{"id":15438,"date":"2025-10-27T13:44:25","date_gmt":"2025-10-27T13:44:25","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/?p=15438"},"modified":"2025-10-27T13:44:26","modified_gmt":"2025-10-27T13:44:26","slug":"perang-dagang-amerika-dan-china","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/perang-dagang-amerika-dan-china\/","title":{"rendered":"Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi"},"content":{"rendered":"\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Dalam era globalisasi, hubungan ekonomi antara negara semakin rumit. Setiap dasar perdagangan, cukai import dan sekatan eksport boleh memberi kesan besar kepada harga barangan serta kestabilan pasaran kewangan. Di sinilah istilah <strong>\u201cperang dagang\u201d<\/strong> sering muncul, satu situasi apabila dua negara besar saling mengenakan tarif atau sekatan bagi melindungi kepentingan ekonomi masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara asasnya, <strong>perang dagang<\/strong> ialah \u201cperang ekonomi\u201d tanpa senjata, di mana strategi utamanya ialah penggunaan tarif, kuota, atau halangan perdagangan sebagai alat tekanan politik dan ekonomi. Walaupun nampak seperti isu antara kerajaan, <strong>Perang Dagang Amerika dan China<\/strong> memberi kesan langsung kepada syarikat, pelabur, dan pengguna di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Apa Itu Perang Dagang Amerika dan China?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p><strong>Perang dagang Amerika dan China<\/strong> ialah konflik ekonomi antara dua kuasa besar dunia di mana kedua-dua negara mengenakan tarif dan sekatan perdagangan antara satu sama lain bagi melindungi kepentingan domestik.<\/p>\n\n\n\n<p>Konflik perang dagang ini bermula sekitar <strong>2018<\/strong>, apabila <strong>Amerika Syarikat (AS)<\/strong> di bawah pentadbiran Presiden <strong>Donald Trump<\/strong> mengenakan tarif import terhadap ratusan bilion dolar barangan dari <strong>China<\/strong>, dengan alasan amalan perdagangan tidak adil dan kecurian harta intelek. China membalas dengan tindakan balas tarif ke atas produk pertanian, kenderaan dan teknologi dari AS.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak itu, hubungan ekonomi kedua-dua negara terus tegang, memberi kesan berantai kepada rantaian bekalan global, kadar inflasi, pasaran saham, dan juga nilai mata wang utama dunia.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China-Trade-War-1024x683.png\" alt=\"Perang Dagang Amerika Dan China - Trade War\" class=\"wp-image-15440\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China-Trade-War-1024x683.png 1024w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China-Trade-War-300x200.png 300w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China-Trade-War-768x512.png 768w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China-Trade-War.png 1536w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Punca Utama Perang Dagang Amerika dan China<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Perang dagang antara Amerika Syarikat dan China bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia berpunca daripada gabungan faktor ekonomi, teknologi, dan geopolitik yang sudah lama wujud antara dua kuasa besar dunia ini.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>1. Ketidakseimbangan Perdagangan (Trade Deficit)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Salah satu punca utama ialah defisit perdagangan besar yang dialami Amerika Syarikat. Setiap tahun, nilai import barangan dari China jauh mengatasi eksport AS ke China. Sebagai contoh, pada tahun 2018 (tahun bermulanya perang dagang), <strong>defisit perdagangan AS dengan China melebihi USD 375 bilion<\/strong>, menurut data U.S. Census Bureau.<\/p>\n\n\n\n<p>Washington berpendapat keadaan ini menunjukkan <strong>ketidakseimbangan yang tidak adil<\/strong>, di mana China dikatakan mengambil kesempatan melalui subsidi kerajaan dan dasar kawalan mata wang yang menjadikan produk mereka lebih murah di pasaran global.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2. Isu Teknologi &amp; Harta Intelek (Intellectual Property)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Selain perdagangan, teknologi menjadi medan perebutan utama dalam perang dagangan Amerika dan China. AS menuduh China meniru atau mencuri teknologi syarikat Amerika, khususnya dalam sektor elektronik, tenaga dan pertahanan. Syarikat-syarikat AS yang ingin beroperasi di China pula dikatakan <strong>\u201cdipaksa\u201d memindahkan teknologi<\/strong> kepada rakan kongsi tempatan sebagai syarat pelaburan, satu amalan yang dianggap menyalahi prinsip perdagangan bebas.