{"id":15813,"date":"2025-12-10T03:34:55","date_gmt":"2025-12-10T03:34:55","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/?p=15813"},"modified":"2026-06-11T10:28:14","modified_gmt":"2026-06-11T10:28:14","slug":"apa-itu-mining-bitcoin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-mining-bitcoin\/","title":{"rendered":"Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke?"},"content":{"rendered":"\n<h2 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-apa-itu-mining-bitcoin-macam-gali-emas-ke\"><strong>Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Bitcoin dibina sebagai sistem kewangan digital yang bergerak tanpa bank pusat atau kerajaan, dan asasnya dijaga melalui proses yang dipanggil mining Bitcoin. Untuk memahami apa itu mining Bitcoin, anda perlu tahu bagaimana maksud Bitcoin itu sendiri bergantung pada cara ia \u201cdilombong\u201d. Mining bukan hanya menghasilkan Bitcoin baharu, tetapi memastikan rangkaian kekal selamat dan telus.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika anda baru dalam dunia kripto, anda boleh rujuk artikel <a href=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/mata-wang-kripto\/\">Apa itu Mata Wang Kripto<\/a>.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"748\" height=\"405\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Melombong-BTC-BTC-Mining.png\" alt=\"Melombong BTC - BTC Mining\" class=\"wp-image-15818\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Melombong-BTC-BTC-Mining.png 748w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Melombong-BTC-BTC-Mining-300x162.png 300w\" sizes=\"(max-width: 748px) 100vw, 748px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-asas-bitcoin-yang-anda-perlu-tahu\"><strong>Asas Bitcoin Yang Anda Perlu Tahu<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Untuk faham apa itu mining Bitcoin, anda mesti faham dulu apa itu Bitcoin, bagaimana ia dicipta, bagaimana bekalannya dihadkan, dan apa peranan pelombong dalam ekosistem.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"1\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Sejarah ringkas Bitcoin bermula tahun 2008<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Bitcoin diperkenalkan oleh individu\/ kumpulan misteri bernama <strong>Satoshi Nakamoto<\/strong> melalui whitepaper bertajuk <em>\u201cBitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System\u201d<\/em>. Tujuannya sederhana tetapi radikal: mencipta sistem wang digital yang <strong>tidak dikawal bank atau kerajaan<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Januari 2009, Satoshi menjalankan <em>block pertama<\/em> Bitcoin, dipanggil <strong>Genesis Block,<\/strong> detik bermulanya seluruh sistem blockchain moden.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"2\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Bekalan Bitcoin terhad kepada 21 juta sahaja<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Tidak seperti duit fiat yang boleh dicetak tanpa had, Bitcoin mempunyai <strong>had maksimum 21,000,000 unit<\/strong>. Ini menjadikan Bitcoin bersifat <em>deflationary<\/em> iaitu semakin lama semakin sukar diperolehi.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"3\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Berapa banyak Bitcoin yang sudah dimining?<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Anggaran:<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih <strong>19.9 juta BTC<\/strong> sudah dimining setakat ini, iaitu kira-kira <strong>95% daripada bekalan maksimum 21 juta<\/strong>. Ini bermakna sekitar 1.0\u20131.1 juta BTC sahaja yang masih belum dimining.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"4\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Sampai bila proses mining akan tamat?<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Berdasarkan jadual semasa, Bitcoin dijangka akan mencapai 21 juta sepenuhnya sekitar <strong>tahun 2140<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"5\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Apa itu Bitcoin Halving?