{"id":15716,"date":"2025-11-26T09:33:17","date_gmt":"2025-11-26T09:33:17","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/?p=15716"},"modified":"2026-06-11T10:35:01","modified_gmt":"2026-06-11T10:35:01","slug":"orang-terkaya-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/orang-terkaya-dunia\/","title":{"rendered":"Orang Terkaya Dunia 2025: Siapa No.1 Tahun Ini?"},"content":{"rendered":"\n

Orang Terkaya Dunia 2025: Siapa No.1 Tahun Ini?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n

Siapa sebenarnya orang terkaya di dunia<\/strong> pada tahun 2025? Dalam era teknologi dan AI yang berkembang pesat, senarai orang terkaya di dunia didominasi tokoh-tokoh dari syarikat teknologi, data center, cloud computing dan perniagaan mewah global. Tahun 2025 menyaksikan perubahan besar apabila nilai kekayaan melonjak hasil ledakan AI dan pasaran saham teknologi.<\/p>\n\n\n\n

Untuk membantu anda memahami siapa orang terkaya di dunia<\/strong>, berikut ialah senarai lengkap 15 individu paling kaya tahun ini, termasuk sumber kekayaan serta industri yang membentuk mereka.<\/p>\n\n\n\n

Apa Maksud Orang Terkaya di Dunia?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n

Orang terkaya di dunia<\/strong> merujuk kepada individu dengan nilai kekayaan bersih (net worth) paling tinggi berdasarkan aset seperti pegangan syarikat, saham, hartanah, pelaburan, dan perniagaan lain. Sumber utama rujukan ialah Forbes Billionaires List dan Bloomberg Billionaires Index.<\/p>\n\n\n\n

Jadual 15 Orang Terkaya di Dunia<\/strong><\/h2>\n\n\n\n

Jadual di bawah menunjukkan senarai penuh 15 individu terkaya di dunia tahun 2025 bersama sumber kekayaan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n

Rank<\/td>Nama<\/td>Nilai Bersih (USD)<\/td>Syarikat \/ Industri<\/td>Negara<\/td>Umur (2025)<\/td><\/tr>
1<\/td>Elon Musk<\/td>$442B<\/td>Tesla, SpaceX, xAI (Teknologi \/ EV \/ AI)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>54<\/td><\/tr>
2<\/td>Larry Page<\/td>$276B<\/td>Google \/ Alphabet (Teknologi \/ Internet \/ AI)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>52<\/td><\/tr>
3<\/td>Sergey Brin<\/td>$258B<\/td>Google \/ Alphabet (Teknologi \/ Internet \/ AI)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>51<\/td><\/tr>
4<\/td>Larry Ellison<\/td>$254B<\/td>Oracle (Software \/ Cloud \/ Database)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>81<\/td><\/tr>
5<\/td>Jeff Bezos<\/td>$251B<\/td>Amazon (E-commerce \/ Cloud)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>61<\/td><\/tr>
6<\/td>Mark Zuckerberg<\/td>$225B<\/td>Meta (Media Sosial \/ AI \/ VR)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>41<\/td><\/tr>
7<\/td>Bernard Arnault<\/td>$196B<\/td>LVMH (Barangan Mewah)<\/td>Perancis<\/td>76<\/td><\/tr>
8<\/td>Steve Ballmer<\/td>$166B<\/td>Microsoft (Teknologi)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>69<\/td><\/tr>
9<\/td>Michael Dell<\/td>$155B<\/td>Dell Technologies (Hardware \/ Server \/ IT)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>60<\/td><\/tr>
10<\/td>Jensen Huang<\/td>$155B<\/td>Nvidia (Semikonduktor \/ AI Chips)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>62<\/td><\/tr>
11<\/td>Warren Buffett<\/td>$153B<\/td>Berkshire Hathaway (Pelaburan)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>95<\/td><\/tr>
12<\/td>Jim Walton<\/td>$131B<\/td>Walmart (Runcit \/ Retail)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>77<\/td><\/tr>
13<\/td>Rob Walton<\/td>$129B<\/td>Walmart (Runcit \/ Retail)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>80<\/td><\/tr>
14<\/td>Alice Walton<\/td>$128B<\/td>Walmart (Runcit \/ Retail \/ Seni)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>76<\/td><\/tr>
15<\/td>Bill Gates<\/td>$118B<\/td>Microsoft (Teknologi)<\/td>Amerika Syarikat<\/td>70<\/td><\/tr><\/tbody><\/table><\/figure>\n\n\n\n

Sumber: <\/strong>Bloomberg<\/strong> Billionaires Index<\/strong>Dikemaskini pada:<\/strong> 26 November 2025 (UTC)<\/p>\n\n\n\n

Top 15 Orang Terkaya di Dunia (2025 – Terkini)<\/strong><\/h2>\n\n\n\n

1. Elon Musk<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Elon Musk ialah pengasas Tesla, SpaceX, Neuralink dan xAI, menjadikan beliau ikon teknologi era moden. Kekayaannya melonjak hasil pegangan besar dalam Tesla dan nilai syarikat angkasa SpaceX yang meningkat mendadak. Beliau dikenali sebagai inovator yang menggerakkan industri EV, AI dan eksplorasi angkasa.<\/p>\n\n\n\n

Kekayaan Elon Musk pula banyak dipengaruhi oleh pergerakan saham Tesla. Jika anda ingin faham pergerakan saham syarikat ini, rujuk artikel Saham Tesla<\/a>.<\/p>\n\n\n\n

\"Orang<\/figure>\n\n\n\n

2. Larry Page<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Larry Page ialah pengasas bersama Google dan bekas CEO Alphabet. Kekayaannya datang daripada pegangan saham besar dalam Google yang terus berkembang melalui AI, cloud dan perkhidmatan Internet global. Page juga melabur dalam projek futuristik seperti drone, robotik dan teknologi tenaga.<\/p>\n\n\n\n