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks global hari ini, isu ini menjadi lebih sensitif apabila China muncul sebagai pesaing besar dalam industri strategik seperti <strong>cip semikonduktor, kecerdasan buatan (AI)<\/strong>, dan <strong>teknologi 5G<\/strong>, yang dulunya dikuasai oleh Amerika Syarikat.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>3. Persaingan Kuasa Global<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Akar sebenar perang dagang juga berkait dengan <strong>pengaruh geopolitik dan kuasa ekonomi<\/strong>. Amerika Syarikat melihat kebangkitan pesat China sebagai ancaman terhadap dominasi globalnya, bukan hanya dari segi ekonomi, tetapi juga teknologi, ketenteraan, dan diplomatik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, China pula berusaha mengukuhkan kedudukannya melalui inisiatif <strong>Belt and Road Initiative (BRI)<\/strong> serta strategi \u201cMade in China 2025\u201d, yang bertujuan menjadikan negara itu peneraju dunia dalam pembuatan berteknologi tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Persaingan ini akhirnya melangkaui isu tarif semata-mata, ia menjadi simbol kepada <strong>peralihan kuasa global<\/strong> dari Barat ke Timur, yang mencetuskan ketidaktentuan besar dalam pasaran dunia.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"736\" height=\"484\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagangan-Antara-Donald-Trump-Amerika-Dan-Xi-JinPing-China.png\" alt=\"Perang Dagangan Antara Donald Trump Amerika Dan Xi JinPing China\" class=\"wp-image-15441\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagangan-Antara-Donald-Trump-Amerika-Dan-Xi-JinPing-China.png 736w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagangan-Antara-Donald-Trump-Amerika-Dan-Xi-JinPing-China-300x197.png 300w\" sizes=\"(max-width: 736px) 100vw, 736px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Kronologi Perang Dagang Amerika dan China<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Perang dagang antara Amerika dan China telah melalui beberapa fasa penting sejak bermula pada 2018. Setiap tahun membawa perkembangan baharu yang bukan sahaja mempengaruhi dua ekonomi terbesar dunia, tetapi juga kestabilan pasaran global.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2018 \u2013 Permulaan Konflik Tarif<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Segalanya bermula apabila <strong>Presiden Donald Trump<\/strong> melancarkan kempen untuk \u201cmembetulkan ketidakseimbangan perdagangan\u201d antara Amerika Syarikat dan China. Pada <strong>Mac 2018<\/strong>, AS mengenakan tarif 25% terhadap produk keluli dan 10% terhadap aluminium, yang turut menjejaskan import dari China. Beberapa bulan kemudian, Washington menambah tarif ke atas <strong>barangan China bernilai lebih USD 250 bilion<\/strong>, termasuk komponen elektronik dan mesin industri.<\/p>\n\n\n\n<p>China membalas dengan <strong>tarif balas bernilai USD 110 bilion<\/strong>, menyasarkan produk pertanian seperti soya, daging babi, dan kenderaan buatan Amerika. Langkah ini memberi tamparan hebat kepada petani dan pengeluar di AS yang bergantung pada pasaran eksport China.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2019 \u2013 Ketegangan Memuncak<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Tahun berikutnya menyaksikan konflik semakin tegang. AS terus menambah senarai produk China yang dikenakan tarif, manakala China bertindak balas secara berperingkat. Ketidaktentuanyang berpunca daripada <strong>perang dagang Amerika dan China<\/strong>, mencetuskan kegelisahan di pasaran saham global, menyebabkan pelabur berpindah ke aset selamat seperti emas dan dolar AS.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama, <strong>syarikat teknologi Huawei<\/strong> mula menjadi sasaran utama AS, apabila Washington menuduh syarikat itu menimbulkan ancaman keselamatan negara. Ini menandakan permulaan perang dagang yang turut berasaskan <strong>teknologi dan keselamatan digital<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2020 \u2013 \u201cPhase One Deal\u201d Ditandatangani<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Pada <strong>Januari 2020<\/strong>, kedua-dua negara mencapai satu bentuk kompromi melalui <strong>\u201cPhase One Trade Deal\u201d<\/strong>. Dalam perjanjian itu, China bersetuju untuk meningkatkan pembelian produk Amerika seperti pertanian, tenaga, dan perkhidmatan kewangan bernilai sekurang-kurangnya <strong>USD 200 bilion<\/strong> dalam tempoh dua tahun. Sebagai balasan, AS bersetuju untuk mengurangkan sebahagian tarif sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun sama telah menjejaskan pelaksanaan perjanjian ini, dan ketegangan kembali meningkat menjelang akhir tahun.