This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ketahui maksud gap trading, jenis candlestick gaps, gap up, gap down dan cara trader baca gap sebelum buat entry dalam market.
Gap Trading: Maksud, Jenis Gap & Cara Baca Market
Gap trading ialah strategi untuk membaca jurang harga pada chart apabila harga dibuka jauh lebih tinggi atau rendah daripada candle sebelumnya. Situasi ini biasanya berlaku selepas weekend, news penting atau earnings report saham. Dalam trading, gap boleh menjadi signal momentum, reversal atau reaksi sementara market.
Apa Itu Gap Trading?
Maksud gap trading ialah cara trader membaca jurang harga yang berlaku antara satu candlestick dengan candlestick seterusnya. Gap berlaku apabila harga pembukaan candle baru berada jauh daripada harga penutupan candle sebelumnya.
Contohnya, jika saham tutup pada RM2.00 tetapi buka pada RM2.20, ruang antara harga itu dipanggil gap. Dalam market, gap trading biasanya berlaku selepas weekend, news penting, earnings report atau perubahan sentimen market.
Gap trading boleh berlaku dalam dua arah utama:
Gap up – harga buka lebih tinggi daripada harga sebelumnya.
Gap down – harga buka lebih rendah daripada harga sebelumnya.
Kenapa Gap Trading Berlaku Dalam Market?
Gap trading berlaku sebab ada perubahan besar dalam demand dan supply. Bila ramai buyer masuk secara agresif, market boleh buka dengan gap up. Bila ramai seller keluar atau panic sell, market boleh buka dengan gap down.
Antara sebab biasa gap trading berlaku:
News besar keluar selepas market tutup Contohnya, syarikat umum profit lebih tinggi daripada jangkaan. Esoknya, harga boleh gap up.
Earnings report saham Saham yang report result kuat boleh naik mendadak, manakala result lemah boleh menyebabkan gap down.
Market buka selepas weekend Dalam forex, gap trading boleh berlaku pada pembukaan Isnin jika ada news besar pada hujung minggu.
Sentimen global berubah Contohnya, perubahan kadar faedah, konflik geopolitik atau data ekonomi penting boleh menyebabkan candlestick gaps.
Order besar masuk ke market Bila institusi besar masuk atau keluar, harga boleh bergerak terlalu cepat sampai terbentuk gap.
Jenis-Jenis Gap Trading Yang Trader Perlu Tahu
Tidak semua gap memberi signal yang sama. Dalam gap trading, trader biasanya lihat jenis gap, lokasi gap dan volume sebelum buat keputusan.
1. Common Gap
Common gap ialah gap biasa yang berlaku tanpa news besar.
Selalunya muncul ketika market bergerak sideways atau kurang momentum.
Gap jenis ini biasanya boleh ditutup semula dengan cepat.
Kurang sesuai untuk entry agresif kerana arah market belum cukup jelas.
2. Breakaway Gap
Breakaway gap berlaku apabila harga keluar daripada support, resistance atau range penting.
Jika berlaku gap up dengan volume tinggi, ia boleh menunjukkan buyer mula menguasai market.
Jika berlaku gap down dan pecah support, ia boleh menunjukkan tekanan jualan yang kuat.
Gap jenis ini sering diperhatikan kerana ia boleh menjadi tanda permulaan trend baru.
3. Continuation Gap / Runaway Gap
Continuation gap, atau runaway gap, berlaku di tengah-tengah trend yang sedang kuat.
Gap jenis ini menunjukkan momentum masih berterusan.
Dalam uptrend, gap up boleh menandakan buyer masih aktif.
Dalam downtrend, gap down boleh menunjukkan seller masih menguasai market.
Ia bukan gap permulaan trend, tetapi gap yang muncul semasa trend sudah berjalan.
4. Exhaustion Gap
Exhaustion gap berlaku apabila harga sudah bergerak jauh, kemudian muncul gap besar di hujung trend.
Gap ini boleh menjadi tanda trend mula letih.
Contohnya, harga sudah naik banyak, kemudian berlaku gap up besar kerana ramai trader FOMO masuk.
Jika candle selepas gap menunjukkan rejection, gap trading ini boleh menjadi perangkap buyer.
Gap Up dan Gap Down Dalam Gap Trading
Dalam gap trading, gap up dan gap down ialah dua arah utama yang trader perlu faham sebelum baca peluang entry.
Gap Up
Gap up berlaku apabila harga pembukaan lebih tinggi daripada harga penutupan sebelumnya.
Contoh mudah:
Harga tutup semalam: RM1.00
Harga buka hari ini: RM1.15
Gap berlaku: RM0.15
Gap up biasanya dikaitkan dengan sentimen bullish. Untuk trade gap up, trader boleh tunggu harga pullback ke kawasan gap atau resistance yang sudah pecah. Jika harga bertahan dan muncul candle bullish, trader boleh pertimbangkan buy. Stop loss biasanya diletakkan bawah kawasan gap atau bawah candle confirmation.
