Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Apa Maksud Stop Limit Order? Panduan Lengkap

Summary:

Fahami apa maksud stop limit order, cara ia berfungsi, serta perbezaan buy stop limit dan sell stop limit untuk kawal entry trading.

Apa Maksud Stop Limit Order? Panduan Lengkap

Dalam dunia trading forex, kesilapan paling biasa ialah entry tanpa kawalan harga. Ramai trader masuk market ketika harga sedang laju bergerak, lalu berdepan slippage dan risiko yang tidak dijangka. Di sinilah stop limit order menjadi solusi penting.

Jika anda tertanya-tanya apa itu stop limit order, bagaimana ia berfungsi, serta beza buy stop limit dan sell stop limit, artikel ini akan bantu anda faham dengan cara paling ringkas dan praktikal.

Apa Itu Stop Limit Order Dalam Trading?

Stop limit order ialah salah satu jenis pending order yang membolehkan trader menetapkan harga entry lebih awal sebelum market mencapainya. Jika anda masih keliru konsep asas ini, anda boleh rujuk panduan lengkap tentang apa itu pending order terlebih dahulu.

Maksud Stop Limit Order

Stop limit order ialah gabungan antara stop order dan limit order, di mana order hanya akan diaktifkan selepas harga mencapai paras tertentu, dan kemudian dilaksanakan pada harga yang ditetapkan atau lebih baik.

Ringkasnya, stop limit order memberi kawalan maksimum ke atas harga entry, berbeza dengan stop order biasa yang boleh terdedah kepada slippage.

Stop limit order digunakan apabila trader:

  • Mahu masuk market selepas breakout
  • Tetapi tidak mahu entry pada harga yang terlalu jauh
  • Ingin elakkan execution harga yang tidak terkawal

Ini menjadikan stop limit order lebih sesuai apabila anda menjangka breakout diikuti pullback (retracement) untuk entry yang lebih terkawal, namun ia berisiko terlepas trade jika harga terus bergerak laju tanpa retrace.

Bagaimana Stop Limit Order Berfungsi?

Untuk memahami apa itu stop limit order dengan lebih mendalam, jom kita tengo bagaimana ia berfungsi.

Stop limit order berfungsi melalui dua lapisan kawalan harga, menjadikannya lebih selamat berbanding stop order biasa, terutamanya ketika pasaran bergerak laju.

Stop limit order mempunyai dua harga penting:

Stop Price: Pencetus Order

Stop price ialah harga yang bertindak sebagai trigger. Order tidak aktif selagi harga belum menyentuh paras ini. Komponen “stop” dalam stop limit order berfungsi hampir sama seperti buy stop dan sell stop, di mana order hanya akan diaktifkan apabila harga mencapai paras tertentu.

Apabila harga market:

  • Menyentuh stop price
  • Atau melepasi paras tersebut

Stop limit order akan diaktifkan, tetapi belum terus masuk market.

Limit Price: Kawalan Harga Entry

Selepas stop price dicapai, stop limit order akan bertindak seperti limit order, sama ada buy limit atau sell limit, di mana entry hanya berlaku pada harga yang ditetapkan atau lebih baik.

  • Untuk buy stop limit: Limit price ialah harga maksimum yang anda sanggup beli
  • Untuk sell stop limit: Limit price ialah harga minimum yang anda sanggup jual

Ini bermaksud trader tidak akan entry pada harga yang terlalu mahal atau terlalu rendah, walaupun market sedang volatile.

Apa Yang Berlaku Jika Harga Bergerak Terlalu Pantas?

Inilah perbezaan paling penting antara stop order dan stop limit order.

Jika harga:

  • Melepasi stop price
  • Tetapi terus melangkau limit price (contohnya akibat news atau spike besar)

Order tidak akan dilaksanakan langsung

Situasi ini mungkin menyebabkan trader terlepas peluang, tetapi ia juga:

  • Melindungi daripada slippage teruk
  • Mengelakkan entry pada harga yang tidak logik

Stop limit order bukan untuk menangkap market, tetapi untuk menapis market.

