Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Global Upstream Exchange Technical Disruption – Impact on Selected Products

Dear Valued Client,

Due to abnormal liquidity conditions in gold caused by this disruption, we have temporarily suspended trading for all gold instruments with immediate effect.

We are writing to keep you fully informed that a technical disruption currently affecting upstream global exchange, which has resulted in interruptions to pricing and trading for several international derivatives markets.

Please be advised that this is an industry-wide incident originating from an external provider and is unrelated to our platform or price movements.During this time, clients may experience price delays, order rejections, or temporary constraints on order execution.

We understand that seamless execution is vital to your trading. We have activated our emergency monitoring protocols and are tracking the recovery progress in real-time. We will send a follow-up notification immediately once services are fully operational.

We sincerely apologize for the inconvenience caused by this external event, and our support team remains on standby to assist you should you require any assistance.

Thank you for your understanding.

Close Pop-up

Maksud Breakout: Fahami Breakout Sah vs Fakeout

Summary:

Fahami maksud breakout, jenis-jenis breakout, cara elak fakeout dan teknik entry yang lebih selamat.

Maksud Breakout: Fahami Breakout Sah vs Fakeout

Dalam trading, breakout adalah antara detik yang paling dinantikan kerana ia sering menjadi permulaan pergerakan besar. Bila harga terlalu lama bergerak dalam range sempit, trader akan menunggu bila harga akhirnya “keluar” daripada zone tersebut.

Namun, ramai masih keliru antara breakout sebenar dan pergerakan biasa, menyebabkan mereka mudah terperangkap dalam fakeout. Dalam artikel ini, anda akan belajar apa itu breakout, bagaimana ia terbentuk, cara mengenal pasti breakout sah, serta teknik mengelakkan fakeout.

Apa Maksud Breakout?

Maksud Breakout ialah situasi apabila harga menembusi paras penting seperti support, resistance, trendline atau zone konsolidasi dengan momentum kuat. Apabila breakout berlaku, ia selalunya menandakan perubahan sentimen dan berpotensi memulakan trend bullish atau bearish.

Breakout = harga pecah level + momentum → peluang entry.

Contoh Bullish Flag Breakout

Kenapa Breakout Berlaku?

Untuk memahami maksud breakout, anda perlu tahu bahawa breakout tidak berlaku secara rawak. Ia adalah tindak balas langsung terhadap struktur pasaran, sentimen pedagang, dan pergerakan order yang terkumpul di kawasan tertentu. Berikut ialah beberapa sebab utama kenapa breakout sering berlaku dalam pasaran:

1. Kawasan Pengumpulan Order (Order Accumulation Zone)

Apabila pasaran bergerak dalam keadaan mendatar atau “sideways”, banyak pedagang meletakkan pesanan tertangguh (pending order) pada paras support dan resistance. Semakin lama harga berada dalam keadaan ini, semakin banyak order terkumpul pada paras tertentu.

Apabila harga berjaya menembusi paras tersebut, semua order yang menunggu akan diaktifkan serentak. Ini mencetuskan peningkatan volume yang besar dan menghasilkan pergerakan harga yang lebih kuat, seterusnya menciptakan breakout yang jelas.

2. Kesannya Berita Ekonomi dan Sentimen Pasaran

Berita ekonomi seperti Nombor Pekerjaan Bukan Perladangan (NFP), Indeks Harga Pengguna (CPI), mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), atau pengumuman kadar faedah sering menjadi pencetus utama breakout.

Perubahan dalam data ekonomi boleh mengubah sentimen pasaran dalam masa yang sangat singkat. Jika berita yang diumumkan jauh daripada jangkaan pasaran, pedagang akan bertindak agresif, menyebabkan harga menembusi paras penting dengan momentum yang tinggi.

3. Ketidakseimbangan Kekuatan antara Pembeli dan Penjual

Breakout juga boleh berlaku apabila salah satu pihak, sama ada pembeli atau penjual tidak lagi mampu mempertahankan paras harga tertentu.