<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Halving ialah proses mengurangkan ganjaran mining sebanyak <strong>50% setiap 4 tahun<\/strong>. Ia memastikan Bitcoin semakin sukar diperolehi, sekali gus mengekalkan nilai jangka panjangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Contoh ringkas:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>2009 &#8211; Ganjaran: 50 BTC<\/li>\n\n\n\n<li>2012 &#8211; 25 BTC<\/li>\n\n\n\n<li>2016 &#8211; 12.5 BTC<\/li>\n\n\n\n<li>2020 &#8211; 6.25 BTC<\/li>\n\n\n\n<li>2024 &#8211; 3.125 BTC <em>(halving terkini)<\/em><\/li>\n\n\n\n<li>2028 &#8211; 1.5625 BTC<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"734\" height=\"433\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Bitcoin-Halving-dan-Bitcoin-Mining.png\" alt=\"Bitcoin Halving dan Bitcoin Mining\" class=\"wp-image-15816\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Bitcoin-Halving-dan-Bitcoin-Mining.png 734w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Bitcoin-Halving-dan-Bitcoin-Mining-300x177.png 300w\" sizes=\"(max-width: 734px) 100vw, 734px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<ol start=\"6\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Kenapa halving penting?<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Mengurangkan bekalan baharu<\/li>\n\n\n\n<li>Meningkatkan kelangkaan<\/li>\n\n\n\n<li>Memaksa pelombong lebih efisien<\/li>\n\n\n\n<li>Sering menjadi pencetus kenaikan harga BTC<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Semua ini berkait rapat dengan <strong>apa itu mining Bitcoin<\/strong>, kerana mining ialah cara bagaimana Bitcoin baharu \u201cdilahirkan\u201d dan bagaimana rangkaian blockchain dikekalkan.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-jadi-apa-maksud-bitcoin-amp-apa-itu-mining-bitcoin\"><strong>Jadi, Apa Maksud Bitcoin &amp; Apa Itu Mining Bitcoin?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p><strong>Maksud Bitcoin<\/strong> Aset digital terdesentralisasi yang berfungsi sebagai medium pertukaran dan penyimpan nilai, dibina menggunakan teknologi blockchain.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Apa Itu Mining Bitcoin<\/strong> Proses mengesahkan transaksi Bitcoin dan mencipta blok baharu dalam blockchain menggunakan kuasa pengiraan tinggi. Pelombong yang berjaya menyelesaikan persamaan kriptografi akan menerima ganjaran Bitcoin.<\/p>\n\n\n\n<p>Mari kita mulakan dengan asas Bitcoin sebelum masuk ke bahagian mining.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-apa-kaitan-bitcoin-mining-dengan-bitcoin-halving\"><strong>Apa Kaitan Bitcoin Mining Dengan Bitcoin Halving?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Mining dan halving <strong>saling bergantung<\/strong> kerana:<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-1-mining-menghasilkan-bitcoin-baharu-dan-halving-mengurangkan-ganjaran-mining\"><strong>1. Mining menghasilkan Bitcoin baharu dan Halving mengurangkan ganjaran mining<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Setiap kali pelombong berjaya menyelesaikan blok, mereka menerima <strong>block reward<\/strong>. Inilah cara Bitcoin baru \u201cdilahirkan\u201d ke dalam sistem.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi halving akan mengurangkan reward itu sebanyak 50% setiap 4 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Sebelum halving 2024 = 6.25 BTC<\/li>\n\n\n\n<li>Selepas halving 2024 = 3.125 BTC<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Ini bermaksud pelombong mendapat Bitcoin yang lebih kurang untuk kerja yang sama.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-2-halving-melambatkan-pengeluaran-bitcoin-jadi-mining-menjadi-lebih-sukar-untuk-profitable\"><strong>2. Halving melambatkan pengeluaran Bitcoin, jadi mining menjadi lebih sukar untuk profitable<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Mining masih berfungsi seperti biasa, tetapi setiap halving membuatkan:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Lebih sedikit Bitcoin baharu masuk ke pasaran<\/li>\n\n\n\n<li>Pelombong perlu lebih efisien<\/li>\n\n\n\n<li>Kos mining naik secara relatif<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Sistem ini memastikan bekalan Bitcoin tidak habis terlalu cepat.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-3-halving-menentukan-bila-mining-akan-berakhir\"><strong>3. Halving menentukan bila mining akan berakhir<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Sebab mining menghasilkan Bitcoin baharu <strong>mengikut block reward<\/strong>, dan reward ini semakin mengecil setiap halving, maka:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Bitcoin hanya akan mencapai <strong>21 juta unit sekitar tahun 2140<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li>Lepas itu, <strong>tiada lagi Bitcoin baharu<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li>Mining masih ada, tetapi pelombong hanya mendapat <strong>transaction fee<\/strong> sahaja<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Jadi <strong>halving ialah mekanisme yang mengawal kadar \u201ckelahiran\u201d Bitcoin melalui mining<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-4-halving-menjaga-nilai-bitcoin-dengan-mengawal-hasil-mining\"><strong>4. Halving menjaga nilai Bitcoin dengan mengawal hasil mining<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Halving mengurangkan bekalan baharu Bitcoin, sekali gus mewujudkan scarcity atau bekalan yang semakin terhad.