Contoh

Contoh Buy Stop Limit:

  • Harga semasa: 1.2000
  • Stop price: 1.2050
  • Limit price: 1.2035

Bagaimana ia berfungsi:

  • Apabila harga menembusi 1.2050, stop limit order diaktifkan
  • Sistem tidak terus membuka posisi, sebaliknya meletakkan buy limit order pada 1.2035
  • Jika harga membuat pullback ke 1.2035 → trade masuk
  • Jika harga terus naik tanpa retracetrade tidak dilaksanakan

Contoh ini menunjukkan bahawa stop limit order hanya masuk trade apabila harga pullback ke paras yang ditetapkan, sekali gus membantu trader mengelakkan entry pada harga yang terlalu mahal semasa breakout agresif.

Buy Stop Limit: Bila & Kenapa Digunakan?

Buy Stop Limit Order

Buy stop limit digunakan apabila trader menjangkakan harga akan terus naik selepas breakout, tetapi pada masa yang sama tidak mahu mengejar harga jika pergerakan terlalu agresif. Strategi ini sesuai untuk trader yang mahu entry lebih terkawal selepas breakout berlaku.

Contoh Buy Stop Limit:

Bayangkan situasi seperti dalam gambar contoh di bawah:

  • Harga semasa: 1.2000
  • Stop price (Trigger Order): 1.2050
  • Limit price (Harga Entry): 1.2035

Bagaimana pergerakan harga berlaku:

  1. Pada mulanya, harga bergerak naik dari 1.2000 menuju ke paras 1.2050. Paras ini ialah stop price, iaitu tahap di mana trader mahu pasaran mengesahkan breakout terlebih dahulu.
  2. Apabila harga menembusi 1.2050, buy stop limit diaktifkan. Namun, trade belum masuk lagi. Pada ketika ini, sistem hanya meletakkan buy limit order di paras 1.2035, seperti yang ditunjukkan oleh garisan putus-putus dalam gambar.
  3. Selepas breakout, harga biasanya tidak bergerak lurus. Dalam banyak situasi sebenar, harga akan:
    • buat pullback sementara
    • menguji semula kawasan bawah sebelum menyambung kenaikan
  4. Apabila harga turun semula (pullback) dan menyentuh 1.2035, barulah buy stop limit order dilaksanakan (titik bulat merah dalam gambar).
  5. Selepas entry berlaku, harga kemudian meneruskan pergerakan naik selari dengan jangkaan breakout asal.
Contoh Buy Stop Limit Order

Kenapa Entry Tidak Terus Berlaku di Stop Price?

Dalam buy stop limit:

  • Stop price hanya bertindak sebagai pencetus (trigger)
  • Limit price ialah harga sebenar entry

Jika selepas menembusi 1.2050 harga:

  • terus melonjak ke atas tanpa pullback
  • tidak pernah turun ke 1.2035

Trade tidak akan masuk langsung

Ini bukan kelemahan, tetapi fungsi utama stop limit order, iaitu:

  • mengelakkan entry pada harga yang terlalu mahal
  • menapis breakout yang terlalu agresif atau berisiko

Dalam buy stop limit, trader minta pasaran buktikan arah dahulu (stop price), kemudian hanya masuk jika harga beri peluang entry yang lebih baik melalui pullback (limit price).

Sell Stop Limit: Strategi Breakout Ke Bawah

Sell stop limit sesuai digunakan apabila trader menjangkakan harga akan jatuh selepas support ditembusi, tetapi masih mahu mengawal harga jualan dan tidak masuk trade jika pergerakan terlalu agresif.

