Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this websiteDalam dunia kewangan moden, kawalan selia forex memainkan peranan yang sangat penting untuk melindungi kepentingan trader. Pasaran forex memang terbuka 24 jam sehari dan dianggap pasaran paling cair di dunia, tetapi tanpa peraturan dagangan yang jelas, risiko terhadap pelabur boleh meningkat.
Bukan forex sahaja yang perlu dikawal selia. Instrumen lain seperti saham, indeks, komoditi, logam berharga dan kripto juga memerlukan peraturan jelas supaya pelabur lebih yakin dengan keselamatan dana dan keadilan pasaran. Sebab itu, memilih broker berlesen adalah langkah bijak kerana ia memberi jaminan perlindungan serta ketenangan fikiran ketika trading.
Secara ringkas, kawalan selia forex merujuk kepada sistem undang-undang dan peraturan yang dikenakan terhadap broker oleh badan kawal selia antarabangsa. Tujuannya ialah untuk memastikan setiap broker beroperasi secara adil, telus, dan mematuhi standard industri.
Dalam erti kata yang lain, pengawalan selia forex bermaksud peraturan rasmi yang diwujudkan oleh badan kewangan untuk mengawal aktiviti broker, termasuk perlindungan dana pelanggan, pengasingan akaun, standard audit, dan integriti operasi.
Prinsip ini juga terpakai kepada instrumen lain seperti saham, indeks dan komoditi. Dengan adanya kawalan selia, trader boleh yakin bahawa broker berkenaan mematuhi prosedur ketat dan berada di bawah pemantauan yang berterusan.
Antara sebab utama kawalan selia dalam trading penting ialah dari aspek keselamatan dana. Broker yang berlesen diwajibkan menyimpan dana pelanggan dalam akaun berasingan (segregated account). Ini bermaksud wang pelanggan tidak boleh dicampur dengan dana operasi syarikat.
Bayangkan jika syarikat menghadapi masalah kewangan atau muflis. Dana pelanggan tetap selamat kerana ia tidak boleh disentuh. Inilah fungsi kawalan selia: melindungi modal trader daripada risiko luar jangka. Bagi trader, jaminan ini sangat penting kerana setiap sen dalam akaun trading adalah modal pelaburan yang perlu dijaga.
Selain keselamatan dana, broker berlesen juga tertakluk kepada garis panduan audit, laporan kewangan, serta piawaian operasi yang ketat. Segala aktiviti dagangan direkodkan dan boleh diaudit oleh pihak kawal selia.
Hasilnya, setiap transaksi trading jadi lebih telus. Order dilaksanakan pada harga sebenar pasaran, bukan dimanipulasi. Spread, komisen dan caj lain juga perlu didedahkan secara jelas. Dengan adanya kawalan selia, trader boleh berdagang dengan keyakinan tanpa rasa ragu tentang integriti broker.
Kesan paling besar daripada peraturan dagangan yang teguh ialah wujudnya keyakinan di kalangan pelabur. Trader runcit rasa lebih terlindung, manakala pelabur besar atau institusi lebih yakin untuk melabur bila tahu pasaran dikawal selia dengan baik.
Apabila keyakinan semakin tinggi, lebih ramai peserta akan masuk ke pasaran. Hasilnya, pasaran global jadi lebih stabil. Dengan adanya sistem kawalan selia yang kukuh, industri trading secara keseluruhan menjadi lebih sihat, adil, dan diyakini untuk jangka panjang.
Namun, tidak semua lesen kawal selia mempunyai tahap ketegasan yang sama. Inilah sebabnya penting untuk memahami perbezaan antara Tier 1 dan Tier 2 license.
Dalam industri trading, lesen broker boleh dibahagikan kepada beberapa tahap kredibiliti. Untuk memudahkan, biasanya ia dikategorikan sebagai Tier 1 (paling ketat) dan Tier 2 (lebih longgar tetapi masih sah).
