Important Information

You are visiting the website that is operated by Ultima Markets Ltd, a licensed investment firm by the Financial Services Commission “FSC” of Mauritius, under license number GB 23201593. Please be advised that Ultima Markets Ltd does not have legal entities in the European Union.

Amaran Penipuan MT5! Bagaimana Pelabur Boleh Kenal Pasti Platform Dagangan yang Sah?

Penipuan MT5! Bagaimana Pedagang Boleh Mengenal Pasti Platform Dagangan yang Sah?

Pada tahun 2023, purata jumlah dagangan harian pasaran pertukaran asing global telah melebihi $7.5 trilion*. Dengan kadar penggunaan dagangan mudah alih kini mencecah 89%, lebih daripada 43 juta pelabur runcit telah membanjiri pasaran ini. Namun begitu, seiring dengan perkembangan pesat pasaran forex, wujud juga peningkatan dalam aktiviti penipuan kewangan, di mana para scammer mengambil kesempatan atas keinginan pelabur untuk memperoleh pulangan tinggi dengan mewujudkan pelbagai perangkap. Dalam situasi ini, MT4 dan MT5, yang merupakan antara platform dagangan kewangan paling banyak digunakan, secara semula jadi telah menjadi sasaran utama para penipu. “Perangkap pelaburan berasaskan teknologi” ini kini berkembang pesat sebagai lubuk bagi penipuan kewangan moden.

*Sumber data daripada Wikipedia – Pasaran Pertukaran Asing

Apakah Itu MT4 dan MT5? Apa Perbezaannya?

MT adalah singkatan kepada MetaTrader, iaitu platform dagangan yang dibangunkan oleh syarikat Rusia bernama MetaQuotes Software Corp. Ia menyokong dagangan pelbagai instrumen kewangan seperti forex, saham, indeks, niaga hadapan dan CFD (Kontrak untuk Perbezaan) mata wang kripto. MT4 dan MT5 adalah dua versi berbeza daripada platform ini, dan kedua-duanya amat dihormati dalam sektor dagangan kewangan.

Dari segi fungsi, MT5 adalah penambahbaikan kepada MT4 dengan keupayaan yang lebih meluas. Perbezaan khusus antara kedua-dua platform ini boleh dirujuk dalam jadual berikut:

Ciri / Fungsi MT4 MT5
Tahun Dikeluarkan 2005 2010
Kelas Aset yang Disokong Forex, CFD Forex, CFD, Niaga Hadapan, Opsyen, Saham, dan lain-lain
Jenis Pesanan 4 Jenis 6 Jenis
Bilangan Jangka Masa (Timeframes) 9 21
Akses Kedalaman Pasaran Tidak Disokong Disokong
Pelaksanaan Pesanan dan Dagangan Kompleks Lebih Fleksibel, Menyokong Pelbagai Mod Pelaksanaan
Alat Analisis Teknikal 30 38
Pengoptimuman EA (Expert Advisor) Tersedia Alat Pengoptimuman Advance
Sokongan Ujian Pelbagai Strategi Tersedia Keupayaan Ujian Balik (Backtesting) yang Dipertingkatkan
Sistem Operasi yang Disokong Windows, Mac, iOS, Android, Web Windows, Mac, iOS, Android, Web

Walaupun MT5 menawarkan ciri yang lebih maju, MT4 masih menjadi pilihan utama ramai pengguna kerana kestabilannya dan penerimaan yang meluas, serta mengekalkan kumpulan pengguna setia yang besar.

Taktik Penipuan MT5 / MT4 yang Biasa Digunakan

Ultima Markets berkongsi taktik penipuan yang paling biasa digunakan pada masa kini dan memberikan panduan kepada pelabur tentang cara mengenal pasti maklumat yang tepat bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa skim penipuan.