Contohnya, jika pembeli gagal mempertahankan paras support, tekanan jualan akan meningkat sehingga harga menembusi kawasan tersebut. Ini menghasilkan breakout menurun. Keadaan yang sama berlaku sebaliknya jika penjual tidak lagi mampu mempertahankan paras resistance.

Sebaliknya, jika penjual gagal mempertahankan resistance, breakout naik berlaku. Ini ialah asas penting dalam memahami maksud breakout dari sudut market psychology.

4. Pergerakan Semula Selepas Breakout (Retest) dan Momentum Sambungan

Kadang-kadang breakout tidak berlaku secara terus menerus. Harga mungkin menembusi paras penting, kemudian kembali menguji (retest) kawasan tersebut sebelum meneruskan pergerakan sebenar.

Retest berlaku apabila pasaran ingin “mengesahkan” bahawa kawasan yang ditembusi itu kini sudah bertukar fungsi. Sebagai contoh:

  • Resistance yang ditembusi akan bertukar menjadi support baharu.
  • Support yang ditembusi akan bertukar menjadi resistance baharu.

Apabila harga berjaya bertahan selepas retest dan momentum meningkat semula, pergerakan ini dianggap sebagai breakout yang lebih kukuh dan lebih dipercayai oleh pedagang profesional.

Jenis-Jenis Breakout

Mengetahui maksud breakout sahaja tidak mencukupi. Breakout datang dalam pelbagai bentuk dan setiap jenis mempunyai karakter, risiko, serta potensi keuntungan yang berbeza. Berikut ialah jenis-jenis breakout yang paling penting untuk difahami oleh trader moden.

1. Breakout Sah (Valid Breakout)

Breakout sah berlaku apabila harga menembusi paras penting dengan momentum yang jelas dan biasanya disokong oleh peningkatan volume. Breakout jenis ini mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk meneruskan pergerakan trend.

Ciri-ciri breakout sah:

  • Candlestick penembusan lebih besar daripada candlestick sebelumnya
  • Penutupan candlestick melepasi paras support atau resistance
  • Volume meningkat (lebih penting untuk saham dan indeks)
  • Pergerakan harga berterusan selepas penembusan
  • Kadang-kadang diikuti retest untuk mengesahkan zon baharu

Breakout sah dianggap “entry yang paling selamat” bagi trader yang menggabungkan analisis teknikal dan momentum.

2. Fake Breakout (Fakeout)

Fakeout berlaku apabila harga nampak seperti menembusi level, tetapi kemudian berpatah balik masuk semula ke dalam zon asal. Ini adalah situasi yang paling banyak memerangkap trader, terutama yang masuk terlalu awal.

Punca berlakunya fakeout:

  • Pelabur besar menolak harga untuk memicu pesanan berhenti rugi
  • Volume terlalu rendah semasa penembusan
  • Berita ekonomi yang tidak cukup kuat
  • Trader masuk atas emosi tanpa menunggu penutupan candlestick

Fakeout boleh menjadi peluang juga, kerana trader berpengalaman sering mengambil entry berlawanan arah selepas harga kembali dalam zone.

Contoh Fake Breakout

3. Breakout Momentum Lemah (False Momentum Breakout)

Breakout jenis ini berlaku apabila harga berjaya menembusi level, tetapi momentum tidak kukuh. Pergerakan biasanya perlahan, tidak stabil, dan akhirnya harga kembali bergerak sideways.

Breakout ini berlaku apabila pasaran ragu-ragu, atau apabila tidak ada volume yang menyokong pergerakan.

4. 52-Week High / Low Breakout

Ini adalah antara breakout paling popular dalam dunia saham.

52-Week High Breakout berlaku apabila harga memecahkan harga tertinggi dalam tempoh 12 bulan terakhir. Ini biasanya menandakan minat belian yang sangat kuat.

52-Week Low Breakout pula menandakan tekanan jualan yang berterusan dan kelemahan sentimen pasaran.

