Memahami CFD: Risiko Leverage dan Kos Dagangan (Panduan Utama tentang CFD)

What are CFDs?

CFD membolehkan pedagang membuat spekulasi terhadap harga aset asas tanpa memiliki aset asas tersebut; mereka hanya berdagang kontrak derivatif yang ditawarkan oleh broker. Derivatif ini membolehkan pedagang mengambil posisi beli (long) atau jual (short), yang bermaksud mereka boleh mendapat keuntungan daripada pergerakan pasaran dalam keadaan pasaran menaik (bull) dan menurun (bear).

Instrumen-instrumen ini juga bersifat versatile, kerana broker menawarkan CFD dalam pelbagai kelas aset yang dibenarkan secara sah. Kelas aset yang didagangkan sebagai CFD termasuk:

  • Pasangan forex
  • Indeks
  • Komoditi
  • Saham
  • Dana dagangan bursa (ETF)
  • Mata wang kripto dan lain-lain

(Perlu diingat bahawa beberapa pengawal selia menghadkan penawaran kelas aset berisiko kepada pedagang runcit. Sebagai contoh, pengawal selia di United Kingdom tidak membenarkan broker menawarkan CFD mata wang kripto kepada pedagang runcit.)

Kebanyakan CFD spot, termasuk saham dan indeks, tidak mempunyai tarikh luput, yang bermaksud posisi akan kekal terbuka sehingga pedagang menutupnya. Walau bagaimanapun, beberapa CFD komoditi dan CFD niaga hadapan mungkin mempunyai tarikh luput tertentu.

Kelebihan CFD

CFD memberi banyak kelebihan kepada pedagang berbanding kelas derivatif lain atau bahkan dagangan fizikal. Antara kelebihan dagangan CFD ialah:

Akses kepada leverage: Salah satu kelebihan utama dagangan CFD ialah akses kepada leverage. Pedagang hanya perlu menyediakan sebahagian kecil daripada nilai penuh posisi terbuka sebagai modal margin, manakala keuntungan dan kerugian dikira berdasarkan nilai penuh posisi terbuka. Walau bagaimanapun, dagangan dengan leverage sangat berisiko (leverage akan dibincangkan dibahagian seterusnya).

Posisi beli (long) dan jual (short): Kelebihan lain dagangan CFD ialah keupayaan untuk mengambil posisi pasaran long atau short. Sebagai pedagang, anda boleh membuka posisi long (berdagang pada harga beli kontrak CFD) jika anda menjangkakan harga aset asas akan meningkat. Sebaliknya, anda juga boleh membuka posisi short (berdagang pada harga jual kontrak CFD) jika anda menjangkakan harga aset asas akan menurun.

Modal permulaan yang lebih rendah: Pedagang CFD memerlukan modal margin permulaan yang jauh lebih rendah berbanding derivatif lain seperti opsyen dan niaga hadapan, manakala saiz posisi minimum juga lebih kecil. Oleh itu, halangan kemasukan untuk pedagang baharu adalah lebih rendah.

Akses kepada pelbagai pasaran: Broker CFD biasanya menawarkan kontrak derivatif ini untuk pelbagai kelas aset. Selain terkenal untuk dagangan pasangan forex, komoditi, dan saham, pedagang juga boleh mengakses CFD mata wang kripto (walaupun beberapa bidang kuasa mengehadkan CFD kripto kepada pelabur runcit kerana tahap risikonya yang tinggi).

Tiada penghantaran aset: CFD ialah instrumen yang diselesaikan secara tunai. Oleh itu, pedagang tidak perlu risau tentang menerima penghantaran aset fizikal apabila posisi ditutup.

Risiko dalam Dagangan CFD

Walaupun mempunyai banyak kelebihan, CFD adalah instrumen derivatif yang kompleks dan berisiko. Walaupun kemungkinan keuntungan tinggi daripada dagangan CFD boleh menarik minat pelabur baharu, mereka mesti memahami risiko dengan teliti terlebih dahulu.

Leverage boleh menjadi berbahaya: Leverage adalah salah satu faktor utama yang menarik pedagang ke dagangan CFD. Namun, pedagang mesti memahami konsep leverage dengan betul, kerana jika tidak, mereka mungkin kehilangan seluruh modal mereka dengan cepat.