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2021\u20132024 \u2013 Perang Teknologi dan Sekatan Berterusan<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Selepas Donald Trump meninggalkan White House, <strong>dinamika Perang Dagang Amerika dan China<\/strong> berubah apabila pentadbiran Presiden Joe Biden mengambil pendekatan lebih diplomatik terhadap China, namun dasar perdagangan kekal tegas. AS <strong>mengekalkan sebahagian besar tarif era Trump<\/strong> sambil menumpukan perhatian kepada <strong>sekatan teknologi<\/strong> yang lebih menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada <strong>Oktober 2022<\/strong>, Washington memperkenalkan peraturan baharu yang menghadkan eksport <strong>cip semikonduktor canggih dan peralatan pembuatan cip<\/strong> ke China. Sekatan ini diperluas lagi pada <strong>2023<\/strong>, melibatkan syarikat besar seperti <strong>Nvidia, AMD dan ASML<\/strong>, dengan alasan untuk menghalang penyalahgunaan teknologi bagi tujuan ketenteraan.<\/p>\n\n\n\n<p>Syarikat teknologi China seperti <strong>Huawei, ZTE, TikTok dan SMIC<\/strong> turut terkesan akibat sekatan tersebut. Situasi ini menandakan perubahan besar dalam dinamik perang dagang. Ini bukan lagi sekadar isu tarif, tetapi perebutan <strong>penguasaan teknologi global dan keselamatan digital<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"741\" height=\"488\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Tarif-Cukai-Sekatan-Ekonomi-Perang-Dagang-Amerika-China.png\" alt=\"Tarif Cukai Sekatan Ekonomi - Perang Dagang Amerika China\" class=\"wp-image-15442\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Tarif-Cukai-Sekatan-Ekonomi-Perang-Dagang-Amerika-China.png 741w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Tarif-Cukai-Sekatan-Ekonomi-Perang-Dagang-Amerika-China-300x198.png 300w\" sizes=\"(max-width: 741px) 100vw, 741px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2025 &#8211; Perang Dagang Memuncak Semula di Bawah Pentadbiran Kedua Trump<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Januari 2025:<\/strong> Donald Trump kembali ke White House dan melancarkan dasar baharu <strong>\u201cLiberation Day Tariffs.\u201d<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li><strong>Feb\u2013April 2025:<\/strong> Amerika Syarikat menaikkan tarif secara berperingkat sehingga<strong> 140%<\/strong> ke atas barangan China.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Reaksi China:<\/strong> Beijing membalas dengan tarif setanding hingga <strong>125%<\/strong>, serta <strong>menggantung eksport logam nadir bumi (rare earths) dan bahan magnet penting<\/strong> ke AS.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Kesan Pasaran:<\/strong> Ketegangan mencetuskan kejutan global \u2014 pelabur beralih ke <strong>emas dan USD<\/strong>, manakala sektor pembuatan dan teknologi terjejas akibat gangguan rantaian bekalan.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Mei 2025:<\/strong> Kedua-dua negara mencapai <strong>gencatan sementara (tariff truce)<\/strong> \u2014 AS menurunkan tarif kepada 30%, China kepada 10%, membantu menstabilkan pasaran buat sementara.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Ogos 2025:<\/strong> Gencatan dilanjutkan selama 90 hari.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Sep\u2013Okt 2025:<\/strong> Konflik kembali tegang apabila AS menambah <strong>23 syarikat China ke Entity List<\/strong> dan mengumumkan <strong>tarif 100%<\/strong> baharu ke atas semua import China berkuat kuasa 1 November.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Tindak Balas China:<\/strong> Beijing memperketat eksport bahan strategik, melancarkan siasatan antimonopoli terhadap syarikat AS, dan mengenakan sekatan baharu.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Kesan Serantau:<\/strong> Banyak syarikat antarabangsa beralih kepada strategi <strong>\u201cChina + 1\u201d<\/strong>, memindahkan operasi ke <strong>Malaysia, Vietnam dan Thailand<\/strong>, menjadikan Asia Tenggara pusat pelaburan dan pengeluaran global baharu.