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika mining dibiarkan tanpa halving:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>21 juta Bitcoin akan habis terlalu cepat<\/li>\n\n\n\n<li>Tiada scarcity, maka kurang nilai<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Halving memastikan:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Bitcoin menjadi semakin sukar diperoleh<\/li>\n\n\n\n<li>Mining kekal kompetitif<\/li>\n\n\n\n<li>Harga jangka panjang lebih stabil kerana bekalan baharu semakin sedikit<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"733\" height=\"477\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Bitcoin-Mining-Farm.png\" alt=\"Bitcoin Mining Farm\" class=\"wp-image-15819\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Bitcoin-Mining-Farm.png 733w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Bitcoin-Mining-Farm-300x195.png 300w\" sizes=\"(max-width: 733px) 100vw, 733px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-kenapa-mining-bitcoin-penting\"><strong>Kenapa Mining Bitcoin Penting?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Tanpa mining, Bitcoin tidak boleh wujud secara selamat. Berikut sebab mining penting:<\/p>\n\n\n\n<p><strong>1. Menjaga keselamatan rangkaian<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mining menghalang transaksi palsu dan serangan double-spending.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>2. Menghasilkan Bitcoin baharu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ia memperkenalkan Bitcoin baharu ke pasaran melalui block reward. Inilah cara Bitcoin \u201cdilahirkan\u201d sehingga mencapai bekalan maksima 21 juta.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>3. Menjalankan sistem tanpa bank<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ia memastikan Bitcoin terus terdesentralisasi. Tidak perlu middleman, pelombong adalah tulang belakang rangkaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa mining, Bitcoin tidak akan berfungsi.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-apa-itu-mining-bitcoin-bagaimana-ia-berfungsi\"><strong>Apa Itu Mining Bitcoin: Bagaimana Ia Berfungsi?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Untuk memahami apa itu mining Bitcoin, kita lihat prosesnya secara ringkas:<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"1\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Transaksi Bitcoin dihantar ke rangkaian<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Setiap kali seseorang menghantar Bitcoin, transaksi itu disiarkan kepada ribuan komputer (nod) di seluruh dunia. Nod ini akan memeriksa sama ada transaksi itu sah sebelum ia layak dimasukkan ke dalam block.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"2\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Pelombong mengumpul transaksi dalam \u201cblock\u201d<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Transaksi yang sah dikumpulkan dalam satu block. Setiap block mempunyai had saiz tertentu, jadi hanya sejumlah transaksi boleh dimuatkan dalam satu masa.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"3\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Persaingan menyelesaikan puzzle kriptografi<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Inilah bahagian mining. Pelombong menggunakan mesin ASIC atau GPU untuk mencuba berjuta-juta kombinasi sehingga jumpa <strong>hash,<\/strong> iaitu kod digital unik yang berfungsi sebagai \u201cjawapan\u201d kepada puzzle rangkaian Bitcoin. Hash ini mesti memenuhi syarat tertentu sebelum block diterima, dan proses mencarinya sangat sukar serta memerlukan kuasa komputer yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"4\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Pelombong pertama yang berjaya akan menang<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Pelombong yang menemui hash sah terlebih dahulu akan \u201cmemenangi\u201d block tersebut dan menerima <strong>block reward<\/strong> serta <strong>transaction fee<\/strong> daripada transaksi dalam block itu.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"5\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Block dimasukkan ke blockchain<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Block yang selesai dilombong akan ditambah ke dalam blockchain iaitu buku rekod kekal Bitcoin. Setelah dimasukkan, block tidak boleh diubah, menjadikan sistem ini sangat selamat dan telus.