Terdapat risiko pihak lawan: CFD ialah instrumen dagangan over-the-counter (OTC), yang menjadikan broker sebagai pihak lawan kepada pedagang. Walaupun ramai broker sering mengurangkan risiko dengan menghantar pesanan kepada penyedia likuiditi (amalan yang dikenali sebagai A-booking), sesetengah broker mengambil posisi yang bertentangan dengan posisi terbuka pedagang, model yang dikenali sebagai B-booking. Dalam model B-booking, broker mendapat keuntungan apabila pedagang mengalami kerugian.

Peraturan boleh menjadi rumit: CFD adalah instrumen yang dikawal ketat. Banyak pengawal selia, termasuk di United Kingdom, Kesatuan Eropah, dan Australia, telah mengenakan sekatan ketat terhadap leverage dan pemasaran yang ditawarkan oleh broker CFD dalam bidang kuasa mereka.

Amerika Syarikat dan Belgium melarang dagangan CFD sepenuhnya. Hong Kong juga mempunyai larangan de facto terhadap CFD kerana undang-undang perjudian di negara itu melarang pengedaran derivatif seperti ini, kecuali jika dikawal oleh pihak berkuasa yang hanya membenarkan dagangan CFD yang didagangkan di bursa.

Memahami Leverage dan Margin

Leverage adalah salah satu kelebihan utama dalam dagangan CFD, tetapi ia juga boleh menjadi berbahaya. Dengan leverage, pedagang hanya perlu menyediakan sebahagian kecil daripada modal yang diperlukan untuk mengambil posisi besar dalam pasaran.

Leverage dinyatakan dalam nisbah seperti 100:1, 50:1, 30:1, dan 10:1. Sebagai contoh, dalam nisbah leverage 100:1, pedagang hanya perlu menyediakan modal sebanyak $100 untuk membuka posisi bernilai $100,000 (100 kali ganda daripada modal awal). Manakala bagi leverage 10:1, keperluan modal untuk posisi $100,000 ialah $1,000 (10 kali ganda daripada modal awal).

Dengan leverage, pedagang boleh meningkatkan keuntungan daripada sesuatu dagangan dengan ketara. Namun, ia juga boleh membesarkan kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan posisi yang diambil dan berpotensi melebihi pelaburan awal. Banyak badan pengawal selia mewajibkan perlindungan baki negatif, bermaksud jika kerugian leverage dalam akaun melebihi modal yang didepositkan, posisi yang mengalami kerugian akan ditutup secara automatik.

Contoh leverage dalam dagangan CFD: Anda telah memutuskan untuk berdagang CFD pada pasangan mata wang EUR/USD. Anda menjangkakan harga akan meningkat, dan broker anda menawarkan leverage 30:1, bermaksud anda hanya perlu mendepositkan 3.33% daripada jumlah nilai dagangan sebagai margin.

  • Saiz Dagangan: $10,000
  • Margin Diperlukan: $10,000 ÷ 30 = $333.33

Dengan deposit hanya $333.33, anda boleh membuka posisi bernilai $10,000. Leverage ini boleh memberi kesan besar terhadap hasil dagangan anda (untung atau rugi).

Senario 1: Dagangan bergerak mengikut jangkaan anda

  • Jika harga EUR/USD meningkat sebanyak 1%, anda memperoleh $100 (1% daripada $10,000).
  • Keuntungan: $100 ÷ $333.33 = 30% pulangan ke atas margin anda.

Walaupun keuntungan ini kelihatan mengagumkan dengan modal awal yang kecil, leverage juga boleh berfungsi sebaliknya.

Senario 2: Dagangan bergerak bertentangan dengan jangkaan anda

  • Jika harga EUR/USD menurun sebanyak 1%, anda mengalami kerugian $100 (1% daripada $10,000).
  • Kerugian: $100 ÷ $333.33 = 30% daripada margin anda hilang.

Anda akan kehilangan keseluruhan margin $333.33 jika pasangan EUR/USD jatuh sebanyak 3.33%.

Leverage yang ditawarkan juga berbeza mengikut aset CFD yang didagangkan. Biasanya, CFD pasangan mata wang utama mempunyai leverage tertinggi, manakala CFD kripto (disebabkan volatiliti yang tinggi) mempunyai leverage paling rendah.

Kos Dagangan CFD

Kos dagangan bagi derivatif adalah lebih kompleks berbanding ekuiti tunai. Memahami kos-kos ini adalah penting bagi pedagang CFD kerana ia boleh mempengaruhi hasil keseluruhan dagangan (untung atau rugi).

