{"id":15359,"date":"2025-10-16T13:20:14","date_gmt":"2025-10-16T13:20:14","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/?p=15359"},"modified":"2026-06-11T10:43:49","modified_gmt":"2026-06-11T10:43:49","slug":"apa-itu-web3","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-web3\/","title":{"rendered":"Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah"},"content":{"rendered":"\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong><strong>Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah<\/strong><\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Web3? Decentralised? Blockchain? Token? Apa semua ni sebenarnya? Pening kan bila dengar istilah pelik-pelik ni? Jangan risau, dalam artikel ni, kami akan terangkan apa itu Web3 dengan cara paling mudah untuk anda faham, termasuk bagaimana ia berfungsi dan kenapa semua orang cakap inilah masa depan internet.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara ringkasnya, <strong>Web3<\/strong> bukan sekadar \u201cversi baru internet\u201d, tapi satu <strong>revolusi besar<\/strong> yang mengubah cara manusia berinteraksi, berkongsi data, dan mengurus nilai dalam dunia digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau dulu internet cuma tempat baca maklumat (Web1 &#8211; read only), dan sekarang tempat kita berinteraksi di media sosial (Web2 &#8211; read-write), <strong>Web3<\/strong> pula ialah era <strong>\u201cpemilikan digital\u201d (read-write-own)<\/strong>, di mana pengguna bukan sekadar guna internet, tapi juga <strong>memiliki aset dan data mereka sendiri.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Apa<em> <\/em>Itu Web3?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\">\n<p><strong>Maksud Web3<\/strong> ialah generasi ketiga internet yang dibina atas teknologi <strong>blockchain.<\/strong> Sistem yang <strong>decentralised<\/strong> (tanpa orang tengah) dan <strong>telus<\/strong>, di mana pengguna ada kawalan penuh ke atas data serta aset digital mereka.<\/p>\n<\/blockquote>\n\n\n\n<p>Senang cerita, Web3 ni ibarat versi internet yang tak dimiliki mana-mana syarikat besar. Tak ada Google, Meta, atau Amazon yang \u201cpegang\u201d semua data kita. Semua maklumat disimpan dalam <strong>rangkaian blockchain<\/strong>, dan anda sendiri tentukan apa nak kongsi dan dengan siapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan kalau akaun media sosial, hasil karya, atau aset digital anda, semuanya anda punya sepenuhnya, bukan di bawah kuasa platform tertentu. Itulah konsep Web3.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi bila sebut apa itu Web3, kita bukan bercakap tentang satu app, kita cakap tentang satu ekosistem baharu.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Perbezaan Web1, Web2 dan Web3<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perbezaan-Antara-Web1-Web2-Web3-1024x683.png\" alt=\"Perbezaan Antara Web1 Web2 Web3\" class=\"wp-image-15362\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perbezaan-Antara-Web1-Web2-Web3-1024x683.png 1024w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perbezaan-Antara-Web1-Web2-Web3-300x200.png 300w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perbezaan-Antara-Web1-Web2-Web3-768x512.png 768w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Perbezaan-Antara-Web1-Web2-Web3.png 1536w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Kalau nak faham apa itu Web3, kita kena faham dulu <strong>evolusi internet<\/strong>. Ibarat dunia ni melalui tiga zaman:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Zaman \u201cbaca sahaja\u201d<\/li>\n\n\n\n<li>Zaman \u201ckongsi dan berinteraksi\u201d<\/li>\n\n\n\n<li>Dan kini, zaman \u201cpemilikan digital\u201d.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Jom tengok satu-satu:<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>1.<\/strong> <strong>Web1 (1990\u20132005): Zaman Baca Sahaja (Read-Only)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Ini zaman awal internet, masa kita baru kenal Yahoo, MSN, dan Netscape. Website masa tu sangat statik, maksudnya anda hanya boleh baca maklumat yang diletakkan oleh pemilik laman. Tiada komen, tiada \u201clike\u201d, tiada interaksi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Laman maklumat seperti <em>Wikipedia awal<\/em> atau <em>CNN versi 1990-an<\/em>.<\/li>\n\n\n\n<li>Anda masuk, baca artikel, dan keluar.<\/li>\n\n\n\n<li>Hanya pihak tertentu (developer) boleh hasilkan kandungan.