Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Apa Itu Buy Limit? Strategi Pending Order Forex

Summary:

Buy limit ialah pending order untuk masuk trade pada harga lebih baik. Fahami apa itu buy limit, buy limit sell limit & cara gunanya dalam forex.

Apa Itu Buy Limit? Strategi Pending Order Forex

Dalam dunia trading forex, ramai trader masih melakukan kesilapan sama, masuk market secara tergesa-gesa tanpa pelan harga yang jelas. Di sinilah buy limit memainkan peranan penting sebagai strategi entry yang lebih bijak dan terkawal.

Jika anda tertanya-tanya apa itu buy limit, bagaimana ia berfungsi, apa beza buy limit sell limit, dan bila masa sesuai untuk menggunakannya, artikel ini akan membantu anda faham dengan contoh yang mudah difahami.

Apa Itu Buy Limit Dalam Forex?

Sebelum kita memahami apa itu buy limit order, elok kita fahami dahulu maksud limit order.

Maksud Limit Order

Dalam platform MT4 dan MT5, limit order ialah salah satu jenis pending order yang digunakan apabila trader tidak mahu masuk market pada harga semasa, sebaliknya menunggu harga sampai ke paras yang lebih baik sebelum trade dibuka secara automatik.

Apa Itu Buy Limit Order

Maksud Buy Limit Order?

Buy limit ialah arahan pending order untuk membeli sesuatu instrumen pada harga lebih rendah daripada harga pasaran semasa, dengan jangkaan harga akan naik selepas itu.

Secara ringkas, buy limit bermaksud trader menunggu harga turun ke zon yang lebih murah sebelum masuk posisi buy, berbanding mengejar harga semasa.

Buy limit sering dikaitkan dengan konsep “beli murah, jual mahal”. Dalam forex, buy limit digunakan apabila trader menjangkakan harga akan membuat retracement sementara sebelum meneruskan trend menaik. Konsep yang sama boleh digunakan untuk sell limit apabila harga membuat pullback dalam trend menurun.

Contohnya:

  • Harga EUR/USD sekarang: 1.1000
  • Trader jangka harga turun ke 1.0950 sebelum naik semula
  • Trader tetapkan buy limit di 1.0950

Apabila harga turun ke paras tersebut, buy limit akan aktif secara automatik. Jika harga tidak turun ke paras buy limit, order tersebut tidak akan diaktifkan dan tiada posisi dibuka.

Cara Guna Buy Limit Dengan Betul

Selepas memahami apa itu buy limit, langkah seterusnya ialah mengetahui cara menggunakannya dengan betul. Untuk menggunakan buy limit secara berkesan, trader perlu:

  1. Kenal pasti support zone
  2. Tunggu retracement dalam trend menaik
  3. Tetapkan:
    1. Buy limit
    2. Stop loss di bawah support
    3. Take profit di kawasan resistance

Contoh mudah:

  • Trend: Uptrend
  • Support: 1.0950
  • Buy limit: 1.0950
  • Stop loss: 1.0920
  • Take profit: 1.1050

Pendekatan ini jauh lebih berdisiplin berbanding entry tanpa pelan.

Cara Set Buy Limit Di MT4 / MT5

Untuk memahami apa itu buy limit, trader perlu tahu bagaimana pending order berfungsi dalam platform trading. Ia boleh ditetapkan di MT4 atau MT5 dengan memilih pending order, menetapkan harga lebih rendah daripada harga semasa, serta memasukkan stop loss dan take profit sebelum order diaktifkan.

1. Buka Order Window

  • Klik kanan pada chart → TradingNew Orderatau
  • Tekan F9 pada keyboard

2. Pilih Jenis Order

Dalam ruangan Type, pilih:

  • Pending Order

Kemudian pada Pending Order Type, pilih:

  • Buy Limit

3. Tetapkan Harga Buy Limit

  • Masukkan harga lebih rendah daripada harga semasa
  • Ini ialah paras di mana anda mahu trade dibuka secara automatik

Contoh:

  • Harga semasa: 1.1000
  • Buy limit: 1.0950

4. Tetapkan Stop Loss & Take Profit

(Disarankan untuk pengurusan risiko)

  • Stop Loss → di bawah support
  • Take Profit → di kawasan resistance atau sasaran anda

5. Masukkan Lot Size

  • Tetapkan saiz lot ikut risiko yang anda sanggup tanggung

6. Klik “Place”

  • Buy limit anda akan muncul sebagai pending order di chart
  • Order hanya aktif jika harga turun ke paras tersebut

Nota Penting

  • Buy limit tidak akan aktif jika harga tak sampai ke paras yang ditetapkan
  • Anda boleh ubah atau padam buy limit bila-bila masa sebelum ia triggered
  • Pastikan buy limit diletakkan mengikut struktur market, bukan ikut emosi
Contoh Buy Limit Order

Kenapa Trader Profesional Guna Buy Limit?