Kos dagangan CFD boleh diklasifikasikan kepada kategori berikut:

  • Spread
  • Komisen
  • Yuran Semalaman
  • Yuran Data Pasaran

Spreads

Spread ialah perbezaan antara harga beli dan jual sesuatu instrumen CFD. Ia juga dikenali sebagai bid-ask spread (bid ialah harga jual, manakala ask ialah harga beli) dan sering menjadi sumber pendapatan utama bagi broker CFD.

Broker kebiasanya memasarkan perkhidmatan mereka dengan terma tight dan wide spreads.

Tight Spread bermaksud jurang kecil antara harga bid dan ask, manakala wide spreads bermaksud perbezaan harga yang lebih besar.

Contoh Spread dalam Dagangan CFD

Katakan anda berdagang CFD ke atas emas. Broker anda menunjukkan harga berikut:

  • Bid price: $1,980
  • Ask price: $1,981

Jadi, spreadnya ialah: 1,981 – 1,980 = $1

Spread boleh memberi kesan besar kepada keuntungan dagangan anda.

Bagaimana Spread Mempengaruhi Dagangan Anda

How the spread can affect your trade:

  1. Apabila anda membuka dagangan Anda menjangkakan harga emas akan naik, jadi anda membuka posisi beli (long) pada harga ask $1,981.
    1. Sebaik sahaja dagangan dibuka, nilai posisi anda dinilai pada harga bid $1,980.
    2. Anda bermula dengan kerugian belum direalisasikan sebanyak spread: $1.
  2. Apabila harga bergerak
    1. Jika harga emas meningkat kepada $1,990 (bid) dan $1,991 (ask), anda boleh menutup dagangan dengan menjual pada harga bid $1,990.
    2. Keuntungan anda ialah: $1,990 (bid) – $1,981 (ask) = $9 keuntungan (selepas menampung spread).

Hasil dagangan juga bergantung pada sama ada spread adalah ketat atau lebar.

  • Tight spread:Jika spread hanya $0.10 berbanding $1, kos untuk membuka dagangan adalah lebih rendah, dan anda mencapai titik pulang modal lebih cepat.
  • Wide spread:
  • Jika spread $5, anda memerlukan pergerakan harga yang lebih besar untuk menampung kos dagangan dan mula memperoleh keuntungan.

Komisen

Dagangan CFD saham biasanya dikenakan komisen. Banyak broker mengenakan komisen pada pembukaan dan penutupan dagangan, yang dikira sama ada sebagai kos tetap atau berubah berdasarkan nilai posisi.

Contoh komisen dalam dagangan CFD:

Katakan anda ingin berdagang CFD saham Apple. Broker mengenakan komisen sebanyak 0.1% bagi setiap dagangan (pembukaan dan penutupan posisi).

Jika anda ingin membeli 50 saham dan harga semasa saham Apple adalah $150 setiap satu, komisen boleh dikira seperti berikut:

  1. Saiz dagangan: 50 saham × $150 = $7,500
  2. Komisen pembukaan: 0.1% × $7,500 = $7.50
  3. Komisen penutupan: Apabila anda menjual saham untuk menutup posisi, komisen 0.1% yang sama dikenakan. Jika harga masih $150 setiap saham: 0.1% × $7,500 = $7.50
  4. Jumlah kos komisen:$7.50 (opening) + $7.50 (closing) = $15.00

Komisen yang dikenakan oleh broker CFD boleh memberi kesan ketara terhadap hasil dagangan (untung dan rugi).

Sekiranya harga saham Apple naik kepada $155 setiap saham dan anda memutuskan untuk menutup posisi:

  1. Nilai dagangan baharu: 50 saham × $155 = $7,750
  2. Keuntungan sebelum komisen: 7,750 – 7,500 = $250
  3. Keuntungan selepas komisen: 250 – 15 (jumlah komisen) = $235

Memahami komisen sangat penting untuk pedagang kerana ia boleh memberi kesan dalam beberapa cara:

  • Kesan pada dagangan kecil: Komisen boleh mengurangkan keuntungan dengan ketara bagi saiz dagangan yang lebih kecil. Jika harga tidak bergerak banyak, dagangan kecil mungkin tidak dapat menampung kos komisen.
  • Kos dagangan yang kerap: Jika anda sering membuka dan menutup posisi, komisen boleh terkumpul dengan cepat dan mengurangkan keuntungan anda.
  • Perbandingan dengan spread: Sesetengah broker menawarkan CFD saham tanpa komisen tetapi dengan spread yang lebih luas, manakala yang lain mengenakan spread yang lebih ketat dengan komisen. Adalah penting untuk mengira struktur mana yang lebih menguntungkan untuk anda.

