This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Apa itu take profit? Ketahui maksud TP dalam forex, jenis take profit dan cara tetapkan TP dengan betul untuk urus risiko dengan lebih berdisiplin.
Apa Itu Take Profit? Cara Tetapkan TP Dengan Betul
Dalam dunia trading, ramai trader fokus kepada cara masuk market, tetapi gagal merancang cara keluar dengan untung. Di sinilah pentingnya memahami apa itu take profit.
Take profit bukan sekadar butang automatik, tetapi satu strategi penting untuk mengunci keuntungan sebelum pasaran berpatah balik. Tanpa take profit, keuntungan yang belum direalisasikan boleh hilang apabila harga bergerak bertentangan.
Artikel ini akan menerangkan apa itu take profit, maksud TP dalam forex, serta kenapa profit taking adalah elemen penting dalam pengurusan risiko.
Apa Itu Take Profit Dalam Trading?
Maksud Take Profit
Take profit ialah arahan automatik untuk menutup posisi dagangan apabila harga mencapai tahap keuntungan yang telah ditetapkan oleh trader.
Dengan kata lain, take profit memastikan keuntungan direalisasikan tanpa perlu menunggu trader menutup posisi secara manual.
Secara asasnya, apa itu take profit boleh difahami sebagai sasaran keuntungan yang ditetapkan lebih awal sebelum sesuatu trade dibuka.
Contohnya:
Anda beli EUR/USD pada harga 1.0800
Anda tetapkan take profit di 1.0900
Apabila harga sampai 1.0900, posisi ditutup secara automatik dan keuntungan dikunci
Konsep ini sangat penting kerana pasaran forex bergerak pantas dan sering berpatah balik tanpa amaran.
Jenis-Jenis Take Profit Dalam Trading
1. Fixed Take Profit (TP Tetap)
Ini ialah jenis paling asas dan paling ramai guna.
Apa maksud take profit jenis ini? Trader tetapkan satu harga sasaran keuntungan dan tidak ubah langsung.
Contoh:
Buy EUR/USD di 1.0800
Take profit di 1.0900
Bila harga capai 1.0900, trade ditutup automatik
Sesuai untuk trader baru tetapi kurang fleksibel jika market terus bergerak kuat.
2. Take Profit Berdasarkan Risk-Reward Ratio
Jenis ini paling disarankan untuk trading jangka panjang.
Maksud TP dalam forex bagi kaedah ini ialah TP ditentukan berdasarkan jarak stop loss.
Contoh:
Stop loss = 50 pip
Risk-reward 1:2
Take profit = 100 pip
Profit taking adalah dirancang sejak awal, bukan ikut perasaan.
TP jenis ini memastikan trader berdisiplin dan ianya konsisten untuk akaun jangka panjang.
3. Partial Take Profit (Ambil Untung Sebahagian)
Apa itu take profit jenis partial? Ini ialah teknik profesional. Profit taking adalah dibuat secara berperingkat, bukan sekali gus. Ia bermaksud anda tutup sebahagian posisi, bukan keseluruhan trade.
Contoh:
Buka 1 lot Buy Gold
Harga naik +100 pip
Tutup 0.5 lot (untung dikunci)
Baki 0.5 lot dibiarkan ikut market
Profit taking adalah dibuat secara manual / berperingkat. Keuntungan separuh sudah selamat, walaupun market berpatah balik. TP jenis ini boleh kurangkan tekanan emosi dan masih boleh manfaatkan trend besar.
4. Take Profit Berdasarkan Support & Resistance
TP berdasarkan SnR antara kaedah paling “logik” dari sudut teknikal.
Maksud TP dalam forex melalui kaedah ini:
Buy: TP dekat resistance
Sell: TP dekat support
Profit taking adalah dibuat di kawasan harga yang berpotensi berpatah balik.
Ringkasan Jenis Take Profit
Jenis Take Profit
Sesuai Untuk
Fixed TP
Trader baru
Risk-Reward TP
Trader konsisten
Partial TP
Trader berpengalaman
Trailing TP
Market trending
S&R TP
Price action trader
Cara Letak Take Profit Dengan Betul
Untuk faham apa itu take profit secara praktikal, ini antara kaedah yang biasa digunakan:
1. Berdasarkan Support & Resistance
Letak TP dekat tempat harga “selalu berhenti” atau “selalu berpatah balik”.
Kalau Buy (naik): Harga biasanya susah tembus resistance (macam siling). Jadi TP letak sebelum resistance (contoh 5–20 pip sebelum), sebab ramai orang akan jual dekat situ.
Kalau Sell (turun): Harga biasanya susah tembus support (macam lantai). Jadi TP letak sebelum support, sebab ramai orang akan beli dekat situ.
