Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Apa Itu Take Profit? Cara Tetapkan TP Dengan Betul

Summary:

Apa itu take profit? Ketahui maksud TP dalam forex, jenis take profit dan cara tetapkan TP dengan betul untuk urus risiko dengan lebih berdisiplin.

Apa Itu Take Profit? Cara Tetapkan TP Dengan Betul

Dalam dunia trading, ramai trader fokus kepada cara masuk market, tetapi gagal merancang cara keluar dengan untung. Di sinilah pentingnya memahami apa itu take profit.

Take profit bukan sekadar butang automatik, tetapi satu strategi penting untuk mengunci keuntungan sebelum pasaran berpatah balik. Tanpa take profit, keuntungan yang belum direalisasikan boleh hilang apabila harga bergerak bertentangan.

Artikel ini akan menerangkan apa itu take profit, maksud TP dalam forex, serta kenapa profit taking adalah elemen penting dalam pengurusan risiko.

Apa Maksud Take Profit

Apa Itu Take Profit Dalam Trading?

Maksud Take Profit

Take profit ialah arahan automatik untuk menutup posisi dagangan apabila harga mencapai tahap keuntungan yang telah ditetapkan oleh trader.

Dengan kata lain, take profit memastikan keuntungan direalisasikan tanpa perlu menunggu trader menutup posisi secara manual.

Secara asasnya, apa itu take profit boleh difahami sebagai sasaran keuntungan yang ditetapkan lebih awal sebelum sesuatu trade dibuka.

Contohnya:

  • Anda beli EUR/USD pada harga 1.0800
  • Anda tetapkan take profit di 1.0900
  • Apabila harga sampai 1.0900, posisi ditutup secara automatik dan keuntungan dikunci

Konsep ini sangat penting kerana pasaran forex bergerak pantas dan sering berpatah balik tanpa amaran.

Jenis-Jenis Take Profit Dalam Trading

1. Fixed Take Profit (TP Tetap)

Ini ialah jenis paling asas dan paling ramai guna.

Apa maksud take profit jenis ini?
Trader tetapkan satu harga sasaran keuntungan dan tidak ubah langsung.

Contoh:

  • Buy EUR/USD di 1.0800
  • Take profit di 1.0900
  • Bila harga capai 1.0900, trade ditutup automatik

Sesuai untuk trader baru tetapi kurang fleksibel jika market terus bergerak kuat.

Take Profit TP

2. Take Profit Berdasarkan Risk-Reward Ratio

Jenis ini paling disarankan untuk trading jangka panjang.

Maksud TP dalam forex bagi kaedah ini ialah TP ditentukan berdasarkan jarak stop loss.

Contoh:

  • Stop loss = 50 pip
  • Risk-reward 1:2
  • Take profit = 100 pip

Profit taking adalah dirancang sejak awal, bukan ikut perasaan.

TP jenis ini memastikan trader berdisiplin dan ianya konsisten untuk akaun jangka panjang.

3. Partial Take Profit (Ambil Untung Sebahagian)

Apa itu take profit jenis partial?
Ini ialah teknik profesional. Profit taking adalah dibuat secara berperingkat, bukan sekali gus. Ia bermaksud anda tutup sebahagian posisi, bukan keseluruhan trade.

Contoh:

  • Buka 1 lot Buy Gold
  • Harga naik +100 pip
  • Tutup 0.5 lot (untung dikunci)
  • Baki 0.5 lot dibiarkan ikut market

Profit taking adalah dibuat secara manual / berperingkat. Keuntungan separuh sudah selamat, walaupun market berpatah balik. TP jenis ini boleh kurangkan tekanan emosi dan masih boleh manfaatkan trend besar.

4. Take Profit Berdasarkan Support & Resistance

TP berdasarkan SnR antara kaedah paling “logik” dari sudut teknikal.

Maksud TP dalam forex melalui kaedah ini:

  • Buy: TP dekat resistance
  • Sell: TP dekat support

Profit taking adalah dibuat di kawasan harga yang berpotensi berpatah balik.

Ringkasan Jenis Take Profit

Jenis Take ProfitSesuai Untuk
Fixed TPTrader baru
Risk-Reward TPTrader konsisten
Partial TPTrader berpengalaman
Trailing TPMarket trending
S&R TPPrice action trader

Cara Letak Take Profit Dengan Betul

Untuk faham apa itu take profit secara praktikal, ini antara kaedah yang biasa digunakan:

candlestick_take_profit

1. Berdasarkan Support & Resistance

Letak TP dekat tempat harga “selalu berhenti” atau “selalu berpatah balik”.

  • Kalau Buy (naik):
    Harga biasanya susah tembus resistance (macam siling). Jadi TP letak sebelum resistance (contoh 5–20 pip sebelum), sebab ramai orang akan jual dekat situ.
  • Kalau Sell (turun):
    Harga biasanya susah tembus support (macam lantai). Jadi TP letak sebelum support, sebab ramai orang akan beli dekat situ.

Contoh:
Resistance di 1.1000 → TP buy letak 1.0985 / 1.0990 (jangan tunggu betul-betul 1.1000).

2. Berdasarkan Risk-Reward Ratio

Untung mesti lebih besar daripada risiko.