Yuran Semalaman (Overnight fee)

Yuran Semalaman (juga dikenali sebagai swap fees atau kos rollover) ialah caj yang dikenakan apabila posisi CFD kekal dibuka selepas waktu dagangan berakhir (biasanya pada jam 5 petang waktu New York). Yuran ini menampung kos penggunaan leverage dalam posisi dagangan, kerana broker secara asasnya meminjamkan dana kepada anda untuk mengekalkan dagangan tersebut.

Yuran semalaman bergantung kepada beberapa faktor:

  1. Saiz posisi anda – Semakin besar saiz dagangan, semakin tinggi kos yang dikenakan.
  2. Kadar pembiayaan broker – Setiap broker mempunyai kadar faedah yang berbeza, bergantung pada dasar mereka dan keadaan pasaran.
  3. Arah dagangan:
  • Posisi panjang (beli) – Jika anda membeli aset dengan harapan harga meningkat, anda akan dikenakan yuran semalaman.
  • Posisi pendek (jual) – Jika anda menjual aset dengan harapan harga menurun, anda mungkin dikenakan yuran atau menerima sedikit kredit, bergantung pada aset dan kadar pasaran semasa.

Memahami overnight fee adalah penting bagi pedagang yang ingin mengekalkan posisi mereka lebih lama daripada sehari, kerana kos ini boleh mempengaruhi keuntungan keseluruhan dagangan.

Cara Mengira Yuran Semalaman

Formula untuk mengira yuran semalaman biasanya:

Yuran Semalaman= (Trade Size × Financing Rate) ÷ 365

Di mana:

  • Trade size: Jumlah nilai keseluruhan posisi CFD.
  • Financing rate: Ditentukan berdasarkan kadar faedah penanda aras (contohnya, kadar bank pusat) ditambah atau ditolak markup broker.

Contoh 1: Yuran Semalaman untuk Long Position

Anda membuka posisi panjang dalam CFD indeks FTSE 100 dengan butiran berikut:

  • Trade size: £10,000
  • Leverage: 20:1 (Margin: £500)
  • Daily financing rate: 4.5% tahunan

Langkah 1: Kira Kos Harian

  1. Annual financing cost: £10,000 × 4.5% = £450/setahun
  2. Daily cost: £450 ÷ 365 = £1.23 sehari

Langkah 2: Gunakan Yuran Semalaman

  • Jika anda memegang posisi selama 7 hari, jumlah yuran semalaman adalah: £1.23 × 7 = £8.61

Contoh 2: Yuran Semalaman untuk Short Position

Sekarang, anda membuka posisi pendek dalam CFD pasangan mata wang EUR/USD dengan butiran berikut:

  • Trade size: $20,000
  • Leverage: 30:1 (Margin: $666.67)
  • Daily financing rate: -2.5% tahunan (anda menerima kredit).

Langkah 1:Kira Kredit Harian

  1. Annual financing credit: $20,000 × -2.5% = -$500/tahun
  2. Daily credit: -$500 ÷ 365 = -$1.37 sehari

Langkah 2: Gunakan Kredit

  • Jika anda memegang posisi selama 10 hari, jumlah kredit yang diterima adalah: -$1.37 × 10 = -$13.70

Yuran Data Pasaran

Broker CFD sering mengenakan bayaran untuk memberikan akses kepada maklumat harga pasaran secara masa nyata atau tertunda bagi aset asas, yang dikenali sebagai yuran data pasaran. Yuran ini biasanya dikaitkan dengan kos pelesenan untuk mendapatkan data daripada bursa atau pembekal data lain.

Broker biasanya mengenakan yuran data pasaran secara bulanan atau tahunan.

Dagangkan CFD dengan Ultima Markets

Ultima Markets ialah broker berlesen penuh yang menawarkan akses kepada 250+ instrumen kewangan, termasuk pasangan mata wang, logam berharga, minyak mentah, indeks, saham, dan mata wang kripto. Kami menyediakan leverage tinggi sehingga 2000:1 serta jaminan spread ketat dan pelaksanaan pantas.

Struktur harga kami juga telus, membantu pedagang memahami kos dagangan terlebih dahulu.

Buka Akaun dengan Ultima Markets untuk Memulakan Perjalanan Dagangan CFD Anda.

1.What are CFDs?
2.Kelebihan CFD
3.Memahami Leverage dan Margin
4.Kos Dagangan CFD
5.Komisen
6.Yuran Semalaman (Overnight fee)
7.Yuran Data Pasaran