Gap Down
Gap down berlaku apabila harga pembukaan lebih rendah daripada harga penutupan sebelumnya.
Contoh mudah:
Harga tutup semalam: RM3.00
Harga buka hari ini: RM2.70
Gap berlaku: RM0.30
Gap down biasanya dikaitkan dengan sentimen bearish. Untuk trade gap down, trader boleh tunggu harga naik semula menguji kawasan gap atau support yang sudah pecah. Jika harga gagal naik dan muncul candle bearish, trader boleh pertimbangkan sell. Stop loss biasanya diletakkan atas kawasan gap atau atas candle confirmation.
Dalam kedua-dua situasi, trader masih perlu lihat volume, trend, support resistance dan candle confirmation. Jangan terus entry hanya kerana nampak gap, sebab ada gap yang boleh fill dahulu sebelum sambung arah asal.
Nota kecil: Gap trading bukan signal entry yang wajib diikut. Ia lebih sesuai digunakan sebagai confirmation tambahan bersama analisis lain, kerana harga boleh bergerak laju, spread boleh melebar dan setup boleh gagal jika market terlalu volatile.
Apa Maksud “Fill The Gap” Dalam Gap Trading?
Dalam gap trading, istilah “fill the gap” bermaksud harga bergerak semula untuk menutup ruang kosong yang terbentuk antara candle.
Contohnya, harga gap up dari RM1.00 ke RM1.20. Jika harga kemudian turun semula ke RM1.00, gap itu dianggap sudah “filled”.
Namun, trader perlu ingat, tidak semua gap akan ditutup dengan cepat. Ada gap yang ditutup dalam beberapa jam, ada yang ambil beberapa hari, dan ada juga yang tidak ditutup untuk tempoh lama.
Sebab itu, gap trading tidak boleh bergantung kepada idea “semua gap mesti fill”. Lebih baik lihat context market, volume, trend dan kawasan support resistance.
Cara Baca Gap Trading Dengan Lebih Selamat
Untuk beginner, gap trading lebih baik digunakan sebagai alat analisis, bukan signal entry semata-mata. Ini kerana gap boleh nampak menarik, tetapi risiko entry lewat atau masuk masa market terlalu volatile tetap tinggi.
Cara baca gap trading:
Kenal pasti arah gap Tentukan sama ada ia gap up atau gap down. Ini membantu trader faham bias awal market.
Lihat trend sebelum gap Jika gap up berlaku dalam uptrend, ia mungkin continuation. Jika gap up muncul selepas harga sudah naik terlalu jauh, ia mungkin exhaustion gap.
Semak volume Volume tinggi boleh menunjukkan gap lebih signifikan. Volume rendah pula boleh menjadikan gap trading kurang meyakinkan.
Tunggu candle confirmation Jangan terus entry hanya kerana nampak candlestick gaps. Tunggu candle close untuk lihat sama ada harga mampu kekal atas atau bawah gap.
Tandakan support dan resistance Gap yang berlaku berhampiran level penting biasanya lebih bermakna berbanding gap di kawasan rawak.
Rancang stop loss Dalam gap trading, price movement boleh jadi laju. Jadi stop loss penting untuk kawal risiko jika gap gagal ikut jangkaan.
Risiko Gap Trading
Gap trading nampak mudah, tetapi ada beberapa risiko penting:
Harga boleh bergerak terlalu laju selepas market buka.
Spread boleh melebar ketika volatility tinggi.
Entry terlalu awal boleh terkena false move.
Gap boleh fill dulu sebelum sambung arah asal.
Stop loss boleh kena lebih cepat jika market terlalu volatile.
Sebab itu, gap trading lebih sesuai digabungkan dengan support resistance, volume, candlestick pattern dan trend analysis.
Kesimpulan Gap Trading
Gap trading membantu trader faham reaksi market apabila harga bergerak dengan jurang besar antara candle. Sama ada gap up, gap down atau candlestick gaps, trader tetap perlu lihat context, trend dan risiko sebelum entry.
Dengan platform seperti Ultima Markets, trader boleh kaji pergerakan gap trading menggunakan chart, indikator dan pelbagai instrumen sebelum buat keputusan trading.
FAQs Tentang Gap Trading
1. Apa maksud gap trading?
Gap trading ialah cara trader membaca jurang harga yang berlaku apabila candle baru dibuka lebih tinggi atau lebih rendah daripada candle sebelumnya. Gap ini boleh berlaku dalam bentuk gap up atau gap down.
2. Adakah semua gap akan ditutup semula?
Tidak semestinya. Ada gap yang cepat “fill the gap”, ada yang ambil masa lama, dan ada juga yang tidak ditutup dalam tempoh terdekat. Sebab itu, trader perlu lihat trend, volume dan support resistance sebelum buat keputusan.
3. Bila gap trading biasanya berlaku?
Gap trading biasanya berlaku selepas news besar, earnings report, market buka selepas weekend atau perubahan sentimen market. Dalam saham, candlestick gaps lebih kerap berlaku berbanding forex kerana saham ada waktu buka dan tutup market yang jelas.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.