunia digital.
5. Amazon
Amazon bermula sebagai kedai buku dalam talian tetapi kini menjadi syarikat e-dagang terbesar dunia. Selain itu, segmen Amazon Web Services (AWS) ialah tunjang keuntungan yang membolehkan Amazon berkembang pesat. Fokus kepada logistik pintar, cloud, dan AI menjadikan Amazon terus relevan dalam ekonomi digital moden.
6. Meta Platforms
Meta (dulu Facebook) memiliki rangkaian sosial terbesar dunia – Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger. Dengan lebih 3 bilion pengguna aktif, Meta memonopoli komunikasi digital. Walaupun menghadapi cabaran dalam metaverse, pelaburan mereka dalam AI, realiti maya (VR) dan augmented reality (AR) meletakkan Meta sebagai peneraju masa depan media sosial.
7. Broadcom
Broadcom mungkin kurang dikenali pengguna biasa, tetapi ia ialah syarikat semikonduktor dan infrastruktur teknologi penting dari Amerika Syarikat. Produk mereka digunakan dalam rangkaian, server, telekomunikasi, dan industri data. Pengambilalihan VMware pada 2023 mengukuhkan kedudukan Broadcom dalam segmen cloud dan enterprise IT.
8. Saudi Aramco
Aramco ialah syarikat minyak nasional Arab Saudi, dan merupakan salah satu syarikat tenaga terbesar di dunia. Keuntungan mereka bergantung pada harga minyak global, namun dengan permintaan tenaga yang berterusan, Aramco kekal sebagai antara syarikat paling kaya dalam sektor tenaga.
9. TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company)
TSMC ialah pembuat cip kontrak terbesar dunia. Hampir semua syarikat teknologi besar – Apple, NVIDIA, Qualcomm – bergantung kepada TSMC untuk pengeluaran cip. Dominasi mereka dalam pembuatan semikonduktor lanjutan menjadikan TSMC tulang belakang industri teknologi global.
10. Tesla
Tesla diterajui oleh Elon Musk dan dikenali sebagai peneraju kenderaan elektrik (EV). Selain EV, Tesla juga melabur dalam penyimpanan tenaga dan solar. Walaupun menghadapi persaingan sengit dari pengeluar EV lain, Tesla kekal sebagai simbol inovasi dalam industri automotif moden.
Bagi ukuran pendapatan, inilah syarikat terbesar di dunia dari segi jualan tahunan:
Rank | Syarikat | Revenue (USD) | Industri |
1 | Walmart | 681B | Runcit Global |
2 | Amazon | 638B | E-Dagang & Cloud |
3 | State Grid (China) | 546B | Tenaga |
4 | Saudi Aramco | 480B | Minyak & Gas |
5 | CNPC (China Nat. Petroleum) | 476B | Minyak & Gas |
6 | Sinopec | 430B | Minyak & Gas |
7 | UnitedHealth Group | 400B | Kesihatan |
8 | Apple | 391B | Elektronik & Servis |
9 | Berkshire Hathaway | 371B | Konglomerat |
10 | CVS Health | 358B | Farmasi & Kesihatan |
1. Walmart
Walmart ialah syarikat runcit terbesar di dunia, dengan ribuan pasar raya, hypermarket, dan kedai dalam talian di seluruh dunia. Dengan pendapatan tahunan melebihi USD 680 bilion, Walmart menjadi simbol kecekapan logistik dan pengurusan rantaian bekalan. Model “Everyday Low Price” menjadikannya pilihan utama pengguna global.
2. Amazon
Selain menjadi syarikat dengan market cap tinggi, Amazon juga berada di tangga kedua dari segi revenue (~USD 638 bilion). Dikuatkan oleh jualan e-dagang global dan segmen cloud computing (AWS), Amazon terus berkembang pesat. Diversifikasi ini menjadikan Amazon sebagai syarikat paling dominan dalam dunia digital dan logistik.
3. State Grid Corporation of China
State Grid ialah syarikat utiliti elektrik terbesar di dunia yang dimiliki kerajaan China. Dengan pendapatan melebihi USD 540 bilion, syarikat ini membekalkan elektrik kepada ratusan juta pengguna di China. Kedudukannya menunjukkan betapa besar sektor tenaga dalam menyokong pertumbuhan ekonomi global.
4. Saudi Aramco
Selain tersenarai dalam Top 10 Market Cap, Aramco juga menduduki carta revenue tertinggi (~USD 480 bilion). Sebagai syarikat minyak nasional Arab Saudi, keuntungan Aramco amat dipengaruhi oleh harga minyak mentah. Namun, kedudukan mereka kekal kukuh sebagai syarikat tenaga paling menguntungkan di dunia.