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><strong>Analogi mudah:<\/strong> Macam baca papan kenyataan. Anda boleh tengok tapi tak boleh tulis balik.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2. Web2 (2005\u2013Kini): Zaman Media Sosial &amp; Interaksi (Read + Write)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Kemudian datang era <strong>Web2,<\/strong> zaman di mana pengguna mula boleh <strong>berkongsi, menulis, dan berinteraksi.<\/strong> Platform seperti <strong>Facebook, YouTube, Twitter (X), dan TikTok<\/strong> jadi simbol utama era ni.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang, semua orang boleh cipta kandungan. Tapi walaupun kita yang hasilkan content, data dan kuasa sebenar masih dipegang oleh platform.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Anda post video di YouTube \u2192 YouTube boleh padam bila-bila masa.<\/li>\n\n\n\n<li>Anda simpan gambar di Instagram \u2192 data tu hak milik Meta.<\/li>\n\n\n\n<li>Semua interaksi disimpan di server syarikat besar yang boleh jual data untuk iklan.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><strong>Analogi mudah:<\/strong> Macam rumah sewa. Anda duduk dan hias rumah, tapi pemilik sebenar tetap tuan rumah (syarikat).<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>3. Web3 (Kini &amp; Akan Datang): Zaman Pemilikan Digital (Read + Write + Own)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Sekarang kita masuk era <strong>Web3<\/strong>, generasi ketiga internet. Di sini, pengguna bukan sekadar cipta dan kongsi tapi <strong>memiliki<\/strong> apa yang mereka hasilkan, simpan dan miliki dalam bentuk digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Teknologi utama di sebalik Web3 ialah <strong>blockchain<\/strong>, <strong>smart contract<\/strong>, dan <strong>token ekonomi<\/strong>. Semuanya direka supaya internet jadi <strong>desentralisasi (tanpa orang tengah)<\/strong> dan lebih adil kepada pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>NFT (Non-Fungible Token):<\/strong> hasil karya digital milik anda sepenuhnya, boleh dijual semula di pasaran terbuka.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>DeFi (Decentralized Finance):<\/strong> anda boleh trade, pinjam, atau melabur tanpa bank.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Metaverse:<\/strong> dunia maya di mana pengguna boleh miliki tanah, pakaian digital, atau aset 3D mereka sendiri.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><strong>Analogi mudah:<\/strong> Web3 macam rumah sendiri. Anda bina, anda miliki, dan anda bebas tentukan siapa nak datang.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>Jadual Ringkasan<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-table\"><table class=\"has-fixed-layout\"><tbody><tr><td>Generasi<\/td><td>Ciri Utama<\/td><td>Siapa Kawal Data?<\/td><td>Contoh Platform \/ Aplikasi<\/td><\/tr><tr><td>Web1 (1990\u20132005)<\/td><td>\u201cRead-only\u201d \u2013 pengguna cuma baca maklumat.<\/td><td>Pemilik laman (syarikat kecil atau kerajaan).<\/td><td>Yahoo, Britannica Online, laman berita awal.<\/td><\/tr><tr><td>Web2 (2005\u2013kini)<\/td><td>\u201cRead + Write\u201d \u2013 interaktif, media sosial, tapi dikawal syarikat besar.<\/td><td>Syarikat gergasi (Google, Meta, TikTok).<\/td><td>Facebook, YouTube, Instagram, TikTok.<\/td><\/tr><tr><td>Web3 (Kini &amp; Akan Datang)<\/td><td>\u201cRead + Write + Own\u201d \u2013 pengguna miliki data &amp; aset digital sendiri.<\/td><td>Pengguna individu (melalui blockchain &amp; wallet).<\/td><td>Metaverse, OpenSea, Uniswap, Axie Infinity.<\/td><\/tr><\/tbody><\/table><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Bagaimana Web3 Berfungsi<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Untuk lebih jelas tentang apa itu Web3, kita akan pecahkan konsep ni kepada beberapa bahagian yang mudah. Walaupun nampak kompleks, asas maksud Web3 boleh diringkaskan kepada tiga elemen utama:<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>1. Blockchain \u2013 Buku Rekod Digital Yang Tak Boleh Dihapus<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Bayangkan blockchain ni macam buku akaun besar yang disimpan oleh beribu-ribu komputer di seluruh dunia. Setiap kali ada transaksi \u2014 sama ada anda hantar duit, pindahkan aset, atau buat urusan digital \u2014 maklumat tu direkod sebagai <strong>\u201cblok\u201d<\/strong> dan disambung ke blok sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bezanya dengan sistem biasa (macam bank), blockchain tak ada satu server pusat. Jadi, tak ada satu pihak yang boleh padam, ubah, atau tipu data sesuka hati. Semua orang boleh semak transaksi tu, tapi tiada siapa boleh ubahnya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong> Kalau anda transfer kripto (contohnya Bitcoin atau Ethereum) kepada kawan, transaksi tu akan direkod dalam blockchain secara kekal \u2014 semua orang boleh nampak, tapi tiada siapa boleh manipulasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Maknanya, blockchain = <strong>transaksi jujur tanpa orang tengah.