Sell Stop Limit Order

Contoh Sell Stop Limit:

Bayangkan situasi seperti dalam gambar contoh di bawah:

  • Harga semasa: 1.2800
  • Support: 1.2750
  • Stop price (Trigger Order): 1.2750
  • Limit price (Harga Entry): 1.2770

Jika harga jatuh dan aktifkan stop price, order hanya akan execute dalam julat limit yang ditetapkan.

Bagaimana Pergerakan Harga Berlaku

  1. Pada permulaan, harga berada di sekitar 1.2800, iaitu di atas kawasan support. Trader menjangka bahawa jika harga menembusi 1.2750, tekanan jualan akan meningkat dan harga berpotensi jatuh lebih jauh.
  2. Apabila harga jatuh dan menembusi support di 1.2750, paras ini bertindak sebagai stop price. Pada saat ini, sell stop limit diaktifkan, tetapi trade masih belum masuk.
  3. Selepas stop price dicapai, sistem akan meletakkan sell limit order pada 1.2770, seperti garisan putus-putus dalam gambar.
  4. Dalam banyak situasi sebenar, selepas breakdown berlaku, harga sering:
    • membuat pullback ke atas
    • menguji semula kawasan bawah sebelum meneruskan kejatuhan
  5. Apabila harga naik semula (pullback) dan menyentuh 1.2770, barulah sell stop limit order dilaksanakan (titik bulat merah dalam gambar).
  6. Selepas entry berlaku, harga kemudiannya menyambung kejatuhan, selari dengan jangkaan breakdown asal.
Contoh Sell Stop Limit Order

Kenapa Entry Berlaku Selepas Pullback, Bukan Terus Masa Breakdown?

Dalam sell stop limit:

  • Stop price: Mengesahkan bahawa support telah ditembusi
  • Limit price: Menentukan harga jualan yang lebih terkawal

Jika selepas menembusi 1.2750 harga:

  • terus jatuh tanpa naik semula
  • tidak pernah sentuh limit price

Trade tidak akan masuk

Ini bermaksud trader:

  • terlepas peluang tersebut
  • tetapi terselamat daripada entry terlalu rendah atau slippage semasa market bergerak laju

Dalam sell stop limit, trader tunggu breakdown berlaku dahulu, kemudian hanya masuk sell jika harga buat pullback ke paras yang lebih baik sebelum meneruskan kejatuhan.

Kenapa Stop Limit Order Penting Untuk Trader?

Berbeza dengan stop order biasa, memahami apa itu stop limit order memberi kelebihan dari segi kawalan risiko entry.

Dalam pasaran forex yang sentiasa berubah, bukan semua breakout sesuai untuk dimasuki. Pergerakan harga yang terlalu pantas selalunya datang bersama spread melebar, slippage dan risiko yang sukar dikawal. Di sinilah stop limit order memainkan peranan penting sebagai alat kawalan entry.

Antara kelebihan utama stop limit order ialah:

Elak Slippage Semasa Market Laju

Apabila harga bergerak terlalu pantas, terutamanya semasa sesi overlap atau reaksi awal news, entry menggunakan stop order biasa boleh menyebabkan trade masuk jauh dari harga yang dirancang. Stop limit order memberi perlindungan harga dengan mengutamakan kawalan entry berbanding jaminan execution, di mana trade hanya akan masuk pada harga yang ditetapkan dan boleh tidak dilaksanakan jika pergerakan terlalu agresif.

Kawal Risiko Entry Dengan Lebih Tepat

Dengan menetapkan limit price, trader boleh mengekalkan struktur risiko yang konsisten. Stop loss, position size dan risk-reward ratio boleh dirancang dengan lebih realistik kerana harga entry tidak “lari” dari pelan asal.

Sesuai Untuk Strategi Breakout Profesional

Trader berpengalaman tidak mengejar semua breakout. Mereka hanya mahu breakout yang bersih, berstruktur dan mempunyai liquidity. Stop limit order membantu menapis breakout palsu atau spike agresif yang sering berlaku akibat emosi pasaran.