Kalau anda sanggup rugi 50 pip (stop loss), then target untung:
1:1 – TP 50 pip (ok tapi biasa-biasa)
1:2 – TP 100 pip (lagi “sihat” sebab bila kalah beberapa kali pun masih boleh cover)
Contoh: SL = 50 pip → TP = 100 pip (RR 1:2) Dengan risk-reward 1:2, satu trade menang berpotensi menampung dua trade rugi, jika risiko setiap trade adalah sama dan konsisten.
3. Berdasarkan Struktur Pasaran
Letak TP dekat “tempat logik” market boleh pergi berdasarkan pergerakan sebelum ni.
TP boleh letak pada:
Previous High / Previous Low Harga selalunya “test balik” kawasan high/low lama.
Kawasan Liquidity Ini kawasan ramai orang letak SL/entry (contoh atas high lama atau bawah low lama). Kadang-kadang market akan ‘test’ kawasan ini sebelum membuat reversal.
Zon Rejection Kawasan yang dulu harga naik tapi cepat jatuh (atau turun tapi cepat naik). Maksudnya kawasan tu kuat, jadi sesuai jadi target TP.
Contoh: Harga dulu pernah capai 1950 dan terus jatuh, jadi, 1950 jadi target TP untuk buy.
Perbezaan Take Profit & Stop Loss
Dalam trading, keuntungan dan kerugian tidak boleh dikawal dengan harapan, tetapi perlu diurus dengan perancangan. Di sinilah peranan take profit dan stop loss menjadi sangat penting. Jika take profit digunakan untuk mengunci keuntungan, stop loss pula berfungsi sebagai perlindungan untuk mengehadkan kerugian. Kedua-duanya saling melengkapi dan tidak sepatutnya digunakan secara berasingan.
Elemen
Fungsi
Take Profit
Mengunci keuntungan secara automatik
Stop Loss
Mengehadkan kerugian pada tahap terkawal
Tanpa TP
Keuntungan boleh hilang apabila harga berpatah balik
Tanpa SL
Risiko kerugian besar sehingga menjejaskan akaun
Trader yang konsisten sentiasa menggunakan TP dan SL serentak kerana keuntungan tanpa kawalan risiko tidak akan bertahan dalam jangka panjang.
Kesalahan Biasa Berkaitan Take Profit
Walaupun sudah memahami apa itu take profit, ramai trader masih melakukan kesilapan kerana kurang disiplin dan terlalu mengikut emosi.
Tidak letak TP langsung
Ubah TP ikut emosi
Letak TP tanpa sebab teknikal
Terlalu cepat ambil untung kecil
Kesilapan ini menyebabkan prestasi trading tidak konsisten walaupun analisis asal betul.
Kesimpulan – Fahami Maksud TP Dalam Forex
Selepas memahami apa itu take profit, jelas bahawa TP bukan sekadar sasaran keuntungan semata-mata. Ia sebenarnya satu alat disiplin yang membantu trader membuat keputusan keluar dari pasaran dengan lebih rasional, tanpa dipengaruhi emosi seperti tamak atau takut rugi. Apabila anda sedar bahawa profit taking adalah sebahagian daripada pelan trading yang dirancang, barulah dagangan menjadi lebih tersusun dan konsisten dalam jangka panjang.
Di Ultima Markets, trader boleh menetapkan take profit dan stop loss dengan mudah melalui platform trading profesional yang menyokong pengurusan risiko lebih berkesan, membantu anda berdagang dengan lebih yakin dan berdisiplin.
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Take Profit
1. Apa itu take profit dan adakah ia wajib digunakan?
Take profit ialah arahan automatik untuk menutup posisi apabila sasaran keuntungan tercapai. Ia tidak wajib, tetapi sangat digalakkan, terutamanya untuk mengelakkan keuntungan bertukar menjadi kerugian akibat pergerakan pasaran yang pantas.
2. Maksud TP dalam forex sama ke dengan tutup posisi manual?
Maksud TP dalam forex merujuk kepada penutupan posisi secara automatik pada harga tertentu, manakala tutup manual bergantung kepada tindakan trader. TP lebih konsisten kerana ia tidak dipengaruhi emosi atau kelewatan reaksi.
3. Boleh ke ubah take profit selepas trade dibuka?
Ya, boleh. Namun, mengubah TP tanpa sebab teknikal yang kukuh boleh menjejaskan disiplin trading. Sebaiknya, perubahan hanya dibuat jika ada sokongan analisis seperti trend baharu atau struktur pasaran berubah.
4. Apa beza take profit untuk forex dan gold?
Secara konsep sama, tetapi untuk gold, TP biasanya lebih jauh kerana pergerakan harga yang lebih besar dan volatiliti yang lebih tinggi berbanding pasangan mata wang forex.
5. Adakah take profit berfungsi semasa market volatile?
Ya, tetapi TP perlu diletakkan dengan lebih fleksibel. Dalam pasaran volatile, TP terlalu dekat mudah terkena terlalu awal, manakala TP terlalu jauh berisiko tidak tercapai.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.