Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom
Roll Arrow

Apa Itu Support and Resistance dalam Trading?

Ultima Markets Silver & Gold Trading Icon
Buy: 0.00
Sell: 0.00%

Ringkasan:

  • Ketahui cara support and resistance membantu trader mengenal pasti zon harga, peluang bounce, breakout serta titik masuk dan keluar.

Apa Itu Support and Resistance dalam Trading?

Support and resistance ialah antara konsep paling asas dalam technical analysis. Ia membantu trader mengenal pasti kawasan harga yang berpotensi menghentikan atau mengubah arah pergerakan pasaran.

Secara mudah, support bertindak seperti “lantai” yang menahan harga daripada jatuh. Resistance pula seperti “siling” yang menyukarkan harga daripada naik. Dengan memahami support and resistance, trader boleh merancang entry, exit, Take Profit dan Stop Loss dengan lebih teratur.

Setiap trader mungkin mempunyai cara berbeza untuk melukis support resistance pada carta. Sebab itu, penting untuk faham bagaimana zon ini terbentuk dan bagaimana harga biasanya bertindak balas.

Bagaimana Support and Resistance Terbentuk?

support dan resistance contoh

Bayangkan harga sedang bergerak dalam uptrend. Harga naik, kemudian membuat pullback. Titik tertinggi sebelum harga mula turun boleh menjadi resistance.

Resistance terbentuk apabila semakin ramai penjual masuk pada sesuatu kawasan harga. Tekanan jualan ini boleh memperlahankan kenaikan dan menolak harga turun semula.

Selepas pullback, harga mungkin berhenti jatuh dan mula naik. Titik terendah sebelum kenaikan tersebut boleh menjadi support. Support terbentuk apabila semakin ramai pembeli masuk dan permintaan mula menahan harga daripada terus jatuh.

Pembentukan support and resistance berlaku berulang kali apabila harga bergerak naik dan turun. Dalam downtrend, konsep support and resistance masih sama, tetapi arah pergerakan harga adalah sebaliknya.

Apa Maksud Support dalam Trading?

Dalam support and resistance, support ialah kawasan harga di mana tekanan jualan mula berkurang dan minat membeli mula meningkat.

Apabila harga menghampiri support, pembeli mungkin melihat harga tersebut sebagai lebih menarik. Permintaan yang bertambah boleh menyebabkan harga melantun naik.

Disebabkan itu, support sering digunakan untuk mencari peluang Buy. Namun, harga tidak semestinya melantun setiap kali menyentuh support. Trader masih perlu melihat reaksi harga terlebih dahulu.

Apa Maksud Resistance dalam Trading?

Dalam support and resistance, resistance ialah kawasan harga di mana tekanan belian mula berkurang dan tekanan jualan mula meningkat.

Apabila harga menghampiri resistance, trader mungkin mula mengambil keuntungan atau membuka posisi Sell. Tekanan jualan yang bertambah boleh menyebabkan harga berhenti naik dan bergerak turun.

Resistance sering digunakan untuk mencari peluang Sell. Namun, harga juga tidak semestinya akan turun setiap kali menyentuh resistance.

Cara Trade Menggunakan Support and Resistance

Terdapat dua cara asas menggunakan support and resistance, iaitu trade bounce dan trade breakout.

Trade Bounce pada Support and Resistance

Trade bounce berlaku apabila trader menjangkakan harga akan melantun selepas sampai ke zon support atau resistance.

  • Buy apabila harga turun menghampiri support dan mula menunjukkan lantunan.
  • Sell apabila harga naik menghampiri resistance dan mula turun semula.

Kaedah support and resistance ini biasanya digunakan apabila harga bergerak dalam range atau sesuatu zon sudah diuji beberapa kali.

Trade Breakout pada Support and Resistance

Trade breakout digunakan apabila harga berjaya melepasi sesuatu zon:

  • Buy apabila harga menembusi resistance.
  • Sell apabila harga menembusi support.

Namun, tidak semua breakout pada zon support and resistance akan berterusan. Ada kalanya harga hanya melepasi zon untuk seketika sebelum masuk semula ke kawasan asal. Situasi ini dikenali sebagai false breakout.

Cara Melukis Zon Support dan Resistance

Satu perkara penting yang anda perlu ingat ialah support dan resistance bukan nombor yang terlalu tepat. Dalam banyak keadaan, anda akan nampak seolah-olah sesuatu level support atau resistance sudah ditembusi, tetapi selepas itu baru sedar sebenarnya pasaran cuma sedang menguji zon tersebut.

Dalam candlestick chart, ujian seperti ini selalunya boleh dilihat pada shadow atau wick candle.

support and resistance lines

Contoh dalam gambar: Perhatikan bagaimana wick candle menguji paras support 1.4700. Pada waktu itu, ia nampak seperti harga sudah tembus support. Tetapi bila kita lihat semula, sebenarnya harga cuma test zon support itu dan belum benar-benar bergerak turun.

Jadi, macam mana nak tahu sama ada support atau resistance itu betul-betul sudah ditembusi?

Jawapannya, tiada satu jawapan yang 100% pasti. Ada trader yang menganggap sesuatu level sudah ditembusi jika harga ditutup melepasi level tersebut.

Tetapi dalam reality, keadaan tidak semestinya semudah itu.

support line

Lihat gambar kedua: Dalam contoh ini, harga memang ditutup di bawah support 1.4700, tetapi selepas itu harga naik semula ke atas. Jika anda terus anggap itu breakout yang sah dan terus Sell, besar kemungkinan anda akan terperangkap dalam false breakout.

Bila tengok carta ini semula, jelas bahawa support tersebut sebenarnya masih bertahan. Harga cuma melepasi support itu buat sementara waktu sebelum kembali naik. Malah, zon support itu nampak jadi lebih kuat kerana ia masih mampu menahan harga.

