Trade Anytime, Anywhere
Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomDalam dunia trading, antara soalan paling kerap ditanya oleh trader baharu ialah apa itu stop loss dan kenapa ia sangat penting. Ramai yang teruja untuk masuk pasaran, tetapi lupa satu perkara kritikal, mengawal risiko kerugian.
Artikel ini akan terangkan secara ringkas, praktikal dan mudah faham tentang apa itu stop loss, bagaimana ia berfungsi, serta kaitannya dengan topik popular seperti apa itu take profit dan stop loss.
Stop Loss adalah arahan automatik yang ditetapkan oleh trader untuk menutup posisi dagangan secara automatik apabila harga bergerak ke arah kerugian pada tahap tertentu. Ia juga dikira sebagai exit order.
Dengan kata lain, stop loss adalah had maksimum kerugian yang anda sanggup terima dalam satu trade.
Secara asasnya, stop loss boleh difahami sebagai alat pengurusan risiko (risk management). Ia memastikan kerugian anda terkawal walaupun pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan.
Contohnya:
Jika harga jatuh ke 1.0950, posisi akan ditutup secara automatik. Inilah fungsi utama stop loss iaitu melindungi akaun anda tanpa perlu anda pantau carta sepanjang masa.

Untuk benar-benar faham apa itu stop loss, anda perlu tahu bagaimana ia diaplikasikan:
Mudah, tetapi sangat berkesan.
Untuk benar-benar faham apa itu stop loss, anda bukan sekadar tahu maksudnya, tetapi juga jenis-jenis stop loss yang biasa digunakan oleh trader. Setiap jenis mempunyai fungsi berbeza bergantung kepada strategi, modal dan gaya trading.
Walaupun berbeza, prinsip asas tetap sama, stop loss adalah alat untuk mengehadkan kerugian.
Fixed stop loss ialah stop loss yang ditetapkan pada jarak harga atau pip yang tetap dari harga entry, tanpa mengambil kira saiz modal akaun.
Contoh:
Walaupun akaun anda besar atau kecil, jarak stop loss tidak berubah.
Kelebihan:
Kekurangan:

Percentage stop loss ditetapkan berdasarkan peratusan risiko daripada modal akaun, biasanya 1% atau 2% setiap trade.
Ini ialah pendekatan risk management profesional.
Contoh:
Jika jarak stop loss ialah 40 pip, lot size akan dikira supaya kerugian maksimum tetap USD 20.
Maknanya:
Kelebihan:
Kekurangan:
Dalam praktik sebenar, stop loss adalah lebih efektif bila digabungkan dengan pengurusan risiko berasaskan peratus.
Trailing stop loss ialah stop loss yang bergerak mengikut arah keuntungan, tetapi tidak bergerak ke belakang.
Ini antara jenis stop loss paling popular dalam trend yang kuat.
Contoh:
Fungsi utama:
Kelebihan:
Kekurangan:
Dalam konteks stop loss, trailing stop loss menunjukkan bahawa stop loss bukan hanya untuk hadkan rugi, tetapi juga untuk kunci untung.
| Jenis Stop Loss | Berdasarkan | Sesuai Untuk |
| Fixed Stop Loss | Pip / Harga | Beginner, Scalping |
| Percentage Stop Loss | % Modal | Swing, Konsisten |
| Trailing Stop Loss | Pergerakan Harga | Trend Trading |
Meletakkan stop loss dengan betul bukan sekadar pilih nombor rawak. Untuk benar-benar memahami apa itu stop loss, trader perlu tahu di mana idea trade dianggap tidak lagi sah.

