Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website

10 Jenis Candlestick Semua Trader Patut Tahu

Summary:

Belajar 10 jenis candlestick utama dan bagaimana ia membantu trader membaca sentimen pasaran, mengenal pasti reversal, serta mengurus risiko dagangan.

10 Jenis Candlestick Semua Trader Patut Tahu

Dalam dunia trading, jenis candlestick adalah bahasa visual yang digunakan untuk membaca pergerakan harga. Setiap corak candlestick menceritakan cerita berbeza tentang siapa yang lebih dominan ketika itu — pembeli (bulls) atau penjual (bears).

Candlestick bukan sekadar bentuk pada carta. Ia adalah gambaran psikologi pasaran yang boleh membantu trader menilai bila masa sesuai untuk masuk atau keluar daripada posisi dagangan.

Sejarah Ringkas Candlestick

Asal-usul candlestick bermula di Jepun pada abad ke-18 oleh seorang pedagang beras terkenal, Munehisa Homma dari Sakata. Homma mendapati harga bukan sahaja dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan, tetapi juga emosi manusia seperti ketamakan dan ketakutan. Untuk memetakan perubahan psikologi ini, beliau mula menggunakan carta berbentuk lilin yang memaparkan harga buka, tutup, tinggi, dan rendah setiap sesi dagangan.

Keberkesanan teknik ini menjadikan Homma seorang pedagang yang sangat berjaya dan digelar “Samurai of the Market”. Beliau membuktikan bahawa candlestick bukan sekadar angka, tetapi bahasa pasaran yang mendedahkan siapa lebih dominan — pembeli atau penjual.

Beberapa abad kemudian, teknik ini diperkenalkan ke dunia Barat oleh Steve Nison pada tahun 1990-an melalui bukunya Japanese Candlestick Charting Techniques. Sejak itu, candlestick berkembang menjadi kaedah standard analisis teknikal moden dan kini digunakan secara meluas dalam pasaran saham, forex, komoditi, dan kripto.

Asas Bentuk Candlestick

Sebelum kita kupas pelbagai jenis candlestick, penting untuk memahami struktur asasnya. Setiap candlestick terbentuk daripada empat data harga utama: Open (buka), High (tertinggi), Low (terendah), dan Close (tutup). Inilah asas yang menceritakan perjalanan harga dalam satu tempoh masa tertentu, sama ada seminit, sejam atau sehari.

Asas Bentuk Corak Candlestick

1. Body (Badan Lilin)

  • Body Panjang: menandakan pergerakan harga yang kuat. Jika body hijau panjang, ia menunjukkan pembeli dominan dan harga ditutup jauh lebih tinggi daripada harga buka. Jika body merah panjang, ia bermaksud penjual menguasai pasaran dengan tekanan jualan yang kukuh.
  • Body Pendek: menggambarkan pasaran dalam keadaan tenang atau tidak banyak pergerakan. Trader biasanya menafsirkannya sebagai pasaran sideway atau momentum yang semakin lemah.

2. Shadow (Wick)

Shadow ialah “ekor” di atas dan bawah body. Ia menunjukkan sejauh mana harga bergerak sebelum kembali ditutup.

  • Upper Shadow (Ekor Atas): menandakan paras harga tertinggi dicapai dalam tempoh tersebut.
  • Lower Shadow (Ekor Bawah): menandakan paras harga terendah dicapai.
  • Shadow Panjang: biasanya tanda wujudnya “rejection” harga di paras tertentu. Contohnya, jika ekor atas panjang → buyer cuba tolak harga naik, tetapi seller menolaknya turun semula.
  • Shadow Pendek: menunjukkan pasaran lebih stabil tanpa banyak tentangan buyer atau seller.

3. Warna Candlestick

  • Hijau/Biru (Bullish): harga tutup lebih tinggi daripada harga buka → pasaran naik.
  • Merah/Hitam (Bearish): harga tutup lebih rendah daripada harga buka → pasaran turun.