1.Menekankan “Tiada Risiko” dan “Keuntungan Dijamin”

Untuk menarik pelabur, sesetengah platform menjalankan iklan palsu atau berlebihan, dengan janji seperti keuntungan yang dijamin dan dagangan tanpa risiko. Tuntutan seperti ini seringkali mustahil untuk dipenuhi, dan akhirnya akan menyebabkan pelabur mengalami kerugian kewangan.

Contoh frasa penipuan yang biasa digunakan:

  • “Pulangan tetap 5% harian, dikendalikan oleh pasukan lindung nilai profesional.”
  • “Leverage tanpa risiko, henti rugi automatik pada kerugian.”

Pelabur harus ingat bahawa semua pelaburan secara semula jadi mempunyai risiko. Tiada alat atau strategi pelaburan yang dapat menjamin pulangan tinggi tanpa risiko. Jika mana-mana platform atau broker menjanjikan “pulangan tinggi tanpa risiko,” pelabur harus berhati-hati dan waspada.

2. Platform Dagangan Palsu

Scammer mencipta laman web dagangan palsu yang kelihatan hampir sama seperti platform rasmi MT4 atau MT5 dan mempromosikannya melalui pelbagai saluran. Laman web palsu ini sering mempunyai perbezaan kecil seperti huruf tambahan dalam nama domain atau akhiran berbeza (contohnya: .net berbanding .com). Selain itu, laman-laman ini mungkin kekurangan maklumat penting atau mengandungi halaman rosak (seperti ralat 404), yang menjadi petanda amaran.

Sebaik sahaja pelabur memindahkan dana ke dalam platform palsu ini, adalah sangat sukar untuk mendapatkan semula wang mereka. Satu-satunya laman web rasmi Ultima Markets ialah: https://www.ultimamarkets.com/my/

3. Manipulasi di Media Sosial

Di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, dan LINE, scammer sering memulakan perbualan dengan menyamar sebagai individu menarik.

Pada mulanya, mereka mungkin berbual kosong secara santai untuk mewujudkan suasana mesra dan membina kepercayaan. Setelah hubungan terjalin, mereka akan mula mencadangkan produk pelaburan kewangan yang kononnya “berkeuntungan dijamin.”

Selain itu, ada juga scammer yang menyamar sebagai wakil syarikat broker dengan mencipta akaun media sosial palsu yang kelihatan rasmi, bertujuan untuk menipu mangsa dengan menyamar sebagai institusi yang sah.

Sentiasa berwaspada semasa menggunakan media sosial dan elakkan daripada menerima saranan pelaburan yang tidak diminta. Ia mungkin merupakan sebahagian daripada skim penipuan kewangan.

4. Manipulasi Data Pasaran

Sesetengah platform penipuan memanipulasi data pasaran seperti kadar pertukaran mata wang dan harga saham untuk mempengaruhi keputusan dagangan. Mereka mungkin memberikan sebut harga palsu yang tidak mencerminkan keadaan pasaran sebenar atau sengaja melambatkan kemas kini harga, menyebabkan pedagang melaksanakan pesanan berdasarkan harga yang sudah lapuk. Ini sangat merugikan kepentingan pelabur.

5. Caj Tersembunyi dan Komisen

Platform dagangan yang tidak dikawal selia mungkin mengenakan caj tersembunyi dan komisen yang tidak dijangka, mengakibatkan kerugian kepada pelabur. Caj-caj ini boleh merangkumi yuran transaksi yang terlalu tinggi, kadar faedah semalaman, yuran deposit dan pengeluaran , semua caj ini mungkin tidak didedahkan secara jelas pada awalnya.

Cara Mengelakkan Penipuan Pelaburan MT4 / MT5 – Tip dari Ultima Markets

1.Sahkan Badan Pengawalselia Kewangan

Langkah pertama apabila memilih platform dagangan adalah menyemak sama ada platform tersebut dikawal selia oleh badan pengawalselia kewangan yang sah. Antara badan yang diiktiraf termasuk Financial Conduct Authority (FCA) di UK dan National Futures Association (NFA) di Amerika Syarikat. Pelabur boleh melayari laman web rasmi badan pengawalselia ini, masukkan nama platform atau nombor lesen untuk menyemak status pendaftaran, kredibiliti, dan sebarang rekod pelanggaran.