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"592\" height=\"390\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Blockchain-Web3.png\" alt=\"Blockchain Web3\" class=\"wp-image-15363\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Blockchain-Web3.png 592w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Blockchain-Web3-300x198.png 300w\" sizes=\"(max-width: 592px) 100vw, 592px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2.<\/strong> <strong>Smart Contract \u2013 Kontrak Automatik Tanpa Orang Tengah<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Smart contract \u201ckontrak pintar\u201d ni ialah kod automatik yang menjalankan sesuatu bila syaratnya dipenuhi. Ia hidup dalam blockchain dan tak perlukan sesiapa untuk kawal atau luluskan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong> Bayangkan anda join pertandingan trading online. Smart contract boleh automatik bagi hadiah kepada pemenang bila syarat dipenuhi. Contohnya, bila akaun capai profit tertentu. Tak perlu orang tengah, tak perlu tunggu e-mel pengesahan. Sistem terus jalankan arahan tu.<\/p>\n\n\n\n<p>Contoh lagi satu ialah apabila anda bayar deposit, sistem terus lepaskan kunci rumah digital (tanpa perlu ejen). Itulah kelebihan smart contract. Pantas, telus, dan tak boleh disabotaj.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, ia juga digunakan dalam pelbagai platform:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>DeFi (Decentralized Finance):<\/strong> urus pinjaman atau pelaburan tanpa bank.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>GameFi:<\/strong> ganjaran dan item dalam game dikawal oleh kod, bukan oleh syarikat.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>NFT marketplace:<\/strong> pemilikan dan transaksi aset digital disahkan automatik.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>3. Token &amp; Aset Digital \u2013 Nilai Baharu Dalam Dunia Web3<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Dalam dunia Web3, <strong>token<\/strong> ialah \u201cmata wang\u201d atau \u201caset\u201d yang wujud di blockchain. Tapi token bukan sekadar duit, ia boleh mewakili pelbagai bentuk nilai seperti:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Cryptocurrency<\/strong> \u2013 contoh: Bitcoin, Ethereum (medium pertukaran).<\/li>\n\n\n\n<li><strong>NFT (Non-Fungible Token)<\/strong> \u2013 aset unik seperti seni digital, tiket konsert, atau item dalam game.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Utility Token<\/strong> \u2013 token yang beri hak untuk guna servis tertentu dalam platform.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong> Kalau anda beli NFT muzik, anda bukan sekadar \u201cstream lagu tu\u201d, anda memiliki versi digital yang sah milik anda, dan boleh jual semula kalau nilai naik. Atau, kalau anda pegang token projek DeFi, anda boleh guna token tu untuk undi keputusan komuniti, macam \u201cpemegang saham digital\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendek kata, token dalam Web3 bukan sekadar alat penukaran, tapi simbol pemilikan dan kuasa dalam ekosistem digital.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>Nota Ringkas: Web3 vs Mata Wang Kripto<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Secara mudah, <strong>Web3<\/strong> ialah konsep internet generasi baharu (read\u2013write\u2013own), manakala <strong>mata wang kripto<\/strong> ialah \u201cduit &amp; bahan api\u201d yang bergerak dalam ekosistem tu. Banyak aplikasi Web3 (DeFi, NFT, DAO) guna kripto untuk <strong>bayaran transaksi (gas)<\/strong>, <strong>pertukaran nilai<\/strong>, dan <strong>undi tadbir urus<\/strong>. Dompet digital (wallet) jadi kunci akses, tempat anda sambung ke dApps dan simpan token\/NFT. Ringkasnya, anda boleh faham apa itu Web3 tanpa pegang kripto, tetapi kebanyakan urusan atas rantaian masih memerlukan sedikit kripto untuk berjalan.