Berikut langkah asas yang boleh digunakan oleh trader baru mahupun berpengalaman:
Stop loss perlu diletakkan di paras harga yang menunjukkan analisis anda sudah tidak relevan. Jika harga sampai ke paras itu, bermakna trade tersebut memang patut ditutup.
Untuk posisi buy, stop loss biasanya diletakkan di bawah kawasan support. Untuk posisi sell, stop loss diletakkan di atas kawasan resistance. Ini memastikan stop loss selari dengan struktur pasaran, bukan emosi.
Timeframe besar dan pasaran yang volatile memerlukan stop loss yang lebih luas. Meletakkan stop loss terlalu dekat dalam keadaan ini mudah menyebabkan trade terkena SL walaupun arah akhirnya betul.
Walaupun stop loss diletakkan jauh atau dekat, kerugian setiap trade sepatutnya kecil, sekitar 1–2% daripada modal. Ini bermaksud saiz lot perlu disesuaikan supaya apabila stop loss terkena, kerugian tidak memberi kesan besar kepada akaun dan trader masih boleh terus berdagang dengan tenang. Untuk mengekalkan risiko yang sama, stop loss yang lebih dekat membolehkan saiz lot lebih besar, manakala stop loss yang lebih jauh memerlukan saiz lot yang lebih kecil.
Selepas mengetahui di mana stop loss patut diletakkan, persoalan seterusnya ialah sejauh mana jarak stop loss yang sesuai. Tiada satu angka “magic” untuk semua trader. Jarak stop loss bergantung kepada konteks trade, bukan ikut rasa atau tekaan. Untuk benar-benar faham apa itu stop loss, trader perlu tahu kenapa stop loss diletakkan di sesuatu paras, bukan sekadar berapa pip.
Berikut faktor utama yang menentukan jarak stop loss:
Setiap strategi memerlukan jarak stop loss yang berbeza.
Contoh:
Jika strategi anda mencari pergerakan kecil, stop loss yang terlalu besar akan merosakkan nisbah risiko-ganjaran. Inilah sebabnya memahami apa itu stop loss dalam konteks strategi sangat penting.
Timeframe menentukan “ruang bernafas” harga.
Contoh mudah:
Meletakkan stop loss terlalu dekat pada timeframe besar sering menyebabkan trade kena SL sebelum bergerak ke arah betul.
Pasaran yang volatile memerlukan stop loss lebih fleksibel.
Contoh:
Apabila volatiliti meningkat, pergerakan harga menjadi lebih agresif dan stop loss yang terlalu dekat mudah disentuh sebelum trade sempat bergerak ke arah yang dirancang.
Stop loss yang baik bukan rawak, tetapi diletakkan berdekatan dengan paras SnR:
Jika struktur harga rosak, trade memang patut ditutup.

Ramai trader rugi besar bukan kerana analisis salah, tetapi kerana tidak menggunakan stop loss. Memahami apa itu stop loss ialah asas untuk mengawal risiko dan bertahan dalam trading jangka panjang.
Tanpa stop loss, trader mudah berharap harga akan berpatah balik walaupun setup sudah rosak. Stop loss membantu menamatkan trade tanpa dipengaruhi emosi.
Modal ialah aset paling penting dalam trading. Stop loss adalah mekanisme perlindungan yang menghadkan kerugian supaya akaun boleh terus berdagang.
Trader konsisten sentiasa tahu di mana entry, stop loss dan risiko sebelum masuk trade. Inilah fungsi sebenar stop loss sebagai alat disiplin dan kawalan risiko.
Walaupun tahu apa itu stop loss, ramai masih buat kesilapan:
Ingat, stop loss adalah alat perlindungan, bukan musuh keuntungan. Tanpa stop loss, kerugian boleh menjadi tidak terkawal dan berisiko menyebabkan margin call (MC) apabila equity akaun jatuh terlalu rendah akibat kerugian berterusan.
Ramai trader mencari apa itu take profit dan stop loss kerana kedua-duanya sentiasa digunakan bersama dalam satu trade. Walaupun fungsinya berbeza, take profit dan stop loss saling melengkapi dalam pengurusan risiko.
Jika stop loss adalah perlindungan dari bawah, take profit pula sasaran dari atas. Kedua-duanya membantu trader keluar dari pasaran secara automatik tanpa dipengaruhi emosi.
Contohnya, sebelum masuk trade, trader profesional sudah tahu:
Inilah sebabnya trader yang konsisten sentiasa menetapkan take profit dan stop loss sebelum masuk trade, bukan selepas harga sudah bergerak.
Ringkasnya, memahami apa itu take profit dan stop loss membantu trader berdagang dengan lebih berdisiplin, terancang dan terkawal.

Dah faham apa itu Stop Loss? Kesimpulannya, stop loss bukan sekadar ciri dalam platform trading, tetapi asas utama untuk kelangsungan seorang trader jangka panjang. Stop loss adalah perisai yang membezakan trader berdisiplin dengan trader yang hanya bergantung pada nasib.
Di Ultima Markets, trader boleh menetapkan stop loss dan take profit dengan mudah pada platform trading yang stabil dan mesra pengguna, membantu anda fokus pada strategi sambil risiko kekal terkawal.
Ya, stop loss sangat disarankan dalam setiap trade kerana ia membantu mengehadkan kerugian dan melindungi modal. Trading tanpa stop loss mendedahkan akaun kepada risiko kerugian besar jika pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan.
Kebanyakan trader profesional mengehadkan risiko sekitar 1–2% daripada modal bagi setiap trade. Ini membolehkan akaun bertahan lebih lama walaupun mengalami beberapa kerugian berturut-turut.
Ini biasanya berlaku apabila stop loss diletakkan terlalu dekat, tidak mengambil kira volatiliti pasaran atau struktur harga. Stop loss perlu diberi ruang yang sesuai agar harga boleh bergerak secara normal sebelum mencapai sasaran.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.