{"id":15316,"date":"2025-10-10T07:59:44","date_gmt":"2025-10-10T07:59:44","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/?p=15316"},"modified":"2025-10-10T08:11:36","modified_gmt":"2025-10-10T08:11:36","slug":"maksud-roi-dan-cara-kira-roi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ultimamarkets.com\/ms\/academy\/maksud-roi-dan-cara-kira-roi\/","title":{"rendered":"Maksud ROI & Cara Kira ROI Dalam Pelaburan"},"content":{"rendered":"\n

Maksud ROI & Cara Kira ROI Dalam Pelaburan<\/strong><\/h2>\n\n\n\n

Bayangkan anda laburkan RM1,000, lepas beberapa bulan jadi RM1,300. Untung, kan? Tapi berapa sebenarnya kadar keuntungan anda?<\/em> Di sinilah konsep ROI<\/strong> atau Return on Investment<\/em> digunakan \u2014 untuk bantu anda ukur berapa banyak pulangan yang anda dapat berbanding modal yang dikeluarkan.<\/p>\n\n\n\n

Sebenarnya, maksud ROI<\/strong> ialah alat penting untuk nilai sama ada pelaburan anda berbaloi atau tidak. Dengan memahami cara kira ROI<\/strong>, anda boleh ukur prestasi pelaburan dengan lebih tepat. <\/p>\n\n\n\n

Dalam artikel ni, kita akan bincang secara santai apa itu ROI, cara kira ROI dengan formula mudah, dan macam mana nak guna metrik ni untuk buat keputusan pelaburan lebih bijak.<\/p>\n\n\n\n

Apa Itu ROI (Maksud ROI)?<\/strong><\/h2>\n\n\n\n

Dengan memahami maksud ROI<\/strong> dalam konteks pelaburan, anda akan lebih mudah menilai potensi keuntungan sebelum buat keputusan melabur.<\/p>\n\n\n\n

Definisi<\/strong><\/h4>\n\n\n\n

ROI (Return on Investment)<\/strong> bermaksud pulangan pelaburan<\/strong> \u2014 iaitu ukuran berapa banyak keuntungan (atau kerugian) yang anda dapat berbanding dengan jumlah modal yang anda laburkan.<\/p>\n\n\n\n

Maksud ROI<\/strong> mudah je \u2014 ia tunjuk berapa efisien sesuatu pelaburan menghasilkan keuntungan.<\/p>\n\n\n\n

Contohnya, kalau anda labur RM1,000 dan dapat pulangan RM1,200 selepas sebulan, ROI anda ialah 20%. Maksudnya, setiap RM1 pelaburan anda membawa pulangan 20 sen.<\/p>\n\n\n\n

ROI ni bukan eksklusif untuk saham atau forex je, tapi boleh guna untuk apa saja bentuk pelaburan:<\/p>\n\n\n\n