Berikut antara sebab utama buy limit sangat digemari trader berpengalaman:

  • Entry Lebih Baik

Buy limit membolehkan trader masuk pada harga yang lebih murah, meningkatkan potensi keuntungan berbanding market order.

  • Risiko Lebih Terkawal

Dengan buy limit, stop loss boleh diletakkan lebih logik berdasarkan struktur pasaran, bukan emosi.

  • Elak Overtrading

Trader tidak perlu kejar candle atau masuk trade secara impulsif.

Kesilapan Biasa Guna Buy Limit

Walaupun buy limit sangat berguna, ramai trader melakukan kesilapan seperti:

  • Letak buy limit tanpa confirmation trend
  • Entry terlalu jauh dari struktur market
  • Abaikan news besar yang boleh tembus support

Buy limit bukan alat “auto profit”, tetapi strategi yang perlu digabungkan dengan analisis teknikal dan pengurusan risiko.

Buy Limit Sell Limit: Bezanya Apa?

Ramai trader keliru antara buy limit sell limit, sedangkan kedua-duanya ialah jenis pending order yang digunakan untuk masuk market pada harga yang lebih baik berbanding harga semasa.

Buy limit digunakan apabila trader ingin membeli pada harga lebih rendah, dengan jangkaan harga akan naik semula selepas membuat pullback atau retracement. Sebaliknya, sell limit digunakan apabila trader ingin menjual pada harga lebih tinggi, dengan jangkaan harga akan turun selepas harga membuat kenaikan sementara.

  • Buy limit: tunggu harga turun ke zon lebih murah sebelum buy
  • Sell limit: tunggu harga naik ke zon lebih mahal sebelum sell

Kedua-dua order buy limit sell limit ini membantu trader merancang entry lebih awal, mengelakkan entry beremosi, serta tidak perlu memantau chart sepanjang masa untuk masuk trade secara manual.

Jenis OrderFungsi
Buy LimitBeli pada harga lebih rendah
Sell LimitJual pada harga lebih tinggi

Kesimpulan – Fahami Apa Itu Buy Limit

Secara keseluruhan, buy limit ialah alat penting dalam strategi trading yang membantu trader masuk market dengan lebih bijak, berdisiplin dan terkawal. Dengan memahami apa itu buy limit, perbezaan buy limit sell limit, serta cara penggunaannya, trader boleh mengurangkan kesilapan entry dan meningkatkan konsistensi jangka panjang.

Di Ultima Markets, trader boleh menggunakan buy limit dengan pantas dan tepat melalui platform trading berprestasi tinggi, sesuai untuk strategi pending order yang lebih profesional dan berkesan.

Buy Limit Order

FAQ Mengenai Buy Limit

1. Apa itu buy limit dalam forex?

Buy limit ialah pending order yang digunakan untuk membeli pada harga lebih rendah daripada harga pasaran semasa, dengan jangkaan harga akan naik selepas itu.

2. Apa beza buy limit sell limit?

Buy limit digunakan untuk beli apabila harga turun, manakala sell limit digunakan untuk jual apabila harga naik ke paras yang lebih tinggi.

3. Apa jadi kalau market terus naik tanpa retracement?

Buy limit tidak akan diaktifkan dan trader hanya terlepas peluang, tetapi tidak mengalami kerugian.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Apa Itu Buy Limit? Strategi Pending Order Forex
Apa Itu Buy Limit Dalam Forex?
Cara Guna Buy Limit Dengan Betul
Cara Set Buy Limit Di MT4 / MT5
Kenapa Trader Profesional Guna Buy Limit?
Kesilapan Biasa Guna Buy Limit
Buy Limit Sell Limit: Bezanya Apa?
Kesimpulan - Fahami Apa Itu Buy Limit
FAQ Mengenai Buy Limit