Sebab itu, untuk mengurangkan risiko tersalah baca breakout, lebih baik anda lihat support dan resistance sebagai zon, bukannya satu angka yang terlalu spesifik.

Salah satu cara yang boleh membantu ialah dengan melukis support dan resistance pada line chart, bukan semestinya pada candlestick chart.

Kenapa?

Sebab line chart hanya menunjukkan harga penutupan, manakala candlestick chart menunjukkan juga harga tertinggi dan terendah. Kadangkala high dan low itu cuma reaksi sementara pasaran, bukan pergerakan yang benar-benar penting.

Kalau anda mahu kenal pasti zon support dan resistance yang lebih jelas, fokus pada kawasan di mana harga berulang kali membentuk puncak (peaks) atau lembah (valleys).

support dan resistance

Gambar ketiga menunjukkan perkara ini dengan lebih jelas. Anda boleh nampak beberapa resistance zones di kawasan puncak harga, dan beberapa support zones di kawasan lembah harga. Inilah sebabnya support dan resistance lebih sesuai dilukis sebagai kawasan, bukan satu garisan halus semata-mata.

Apa Berlaku Bila Support atau Resistance Ditembusi?

Apabila harga berjaya menembusi support atau resistance, ia selalunya memberi petunjuk bahawa sentimen pasaran mungkin sedang berubah.

Biasanya, ini yang boleh berlaku:

Bila Support Ditembusi

Apabila support ditembusi, ia boleh menunjukkan bahawa penjual mula menguasai pasaran. Ini membuka ruang untuk harga terus jatuh. Dalam situasi ini, sesetengah trader akan mula mencari peluang Sell atau short.

Bila Resistance Ditembusi

Apabila resistance ditembusi, ia boleh menunjukkan bahawa pembeli mula mengambil alih kawalan. Ini biasanya dilihat sebagai petanda bullish, dan harga berpotensi untuk terus naik. Dalam keadaan ini, trader mungkin mula mencari peluang Buy atau long.

Psikologi di Sebalik Support and Resistance

Support and resistance bukan sekadar garisan pada carta. Ia terbentuk daripada tindakan ramai peserta pasaran.

Pada support, pembeli mungkin merasakan harga sudah cukup rendah lalu mula membeli. Permintaan yang meningkat boleh menolak harga naik.

Pada resistance, penjual mungkin merasakan harga sudah terlalu tinggi lalu mula menjual atau mengambil keuntungan. Tekanan jualan boleh menyebabkan harga turun.

Sebab itu, support and resistance menunjukkan kawasan di mana pandangan pembeli dan penjual mula bertembung.

Fakta Penting Tentang Support and Resistance

Beberapa perkara penting yang perlu diketahui:

  • Resistance yang ditembusi boleh bertukar menjadi support.
  • Support yang ditembusi boleh bertukar menjadi resistance.
  • Semakin kerap sesuatu zon diuji tanpa pecah, semakin kuat zon tersebut.
  • Apabila zon yang kuat akhirnya pecah, pergerakan susulan boleh menjadi lebih besar.
  • Kekuatan pergerakan selepas breakout bergantung pada sekuat mana zon itu bertahan.
  • Support and resistance indicator boleh membantu mengenal pasti zon, tetapi keputusan masih perlu melihat keseluruhan pergerakan harga.
major support and resistance

Kesimpulan Support and Resistance

Support and resistance membantu trader mengenal pasti kawasan yang berpotensi menghasilkan bounce, breakout atau perubahan momentum. Namun, support dan resistance perlu dilihat sebagai zon, bukan nombor yang terlalu tepat.

Trader juga perlu berhati-hati dengan false breakout dan menunggu confirmation sebelum membuka posisi. Melalui platform Ultima Markets, trader boleh menggunakan carta dan alat technical analysis untuk memerhatikan zon support resistance sebelum merancang entry dan exit.

Soalan Lazim Tentang Support and Resistance

1. Apa itu support and resistance?

Support and resistance ialah zon harga yang menunjukkan kawasan pembeli atau penjual mula menjadi lebih aktif. Support membantu menahan harga daripada jatuh, manakala resistance menyukarkan harga daripada terus naik.

2. Bagaimana cara mengenal pasti support resistance?

Trader boleh mencari kawasan di mana harga beberapa kali melantun, berhenti atau berpatah balik. Beberapa puncak boleh menunjukkan resistance, manakala beberapa lembah boleh menunjukkan support.

3. Apa berlaku apabila resistance ditembusi?

Apabila resistance ditembusi dengan momentum yang kuat, harga mungkin terus naik. Resistance lama juga boleh bertukar menjadi support apabila harga membuat retest.

4. Apa berlaku apabila support ditembusi?

Apabila support ditembusi, ia boleh menunjukkan bahawa penjual semakin kuat. Harga mungkin terus jatuh, dan support lama boleh bertukar menjadi resistance.

Kongsi Sekarang

  • Article Details
  • Article Details
  • Article Details

Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Support and Resistance dalam Trading?
  • Bagaimana Support and Resistance Terbentuk?
  • Apa Maksud Support dalam Trading?
  • Apa Maksud Resistance dalam Trading?
  • Cara Trade Menggunakan Support and Resistance
  • Cara Melukis Zon Support dan Resistance
  • Apa Berlaku Bila Support atau Resistance Ditembusi?
  • Psikologi di Sebalik Support and Resistance
  • Fakta Penting Tentang Support and Resistance
  • Kesimpulan Support and Resistance
  • Soalan Lazim Tentang Support and Resistance
Ultimate Trader Cup

Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.

By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.