Ultima Markets beribu pejabat di Australia dan mempunyai entiti berdaftar di beberapa lokasi global serta memegang pelbagai lesen kawal selia.

2. Nilai Sejarah Perniagaan dan Reputasi Pasaran

Semak forum kewangan, laman ulasan profesional, dan sumber lain untuk mengetahui latar belakang dan reputasi sesebuah platform dagangan. Platform yang telah beroperasi dalam jangka masa panjang tanpa laporan negatif besar biasanya lebih dipercayai.

Selain itu, pelabur disarankan untuk meneliti maklum balas pengguna dan penilaian bagi membuat keputusan yang lebih tepat.

Setakat ini, Ultima Markets telah menerima ulasan positif daripada pakar industri dan pengguna.

3.  Sahkan Sumber Perisian dan Tandatangan Digital

Hanya muat turun perisian MT5 daripada laman web rasmi atau gedung aplikasi yang sah seperti Apple App Store atau Google Play Store rasmi. Selepas dimuat turun, semak tandatangan digital dan maklumat versi perisian tersebut untuk mengesahkan ketulenan dan integritinya.

Perisian MT5 yang sah biasanya disertakan dengan tandatangan digital pembangun, yang boleh disemak melalui tetapan keselamatan dalam sistem operasi untuk memastikan kesahihannya.

4. Berhati-hati dengan Janji Pulangan Tinggi

Pelabur harus berwaspada terhadap platform dagangan yang menjanjikan pulangan tinggi tanpa risiko. Dakwaan seperti ini selalunya keterlaluan dan sukar untuk direalisasikan.

Adalah penting untuk mempunyai pemahaman yang rasional tentang risiko pasaran dan memilih strategi dagangan yang selaras dengan matlamat kewangan serta toleransi risiko masing-masing.

5. Lindungi Maklumat Peribadi dan Keselamatan Kewangan

Apabila menggunakan platform dagangan, pelabur perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi maklumat peribadi dan keselamatan kewangan. Antaranya elakkan membuat transaksi melalui rangkaian awam, tukar kata laluan secara berkala dan Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) untuk keselamatan tambahan

Pelabur juga harus mengambil kira ciri keselamatan kewangan platform seperti pengasingan dana (fund segregation) dan perlindungan insurans.

Sistem Anti-Penipuan Ultima Markets: Membina Ekosistem Dagangan yang Selamat

Ultima Markets ialah broker CFD yang diiktiraf di peringkat global dan dikawal selia sepenuhnya, menawarkan platform dagangan pelbagai aset.

Sejak penubuhannya pada tahun 2016, Ultima Markets telah menyediakan perkhidmatan yang dipercayai dan sistem dagangan menyeluruh kepada pelabur di 172 negara dan wilayah.

Sebagai broker CFD pertama yang menyertai United Nations Global Compact, Ultima Markets melindungi semua kliennya di bawah perlindungan Willis Towers Watson (WTW), dengan pampasan sehingga $1 juta bagi setiap akaun, sekali gus memastikan persekitaran dagangan yang menyeluruh, selamat dan terjamin.

Platform selamat yang dikawal ketat menawarkan perlindungan peringkat tinggi, tanpa program pintu belakang tersembunyi, memastikan data dagangan dan maklumat pelanggan kekal tidak berubah, sekali gus memberikan pengalaman dagangan yang bebas kebimbangan.

1.Penipuan MT5! Bagaimana Pedagang Boleh Mengenal Pasti Platform Dagangan yang Sah?
2.Taktik Penipuan MT5 / MT4 yang Biasa Digunakan
3.Cara Mengelakkan Penipuan Pelaburan MT4 / MT5 – Tip dari Ultima Markets
4.Sistem Anti-Penipuan Ultima Markets: Membina Ekosistem Dagangan yang Selamat