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Apa Itu Web3? Ini Kelebihannya<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Untuk mendalami apa itu maksud web3, berikut antara kelebihan utama Web3 yang buat ramai orang yakin inilah masa depan internet:<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>1. Pemilikan Data Penuh<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Dalam Web2 (macam Facebook, Instagram, TikTok), semua data anda \u2014 gambar, video, minat, dan aktiviti \u2014 sebenarnya disimpan dan dimiliki oleh syarikat. Mereka boleh guna untuk iklan, analisis, atau jual maklumat tu kepada pihak ketiga.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi dalam <strong>Web3<\/strong>, keadaan terbalik. Anda yang <strong>memiliki data anda sendiri.<\/strong> Maklumat peribadi, identiti digital, atau hasil kerja kreatif anda boleh disimpan dalam <strong>wallet digital<\/strong>, bukan di server syarikat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong> Katakan anda seorang pereka grafik yang jual karya digital sebagai NFT. Dalam Web3, anda tak bergantung pada platform tengah seperti marketplace biasa \u2014 anda terus jual dan terima bayaran <strong>secara peer-to-peer (antara pengguna).<\/strong> Anda boleh pilih dengan siapa nak kongsi karya, dan hasil jualan terus masuk ke wallet anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda bukan lagi \u201cproduk\u201d dalam sistem, anda pemilik sebenar data dan aset.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"591\" height=\"322\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Web3-NFT.png\" alt=\"Web3 NFT\" class=\"wp-image-15364\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Web3-NFT.png 591w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Web3-NFT-300x163.png 300w\" sizes=\"(max-width: 591px) 100vw, 591px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2. Ketelusan &amp; Keselamatan<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Satu lagi kekuatan Web3 ialah <strong>ketelusan (transparency)<\/strong>. Semua transaksi di blockchain boleh dilihat oleh sesiapa sahaja, bukan bermaksud identiti anda terdedah, tapi setiap pergerakan aset dan kod sistem boleh diaudit secara terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini berbeza dengan sistem Web2 di mana semua data \u201cberlaku di belakang tabir\u201d. Dalam Web3, semua urus niaga direkod secara kekal dan tak boleh diubah, jadi mustahil untuk tipu atau manipulasi sistem.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong> Kalau anda hantar kripto ke kawan, transaksi tu direkod dan boleh dikesan di blockchain explorer (macam resit digital awam). Atau kalau ada projek Web3 janji ganjaran, anda boleh semak sendiri sama ada token betul-betul diagih, bukan sekadar percaya cakap orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, Web3 lebih telus, lebih selamat, dan kurang risiko penipuan.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>3. Akses Global &amp; Kewangan Terbuka<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Dalam dunia Web2 atau sistem kewangan tradisional, banyak sekatan:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Nak buka akaun bank, perlu dokumen<\/li>\n\n\n\n<li>Nak trade saham luar negara, kena lalui broker tertentu<\/li>\n\n\n\n<li>Nak kirim duit ke luar negara, caj mahal dan ambil masa lama.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Tapi Web3 <strong>hapuskan sempadan tu semua.<\/strong> Dengan hanya satu <strong>crypto wallet<\/strong>, sesiapa saja di mana-mana negara boleh menyertai ekonomi digital global, tanpa perlu akaun bank atau pihak ketiga.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong> Seorang freelancer di Malaysia boleh terima bayaran dalam kripto daripada klien di Eropah dalam masa beberapa minit, tanpa perlu lalui bank antarabangsa. Atau seorang pelabur boleh guna platform DeFi untuk buat pinjaman atau melabur terus, tanpa perlu permohonan bertulis yang panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan Web3, dunia kewangan jadi lebih terbuka, pantas dan inklusif. Ia bagi peluang kepada sesiapa sahaja, tak kira status atau lokasi, untuk bina pendapatan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Cabaran &amp; Risiko Web3<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Walaupun Web3 kedengaran hebat, ia masih teknologi baru yang sedang berkembang.<br>Sama macam zaman awal internet dulu masih banyak kelemahan dan kekangan yang perlu diperbaiki.