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><strong>Ringkasan Kronologi Perang Dagang Amerika dan China (2018\u20132025)<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-table\"><table class=\"has-fixed-layout\"><tbody><tr><td>Tahun<\/td><td>Peristiwa Utama<\/td><td>Kesan Utama<\/td><\/tr><tr><td>2018<\/td><td>AS mula kenakan tarif 25% ke atas keluli &amp; 10% ke atas aluminium; China balas tarif USD 110 bilion.<\/td><td>Permulaan rasmi Perang Dagang Amerika dan China.<\/td><\/tr><tr><td>2019<\/td><td>Huawei disenarai hitam; tarif tambahan dikenakan kedua-dua pihak.<\/td><td>Ketegangan meningkat, pasaran saham global jatuh.<\/td><\/tr><tr><td>2020<\/td><td>\u201cPhase One Deal\u201d ditandatangani, China janji beli USD 200B barangan AS.<\/td><td>Ketegangan reda sementara, tetapi pandemik jejaskan pelaksanaan.<\/td><\/tr><tr><td>2021\u20132024<\/td><td>AS kekalkan tarif era Trump, tambah sekatan cip &amp; teknologi terhadap China.<\/td><td>Perang dagang beralih ke medan teknologi dan keselamatan digital.<\/td><\/tr><tr><td>2025<\/td><td>Trump kembali; umum \u201cLiberation Day Tariffs\u201d \u2013 tarif naik hingga &gt;100%; China balas &amp; gantung eksport nadir bumi.<\/td><td>Ketegangan global semula, pelabur beralih ke emas dan USD.<\/td><\/tr><\/tbody><\/table><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Kesan Perang Dagang Amerika dan China Terhadap Ekonomi Global<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>1. Gangguan Rantaian Bekalan Dunia (Supply Chain Disruption)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Perang dagang Amerika dan China menyebabkan banyak syarikat antarabangsa memindahkan operasi keluar dari China bagi mengelak tarif tinggi dan risiko geopolitik. Negara Asia Tenggara seperti <strong>Malaysia, Vietnam dan Thailand<\/strong> menjadi penerima manfaat utama, dengan peningkatan pelaburan dalam sektor elektronik, automotif dan komponen semikonduktor.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2. Kenaikan Kos Pengeluaran<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Tarif import yang tinggi menaikkan harga bahan mentah dan komponen, menekan margin keuntungan syarikat global. Kesan berantai ini turut menyumbang kepada <strong>kenaikan inflasi<\/strong> di beberapa negara maju serta mendorong pengguna menanggung kos yang lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk faham bagaimana perubahan harga global mempengaruhi ekonomi tempatan, anda boleh baca panduan penuh di artikel <a href=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/kadar-inflasi-malaysia-2025\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\">Kadar Inflasi Malaysia 2025<\/a>.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>3. Ketidaktentuan Pasaran Saham dan Forex<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Ketegangan dagang mencetuskan aliran keluar modal dari pasaran berisiko ke aset selamat seperti <strong>USD, emas (XAU\/USD)<\/strong> dan <strong>JPY<\/strong>. Pergerakan harga yang tidak menentu ini menjadikan pasaran Forex lebih volatile, membuka peluang jangka pendek kepada trader yang peka terhadap berita semasa.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>4. Kesan Domino Kepada Negara Berkembang<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Negara seperti <strong>Malaysia<\/strong> turut merasai kesan dua hala, eksport ke AS dan China berkurang, namun pada masa sama wujud <strong>peluang pelaburan baharu<\/strong> hasil pengalihan rantaian bekalan global. Sektor teknologi dan pembuatan tempatan dijangka terus menerima limpahan pelaburan asing dalam jangka sederhana.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"739\" height=\"492\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Semikonduktor-malaysia-Perang-Dagang.png\" alt=\"Semikonduktor malaysia Perang Dagang\" class=\"wp-image-15443\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Semikonduktor-malaysia-Perang-Dagang.png 739w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Semikonduktor-malaysia-Perang-Dagang-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 739px) 100vw, 739px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Kesan Langsung Kepada Ekonomi Malaysia<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>1. Lonjakan Pelaburan Asing (FDI)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China memberi kesan positif tidak langsung kepada Malaysia apabila semakin banyak syarikat antarabangsa memilih untuk <strong>memindahkan operasi pengeluaran ke Asia Tenggara<\/strong>. Malaysia menjadi antara destinasi utama bagi sektor <strong>elektrik &amp; elektronik (E&amp;E)<\/strong>, <strong>automotif<\/strong>, dan <strong>semikonduktor<\/strong>, berkat kestabilan politik serta ekosistem industri yang kukuh.