Kenapa penting?

  • Ia menjadi psikologi utama pasaran.
  • Institusi sering memberi perhatian kepada paras ini.
  • Ia boleh menjadi permulaan trend jangka panjang.

5. All Time High (ATH) Breakout

Ini selalunya antara breakout yang paling kuat kerana harga tidak lagi mempunyai resistance yang jelas di atasnya.

Apabila harga memecahkan All Time High, ramai pedagang dan institusi akan memasuki pasaran, menyebabkan trend bullish yang besar.

Contoh aset yang sering mencapai ATH:

  • Saham teknologi seperti Nvidia, Tesla, atau Qualcomm
  • Bitcoin ketika bull market
  • Komoditi seperti emas ketika sentimen risiko tinggi

ATH breakout biasanya diikuti pergerakan yang sangat agresif.

6. Trendline Breakout

Breakout juga boleh berlaku apabila harga memecahkan garis trend yang telah bertahan lama.

Contoh:

  • Harga memecahkan trendline menurun menunjukkan tanda awal potensi reversal bullish
  • Harga memecahkan trendline menaik menunjukkan tanda awal potensi reversal bearish

Trendline breakout penting untuk swing trader yang mencari perubahan trend utama.

Contoh Trendline Brakeout

7. Range Breakout (Konsolidasi Breakout)

Range breakout berlaku bila harga bergerak dalam kotak untuk satu tempoh (sideways), kemudian keluar dari kotak itu dengan momentum kuat.

Bayangkan macam ni: Harga naik turun dalam kawasan kecil saja (atas sikit, bawah sikit) berulang kali. Ini dipanggil range atau konsolidasi. Dalam fasa ni, market sebenarnya tengah “kumpul tenaga”.

Biasanya range terbentuk ketika:

  • Market tengah tunggu news penting
  • Trader tak yakin nak push harga
  • Volume rendah
  • Pergerakan kecil dan sempit

Apabila harga akhirnya pecah keluar dari kawasan kotak ini (sama ada ke atas atau ke bawah), pergerakannya selalunya lebih kuat sebab tenaga yang terkumpul tadi “dilepaskan” sekali gus.

Inilah sebab range breakout dianggap antara breakout paling “clean” dan mudah dibaca.

Contoh Falling Wedge Breakout

8. Volatility Expansion Breakout

Volatility expansion breakout berlaku apabila pasaran yang sebelum ini tenang tiba-tiba menunjukkan pergerakan lebih besar daripada biasa. Situasi ini sering menjadi tanda awal bahawa pasaran sedang bersedia untuk memulakan trend baharu.

Untuk memahami maksud breakout dalam konteks ini, peningkatan volatiliti menunjukkan bahawa buyer atau seller mula masuk dengan lebih agresif. Apabila candlestick menjadi lebih besar dan range pergerakan semakin luas, ia menandakan tekanan order yang meningkat, dan inilah yang mendorong berlakunya breakout yang kuat.

Volatility expansion biasanya dapat dikesan melalui penunjuk seperti Bollinger Bands yang mengembang, ATR yang meningkat, atau kemunculan candlestick besar selepas tempoh market yang sangat perlahan.

Breakout jenis ini selalunya menjadi petanda awal potensi trend besar, kerana perubahan volatiliti menunjukkan momentum mula masuk semula ke pasaran. Namun, ia tetap perlu disahkan dengan struktur harga dan pengurusan risiko yang baik.

9. Breakout Fundamental (News-Driven Breakout)

Breakout yang berlaku secara langsung akibat pengumuman ekonomi atau berita besar, seperti:

  • Nombor pekerjaan (NFP)
  • Inflasi (CPI)
  • Mesyuarat FOMC
  • Keputusan kadar faedah bank pusat

Breakout jenis ini sangat agresif tetapi juga sangat berisiko.