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk tahu apa itu web3 dan risikonya, berikut antara cabaran utama yang pengguna perlu tahu:<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>1. Kompleks dan Sukar Difahami<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Terus terang, Web3 bukan senang nak faham. Istilah seperti <em>blockchain, gas fee, private key,<\/em> dan <em>DeFi<\/em> boleh jadi mengelirukan bagi pengguna biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi ramai orang, nak buat akaun dompet digital pun dah pening sebab kena simpan \u201cseed phrase\u201d sendiri, kalau hilang, akaun tu memang tak boleh diakses semula.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong> Kalau anda lupa kata laluan Facebook, anda boleh reset guna e-mel. Tapi kalau anda hilang <em>seed phrase<\/em> dompet Web3, <strong>tiada siapa boleh bantu.<\/strong> Sebab tiada pusat kawalan atau \u201ccustomer service\u201d untuk pulihkan akaun.<\/p>\n\n\n\n<p>Senang cerita, Web3 bagi kuasa penuh, tapi tanggungjawab pun penuh pada pengguna.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2. Risiko Penipuan &amp; Volatiliti<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Disebabkan dunia Web3 masih bebas dan belum dikawal sepenuhnya, ramai ambil kesempatan buat projek tipu. Ada yang buat token palsu, ada yang tiru nama projek besar untuk perdaya pelabur.<\/p>\n\n\n\n<p>Blockchain hanya tunjuk apa yang berlaku, bukan halang orang daripada menipu. Masih ada projek palsu atau individu yang salah guna teknologi untuk kepentingan sendiri. Inilah sebab kenapa prinsip <strong>\u201cDYOR\u201d (Do Your Own Research)<\/strong> sangat penting.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tip:<\/strong> Sebelum labur atau beli token:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Semak laman web dan pasukan di sebalik projek.<\/li>\n\n\n\n<li>Baca <em>whitepaper<\/em> (dokumen rasmi).<\/li>\n\n\n\n<li>Elak projek yang janji keuntungan melampau.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Kalau bunyi terlalu indah untuk jadi kenyataan, biasanya memang bukan kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>3. Isu Skalabiliti<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Blockchain popular seperti <strong>Ethereum<\/strong> masih hadapi isu kelajuan dan kos tinggi. Setiap kali ramai pengguna aktif, caj transaksi (gas fee) boleh melonjak, kadang lebih mahal daripada nilai transaksi tu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi berita baiknya, komuniti Web3 sedang bangunkan <strong>Layer 2 solutions<\/strong> dan blockchain generasi baru (macam Polygon, Solana, dan Avalanche) untuk atasi masalah ni. Lama-kelamaan, transaksi akan jadi lebih murah dan cepat, sama macam evolusi internet dulu dari \u201cdial-up\u201d ke \u201cfiber optic.\u201d<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Contoh Aplikasi Dunia Sebenar Web3<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Walaupun ramai anggap Web3 masih \u201cteknologi masa depan\u201d, hakikatnya ia dah pun wujud dan berkembang sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikut antara aplikasi dunia sebenar Web3 yang sedang popular:<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>1. DeFi (Decentralized Finance)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p><strong>DeFi<\/strong> bermaksud \u201ckewangan tanpa orang tengah.\u201d Ia membolehkan pengguna <strong>pinjam, simpan, trade atau melabur<\/strong> secara terus antara satu sama lain tanpa bank, broker atau institusi kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Platform seperti <strong>Uniswap<\/strong>, <strong>Aave<\/strong>, dan <strong>Compound<\/strong> berfungsi macam bank digital \u2014 tapi dikawal sepenuhnya oleh kod (<em>smart contract<\/em>).<\/li>\n\n\n\n<li>Anda boleh tukar token, simpan aset untuk dapat faedah (<em>staking<\/em>), atau buat pinjaman menggunakan kripto sebagai cagaran.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Tiada permohonan bertulis, tiada pegawai bank. Semuanya automatik, 24 jam, dan global.