Kesimpulannya: Body menceritakan arah dan kekuatan pergerakan, shadow menunjukkan percubaan pasaran menolak harga lebih tinggi/rendah, manakala warna memberi gambaran cepat sama ada pasaran dikuasai pembeli atau penjual. Gabungan ketiga-tiga elemen ini menjadikan candlestick sebagai cara paling mudah untuk membaca cerita pasaran dengan sekali imbas.

Kategori Utama Jenis Candlestick

Secara umum, corak candlestick boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama. Memahami setiap kategori ini penting kerana ia membantu trader mengenal pasti sama ada pasaran sedang bersedia untuk naik, turun, atau masih belum ada arah yang jelas.

1. Bullish Pattern (Corak Kenaikan)

Corak bullish menunjukkan isyarat bahawa harga berpotensi naik selepas tempoh penurunan atau konsolidasi. Ia menandakan pembeli mula menguasai pasaran.

  • Contoh: Hammer, Bullish Engulfing, Morning Star, Three White Soldiers.
  • Situasi: Jika corak ini muncul di zon sokongan atau selepas trend menurun, ia boleh menjadi petunjuk awal kepada potensi reversal menaik.

2. Bearish Pattern (Corak Penurunan)

Corak bearish pula memberi amaran bahawa harga mungkin akan jatuh selepas fasa kenaikan. Ia menggambarkan penjual mula menekan harga ke bawah.

  • Contoh: Shooting Star, Bearish Engulfing, Hanging Man, Evening Star.
  • Situasi: Jika corak ini muncul berhampiran paras rintangan atau selepas trend naik yang panjang, ia boleh dianggap signal bahawa pasaran mula berubah ke arah penurunan.

3. Neutral / Indecision Pattern (Corak Tidak Pasti)

Kategori ini menunjukkan pasaran berada dalam keadaan seimbang, di mana pembeli dan penjual sama kuat. Corak neutral bukanlah signal untuk masuk pasaran, tetapi lebih kepada tanda untuk menunggu pengesahan daripada candlestick seterusnya.

  • Contoh: Doji, Spinning Top.
  • Situasi: Jika corak ini muncul selepas pergerakan besar, ia boleh jadi tanda pasaran sedang “berhenti rehat” sebelum menentukan arah seterusnya.

Tip: Trader biasanya tidak bergantung pada satu corak semata-mata. Lebih baik jika gabungkan kategori ini dengan analisis sokongan/rintangan atau indikator teknikal lain untuk dapatkan isyarat entry yang lebih kukuh.

Jadual Ringkasan Kategori Candlestick

KategoriContoh CorakMaksud / Petunjuk
Bullish PatternHammer, Bullish Engulfing, Morning Star, Three White SoldiersMenunjukkan tekanan belian kuat → harga berpotensi berbalik naik selepas penurunan.
Bearish PatternShooting Star, Bearish Engulfing, Hanging Man, Evening StarMenunjukkan tekanan jualan kuat → harga berpotensi turun selepas kenaikan.
Neutral PatternDoji, Spinning TopMenunjukkan ketidaktentuan pasaran → buyer & seller sama kuat, tunggu pengesahan arah.

Contoh Jenis Candlestick Popular

Berikut ialah beberapa jenis candlestick yang paling kerap digunakan oleh trader dalam analisis teknikal. Setiap corak mempunyai maksud dan fungsi tertentu:

1. Doji

  • Ciri-ciri: Corak single candlestick. Body sangat kecil, harga buka ≈ harga tutup.
  • Maksud: Pasaran dalam keadaan tidak pasti (indecision). Buyer dan seller sama kuat.
  • Interpretasi: Jika muncul selepas trend panjang, ia sering menjadi tanda potensi reversal atau sekurang-kurangnya pasaran mula hilang momentum.
  • Baca lebih lanjut di artikel penuh kami tentang Doji Candlestick.

2. Hammer

  • Ciri-ciri: Corak single candlestick. Body kecil di atas dengan ekor bawah ≥ 2× panjang body, ekor atas sangat kecil/tiada.
  • Maksud: Tanda tekanan jualan sudah reda, dan pembeli mula menolak harga semula ke atas.
  • Interpretasi: Muncul selepas trend menurun → potensi reversal bullish. Lebih kukuh jika muncul berhampiran sokongan utama.
  • Rujuk panduan lengkap di Hammer Candlestick.