Jenis BreakoutCara Ia TerjadiKekuatan / PotensiRisiko
Breakout SahTembusi level dengan momentum + volumeTrend kuat & stabilJarang fakeout
FakeoutTembusi level tapi patah balikNampak “cantik” di awalRisiko tinggi, ramai trapped
Breakout Momentum LemahBreakout kecil tanpa volumeBoleh sambung trendMudah sideways semula
52-Week High/LowPecah rekod 12 bulanSignal kuat untuk sahamBoleh overextended
ATH BreakoutPecah harga tertinggi sejarahPaling agresifVolatile, risiko pullback besar
Trendline BreakoutPecah garis trendSignal reversal awalKadang-kadang false break
Range BreakoutKeluar dari consolidationPergerakan clean & kuatFakeout jika volume rendah
Volatility ExpansionCandlestick tiba-tiba besarBerpotensi trend besarKadang abnormal spike
Fundamental BreakoutDisebabkan news besarKuat & pantasVery high volatility

Bagaimana Nak Mengenal Pasti Breakout Sah

Untuk membaca maksud breakout dengan tepat, anda perlu memastikan breakout yang berlaku benar-benar disokong oleh momentum dan struktur pasaran. Berikut ialah elemen penting yang perlu diperhatikan sebelum mengesahkan sesuatu breakout itu sah.

1. Perhatikan Penutupan Candlestick (Candlestick Close)

Breakout dianggap sah hanya apabila candlestick ditutup sepenuhnya melepasi paras support atau resistance. Jika harga hanya “mencucuk” level tanpa penutupan yang jelas, itu berisiko menjadi fakeout. Penutupan yang kukuh menunjukkan pasaran benar-benar menerima harga baharu tersebut.

2. Analisis Volume (Terutamanya untuk Saham dan Indeks)

Volume yang tinggi semasa penembusan menunjukkan terdapat sokongan kuat daripada pedagang dan institusi. Jika volume rendah, breakout mungkin tidak cukup kukuh untuk bertahan. Untuk pasaran forex yang tiada volume sebenar, anda boleh melihat kekuatan candlestick sebagai pengganti.

3. Perhatikan Retest Selepas Breakout

Retest ialah situasi apabila harga kembali menguji paras yang telah ditembusi. Contohnya, resistance yang ditembusi akan diuji semula sebagai support. Jika harga berjaya bertahan pada kawasan tersebut, breakout dianggap lebih stabil dan memberikan peluang entry yang lebih selamat.

4. Lihat Struktur Pasaran (Market Structure)

Struktur pasaran membantu mengesahkan arah sebenar breakout. Jika pasaran sedang membentuk paras tertinggi dan terendah yang semakin naik (higher high dan higher low), breakout resistance berpotensi menghasilkan trend bullish. Sebaliknya, struktur menurun menguatkan breakout bearish.

5. Berhati-hati Semasa Berita Ekonomi Besar Kecuali Jika Anda Scalper Berpengalaman

Berita ekonomi seperti Nombor Pekerjaan Bukan Perladangan (NFP), Indeks Harga Pengguna (CPI), atau mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) sering mencetuskan breakout yang sangat kuat.

Namun, breakout jenis ini juga datang dengan risiko spike dan fakeout yang tinggi. Bagi kebanyakan trader, lebih selamat untuk menunggu penutupan candlestick selepas news sebelum masuk pasaran.

Walau bagaimanapun, scalper yang berpengalaman memang mencari peluang ketika news kerana mereka mahir menguruskan risiko dan sudah terbiasa dengan pergerakan agresif. Breakout ketika news memang mampu menghasilkan volatiliti besar dalam masa beberapa saat, tetapi ia memerlukan disiplin, kelajuan dan skill membaca momentum.

Strategi Entry Menggunakan Breakout

Setelah memahami maksud breakout dan cara mengenal pasti breakout yang sah, langkah seterusnya ialah memilih strategi entry yang sesuai dengan gaya trading anda. Berikut ialah tiga strategi yang paling biasa digunakan oleh pedagang.

