Apa Itu Forex? Baca Dulu Sebelum Anda Trade!

Summary:

Apa itu Forex? Ketahui cara forex berfungsi, siapa yang boleh trade, waktu dagangan forex, platform terbaik & potensi keuntungan dari pasaran global ini.

Apa Itu Forex? Baca Dulu Sebelum Anda Trade!

Pasaran mata wang asing atau Forex adalah salah satu pasaran kewangan terbesar di dunia. Dengan purata transaksi harian melebihi USD 6 trilion, ramai individu, institusi, dan syarikat mula melihat Forex sebagai satu peluang untuk menjana keuntungan. Tetapi apa itu Forex sebenarnya, dan bagaimana ia berfungsi?

Definisi Forex

Forex adalah singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu aktiviti menukar satu mata wang kepada mata wang yang lain pada kadar pertukaran tertentu dengan tujuan pelaburan, perdagangan, atau perniagaan.
Pasaran Forex berlaku secara digital (over-the-counter, OTC), di mana ia tidak mempunyai pusat fizikal seperti Bursa Saham. Ia beroperasi 24 jam sehari, 5 hari seminggu — memberi peluang yang sangat luas kepada pedagang di seluruh dunia.

Contoh Mudah Tukar Forex Secara Fizikal

Katakan anda ke Jepun dan tukar RM1,000 kepada ¥30,000 pada kadar 1 MYR = 30 JPY. Seminggu kemudian, kadar berubah kepada 1 MYR = 28 JPY, dan anda tukar semula ¥30,000 kepada MYR.

Hasilnya, anda terima RM1,071.43, menjadikan untung bersih RM71.43, inilah asas keuntungan dalam Forex apabila kadar tukaran berubah memihak kepada anda. Disebabkan mata wang JPY mengukuh berbanding MYR, anda dapat lebih banyak ringgit bila tukar balik.

Ini juga konsep asas yang digunakan oleh pedagang Forex, cuma mereka tidak pegang mata wang secara fizikal, sebaliknya hanya perdagangkan nilainya secara digital menggunakan platform dagangan.

Pertukaran Mata Wang Forex

Cara Baca Mata Wang Forex & Contoh Pair Yang Selalu Didagangkan

Dalam Forex, mata wang sentiasa diperdagangkan secara berpasangan, dikenali sebagai currency pair. Ini kerana anda membeli satu mata wang dan menjual satu lagi pada masa yang sama.

Contoh pasangan popular:

  • EUR/USD: Euro lawan Dolar AS
  • USD/JPY: Dolar AS lawan Yen Jepun
  • GBP/USD: Pound British lawan Dolar AS

Memahami “Base Currency” & “Quote Currency”

Setiap pasangan mata wang terdiri daripada dua bahagian:

  • Base Currency: Mata wang pertama dalam pasangan (sebelah kiri)
  • Quote Currency: Mata wang kedua dalam pasangan (sebelah kanan)

Contohnya:

EUR/USD = 1.10

Ini bermakna 1 unit Euro (base currency) bersamaan 1.10 Dolar AS (quote currency).

Dengan kata lain, anda perlu membayar USD1.10 untuk membeli 1 Euro.

Bagaimana Ia Digunakan Dalam Dagangan?

Jika anda jangka nilai Euro akan naik berbanding USD, anda boleh “buy” EUR/USD. Jika anda jangka Euro akan jatuh, anda boleh “sell” EUR/USD.

Konsep ini terpakai pada semua pasangan mata wang. Jadi memahami base dan quote currency adalah asas penting untuk setiap pedagang Forex.

Forex Cara Buy dan Sell

Bagaimana Keuntungan Dijana Dalam Forex?

Konsep utama dalam Forex adalah beli rendah, jual tinggi (buy low, sell high) atau jual tinggi, beli balik rendah (sell high, buy low).

Contoh 1 – Buy: Anda beli EUR/USD pada 1.1000. Apabila harganya naik ke 1.1200, anda jual. Anda dapat untung daripada kenaikan harga sebanyak 200 pip.

Contoh 2 – Sell: Anda jangka harga USD/JPY akan jatuh, jadi anda “jual” pada 145.00. Bila harga turun ke 144.00, anda “beli balik” dan ambil keuntungan daripada penurunan harga.

Siapa Yang Boleh Berdagang Dalam Forex?

Hampir semua orang boleh mula berdagang dalam Forex — termasuk:

  • Individu runcit yang daftar akaun dengan broker
  • Bank dan institusi kewangan besar
  • Syarikat multinasional untuk lindung nilai mata wang
  • Pengurus dana & pelabur profesional

Hari ini, teknologi membolehkan orang ramai mula berdagang hanya dengan telefon pintar dan modal serendah USD 10.

Waktu Dagangan Forex

Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari, dari Isnin hingga Jumaat, mengikut 4 sesi utama dunia:

Sesi PasaranWaktu DibukaWaktu Ditutup
Sydney5:00 pagi2:00 petang
Tokyo8:00 pagi5:00 petang
London3:00 petang12:00 tengah malam
New York8:00 malam5:00 pagi (esoknya)

Masa paling aktif adalah apabila sesi London dan New York bertindih, iaitu antara jam 8 malam hingga 12 tengah malam waktu Malaysia.

Waktu Pasaran Forex Dunia

Kenapa Orang Trade Forex?

Kebaikan:

  • Pasaran global yang sangat cair (liquidity tinggi)
  • Boleh untung walau harga naik atau turun
  • Leveraj tinggi yang benarkan kawalan posisi besar dengan modal kecil
  • Kos dagangan rendah – tiada komisen besar seperti saham
  • Akses mudah dengan platform online dan akaun demo

Keburukan (Risiko):

  • Turun naik pasaran yang tinggi boleh buat keuntungan besar atau kerugian besar
  • Leveraj berlebihan boleh memudaratkan
  • Emosi dan psikologi dagangan boleh mempengaruhi keputusan
  • Perlu ilmu & latihan – bukan skim cepat kaya

Platform Untuk Dagangkan Forex

Nak mula trade Forex, kena ada platform yang sesuai. Ramai trader guna MetaTrader 4 (MT4) atau MetaTrader 5 (MT5) sebab dua-dua ni lengkap dengan tools untuk analisis, carta harga, dan execution yang laju. Kalau nak yang lebih mudah dan mobile-friendly, boleh guna Aplikasi Ultima Markets. Ianya lebih ringkas, senang nak buka posisi, pantau market, dan semuanya dalam satu app. Sesuai sangat untuk trader moden yang selalu on-the-go.

Kesimpulan

Jadi, apa itu Forex? Ia adalah pasaran dinamik yang menawarkan peluang menjana keuntungan melalui pertukaran mata wang global. Tapi macam mana-mana bentuk trading lain, risiko tetap ada — jadi penting untuk faham cara ia berfungsi sebelum mula.

Kalau anda nak explore dunia Forex dengan broker yang tawarkan pelbagai pilihan forex pair, spread yang kompetitif, dan platform yang mesra pengguna, Ultima Markets sedia bantu anda jadi trader yang lebih bersedia dan yakin.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Apa Itu Forex? Baca Dulu Sebelum Anda Trade!
Definisi Forex
Contoh Mudah Tukar Forex Secara Fizikal
Cara Baca Mata Wang Forex & Contoh Pair Yang Selalu Didagangkan
Bagaimana Keuntungan Dijana Dalam Forex?
Siapa Yang Boleh Berdagang Dalam Forex?
Waktu Dagangan Forex
Kenapa Orang Trade Forex?
Platform Untuk Dagangkan Forex
Kesimpulan