Kalau anda sanggup rugi 50 pip (stop loss), then target untung:

  • 1:1 – TP 50 pip (ok tapi biasa-biasa)
  • 1:2 – TP 100 pip (lagi “sihat” sebab bila kalah beberapa kali pun masih boleh cover)

Contoh: SL = 50 pip → TP = 100 pip (RR 1:2) Dengan risk-reward 1:2, satu trade menang berpotensi menampung dua trade rugi, jika risiko setiap trade adalah sama dan konsisten.

3. Berdasarkan Struktur Pasaran

Letak TP dekat “tempat logik” market boleh pergi berdasarkan pergerakan sebelum ni.

TP boleh letak pada:

  • Previous High / Previous Low
    Harga selalunya “test balik” kawasan high/low lama.
  • Kawasan Liquidity
    Ini kawasan ramai orang letak SL/entry (contoh atas high lama atau bawah low lama). Kadang-kadang market akan ‘test’ kawasan ini sebelum membuat reversal.
  • Zon Rejection
    Kawasan yang dulu harga naik tapi cepat jatuh (atau turun tapi cepat naik). Maksudnya kawasan tu kuat, jadi sesuai jadi target TP.

Contoh: Harga dulu pernah capai 1950 dan terus jatuh, jadi, 1950 jadi target TP untuk buy.

Perbezaan Take Profit & Stop Loss

Dalam trading, keuntungan dan kerugian tidak boleh dikawal dengan harapan, tetapi perlu diurus dengan perancangan. Di sinilah peranan take profit dan stop loss menjadi sangat penting. Jika take profit digunakan untuk mengunci keuntungan, stop loss pula berfungsi sebagai perlindungan untuk mengehadkan kerugian. Kedua-duanya saling melengkapi dan tidak sepatutnya digunakan secara berasingan.

ElemenFungsi
Take ProfitMengunci keuntungan secara automatik
Stop LossMengehadkan kerugian pada tahap terkawal
Tanpa TPKeuntungan boleh hilang apabila harga berpatah balik
Tanpa SLRisiko kerugian besar sehingga menjejaskan akaun

Trader yang konsisten sentiasa menggunakan TP dan SL serentak kerana keuntungan tanpa kawalan risiko tidak akan bertahan dalam jangka panjang.

Stop loss dan Take Profit

Kesalahan Biasa Berkaitan Take Profit

Walaupun sudah memahami apa itu take profit, ramai trader masih melakukan kesilapan kerana kurang disiplin dan terlalu mengikut emosi.

  • Tidak letak TP langsung
  • Ubah TP ikut emosi
  • Letak TP tanpa sebab teknikal
  • Terlalu cepat ambil untung kecil

Kesilapan ini menyebabkan prestasi trading tidak konsisten walaupun analisis asal betul.

Kesimpulan – Fahami Maksud TP Dalam Forex

Selepas memahami apa itu take profit, jelas bahawa TP bukan sekadar sasaran keuntungan semata-mata. Ia sebenarnya satu alat disiplin yang membantu trader membuat keputusan keluar dari pasaran dengan lebih rasional, tanpa dipengaruhi emosi seperti tamak atau takut rugi. Apabila anda sedar bahawa profit taking adalah sebahagian daripada pelan trading yang dirancang, barulah dagangan menjadi lebih tersusun dan konsisten dalam jangka panjang.

Di Ultima Markets, trader boleh menetapkan take profit dan stop loss dengan mudah melalui platform trading profesional yang menyokong pengurusan risiko lebih berkesan, membantu anda berdagang dengan lebih yakin dan berdisiplin.

maksud tp dalam trading

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Take Profit

1. Apa itu take profit dan adakah ia wajib digunakan?

Take profit ialah arahan automatik untuk menutup posisi apabila sasaran keuntungan tercapai. Ia tidak wajib, tetapi sangat digalakkan, terutamanya untuk mengelakkan keuntungan bertukar menjadi kerugian akibat pergerakan pasaran yang pantas.

2. Maksud TP dalam forex sama ke dengan tutup posisi manual?

Maksud TP dalam forex merujuk kepada penutupan posisi secara automatik pada harga tertentu, manakala tutup manual bergantung kepada tindakan trader. TP lebih konsisten kerana ia tidak dipengaruhi emosi atau kelewatan reaksi.

3. Boleh ke ubah take profit selepas trade dibuka?

Ya, boleh. Namun, mengubah TP tanpa sebab teknikal yang kukuh boleh menjejaskan disiplin trading. Sebaiknya, perubahan hanya dibuat jika ada sokongan analisis seperti trend baharu atau struktur pasaran berubah.

4. Apa beza take profit untuk forex dan gold?

Secara konsep sama, tetapi untuk gold, TP biasanya lebih jauh kerana pergerakan harga yang lebih besar dan volatiliti yang lebih tinggi berbanding pasangan mata wang forex.

5. Adakah take profit berfungsi semasa market volatile?

Ya, tetapi TP perlu diletakkan dengan lebih fleksibel. Dalam pasaran volatile, TP terlalu dekat mudah terkena terlalu awal, manakala TP terlalu jauh berisiko tidak tercapai.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Apa Itu Take Profit? Cara Tetapkan TP Dengan Betul
Apa Itu Take Profit Dalam Trading?
Jenis-Jenis Take Profit Dalam Trading
Cara Letak Take Profit Dengan Betul
Perbezaan Take Profit & Stop Loss
Kesalahan Biasa Berkaitan Take Profit
Kesimpulan - Fahami Maksud TP Dalam Forex
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Take Profit