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-peralatan-amp-kos-untuk-mining-bitcoin\"><strong>Peralatan &amp; Kos Untuk Mining Bitcoin<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Untuk mula mining Bitcoin, anda perlukan perkakasan yang sesuai serta memahami kos operasi yang terlibat. Dua jenis mesin yang biasa digunakan ialah:<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-1-asic-miner\"><strong>1. ASIC Miner<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"734\" height=\"478\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Mesin-Melombong-Bitcoin-Asic-Miner.png\" alt=\"Mesin Melombong Bitcoin - Asic Miner\" class=\"wp-image-15815\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Mesin-Melombong-Bitcoin-Asic-Miner.png 734w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Mesin-Melombong-Bitcoin-Asic-Miner-300x195.png 300w\" sizes=\"(max-width: 734px) 100vw, 734px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Mesin paling berkuasa dan direka khusus untuk melombong Bitcoin. <strong>Kelebihan:<\/strong> sangat laju, efisien dan hasil mining tinggi. <strong>Kekurangan:<\/strong> harga mahal dan penggunaan elektrik sangat tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Harga ASIC biasanya bermula sekitar beberapa ribu ringgit dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit, bergantung pada model, kuasa hash dan keadaan pasaran.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-2-gpu-rig\"><strong>2. GPU Rig<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Kurang popular untuk Bitcoin kerana kurang efisien dan biasanya digunakan untuk altcoin seperti Ethereum Classic, Kaspa atau Monero. <strong>Kelebihan:<\/strong> fleksibel untuk mining pelbagai coin. <strong>Kekurangan:<\/strong> kuasa hash rendah untuk Bitcoin.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain perkakasan, mining memerlukan kos operasi yang signifikan:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Bil elektrik sangat tinggi kerana mesin perlu berjalan sepanjang masa, dan jumlahnya boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit sebulan.<\/li>\n\n\n\n<li>Kos penyelenggaraan meningkat apabila komponen rosak atau haus selepas penggunaan jangka panjang.<\/li>\n\n\n\n<li>Mesin ASIC menghasilkan haba yang sangat tinggi, menyebabkan pelombong perlu menyediakan sistem penyejukan seperti ventilation, industrial fan atau immersion cooling (kaedah merendam mesin dalam cecair khas) untuk mengelakkan overheating.<\/li>\n\n\n\n<li>Banyak mining farm berskala besar dibina di kawasan bersuhu sejuk seperti Iceland, Norway atau Siberia kerana gabungan elektrik murah dan udara sejuk yang membantu penyejukan, walaupun kini terdapat juga pusat mining utama di tempat lain seperti Amerika Syarikat dan Kazakhstan.<\/li>\n\n\n\n<li>Mining farm ialah fasiliti besar yang menempatkan ratusan atau ribuan mesin ASIC dan biasanya dimiliki oleh syarikat mining profesional, pelabur institusi atau penyedia cloud mining.<\/li>\n\n\n\n<li>Mining farm memerlukan modal besar, ruang yang luas serta bekalan elektrik yang stabil, menjadikannya kurang sesuai untuk pelombong kecil.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-jenis-jenis-cara-mining-bitcoin\"><strong>Jenis-Jenis Cara Mining Bitcoin<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-1-solo-mining\"><strong>1) Solo Mining<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Solo mining bermaksud anda melombong menggunakan mesin sendiri tanpa menyertai mana-mana kumpulan. Anda menyiapkan rig atau ASIC di rumah dan cuba mencari block reward secara individu. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kelebihan:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Ganjaran 100 peratus milik anda jika berjaya melombong blok<\/li>\n\n\n\n<li>Tiada sebarang fee atau pembahagian hasil<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><strong>Kekurangan:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Sangat sukar untuk mendapat block reward bagi pelombong kecil kerana kuasa hash terlalu rendah berbanding pelombong besar<\/li>\n\n\n\n<li>Kos permulaan tinggi dan risiko pulangan lambat<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-2-mining-pool\"><strong>2) Mining Pool<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Mining pool ialah kumpulan pelombong yang menggabungkan kuasa hash masing-masing untuk melombong blok secara bersama. Setiap pelombong menyumbang kuasa komputer, dan apabila pool berjaya melombong sebuah blok, ganjaran akan dibahagikan mengikut sumbangan kuasa hash setiap ahli.