3. Hanging Man

  • Ciri-ciri: Corak single candlestick. Mirip hammer, tetapi muncul di hujung kenaikan harga.
  • Maksud: Seller mula menolak harga ke bawah walaupun buyer masih cuba kawal.
  • Interpretasi: Tanda awal trend menaik mungkin sudah lemah. Trader perlu berhati-hati dengan potensi penurunan.

4. Shooting Star

  • Ciri-ciri: Corak single candlestick. Body kecil di bawah dengan ekor panjang di atas.
  • Maksud: Pembeli cuba tolak harga naik, tetapi seller lebih dominan.
  • Interpretasi: Biasanya muncul di puncak kenaikan → signal bearish reversal yang kuat, terutama jika disokong paras rintangan.
  • Ketahui lebih lanjut di Shooting Star Candle.

5. Bullish Engulfing

  • Ciri-ciri: Corak double candlestick. Candlestick hijau besar menelan keseluruhan candle merah sebelumnya.
  • Maksud: Pembeli mengambil alih pasaran daripada penjual dengan momentum yang jelas.
  • Interpretasi: Lebih kukuh jika berlaku selepas trend jatuh yang panjang. Selalunya digunakan sebagai signal entry beli.
    Untuk corak bullish lain seperti Harami, Morning Star & Three White Soldiers, anda boleh rujuk artikel khas kami: 5 Jenis Candle Bullish Wajib Tahu.
Jenis-Jenis Corak Candlestick Pattern

6. Bearish Engulfing

  • Ciri-ciri: Corak double candlestick. Candlestick merah besar menelan candle hijau sebelumnya.
  • Maksud: Penjual menguasai pasaran dengan tekanan kuat.
  • Interpretasi: Lebih kukuh jika muncul selepas trend menaik yang panjang → signal entry jual yang biasa digunakan trader.
  • Lihat penerangan penuh di Engulfing Candlestick Pattern.

7. Morning Star

  • Ciri-ciri: Corak 3 candlestick (merah panjang → candle kecil/terasing → hijau panjang). Dalam Forex, “gap” pada candle tengah adalah ideal tetapi tidak wajib; yang penting ada pengesahan bullish pada candle hijau selepasnya.
  • Maksud: Seller kehilangan kawalan, buyer mula ambil alih pasaran.
  • Interpretasi: Signal reversal bullish yang lebih kuat jika muncul berhampiran zon sokongan utama.

8. Evening Star

  • Ciri-ciri: Corak 3 candlestick (hijau panjang → candle kecil/terasing → merah panjang). Ia adalah versi terbalik Morning Star. “Gap” adalah ideal tetapi tidak wajib; kekuatan corak bergantung pada pengesahan bearish selepasnya.
  • Maksud: Buyer kehilangan momentum, seller mula kawal pasaran.
  • Interpretasi: Signal reversal bearish yang lebih kuat jika muncul berhampiran resistance.

8. Spinning Top

  • Ciri-ciri: Corak single candlestick. Body kecil dengan ekor atas & bawah hampir sama panjang.
  • Maksud: Pasaran tidak jelas arah, buyer & seller sama kuat.
  • Interpretasi: Signal neutral. Trader biasanya tunggu pengesahan daripada candlestick seterusnya untuk tahu arah sebenar.

9. Marubozu

  • Ciri-ciri: Corak single candlestick. Marubozu klasik tiada ekor; tetapi wujud variasi ‘opening/closing marubozu’ yang mungkin ada satu ekor kecil.
  • Maksud: Kawalan penuh sama ada oleh buyer atau seller sepanjang tempoh.
  • Jenis:
    • Marubozu Hijau: buyer dominan → pasaran naik tanpa tentangan.
    • Marubozu Merah: seller dominan → pasaran jatuh tanpa tentangan.
  • Interpretasi: Signal momentum yang sangat kuat, biasanya menunjukkan trend sedia ada akan diteruskan.