Kurangkan Emosi FOMO Ketika Harga Spike

Salah satu punca utama kerugian ialah FOMO, masuk trade kerana takut terlepas peluang. Stop limit order mewujudkan peraturan jelas sebelum entry, menjadikan keputusan trading lebih berdisiplin dan kurang dipengaruhi emosi.

TETAPI… Perkara Penting Yang Perlu Difahami

Walaupun stop limit order memberi kawalan yang lebih baik, ia tidak menjamin trade akan masuk. Jika harga bergerak terlalu pantas dan terus melepasi limit price, order tidak akan dilaksanakan langsung.

Namun, bagi ramai trader profesional: Trade yang tidak masuk adalah lebih baik daripada entry pada harga yang merosakkan pelan risiko.

Cara Guna Stop Limit Order Dalam MT4 & MT5

Walaupun konsep stop limit order sama, cara penggunaannya berbeza bergantung kepada platform. Penting untuk difahami bahawa fungsi Buy Stop Limit dan Sell Stop Limit hanya tersedia secara penuh dalam MT5, manakala MT4 mempunyai had jenis pending order.

Bagi trader yang masih keliru apa itu stop limit order, bahagian ini menerangkan cara ia digunakan secara praktikal mengikut platform sebenar.

Penggunaan Stop Limit Order Dalam MT5

Dalam MT5, trader boleh terus menggunakan Buy Stop Limit dan Sell Stop Limit sebagai jenis pending order.

Secara ringkas, langkah penggunaannya adalah seperti berikut:

  • Buka carta pair yang ingin didagangkan dan klik New Order (atau tekan F9)
  • Pilih Pending Order
  • Pada bahagian Order Type, pilih sama ada:
    • Buy Stop Limit → untuk strategi breakout ke atas
    • Sell Stop Limit → untuk strategi breakout ke bawah

Seterusnya, trader perlu menetapkan dua harga utama:

  • Stop Price → harga pencetus yang mengaktifkan order
  • Limit Price → harga entry sebenar selepas pullback

Contohnya, dalam Buy Stop Limit:

  • Stop price diletakkan di atas harga semasa untuk mengesahkan breakout
  • Limit price diletakkan di bawah stop price untuk entry yang lebih terkawal

Trade hanya akan masuk jika harga membuat pullback ke limit price selepas stop price dicapai.

Penggunaan Dalam MT4

Dalam MT4, trader tidak boleh memilih Buy Stop Limit atau Sell Stop Limit secara terus kerana platform ini hanya menyokong empat jenis pending order asas:

  • Buy Limit
  • Sell Limit
  • Buy Stop
  • Sell Stop

Oleh itu, konsep stop limit order tidak tersedia secara default dalam MT4. Namun, trader masih boleh meniru strategi yang hampir sama dengan menggabungkan:

  • Stop order untuk pengesahan arah
  • Limit order untuk entry yang lebih baik

Walaupun mekanismenya berbeza, objektifnya tetap sama, iaitu mengelakkan entry pada harga yang terlalu agresif selepas breakout.

Tetapan Risiko Yang Perlu Diberi Perhatian

Sama ada dalam MT4 atau MT5, trader perlu memastikan:

  • Stop loss ditetapkan berdasarkan limit price, bukan stop price
  • Saiz lot selari dengan jarak stop loss sebenar
  • Risk-reward ratio masih logik jika entry berlaku selepas pullback

Stop limit order memberi kawalan harga yang lebih baik, tetapi tidak menjamin trade akan masuk.

Kesilapan Biasa Semasa Menggunakan Stop Limit Order

Antara kesilapan yang sering berlaku:

  • Meletakkan limit price terlalu dekat dengan stop price, menyebabkan trade mudah terlepas
  • Menggunakan stop limit order semasa news besar, di mana harga sering bergerak tanpa pullback
  • Menganggap trade pasti masuk apabila stop price disentuh
  • Tidak mengira semula risiko berdasarkan harga entry sebenar (limit price)
Apa Maksud Stop Limit Order

Beza Stop Order, Limit Order & Stop Limit Order

Stop order fokus kepada execution, limit order fokus kepada harga, manakala stop limit order fokus kepada kawalan risiko entry.