3. Sergey Brin<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Sergey Brin ialah rakan pengasas Google bersama Larry Page. Nilai kekayaannya meningkat melalui dominasi Google dalam enjin carian, YouTube, AI dan cloud computing. Brin juga aktif dalam projek inovasi seperti Google X, self-driving cars dan AI research.<\/p>\n\n\n\n

4. Larry Ellison<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Larry Ellison ialah pengasas dan bekas CEO Oracle Corporation, salah satu syarikat software dan database terbesar dunia. Kekayaannya melonjak hasil pertumbuhan Oracle Cloud dan permintaan tinggi sistem enterprise. Beliau juga memiliki pelaburan besar dalam Tesla dan hartanah mewah.<\/p>\n\n\n\n

\"Orang<\/figure>\n\n\n\n

5. Jeff Bezos<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Jeff Bezos ialah pengasas Amazon, gergasi e-dagang dan cloud computing terbesar dunia. Kekayaannya datang daripada pegangan saham Amazon dan pelaburan seperti Blue Origin. Bezos dikenali sebagai individu yang mengubah cara dunia membeli-belah dan membentuk industri cloud moden.<\/p>\n\n\n\n

6. Mark Zuckerberg<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Mark Zuckerberg ialah pengasas Meta (Facebook, Instagram, WhatsApp). Kekayaannya naik akibat pertumbuhan Meta dalam AI, iklan digital dan platform VR\/metaverse. Beliau juga antara CEO termuda yang masuk kelompok super-billionaire.<\/p>\n\n\n\n

7. Bernard Arnault<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Bernard Arnault memimpin empayar mewah LVMH yang merangkumi Louis Vuitton, Dior, Tiffany & Co. Kekayaannya dibina melalui penguasaan global dalam barangan mewah premium. Arnault adalah antara segelintir bukan warga AS dalam senarai top billionaire dunia.<\/p>\n\n\n\n

\"Orang<\/figure>\n\n\n\n

8. Steve Ballmer<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Steve Ballmer ialah bekas CEO Microsoft dan pemilik pasukan NBA LA Clippers. Kekayaannya datang daripada pegangan saham Microsoft yang terus meningkat melalui AI dan cloud. Ballmer terkenal dengan gaya kepimpinannya yang agresif dan karismatik.<\/p>\n\n\n\n

9. Michael Dell<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Michael Dell ialah pengasas Dell Technologies, salah satu syarikat terbesar dalam server, PC dan infrastruktur IT. Nilai kekayaannya melonjak kerana permintaan AI servers dan data center hardware. Dell juga aktif dalam pelaburan swasta melalui MSD Capital.<\/p>\n\n\n\n

10. Jensen Huang<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Jensen Huang ialah pengasas dan CEO Nvidia, syarikat yang menguasai pasaran GPU dan AI chips global. Ledakan AI menyebabkan nilai Nvidia melonjak dan menjadikan beliau antara billionaire paling cepat naik dalam sejarah. Huang dikenali sebagai tokoh utama revolusi AI moden.<\/p>\n\n\n\n

Kedudukan Jensen Huang dalam senarai ini tidak mengejutkan kerana ledakan AI yang melonjakkan saham Nvidia. Anda boleh baca lebih lanjut dalam artikel Kenapa Pelabur Pantau Saham Nvidia.<\/a><\/p>\n\n\n\n

\"Orang<\/figure>\n\n\n\n

11. Warren Buffett<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Warren Buffett ialah legenda pelaburan dan pemilik Berkshire Hathaway. Kekayaannya dibina melalui strategi value investing dan kepakaran memilih syarikat kukuh jangka panjang. Beliau dianggap mentor ramai pelabur global dan dikenali sebagai \u201cOracle of Omaha\u201d.<\/p>\n\n\n\n

12. Jim Walton<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Jim Walton ialah anak bongsu (anak ke-3) kepada Sam Walton, pengasas Walmart iaitu rangkaian pasar raya terbesar dunia. Kekayaannya datang dari saham Walmart yang bernilai tinggi dan stabil. Beliau mewakili generasi Walton yang meneruskan empayar retail keluarga.<\/p>\n\n\n\n

13. Rob Walton<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Rob Walton ialah bekas pengerusi Walmart dan juga pewaris utama (anak pertama dalam keluarga Walton) syarikat itu. Kekayaannya diperoleh melalui pegangan saham besar dalam Walmart. Beliau memainkan peranan penting dalam pertumbuhan syarikat semasa era globalisasi retail.<\/p>\n\n\n\n

14. Alice Walton<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Alice Walton merupakan pewaris Walmart (anak kedua daripada tiga beradik Walton) dan wanita yang berpengaruh dalam dunia seni. Kekayaannya datang daripada saham Walmart dan pelaburan seni bernilai tinggi. Beliau terkenal membina muzium seni Crystal Bridges di Arkansas.<\/p>\n\n\n\n

15. Bill Gates<\/strong><\/h3>\n\n\n\n

Bill Gates ialah pengasas Microsoft dan salah satu tokoh teknologi paling berpengaruh dalam sejarah. Walaupun melepaskan banyak saham Microsoft, beliau masih kekal dalam senarai terkaya melalui pelaburan global dan Bill & Melinda Gates Foundation. Gates terus aktif dalam inovasi, kesihatan global dan teknologi tenaga.<\/p>\n\n\n\n

Kenapa Teknologi Menghasilkan Ramai Orang Terkaya di Dunia?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n

80% daripada orang terkaya di dunia datang dari industri teknologi. Ini kerana:<\/p>\n\n\n\n