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Bagaimana ia berfungsi:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Anda masih menggunakan mesin sendiri di rumah atau pusat mining kecil<\/li>\n\n\n\n<li>Mesin anda disambungkan ke server pool<\/li>\n\n\n\n<li>Semua kuasa hash peserta dikumpulkan supaya peluang melombong blok meningkat<\/li>\n\n\n\n<li>Bila blok berjaya dilombong, reward dibahagi secara proporsional<\/li>\n\n\n\n<li>Pool mengenakan fee kecil (biasanya 1\u20133 peratus)<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><strong>Kenapa ia penting untuk pelombong kecil:<\/strong> <\/p>\n\n\n\n<p>Peluang untuk mendapat block reward seorang diri hampir mustahil. Dengan mining pool, pelombong kecil masih boleh menerima pendapatan konsisten walaupun sedikit, berbanding langsung tidak mendapat apa-apa jika melombong secara solo.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-jadual-penguasaan-umum-mining-pool-bitcoin\"><strong>Jadual: Penguasaan Umum Mining Pool Bitcoin<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-table\"><table class=\"has-fixed-layout\"><tbody><tr><td>Mining Pool<\/td><td>Anggaran Market Share<\/td><td>Keterangan Ringkas<\/td><\/tr><tr><td>Foundry USA<\/td><td>~30%<\/td><td>Pool paling dominan, terkenal dengan kuasa hash sangat tinggi.<\/td><\/tr><tr><td>AntPool<\/td><td>~20%<\/td><td>Dimiliki Bitmain, kuat dari Asia.<\/td><\/tr><tr><td>F2Pool<\/td><td>~14%<\/td><td>Antara pool tertua dan konsisten.<\/td><\/tr><tr><td>ViaBTC<\/td><td>~9%<\/td><td>Popular dengan pelombong kecil &amp; sederhana.<\/td><\/tr><tr><td>Binance Pool<\/td><td>~7%<\/td><td>Berkaitan exchange terbesar dunia.<\/td><\/tr><tr><td>Lain-lain<\/td><td>~20%<\/td><td>Pool kecil yang jumlahnya banyak tetapi tidak dominan.<\/td><\/tr><\/tbody><\/table><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Nota:<\/strong> Ini ialah anggaran purata. Angka berubah mengikut bulan, tetapi struktur dominasi keseluruhan hampir sama setiap tahun.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-3-cloud-mining\"><strong>3) Cloud Mining<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Cloud mining bermaksud anda tidak memiliki mesin. Sebaliknya, anda menyewa kuasa mining daripada syarikat yang memiliki mining farm. Mereka menjalankan operasi, manakala anda hanya menerima bahagian keuntungan berdasarkan kontrak yang dipilih.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kelebihan:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Tidak perlu beli hardware<\/li>\n\n\n\n<li>Tiada bil elektrik dan tiada kos penyejukan<\/li>\n\n\n\n<li>Paling mudah untuk pemula mencuba mining<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><strong>Kekurangan:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Risiko penipuan sangat tinggi kerana banyak syarikat tidak telus<\/li>\n\n\n\n<li>Pulangan perlahan dan tidak stabil<\/li>\n\n\n\n<li>Anda tidak mengawal hardware, jadi tidak boleh ubah tetapan atau optimasi<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"734\" height=\"487\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Mining-Bitcoin-di-rumah-solo-Miner.png\" alt=\"Mining Bitcoin di rumah - Solo Miner\" class=\"wp-image-15817\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Mining-Bitcoin-di-rumah-solo-Miner.png 734w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Mining-Bitcoin-di-rumah-solo-Miner-300x199.png 300w\" sizes=\"(max-width: 734px) 100vw, 734px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-faq-soalan-lazim-tentang-apa-itu-mining-bitcoin\"><strong>FAQ: Soalan Lazim Tentang Apa Itu Mining Bitcoin<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<ol start=\"1\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Adakah mining Bitcoin masih berbaloi?<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Berbaloi jika elektrik murah dan gunakan ASIC efisien. Jika tidak, ROI lambat.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"2\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Berapa lama boleh dapat 1 Bitcoin?<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Bergantung kepada kuasa mesin, difficulty, dan mining pool. Secara solo, hampir mustahil bagi pelombong kecil.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"3\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Coin lain apa yang boleh di-mining?<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Setakat 2025, banyak altcoin masih guna model Proof-of-Work seperti:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Litecoin (LTC)<\/li>\n\n\n\n<li>Dogecoin (DOGE)<\/li>\n\n\n\n<li>Monero (XMR)<\/li>\n\n\n\n<li>Kaspa (KAS)<\/li>\n\n\n\n<li>Ethereum Classic (ETC)<\/li>\n\n\n\n<li>Bitcoin Cash (BCH)<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Setiap coin perlukan mesin berbeza mengikut algoritma.