Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomIstilah FDI Malaysia sering jadi tajuk utama bila kerajaan umum pelaburan berbilion ringgit dari luar negara. Tapi apa sebenarnya keadaan semasa pelaburan asing langsung (Foreign Direct Investment) di Malaysia tahun 2025?
Mari kita lihat data FDI Malaysia terkini, sektor paling aktif, dan bagaimana aliran modal asing ini mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara.
Bagi anda yang ingin faham maksud serta jenis-jenis pelaburan asing dengan lebih mendalam, boleh rujuk artikel Apa Itu FDI.

Untuk memahami arah sebenar pelaburan asing langsung di Malaysia, kita boleh lihat beberapa indikator utama daripada laporan DOSM dan MIDA, merangkumi jumlah keseluruhan pelaburan, negara penyumbang, negeri penerima, serta sektor tumpuan utama dalam FDI Malaysia.
Angka ini menunjukkan jumlah keseluruhan pelaburan langsung asing yang kekal berada di Malaysia. Ia mencerminkan keyakinan pelabur luar terhadap kestabilan ekonomi tempatan dan prospek jangka panjang negara.
Sektor utama penyumbang:
Data ini menunjukkan kadar kemasukan modal asing baharu ke Malaysia bagi setiap suku tahun, membantu kita faham sama ada pelaburan luar meningkat atau menurun berbanding tahun sebelumnya.
Walaupun inflow FDI Malaysia suku kedua 2025 perlahan, secara keseluruhan aliran FDI masih positif, menunjukkan Malaysia kekal destinasi pelaburan stabil di rantau ini.

Angka ini menunjukkan jumlah pelaburan baharu yang telah diluluskan kerajaan bagi separuh pertama tahun 2025. Ia memberi gambaran potensi FDI Malaysia yang akan direalisasikan dalam tempoh terdekat.
Senarai ini menunjukkan dari mana asal pelaburan asing terbesar datang. Dominasi Singapura dan China menegaskan hubungan ekonomi serantau yang kukuh, manakala Amerika Syarikat dan Eropah kekal pemain penting dalam sektor teknologi dan perkhidmatan.
Data ini menunjukkan kawasan tumpuan pelaburan di Malaysia. Johor dan Selangor terus muncul sebagai destinasi utama disebabkan infrastruktur industri dan kedudukan strategik berhampiran pelabuhan.
Senarai ini merangkumi bidang yang paling banyak menerima pelaburan asing dan menjadi pemacu utama transformasi ekonomi Malaysia ke arah teknologi tinggi dan kelestarian.
Sumber: DOSM (Q1–Q2 2025), MIDA (Approved Investments 1H 2025)
Menurut data terkini daripada Department of Statistics Malaysia (DOSM), nilai kedudukan pelaburan langsung asing bagi Malaysia (FDI position) telah meningkat sedikit kepada RM 1,002.0 bilion (≈ RM 1 trilion) pada akhir suku kedua 2025, naik dari sekitar RM 999.7 bilion pada suku pertama 2025.
Walaubagaimanapun, aliran masuk bersih FDI Malaysia (net inflow) pada suku kedua 2025 dilaporkan hanya RM 1.61 bilion, atau kira-kira US$380 juta, menandakan penurunan mendadak — lebih 90% jatuh dibanding suku sebelumnya (~RM15.6 bilion).

Antara punca yang menyumbang kepada situasi ini:
Walaupun aliran masuk FDI ke dalam Malaysia suku-ke-suku menunjukkan turun-naik yang agak kuat, Malaysia masih mengekalkan aliran positif secara tahunan dan kedudukan aset bersih yang kukuh. Sebagai contoh, kedudukan FDI sudah mencecah ~RM 1 trilion, menunjukkan pelabur masih mempercayai laman ekonomi & infrastruktur negara.
Kesimpulannya, situasi “momentum campuran” ini bukanlah bermakna Malaysia kehilangan daya tarikan pelaburan secara fundamental, tetapi mencerminkan bahawa aliran pelaburan besar sering tidak linear.
Ini bermaksud bahawa satu projek besar boleh naikkan angka dengan mendadak, manakala pengeluaran keuntungan atau pengaliran balik modal boleh turunkan inflow bersih walaupun operasi pelaburan masih berjalan.
Menurut laporan Approved Investments 1H 2025 oleh MIDA, Malaysia mencatat peningkatan sebanyak 18.7% tahun ke tahun kepada RM 190.3 bilion dalam pelaburan yang diluluskan. Daripada jumlah itu, pelaburan asing (foreign investments) menyumbang sekitar RM 106.8 bilion atau 56.1% daripada jumlah keseluruhan, menunjukkan betapa pentingnya komitmen pelabur luar terhadap Malaysia.
Berdasarkan data ini, terdapat beberapa sektor yang kini “hangat” dan menunjukkan pertumbuhan pelaburan asing yang lebih tinggi — menjadikan Malaysia bukan lagi hanya destinasi “kos rendah”, tetapi semakin ke arah ekonomi berasaskan nilai tambah tinggi.

| Sektor | Contoh Syarikat / Projek | Nilai Pelaburan |
| Elektronik & Semikonduktor | Intel, Infineon (Kulim) | > RM 30 billion |
| Tenaga Boleh Diperbaharui (EV & Solar) | Risen Energy, SK Nexilis | RM 40 billion + |
| Digital & AI Infrastructure | Microsoft, Google Cloud | RM 19 billion + |
| Automotif Elektrik | Tesla (Cyberjaya Hub) | — (anggaran > RM 1 billion) |
FDI jenis ini menunjukkan Malaysia sedang beralih daripada ekonomi kos rendah kepada ekonomi bernilai tambah tinggi, berasaskan teknologi & inovasi.

Langkah Penambahbaikan Kerajaan:
Melalui inisiatif seperti National Investment Aspirations (NIA), Pelan Ekonomi Madani, dan pembangunan AI Hub, kerajaan komited untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi dalam sektor berimpak besar dan berteknologi tinggi.
Secara keseluruhan, FDI Malaysia 2025 menunjukkan ekonomi negara kekal berdaya tahan walaupun persekitaran global mencabar. Pelaburan asing terus menyokong pertumbuhan sektor bernilai tinggi, memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab industri dan teknologi serantau.
Bagi pelabur runcit dan trader, memahami aliran FDI Malaysia boleh bantu menilai sektor yang bakal rancak, sama ada tenaga hijau, semikonduktor, atau digital. Untuk panduan lanjut tentang topik ekonomi dan pasaran kewangan, anda boleh rujuk pelbagai artikel pendidikan di Ultima Markets Academy.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.