1. Breakout dan Retest (Strategi Paling Selamat)

Ini strategi yang paling ramai trader guna sebab lebih meyakinkan. Bila harga break resistance, anda tunggu dulu harga turun semula untuk retest kawasan tu. Kalau level tu bertahan dan muncul candlestick yang jelas (contoh pin bar atau engulfing), itu tanda buyer atau seller betul-betul sambung momentum.

Entry pada retest biasanya lebih selamat dan kurang risiko fakeout.

2. Breakout Momentum (Sesuai untuk Scalper dan Intraday)

Kalau market tengah laju dan breakout sangat jelas, anda boleh masuk terus selepas candlestick breakout tutup.

Strategi ini sesuai untuk pair yang volatile seperti XAUUSD kerana pergerakan besar selalunya berlaku dalam masa singkat.

Cuma pastikan stop loss ketat dan alert dengan pergerakan pantas, sebab strategi ini memang high risk, high reward.

3. Breakout Pullback pada Masa Lebih Rendah

Kadang-kadang harga tidak buat retest “cantik” di timeframe besar. Jadi, anda boleh turun ke timeframe lebih kecil untuk cari pullback kecil sebelum trend sambung.

Cara ini membantu anda dapatkan entry yang lebih awal tanpa terlalu gamble. Ia juga berguna bila breakout kuat dan market tidak sempat retrace ke paras asal.

Contoh Bullish Flag Fakeout

Kesilapan Biasa Trader Tentang Breakout

Untuk memahami maksud breakout dengan lebih lanjut, penting untuk kita fahami contoh-contoh kesilapan biasa yang trader selalu buat supaya kita boleh mengelakkanya.

  1. Masuk terlalu awal

Ramai trader tak sabar nak masuk trade. Nampak harga sentuh resistance, terus tekan buy atau sell walaupun candlestick belum tutup. Bila buat macam ni, risiko kena fakeout memang tinggi sebab penembusan tu mungkin belum betul-betul sah.

  1. Entry masa news besar

Breakout masa news memang boleh bagi pergerakan besar, tapi ia juga sangat tidak stabil. Harga boleh melonjak kuat sekejap, kemudian terus patah balik. Kalau tidak biasa dengan pergerakan laju macam ni, mudah sangat tersilap entry.

  1. Stop Loss terlalu dekat

Tight stop loss ialah stop loss yang diletakkan terlalu dekat dengan kawasan breakout sehingga pergerakan kecil pasaran pun boleh mengaktifkannya. Pasaran biasanya membuat sedikit “noise” sebelum memulakan trend sebenar, jadi jarak stop loss perlu disesuaikan dengan volatiliti dan struktur harga semasa.

  1. Tak tengok timeframe lebih besar

Kadang-kadang breakout yang nampak besar di timeframe kecil sebenarnya cuma pergerakan biasa kalau tengok di timeframe lebih tinggi. Sebab tu penting untuk semak gambaran besar dulu supaya entry selari dengan arah trend sebenar.

Kesimpulan – Fahami Maksud Breakout

Memahami maksud breakout adalah kunci untuk entry yang lebih selamat dan berpotensi tinggi. Breakout bukan sekadar harga pecah level, tetapi signal perubahan momentum dan sentimen pasaran. Dengan gabungan analisis candlestick, volume, retest dan market structure, anda boleh membezakan breakout sah dan fakeout.

Jika anda ingin berlatih membaca breakout secara real-time dengan spread rendah, chart pantas dan akses multi-asset, Ultima Markets ialah platform yang sesuai untuk scalper, intraday dan swing trader.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Maksud Breakout: Fahami Breakout Sah vs Fakeout
Apa Maksud Breakout?
Kenapa Breakout Berlaku?
Jenis-Jenis Breakout
Bagaimana Nak Mengenal Pasti Breakout Sah
Strategi Entry Menggunakan Breakout
Kesilapan Biasa Trader Tentang Breakout
Kesimpulan - Fahami Maksud Breakout