Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website

Apa Itu Leverage? 5 Fakta Penting Trader Wajib Tahu

Summary:

Ketahui apa itu leverage dalam forex trading, bagaimana ia berfungsi, contoh praktikal penggunaannya serta risiko yang perlu dielakkan oleh trader pemula.

Apa Itu Leverage? 5 Fakta Penting Trader Wajib Tahu

Anda mungkin pernah dengar istilah leverage (leveraj dalam Bahasa Melayu) tetapi masih keliru tentang apa itu leverage sebenarnya? Dalam forex trading, leverage bukan hutang yang perlu dibayar dengan faedah seperti dalam pinjaman bank atau saham. Sebaliknya, leverage adalah kemudahan atau bantuan dana oleh broker kepada trader, tanpa caj faedah, supaya trader boleh membuka posisi yang lebih besar berbanding modal asal mereka. Bergantung kepada broker anda, leverage boleh bermula serendah 1:50 sehingga setinggi 1:2000 atau lebih.

Apa Itu Leverage Forex

Apa Itu Leverage?

Leverage (leveraj) secara asasnya adalah bantuan dana daripada broker kepada trader, membolehkan trader mempunyai kuasa beli lebih tinggi dalam pasaran forex tanpa dikenakan faedah atau dianggap sebagai hutang.

Cara Leverage Berfungsi Dalam Forex

Leverage dikira menggunakan nisbah antara modal trader dengan nilai posisi dagangan yang boleh dibuka. Contohnya, jika Ali mempunyai modal sebanyak RM400 dan memilih leverage 1:400, Ali boleh membuka posisi dagangan bernilai RM160,000 (RM400 x 400). Dalam situasi ini, Ali mampu berdagang sebanyak 1.6 lot standard.

Contoh Leverage Dalam Forex

Kelebihan Menggunakan Leverage

Bayangkan Sarah mempunyai modal sebanyak RM1,000 dan berdagang tanpa menggunakan leverage. Jika setiap pip pergerakan dalam pasaran hanya bernilai RM0.10, Sarah hanya akan mendapat keuntungan RM10 jika harga bergerak sebanyak 100 pip, bersamaan dengan 1% daripada modal asalnya.
Namun, dengan leverage 1:100, modal RM1,000 Sarah boleh membuka posisi sehingga RM100,000, menjadikan nilai per pip sebanyak RM10. Ini bermakna, untuk pergerakan yang sama (100 pip), keuntungan Sarah akan melonjak kepada RM1,000, bersamaan dengan 100% daripada modal asalnya. Situasi ini jelas menunjukkan potensi keuntungan yang jauh lebih tinggi apabila menggunakan leverage, menjadikannya sangat berbaloi.

Risiko Menggunakan Leverage Tinggi

Leverage ibarat pedang bermata dua kerana ia bukan sahaja mampu menggandakan keuntungan, malah juga menggandakan kerugian. Misalnya, jika Sarah tadi berdagang dengan modal RM1,000 menggunakan leverage 1:100, dan pasaran bergerak bertentangan arah sebanyak 100 pip, Sarah boleh kehilangan kesemua modal RM1,000 dengan serta-merta.

Lebih teruk lagi, jika kerugian melebihi jumlah modal yang ada dalam akaun trading, broker biasanya akan menutup posisi anda secara automatik. Namun dalam kes-kes tertentu, baki negatif boleh berlaku, menyebabkan anda mungkin perlu membayar semula lebihan tersebut kepada broker bergantung kepada polisi mereka.

Risiko Margin Call

Satu lagi risiko yang berkait rapat dengan penggunaan leverage tinggi ialah margin call. Margin call berlaku apabila baki dalam akaun trading tidak mencukupi untuk menampung posisi yang sedang dibuka. Biasanya, broker akan menghantar notifikasi melalui emel atau platform trading anda. Jika trader gagal menambah dana atau menutup posisi, broker akan bertindak menutup posisi tersebut secara automatik.

Sebagai contoh, dengan leverage tinggi seperti 1:1000, hanya pergerakan kecil dalam pasaran boleh mencetuskan margin call, menyebabkan modal anda habis serta-merta. Sebab itulah penggunaan leverage terlalu tinggi tanpa pengurusan risiko yang baik amat tidak digalakkan.

Risiko Margin Call Bila Guna Leverage

Tips Menggunakan Leverage Secara Bijak

Trader baru disarankan memilih leverage sederhana seperti 1:100 hingga 1:200. Selain itu, sentiasa amalkan pengurusan risiko yang ketat, seperti menetapkan stop loss dan tidak membuka posisi dagangan melebihi 2% risiko daripada jumlah modal dalam akaun.

Sebagai contoh, jika modal anda ialah RM2,000, anda hanya patut mengambil risiko maksimum RM40 bagi setiap posisi dagangan yang dibuka. Ini membantu anda bertahan lebih lama dalam pasaran dan meningkatkan peluang kejayaan dalam jangka panjang.

Kesimpulan: Jadi, Leverage Ini Kawan atau Lawan?

Setelah memahami apa itu leverage, jelas bahawa leverage boleh menjadi kawan terbaik atau musuh terburuk anda dalam trading forex. Gunakan leverage dengan bijak, fahami risiko yang terlibat, dan jadikan leverage sebagai kelebihan, bukan ancaman.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Apa Itu Leverage? 5 Fakta Penting Trader Wajib Tahu
Apa Itu Leverage?
Cara Leverage Berfungsi Dalam Forex
Kelebihan Menggunakan Leverage
Risiko Menggunakan Leverage Tinggi
Risiko Margin Call
Tips Menggunakan Leverage Secara Bijak
Kesimpulan: Jadi, Leverage Ini Kawan atau Lawan?