Untuk trader yang masih tertanya-tanya apa itu stop limit order, perbandingan ini membantu menunjukkan kenapa ia digunakan sebagai penapis entry, bukan sekadar alat untuk masuk trade.

CiriStop OrderLimit OrderStop Limit Order
Fungsi utamaPastikan trade masuk bila arah disahkanMasuk trade pada harga lebih baikTapis trade breakout supaya harga entry terkawal
Cara entryExecute selepas harga sentuh stop priceExecute pada limit price atau lebih baikAktif pada stop price, execute ikut limit price
Kawalan hargaRendahTinggiSangat tinggi
Risiko slippageAda (terutama market laju)Hampir tiadaLebih rendah
Execution dijaminYaTidakTidak semestinya
Risiko trade tak masukRendahAdaTinggi
Sesuai untukMomentum & breakout agresifReversal, pullbackBreakout terkawal
Keadaan marketMarket normal / lajuMarket tenangMarket volatile (tanpa news)
Kawalan emosiRendah (mudah FOMO)SederhanaTinggi
Contoh penggunaan“Nak masuk walau apa pun jadi”“Nak harga cantik”“Nak breakout TAPI harga mesti masuk akal”

Kesimpulan – Fahami Apa Itu Stop Limit Order

Stop limit order ialah alat penting untuk trader yang mahu disiplin, kawalan risiko dan ketepatan entry, terutamanya dalam pasaran forex yang bergerak pantas. Dengan memahami apa itu stop limit order, serta penggunaan buy stop limit dan sell stop limit, trader boleh mengelakkan entry yang tidak rasional dan meningkatkan konsistensi trading.

Di Ultima Markets, trader boleh menggunakan stop limit order melalui platform profesional dengan execution pantas, sesuai untuk strategi breakout dan pengurusan risiko yang lebih mantap.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Stop Limit Order

1. Apa itu stop limit order dan bila ia sesuai digunakan?

Stop limit order ialah arahan pending order yang hanya akan diaktifkan apabila harga mencapai stop price dan dilaksanakan pada limit price yang ditetapkan. Ia sesuai digunakan apabila trader mahu masuk trade selepas breakout, tetapi masih mahu kawal harga entry supaya tidak terlalu mahal atau terlalu rendah.

2. Kenapa stop limit order kadang-kadang tidak masuk walaupun harga tembus level?

Ini berlaku apabila harga bergerak terlalu pantas dan terus melepasi limit price. Dalam situasi ini, stop limit order tidak akan dilaksanakan kerana ia hanya masuk trade pada harga yang telah ditetapkan atau lebih baik. Ini membantu trader mengelakkan entry yang berisiko tinggi akibat slippage.

3. Apa beza stop limit order dengan stop order biasa?

Stop order akan terus masuk market apabila harga menyentuh stop price, walaupun berlaku slippage. Sebaliknya, stop limit order memberi kawalan tambahan pada harga entry, tetapi trade tidak dijamin masuk. Stop order fokus kepada execution, manakala stop limit order fokus kepada kawalan risiko entry.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Apa Maksud Stop Limit Order? Panduan Lengkap
Apa Itu Stop Limit Order Dalam Trading?
Bagaimana Stop Limit Order Berfungsi?
Buy Stop Limit: Bila & Kenapa Digunakan?
Sell Stop Limit: Strategi Breakout Ke Bawah
Kenapa Stop Limit Order Penting Untuk Trader?
Cara Guna Stop Limit Order Dalam MT4 & MT5
Beza Stop Order, Limit Order & Stop Limit Order
Kesimpulan - Fahami Apa Itu Stop Limit Order
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Stop Limit Order