5. China National Petroleum Corporation (CNPC)
CNPC ialah syarikat minyak dan gas milik kerajaan China dengan revenue hampir USD 476 bilion. Syarikat ini terlibat dalam aktiviti huluan (exploration & drilling) dan hiliran (penapisan & pemasaran), menjadikannya salah satu syarikat tenaga terbesar dunia.
6. Sinopec (China Petrochemical Corporation)
Sinopec ialah satu lagi gergasi tenaga dari China, dengan revenue sekitar USD 430 bilion. Syarikat ini lebih fokus pada penapisan minyak, petrokimia, dan pengedaran bahan api. Kedudukan Sinopec menegaskan dominasi China dalam industri tenaga global.
7. UnitedHealth Group
UnitedHealth Group ialah syarikat kesihatan terbesar di dunia, dengan revenue sekitar USD 400 bilion. Syarikat ini menggabungkan insurans kesihatan (UnitedHealthcare) dan perkhidmatan pengurusan data kesihatan (Optum). UnitedHealth menjadi contoh bagaimana sektor kesihatan mampu mencapai skala global.
8. Apple
Apple juga unik kerana berada dalam kedua-dua carta (Market Cap & Revenue). Dengan revenue hampir USD 391 bilion, Apple bukan sahaja menjual produk premium, tetapi juga menjana pendapatan kukuh melalui servis digital seperti iCloud, App Store, dan Apple Music.
9. Berkshire Hathaway
Berkshire Hathaway ialah konglomerat milik pelabur lagenda Warren Buffett. Dengan revenue sekitar USD 371 bilion, syarikat ini memiliki pelbagai perniagaan – daripada insurans (GEICO), kereta api (BNSF Railway), tenaga (Berkshire Energy) hingga pelaburan saham syarikat besar seperti Coca-Cola dan Apple.
10. CVS Health
CVS Health ialah syarikat farmasi dan kesihatan terbesar di Amerika Syarikat, dengan revenue lebih USD 358 bilion. Ia menggabungkan rangkaian farmasi runcit, insurans kesihatan (Aetna), dan perkhidmatan farmasi digital. Kedudukannya menunjukkan sektor kesihatan semakin penting dalam ekonomi moden.
Jadi, siapa syarikat terkaya di dunia? Jawapannya bergantung pada perspektif. NVIDIA kini paling bernilai dari segi market cap, Walmart pula mendahului revenue, manakala Saudi Aramco sering teratas dari segi keuntungan bersih. Kekayaan boleh diukur dengan cara berbeza — nilai pasaran, jualan, atau untung.
1. Diversifikasi
– Jangan hanya bergantung pada satu jenis bisnes atau industri.
– Contoh: NVIDIA, Microsoft, dan Apple kaya kerana teknologi, tapi Aramco & Sinopec pun kaya sebab tenaga.
Pengajarannya: pelabur juga boleh seimbangkan portfolio – ada saham teknologi, ada juga saham tenaga/komoditi.
2. Prospek vs Realiti
– Market Cap = apa yang pelabur percaya tentang masa depan syarikat (contoh: NVIDIA tinggi sebab orang yakin pada AI).
– Revenue = jumlah jualan sebenar syarikat (contoh: Walmart jualan paling banyak, walaupun market cap lebih rendah).
Pengajarannya: jangan tengok satu ukuran saja. Kena seimbangkan antara “harapan pasaran” dan “prestasi sebenar”.
3. Inspirasi untuk Pelabur Runcit
– Dengan mengetahui siapa syarikat terkaya di dunia, pelabur kecil boleh nampak sektor mana yang dominan tahun ini.
– Contoh: Kalau syarikat teknologi banyak dalam Top 10, itu tanda sektor AI & cloud sedang berkembang pesat.
Pengajarannya: pelabur boleh ikut trend global untuk buat keputusan lebih bijak
Senarai syarikat terkaya di dunia sentiasa berubah mengikut pasaran dan prestasi kewangan. Sama ada mengikut Market Cap atau Revenue, syarikat-syarikat ini menjadi penanda aras ekonomi global.
Untuk pelabur, memahami data ini penting kerana ia mencerminkan sektor yang sedang berkembang. Jika anda mahu akses ke saham global, forex, atau komoditi, Ultima Markets menyediakan platform moden dengan analisis pasaran, leverage fleksibel, dan peluang pelaburan di pasaran antarabangsa.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.