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"596\" height=\"337\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Decentralised-Finance-DeFi-Web3.png\" alt=\"Decentralised Finance DeFi Web3\" class=\"wp-image-15365\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Decentralised-Finance-DeFi-Web3.png 596w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Decentralised-Finance-DeFi-Web3-300x170.png 300w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Decentralised-Finance-DeFi-Web3-416x235.png 416w\" sizes=\"(max-width: 596px) 100vw, 596px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2. NFT (Non-Fungible Token) &amp; GameFi<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p><strong>NFT<\/strong> ialah aset digital unik di blockchain \u2014 boleh jadi gambar, muzik, tiket, atau item dalam game. Berbeza dengan fail biasa, NFT buktikan siapa <strong>pemilik asal<\/strong> aset tu dan sejarah transaksinya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Artis boleh jual karya terus kepada pembeli tanpa platform tengah, contohnya di <strong>OpenSea<\/strong> atau <strong>Rarible<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Dalam dunia <strong>GameFi<\/strong> (gabungan \u201cGame + Finance\u201d), pemain boleh memiliki item dalam game \u2014 contohnya pedang, tanah, atau watak yang boleh dijual semula.<\/li>\n\n\n\n<li>Permainan seperti <strong>Axie Infinity<\/strong>, <strong>The Sandbox<\/strong>, dan <strong>Gods Unchained<\/strong> buktikan konsep \u201cplay-to-earn\u201d (main sambil menjana pendapatan) boleh jadi realiti.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Ia ubah cara kita lihat nilai dalam hiburan digital \u2014 dari sekadar bermain, kini boleh \u201cberniaga\u201d dalam game.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>3. Metaverse<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p><strong>Metaverse<\/strong> ialah dunia maya 3D yang dikuasakan oleh blockchain. Di sinilah orang boleh bekerja, bersosial, menghadiri konsert, malah miliki hartanah digital.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh :<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Dalam <strong>Decentraland<\/strong> atau <strong>The Sandbox<\/strong>, pengguna boleh beli tanah digital, bina bangunan, buka kedai maya, atau pamer NFT.<\/li>\n\n\n\n<li>Syarikat besar macam <strong>Nike<\/strong>, <strong>Gucci<\/strong> dan <strong>Samsung<\/strong> pun dah mula buka \u201cstore virtual\u201d dalam metaverse.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Ia cipta ekonomi baru di mana aset digital dan kreativiti manusia jadi tunjang utama \u2014 bukan sempadan geografi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"591\" height=\"323\" src=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Metaverse-Web3.png\" alt=\"Metaverse Web3\" class=\"wp-image-15366\" srcset=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Metaverse-Web3.png 591w, https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Metaverse-Web3-300x164.png 300w\" sizes=\"(max-width: 591px) 100vw, 591px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>4. DAO (Decentralized Autonomous Organization)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p><strong>DAO<\/strong> ialah komuniti digital yang beroperasi tanpa bos, tanpa CEO. Setiap keputusan dibuat melalui <strong>undi token<\/strong> oleh ahli komuniti sendiri \u2014 semua peraturan disimpan dalam <em>smart contract<\/em> di blockchain.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>PleasrDAO<\/strong> kumpul dana untuk beli karya seni digital dan kongsi pemilikan dengan ahli.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>MakerDAO<\/strong> urus mata wang stabil (DAI) dengan keputusan komuniti sepenuhnya.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Konsep ni ubah cara organisasi berfungsi \u2014 dari struktur hierarki kepada sistem komuniti yang lebih demokratik.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>5. Web3 Social Media<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Bayangkan platform media sosial, tapi anda pemilik sebenar akaun dan kandungan anda. Tiada algoritma pelik atau syarikat yang boleh padam akaun anda sesuka hati. Itulah idea <strong>Web3 Social Media.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Lens Protocol<\/strong> dan <strong>Farcaster<\/strong> ialah versi Web3 kepada Twitter\/Instagram, tapi akaun anda disimpan di blockchain.<\/li>\n\n\n\n<li>Setiap posting, gambar, atau komen dimiliki oleh anda \u2014 bukan oleh platform.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Tiada lagi \u201cshadow ban\u201d atau hilang data bila tukar platform. Anda bawa identiti anda ke mana sahaja.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>6. Digital Identity (Self-Sovereign Identity, SSI)<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Dalam Web2, identiti anda dikawal oleh pihak ketiga. Contohnya Google, Apple, atau Facebook. Tapi Web3 memperkenalkan <strong>SSI (Self-Sovereign Identity),<\/strong> identiti digital yang anda sendiri kawal.