<\/p>\n\n\n\n<ol start=\"4\" class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Apa beza mining dengan membeli Bitcoin?<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Mining memerlukan modal hardware &amp; elektrik. Membeli Bitcoin jauh lebih mudah untuk pelabur biasa.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\" id=\"h-kesimpulan-fahami-apa-itu-mining-bitcoin\"><strong>Kesimpulan: Fahami Apa Itu Mining Bitcoin<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Sekarang anda sudah faham apa itu mining Bitcoin, bagaimana prosesnya berlaku, dan mengapa ia penting untuk keselamatan blockchain. Mining mungkin bukan pilihan terbaik untuk semua orang disebabkan kos tinggi dan difficulty yang semakin meningkat, tetapi memahami asasnya membantu anda lebih yakin dalam dunia aset digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka yang ingin mengikuti pergerakan harga Bitcoin tanpa terlibat secara langsung dalam aktiviti mining, terdapat pelbagai instrumen pasaran yang membolehkan pendedahan kepada pergerakan harga aset digital melalui platform dagangan yang terkawal dan profesional seperti <strong>Ultima Markets<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahami apa itu mining Bitcoin, cara pelombong \u201cmenggali\u201d BTC, bagaimana halving berfungsi, kos sebenar mining dan kenapa ia penting untuk rangkaian blockchain.<\/p>\n","protected":false},"author":53,"featured_media":15814,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[9,78],"tags":[],"class_list":["post-15813","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-academy","category-academy-new-article"],"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO Premium plugin v27.2 (Yoast SEO v27.6) - https:\/\/yoast.com\/product\/yoast-seo-premium-wordpress\/ -->\n<title>Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke? | Ultima Markets<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Fahami apa itu mining Bitcoin, cara pelombong \u201cmenggali\u201d BTC, bagaimana halving berfungsi, kos sebenar mining dan kenapa ia penting untuk rangkaian blockchain.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke?\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Fahami apa itu mining Bitcoin, cara pelombong \u201cmenggali\u201d BTC, bagaimana halving berfungsi, kos sebenar mining dan kenapa ia penting untuk rangkaian blockchain.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15813\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ultima Markets\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/ultimamarketsglobal\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-12-10T03:34:55+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-06-11T10:28:14+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Apa-Itu-Bitcoin-Mining.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"393\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"179\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"melissa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@UltimaMarkets\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@UltimaMarkets\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"melissa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"9 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\\\/\\\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/apa-itu-mining-bitcoin\\\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/apa-itu-mining-bitcoin\\\/\"},\"author\":{\"name\":\"melissa\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/9977e51d4965d693d1187f5070602109\"},\"headline\":\"Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke?\",\"datePublished\":\"2025-12-10T03:34:55+00:00\",\"dateModified\":\"2026-06-11T10:28:14+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/apa-itu-mining-bitcoin\\\/\"},\"wordCount\":1677,\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/apa-itu-mining-bitcoin\\\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/12\\\/Apa-Itu-Bitcoin-Mining.png\",\"articleSection\":[\"Academy\",\"Academy New Article\"],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\\\/15813\",\"name\":\"Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke? | Ultima Markets\",\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/12\\\/Apa-Itu-Bitcoin-Mining.png\",\"datePublished\":\"2025-12-10T03:34:55+00:00\",\"dateModified\":\"2026-06-11T10:28:14+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.trade\\\/ms\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/9977e51d4965d693d1187f5070602109\"},\"description\":\"Fahami apa itu mining Bitcoin, cara pelombong \u201cmenggali\u201d BTC, bagaimana halving berfungsi, kos sebenar mining dan kenapa ia penting untuk rangkaian blockchain.