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2. Tekanan Terhadap Nilai Ringgit<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Konflik dagang yang berpanjangan meningkatkan sentimen berhati-hati dalam pasaran global. Apabila pelabur beralih kepada aset selamat seperti USD, <strong>Ringgit cenderung melemah<\/strong>, terutamanya apabila aliran keluar modal meningkat. Namun, keadaan ini turut membuka peluang kepada trader tempatan untuk mengambil posisi strategik dalam pasaran Forex berdasarkan pergerakan mata wang serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Perubahan nilai Ringgit ini juga berkait rapat dengan dasar monetari negara. Ketahui bagaimana kadar faedah dan dasar Bank Negara mempengaruhi pasaran kewangan melalui artikel <a href=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-opr\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\">Apa Itu OPR dan Kesan Terhadap Ekonomi Malaysia<\/a>.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>3. Volatiliti Pasaran Saham Tempatan<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Pasaran saham Malaysia turut terjejas apabila berita tarif baharu atau sekatan teknologi diumumkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saham sektor eksport seperti teknologi, semikonduktor dan komponen elektrik menjadi paling sensitif terhadap perkembangan perang dagang.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, peningkatan pelaburan asing dan permintaan global terhadap produk E&amp;E membantu mengimbangi tekanan tersebut dalam jangka sederhana.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Bagaimana Trader Boleh Ambil Peluang Daripada Perang Dagang Amerika dan China<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Bagi <strong>trader Forex dan CFD<\/strong>, perang dagang Amerika dan China bukan sekadar berita geopolitik, ia adalah <em>catalyst<\/em> utama yang mencipta <strong>volatiliti tinggi dan peluang dagangan jangka pendek<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara strategi yang boleh dipertimbangkan termasuk:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Pantau Mata Wang Safe Haven<\/strong> <br>Pasangan seperti <strong>USD\/JPY<\/strong>, <strong>CHF\/JPY<\/strong> dan <strong>XAU\/USD (emas)<\/strong> cenderung menguat apabila sentimen pasaran beralih kepada aset selamat semasa ketegangan meningkat.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Ambil Peluang Dalam Komoditi &amp; Indeks Utama<\/strong> <br>Ketegangan dagang menjejaskan permintaan global \u2014 harga minyak mentah, tembaga dan emas sering bergerak ekstrem. Trader juga boleh memantau <strong>indeks saham AS (NASDAQ, S&amp;P 500)<\/strong> atau <strong>indeks China (Hang Seng, CSI 300)<\/strong> untuk peluang CFD jangka pendek.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Gunakan Strategi News Trading<\/strong> <br>Setiap pengumuman tarif, sekatan cip, atau rundingan perdagangan boleh jadi pemacu besar kepada pasaran. Trader boleh manfaatkan <strong>reaksi pasaran awal (knee-jerk movement)<\/strong> dengan teknik <em>breakout<\/em> atau <em>momentum trading<\/em>.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Kawal Risiko &amp; Gunakan Stop Loss Ketat<\/strong> <br>Volatiliti semasa perang dagang boleh menyebabkan pergerakan mendadak. Gunakan <strong>stop loss dinamik<\/strong>, leverage berpatutan, dan elak overexposure kepada satu arah pasaran.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Ikut Arah Aliran Jangka Panjang (Fundamental Bias)<\/strong> <br>Jika perang dagang berlarutan, trend pengukuhan USD dan kelemahan mata wang eksport (seperti CNY, MYR) biasanya berterusan. Trader boleh guna trend ini untuk strategi <em>swing<\/em> atau <em>position trading<\/em>.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"744\" height=\"334\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Trade-War-Amerika-Syarikat-Dan-China.png\" alt=\"Trade War Amerika Syarikat Dan China\" class=\"wp-image-15444\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Trade-War-Amerika-Syarikat-Dan-China.png 744w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Trade-War-Amerika-Syarikat-Dan-China-300x135.png 300w\" sizes=\"(max-width: 744px) 100vw, 744px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Kesimpulan<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Perang dagang Amerika dan China bukan sekadar konflik ekonomi, ia adalah pertembungan strategi antara dua kuasa terbesar dunia. Walaupun memberi tekanan kepada ekonomi global, ia juga membuka peluang baru bagi negara seperti Malaysia untuk menarik pelaburan dan memperkukuh kedudukan dalam rantaian bekalan global.