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan utama antara kedua-dua jenis lesen ini:
Kategori | Tier 1 License | Tier 2 License |
Tahap Kawalan | Sangat ketat & dipercayai global | Kawalan sederhana |
Contoh Badan | FCA (UK), ASIC (Australia), CFTC (US), MAS (Singapore), CySEC (Cyprus), FSA (Jepun) | FSC (Mauritius), FSCA (South Africa), VFSC (Vanuatu) |
Perlindungan Dana | Tinggi (segregated account, compensation fund) | Sederhana |
Kredibiliti Pasaran | Paling tinggi, sesuai untuk institusi & pelabur besar | Masih boleh diterima, lebih fleksibel dari segi kos & leverage |
Secara ringkas, Tier 1 license lebih ketat tetapi memberi keyakinan maksimum kerana broker perlu patuh kepada syarat modal minimum, audit kewangan berkala, dan pemantauan yang rapi. Badan kawal selia Tier 1 juga biasanya menyediakan mekanisme pampasan sekiranya berlaku kegagalan broker, sekali gus memberi perlindungan tambahan kepada trader. Oleh itu, lesen Tier 1 sering dianggap paling selamat dan dipercayai, terutama oleh pelabur institusi atau mereka yang berdagang dengan jumlah besar.
Sebaliknya, Tier 2 license menawarkan tahap kawalan yang lebih sederhana. Walaupun tidak seketat Tier 1, lesen ini tetap sah dan membolehkan broker beroperasi secara global. Kelebihan utama Tier 2 ialah broker berlesen di bawah kategori ini biasanya lebih fleksibel dari segi leverage, kos dagangan, dan struktur akaun, yang mungkin menarik bagi trader runcit yang mahukan akses lebih luas dengan modal lebih kecil.
Bagi trader, memahami perbezaan ini penting kerana ia mempengaruhi jenis perlindungan, kestabilan pasaran, serta syarat dagangan yang akan diterima oleh trader. Sama ada memilih broker Tier 1 untuk keselamatan maksimum atau broker Tier 2 untuk fleksibiliti, yang utama ialah pastikan broker tersebut benar-benar berlesen dan dikawal selia.
Bagi memastikan trader berdagang dengan broker sah, ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil:
Dengan langkah ini, trader boleh membezakan antara broker berlesen yang dikawal selia dengan baik dan broker tidak sah yang mungkin menimbulkan risiko besar.
Tanpa kawalan selia dalam trading, pasaran boleh menjadi tidak terkawal dan memberi risiko besar kepada pelabur:
Oleh itu, memilih broker tanpa lesen boleh mengundang risiko yang tinggi sama ada untuk forex, saham, indeks, atau instrumen lain.
Ultima Markets ialah contoh broker berlesen yang menggabungkan kelebihan Tier 1 dan Tier 2 license. SyaUltima Markets ialah contoh broker berlesen yang menggabungkan kelebihan lesen Tier 1 dan Tier 2, menjadikannya seimbang antara keselamatan maksimum dan fleksibiliti trading.
Syarikat ini dikawal selia oleh beberapa badan kewangan antarabangsa:
Kombinasi ini membolehkan Ultima Markets memenuhi keperluan pelbagai jenis trader — sama ada institusi besar yang mahukan keselamatan Tier 1, ataupun trader runcit yang perlukan fleksibiliti dagangan dari Tier 2.
Selain kawalan selia rasmi, Ultima Markets turut menyediakan perlindungan tambahan yang meningkatkan keyakinan:
Dengan kombinasi lesen global, perlindungan insurans, dan compensation fund antarabangsa, Ultima Markets membina ekosistem trading yang lebih selamat dan telus. Trader boleh melakukan dagangan — sama ada forex, saham, indeks, komoditi, logam berharga atau kripto — dengan lebih yakin kerana tahu dana mereka berada di bawah kawalan selia yang kukuh serta dilindungi oleh sistem perlindungan tambahan.
Kawalan selia dalam trading bukan sekadar formaliti, tetapi ia adalah asas yang memastikan keselamatan, ketelusan, dan integriti pasaran. Dengan memahami kepentingan peraturan forex, trader boleh membuat keputusan lebih bijak dalam memilih broker sah dan berlesen.
Ultima Markets menonjol sebagai pilihan ideal kerana memegang lesen Tier 1 dan Tier 2, dilindungi insurans WTW sehingga USD $1 juta, serta disokong oleh compensation fund antarabangsa. Semua ini membuktikan bahawa Ultima Markets mengutamakan keselamatan klien, sekaligus menjadikannya broker yang boleh dipercayai untuk pelbagai jenis dagangan.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.