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Contoh:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Projek seperti <strong>Civic<\/strong> dan <strong>Polygon ID<\/strong> membolehkan anda log masuk ke pelbagai laman tanpa kongsi maklumat peribadi.<\/li>\n\n\n\n<li>Data anda (nama, umur, sijil) disimpan dalam wallet digital, dan anda boleh pilih bila nak tunjuk atau sembunyi.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Ini bantu kurangkan kebocoran data &amp; pencurian identiti, masalah besar dalam dunia online sekarang.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Kesimpulan &#8211; Dah Faham Apa Itu Web3?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Tuntasnya, bila orang tanya apa itu Web3, jawapan ringkasnya ialah internet yang anda miliki: data, aset, dan identiti digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Web3 bukan sekadar \u201ctrend crypto\u201d, tapi peralihan besar cara kita guna dan miliki internet. Ia bawa konsep decentralization, transparency, dan ownership yang bagi kuasa balik kepada pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>Memang betul, masih banyak perkara perlu diperbaiki, dari isu scam sampai kos tinggi, tapi Web3 dah tunjuk potensi untuk ubah ekonomi digital global.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pelabur dan trader moden, memahami apa itu Web3 penting sebab ia asas kepada dunia aset digital masa depan, termasuk kripto, NFT, dan DeFi. Jika anda nak belajar lebih lanjut tentang aset digital dan dunia blockchain, Ultima Markets sedia membantu anda memahami trend pasaran baru ini dengan panduan dan pendidikan yang menyeluruh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketahui apa itu Web3 dan bagaimana blockchain, smart contract dan token membuka internet milik pengguna, termasuk pro, kontra dan kegunaan harian.<\/p>\n","protected":false},"author":53,"featured_media":15360,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[9,78],"tags":[],"class_list":["post-15359","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-academy","category-academy-new-article"],"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO Premium plugin v27.2 (Yoast SEO v27.6) - https:\/\/yoast.com\/product\/yoast-seo-premium-wordpress\/ -->\n<title>Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah | Ultima Markets<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Ketahui apa itu Web3 dan bagaimana blockchain, smart contract dan token membuka internet milik pengguna, termasuk pro, kontra dan kegunaan harian.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Ketahui apa itu Web3 dan bagaimana blockchain, smart contract dan token membuka internet milik pengguna, termasuk pro, kontra dan kegunaan harian.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15359\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ultima Markets\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/ultimamarketsglobal\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-10-16T13:20:14+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-06-11T10:43:49+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Apa-itu-Web3.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"393\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"179\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"melissa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@UltimaMarkets\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@UltimaMarkets\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"melissa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"13 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\\\/\\\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/apa-itu-web3\\\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/apa-itu-web3\\\/\"},\"author\":{\"name\":\"melissa\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/9977e51d4965d693d1187f5070602109\"},\"headline\":\"Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah\",\"datePublished\":\"2025-10-16T13:20:14+00:00\",\"dateModified\":\"2026-06-11T10:43:49+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/apa-itu-web3\\\/\"},\"wordCount\":2537,\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/apa-itu-web3\\\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/10\\\/Apa-itu-Web3.png\",\"articleSection\":[\"Academy\",\"Academy New Article\"],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\\\/15359\",\"name\":\"Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah | Ultima Markets\",\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/10\\\/Apa-itu-Web3.png\",\"datePublished\":\"2025-10-16T13:20:14+00:00\",\"dateModified\":\"2026-06-11T10:43:49+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/9977e51d4965d693d1187f5070602109\"},\"description\":\"Ketahui apa itu Web3 dan bagaimana blockchain, smart contract dan token membuka internet milik pengguna, termasuk pro, kontra dan kegunaan harian.