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks nilai mata wang global, konsep <a href=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-maksud-ppp-purchasing-power-parity\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\">Purchasing Power Parity (PPP)<\/a> juga penting untuk memahami perbezaan kuasa beli antara negara \u2014 terutamanya semasa ketegangan perdagangan seperti ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pelabur dan trader, memahami dinamik perang dagang ini amat penting untuk menyesuaikan strategi dan membuat keputusan bijak. Jika anda ingin memanfaatkan peluang ini melalui analisis dan strategi yang tepat, daftar dan mulakan perjalanan dagangan anda bersama <strong>Ultima Markets,<\/strong> platform global yang membantu trader seperti anda memahami dunia ekonomi dengan lebih mendalam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dunia sedang berubah akibat Perang Dagang Amerika dan China. Fahami punca, kesan ekonomi, dan cara trader ambil peluang daripadanya.<\/p>\n","protected":false},"author":53,"featured_media":15439,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":true,"footnotes":""},"categories":[9,66,78],"tags":[],"class_list":["post-15438","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-academy","category-academy-guide","category-academy-new-article"],"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO Premium plugin v27.2 (Yoast SEO v27.6) - https:\/\/yoast.com\/product\/yoast-seo-premium-wordpress\/ -->\n<title>Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi | Ultima Markets<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Dunia sedang berubah akibat Perang Dagang Amerika dan China. Fahami punca, kesan ekonomi, dan cara trader ambil peluang daripadanya.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Dunia sedang berubah akibat Perang Dagang Amerika dan China. Fahami punca, kesan ekonomi, dan cara trader ambil peluang daripadanya.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15438\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ultima Markets\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/ultimamarketsglobal\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-10-27T13:44:25+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-10-27T13:44:26+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"393\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"179\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"melissa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@UltimaMarkets\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@UltimaMarkets\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"melissa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"10 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\\\/\\\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/perang-dagang-amerika-dan-china\\\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/perang-dagang-amerika-dan-china\\\/\"},\"author\":{\"name\":\"melissa\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/9977e51d4965d693d1187f5070602109\"},\"headline\":\"Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi\",\"datePublished\":\"2025-10-27T13:44:25+00:00\",\"dateModified\":\"2025-10-27T13:44:26+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/perang-dagang-amerika-dan-china\\\/\"},\"wordCount\":1973,\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/perang-dagang-amerika-dan-china\\\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/10\\\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China.png\",\"articleSection\":[\"Academy\",\"Academy Guide\",\"Academy New Article\"],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\\\/15438\",\"name\":\"Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi | Ultima Markets\",\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/10\\\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China.png\",\"datePublished\":\"2025-10-27T13:44:25+00:00\",\"dateModified\":\"2025-10-27T13:44:26+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/9977e51d4965d693d1187f5070602109\"},\"description\":\"Dunia sedang berubah akibat Perang Dagang Amerika dan China. Fahami punca, kesan ekonomi, dan cara trader ambil peluang daripadanya.