\",\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/apa-itu-mining-bitcoin\\\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/12\\\/Apa-Itu-Bitcoin-Mining.png\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/12\\\/Apa-Itu-Bitcoin-Mining.png\",\"width\":393,\"height\":179,\"caption\":\"Apa Itu Bitcoin Mining\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\\\/15813#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"posts\",\"item\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":3,\"name\":\"Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke?\",\"item\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\\\/15813\"}]}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO Premium plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke? | Ultima Markets","description":"Fahami apa itu mining Bitcoin, cara pelombong \u201cmenggali\u201d BTC, bagaimana halving berfungsi, kos sebenar mining dan kenapa ia penting untuk rangkaian blockchain.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke?","og_description":"Fahami apa itu mining Bitcoin, cara pelombong \u201cmenggali\u201d BTC, bagaimana halving berfungsi, kos sebenar mining dan kenapa ia penting untuk rangkaian blockchain.","og_url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15813","og_site_name":"Ultima Markets","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/ultimamarketsglobal","article_published_time":"2025-12-10T03:34:55+00:00","article_modified_time":"2026-06-11T10:28:14+00:00","og_image":[{"width":393,"height":179,"url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Apa-Itu-Bitcoin-Mining.png","type":"image\/png"}],"author":"melissa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@UltimaMarkets","twitter_site":"@UltimaMarkets","twitter_misc":{"Written by":"melissa","Est. reading time":"9 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-mining-bitcoin\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-mining-bitcoin\/"},"author":{"name":"melissa","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/#\/schema\/person\/9977e51d4965d693d1187f5070602109"},"headline":"Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke?","datePublished":"2025-12-10T03:34:55+00:00","dateModified":"2026-06-11T10:28:14+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-mining-bitcoin\/"},"wordCount":1677,"image":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-mining-bitcoin\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Apa-Itu-Bitcoin-Mining.png","articleSection":["Academy","Academy New Article"],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"WebPage","@id":"","url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15813","name":"Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke? | Ultima Markets","thumbnailUrl":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Apa-Itu-Bitcoin-Mining.png","datePublished":"2025-12-10T03:34:55+00:00","dateModified":"2026-06-11T10:28:14+00:00","author":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.trade\/ms\/#\/schema\/person\/9977e51d4965d693d1187f5070602109"},"description":"Fahami apa itu mining Bitcoin, cara pelombong \u201cmenggali\u201d BTC, bagaimana halving berfungsi, kos sebenar mining dan kenapa ia penting untuk rangkaian blockchain.","inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-mining-bitcoin\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Apa-Itu-Bitcoin-Mining.png","contentUrl":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/12\/Apa-Itu-Bitcoin-Mining.png","width":393,"height":179,"caption":"Apa Itu Bitcoin Mining"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15813#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"posts","item":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"},{"@type":"ListItem","position":3,"name":"Apa Itu Mining Bitcoin? Macam Gali Emas Ke?","item":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15813"}]}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15813","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/53"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15813"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15813\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17766,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15813\/revisions\/17766"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15814"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15813"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15813"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15813"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}