\",\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/academy\\\/apa-itu-web3\\\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/10\\\/Apa-itu-Web3.png\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-content\\\/uploads\\\/sites\\\/25\\\/2025\\\/10\\\/Apa-itu-Web3.png\",\"width\":393,\"height\":179,\"caption\":\"Apa itu Web3\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\\\/15359#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"posts\",\"item\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":3,\"name\":\"Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah\",\"item\":\"https:\\\/\\\/www.ultimamarkets.com\\\/ms\\\/wp-json\\\/wp\\\/v2\\\/posts\\\/15359\"}]}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO Premium plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah | Ultima Markets","description":"Ketahui apa itu Web3 dan bagaimana blockchain, smart contract dan token membuka internet milik pengguna, termasuk pro, kontra dan kegunaan harian.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah","og_description":"Ketahui apa itu Web3 dan bagaimana blockchain, smart contract dan token membuka internet milik pengguna, termasuk pro, kontra dan kegunaan harian.","og_url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15359","og_site_name":"Ultima Markets","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/ultimamarketsglobal","article_published_time":"2025-10-16T13:20:14+00:00","article_modified_time":"2026-06-11T10:43:49+00:00","og_image":[{"width":393,"height":179,"url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Apa-itu-Web3.png","type":"image\/png"}],"author":"melissa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@UltimaMarkets","twitter_site":"@UltimaMarkets","twitter_misc":{"Written by":"melissa","Est. reading time":"13 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-web3\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-web3\/"},"author":{"name":"melissa","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/#\/schema\/person\/9977e51d4965d693d1187f5070602109"},"headline":"Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah","datePublished":"2025-10-16T13:20:14+00:00","dateModified":"2026-06-11T10:43:49+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-web3\/"},"wordCount":2537,"image":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-web3\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Apa-itu-Web3.png","articleSection":["Academy","Academy New Article"],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"WebPage","@id":"","url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15359","name":"Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah | Ultima Markets","thumbnailUrl":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Apa-itu-Web3.png","datePublished":"2025-10-16T13:20:14+00:00","dateModified":"2026-06-11T10:43:49+00:00","author":{"@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/#\/schema\/person\/9977e51d4965d693d1187f5070602109"},"description":"Ketahui apa itu Web3 dan bagaimana blockchain, smart contract dan token membuka internet milik pengguna, termasuk pro, kontra dan kegunaan harian.","inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/apa-itu-web3\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Apa-itu-Web3.png","contentUrl":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/25\/2025\/10\/Apa-itu-Web3.png","width":393,"height":179,"caption":"Apa itu Web3"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15359#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"posts","item":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"},{"@type":"ListItem","position":3,"name":"Apa Itu Web3: Dunia Digital Tanpa Orang Tengah","item":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15359"}]}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/53"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15359"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15359\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17811,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15359\/revisions\/17811"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15360"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}