\",\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/perang-dagang-amerika-dan-china\\\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/10\\\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China.png\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/10\\\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China.png\",\"width\":393,\"height\":179,\"caption\":\"Perang Dagang Amerika Dan China\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\\\/15438#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"posts\",\"item\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":3,\"name\":\"Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi\",\"item\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\\\/15438\"}]}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO Premium plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi | Ultima Markets","description":"Dunia sedang berubah akibat Perang Dagang Amerika dan China. Fahami punca, kesan ekonomi, dan cara trader ambil peluang daripadanya.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi","og_description":"Dunia sedang berubah akibat Perang Dagang Amerika dan China. Fahami punca, kesan ekonomi, dan cara trader ambil peluang daripadanya.","og_url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15438","og_site_name":"Ultima Markets","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/ultimamarketsglobal","article_published_time":"2025-10-27T13:44:25+00:00","article_modified_time":"2025-10-27T13:44:26+00:00","og_image":[{"width":393,"height":179,"url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China.png","type":"image\/png"}],"author":"melissa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@UltimaMarkets","twitter_site":"@UltimaMarkets","twitter_misc":{"Written by":"melissa","Est. reading time":"10 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/perang-dagang-amerika-dan-china\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/perang-dagang-amerika-dan-china\/"},"author":{"name":"melissa","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/#\/schema\/person\/9977e51d4965d693d1187f5070602109"},"headline":"Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi","datePublished":"2025-10-27T13:44:25+00:00","dateModified":"2025-10-27T13:44:26+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/perang-dagang-amerika-dan-china\/"},"wordCount":1973,"image":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/perang-dagang-amerika-dan-china\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China.png","articleSection":["Academy","Academy Guide","Academy New Article"],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"WebPage","@id":"","url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15438","name":"Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi | Ultima Markets","thumbnailUrl":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China.png","datePublished":"2025-10-27T13:44:25+00:00","dateModified":"2025-10-27T13:44:26+00:00","author":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/#\/schema\/person\/9977e51d4965d693d1187f5070602109"},"description":"Dunia sedang berubah akibat Perang Dagang Amerika dan China. Fahami punca, kesan ekonomi, dan cara trader ambil peluang daripadanya.","inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/perang-dagang-amerika-dan-china\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China.png","contentUrl":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perang-Dagang-Amerika-Dan-China.png","width":393,"height":179,"caption":"Perang Dagang Amerika Dan China"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15438#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"posts","item":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"},{"@type":"ListItem","position":3,"name":"Perang Dagang Amerika dan China: Kesan Terhadap Ekonomi","item":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15438"}]}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15438","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/53"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15438"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15438\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15439"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15438"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15438"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15438"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}