Untuk memudahkan anda, berikut jadual ringkasan ciri, maksud dan kegunaan setiap jenis candlestick yang telah kita bincangkan:

Jenis CandlestickMaksudKegunaan
Doji (Single Candlestick Pattern)Pasaran tidak pasti, buyer & seller sama kuatTanda potensi reversal atau pasaran hilang momentum
Hammer (Single Candlestick Pattern)Pembeli mula menguasai semula selepas penurunanSignal bullish reversal, lebih kukuh di zon sokongan
Hanging Man (Single Candlestick Pattern)Penjual mula tekan harga turunAmaran awal trend menaik sudah lemah
Shooting Star (Single Candlestick Pattern)Rejection di paras tinggi, seller dominanSignal bearish reversal, kuat jika dekat resistance
Bullish Engulfing (Double Candlestick Pattern)Buyer ambil alih pasaranSignal entry beli selepas trend menurun
Bearish Engulfing (Double Candlestick Pattern)Seller ambil alih pasaranSignal entry jual selepas trend menaik
Morning Star (Triple Candlestick Pattern)Seller hilang momentum, buyer mula menguasaiSignal reversal bullish yang lebih kuat jika muncul berhampiran zon sokongan utama
Evening Star (Triple Candlestick Pattern)Buyer hilang momentum, seller menguasaiSignal reversal bearish lebih kuat dengan resistance
Spinning Top (Single Candlestick Pattern)Pasaran tidak jelas arahSignal neutral, tunggu pengesahan candle seterusnya
Marubozu (Single Candlestick Pattern)Kawalan penuh buyer (hijau) atau seller (merah)Signal momentum sangat kuat, trend sedia ada diteruskan

Bagaimana Jenis-jenis Candlestick Ini Membantu Trader?

  1. Membaca Sentimen Pasaran
    Candlestick tunjuk siapa lebih dominan — buyer (bulls) atau seller (bears). Contohnya, Bullish Engulfing petanda buyer semakin kuat, manakala Shooting Star menunjukkan tekanan jualan.
  2. Isyarat Awal Trend
    Corak tertentu boleh jadi tanda reversal (contoh: Hammer selepas kejatuhan) atau continuation (contoh: Marubozu hijau menandakan momentum masih kukuh).
  3. Timing Entry & Exit
    Gabungan candlestick dengan zon sokongan/rintangan membantu tentukan bila masa sesuai masuk atau keluar pasaran tanpa terlalu awal atau lewat.
  4. Pengurusan Risiko
    Shadow boleh dijadikan rujukan letak stop-loss. Contoh, selepas hammer, stop-loss diletakkan sedikit di bawah ekor untuk kurangkan risiko kerugian besar.

Ringkasnya, memahami jenis candlestick bantu trader membaca arah pasaran, membuat keputusan lebih tepat, dan melindungi modal.

Kesimpulan

Candlestick bukan sekadar corak di carta, tetapi “bahasa pasaran” yang menceritakan pertarungan antara buyer dan seller. Dengan memahami setiap jenis candlestick, anda sebenarnya sedang belajar membaca emosi pasaran — ketakutan, ketamakan, dan momentum di sebalik pergerakan harga.

Namun, jangan lupa bahawa candlestick hanyalah satu bahagian daripada analisis teknikal. Gabungkan dengan sokongan/rintangan, indikator, serta pengurusan risiko yang bijak untuk hasil lebih konsisten.

Jika anda mahu mencuba strategi ini dalam pasaran sebenar dengan kondisi trading yang lebih adil — spread rendah, leverage fleksibel, dan sokongan komuniti global — mulakan perjalanan anda bersama Ultima Markets hari ini.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

10 Jenis Candlestick Semua Trader Patut Tahu
Sejarah Ringkas Candlestick
Asas Bentuk Candlestick
Kategori Utama Jenis Candlestick
Contoh Jenis Candlestick Popular
Bagaimana Jenis-jenis Candlestick Ini Membantu Trader?
Kesimpulan